Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menegaskan tidak timbul soal “haram atau tidak haram” sebaliknya tindakan berpiket Khamis ini adalah hak pihaknya sebagai sebuah badan induk demi mempertahankan para pekerja daripada implikasi buruk pindaan Akta Kerja 1955.
Badan induk kesatuan sekerja itu memutuskan untuk mengadakan piket yang kedua, kali ini peringkat nasional.
Justeru, Presiden MTUC Mohd Khalid Atan berkata, Kementerian Sumber Manusia khususnya Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S Subramaniam perlu membezakan antara pertikaian perhubungan perusahaan dan perhimpunan aman menuntut kepentingan pekerja dipelihara.
Katanya, MTUC sedar bahawa piket minggu ini bukan satu pertikaian perhubungan perusahaan, sebaliknya protes pergerakan kesatuan sekerja membantah tindakan kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia mengambil keputusan yang dilihat akan merugikan kaum pekerja dalam jangka panjang.
“Menjadi hak menteri, apa yang mahu diperkatakan. Apa yang kami putuskan adalah hak kami. Kita berhak untuk mengambil tindakan jika tindakan atau keputusan kerajaan nampak mengetepikan hak pekerja,” kata beliau dengan menekankan bahawa “tidak timbul soal haram atau tidak haram.”
“Saya mendapati kenyataan menteri juga mengatakan jika hendak mengadakan perhimpunan aman, boleh diadakan.
“Jadi, betul apa dikatakan oleh menteri, kami hanya mengadakan perhimpunan aman... terima kasih kepada menteri kerana faham, cuma kami panggil sebagai piket, di mana bagi MTUC piket juga satu bentuk perhimpunan aman,” kata Khalid lagi.
Katanya, MTUC juga telah memaklumkan kepada Ketua Polis Negara dan ketua-ketus polis negeri mengenai hasrat mahu mengadakan piket di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara.
“Kami telah memaklumkan bahawa MTUC hendak mengadakan piket secara aman dan minta kerjasama pihak polis,” katanya. Surat makluman telah dihantar minggu lalu.
Dalam satu ucapan di ibu negara malam tadi, Dr Subramaniam berkata MTUC tidak ada hak untuk mengadakan piket berhubung kontroversi pindaan Akta Kerja 1955 kerana ia bukan satu pertikaian perhubungan perusahaan.
“Dari segi undang-undang, mereka tidak boleh mengadakan piket berhubung isu ini. Mereka hanya boleh berpiket berkaitan dengan pertikaian perhubungan perusahaan, membabitkan antara majikan dan pekerja.
“Ini adalah isu dasar kerajaan. Jika mereka berpiket, mereka bertindak bertentangan dengan undang-undang,” kata beliau,
MTUC memutuskan piket nasional pada mesyuarat majlis am pada 10 Oktober lalu. Piket pertama berkaitaan rang undang-undang itu telah diadakan pada 3 Oktober lalu di kawasan bangunan Parlimen.
Selepas tiada sebarang reaksi positif daripada kerajaan termasuk pertemuan dengan menteri itu minggu lalu, MTUC mahu meneruskan piket kebangsaan bagi memberi penjelasan kepada orang ramai khususnya kaum pekerja mengenai kesan pindaan Akta Kerja.
MTUC juga meletakkan harapan pada anggota Dewan Negara untuk menangguhkan pelaksanaan undang-undang itu.
Piket 3 Oktober lalu diadakan bagi mendesak Kementerian Sumber Manusia menangguhkan bacaan kali kedua Rang Undang-undang Kerja (Pindaan 2011) di Parlimen tetapi desakan dan rayuan MTUC tidak dilayan pihak kerajaan.
MTUC mendakwa ia tidak membantah keseluruhan pindaan Rang Undang-undang Kerja sebaliknya hanya beberapa peruntukan baru termasuk sistem kontraktor bagi tenaga kerja.
Subramaniam berulang kali mempertahankan tindakan itu sebagai salah satu cara melindungi pekerja negara ini.
Mengulas lanjut, kata Khalid, MTUC merupakan badan gabungan yang terdiri daripada kesatuan-kesatuan sekerja yang ada hak untuk membantah apa sahaja dasar dan keputusan majikan dan kerajaan, yang memberi kesan dan impak negatif.
“Kami merupakan badan induk yang mewakili pekerja negara ini, yang jumlahnya kira-kira enam juta orang, kami berhak untuk membuat bantahan,” katanya lagi. -TMI
Wednesday, November 2, 2011
Piket MTUC 3 Nov Diteruskan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
semoga perkra ini dapat dibincangkan secara berhemah dan penuh toleransi antara semua pihak yang terbabit
ReplyDeletelollypop x cukup utk mendiamkan rakyat yg matang n berpengetahuan...
ReplyDeleteHak pekerja harus dipelihara.
ReplyDeleteSemoga perkara ini akan ditangani dengan situasi menang-menang.
ReplyDeleteSegala penindasan harus tidak berlaku bagi mengelak keadaan bertambah teruk.
ReplyDeleteSemua pihak yang terlibat patut membincangkan perkara ini sebaik mungkin.
ReplyDeletesebarang pekara lebih baik dilakukan perbincangan untuk mendapat keputusan yang terbaik..
ReplyDeletesemoga pekara ini diuruskan dengan sebaiknya dan situsi menang-menang akan diwujudkan...
ReplyDeleteHandle this matter wisely or else, things will get worse.
ReplyDeleteBetter get a win-win situation.
ReplyDeletepihak majikan, Kerajaan dan MTUC harus berbincang untuk mencari penyelesaian atas pertikaian yang muncul.
ReplyDeletebiarlah keputusan yang dibuat memberi manfaat kepada smua pihak.
ReplyDeleteAkta Kerja digubal atas permintaan kesatuan pekerja yang lain. Akta itu bukan dibuat ikut arahan majikan atau kementerian, sebaliknya berdasarkan tuntutan pekerja sejak beberapa tahun lepas lagi.
ReplyDeletekenapa perlu timbulkan spekulasi terhadap sesuatu perkara yang belum dapat dilihat kesannya? bagaimana jika ianya sesuatu yang baik? jika akta boleh dipinda hanya turun ke jalan raya, pasti selepas ini banyak akta yang akan dipinda dan tidak perlu lagi dibawa ke Parlimen..
ReplyDeleteberpiket bukan jalan penyelesaiannya.
ReplyDeleteAkta Pekerjaan 1955 yang diluluskan Dewan Rakyat adalah atas permintaan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Ladang (NUPW). pindaan akta itu bertujuan untuk melindungi pekerja kerana NUPW telah membuat aduan kepada kementerian sebelum ini bahawa kebanyakan pekerja ladang menghadapi masalah pembayaran gaji, tiada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sebagainya. Cadangan pindaan akta ini adalah bertujuan agar kementerian dapat mengawal penyumberan luar dan kontrak buruh iaitu pengambilan pekerja dari luar negara dan pada masa yang sama melindungi pekerja-pekerja ladang tempatan.
ReplyDeleteHak pekerja perlulah dijaga dan jangan diabaikan begitu saja..
ReplyDelete