Wednesday, November 2, 2011

Waran Tangkap Ke Atas Bob Lokman

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mendapat waran tangkap ke atas Pelakon, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Portal berita the Star.com memetik pengarah JAIS, Marzuki Hussin memberitahu wartawan di Shah Alam bahawa waran tangkap itu dikeluarkan pada 28 Oktober lalu yang membolehkan Bob ditangkap jika dikesan di negeri itu

“Jabatan kami sedang mencari Bob (kanan), kerana beliau dikehendaki membantu siasatan yang membabitkan dirinya. Kami dalam proses mengambil tindakan undang-undang bagi membolehkan Bob hadir di mahkamah (syariah).

“Beliau akan dibebaskan dengan jaminan selepas kenyataannya diambil,” kata Marzuki dipetik akhbar itu.

Bob ditahan di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober lalu kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah kepada kira-kira 70 hadirin.

Meskipun diminta tampil memberi keterangannya oleh JAIS, Bob yang kini bergiat aktif bersama parti Islam PAS berkata tidak ada sebab untuknya bekerjasama kerana tindakan itu tidak ada kepentingan untuk Islam.

Penulis lirik berhantu "Isabella" itu berkata, ekoran pendiriannya itu, beliau sanggup menghadapi sebarang tindakan, termasuk kemungkinan menghadapi waran tangkap daripada mahkamah.

"Nak tangkap, tangkaplah. Saya tidak akan hadir. Sifat (JAIS) begini bukan hendak jaga keharmonian agama," katanya sambil memberitahu dia akan hanya berserah pada Allah.

Bob nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, disiasat mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor, yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Ini bukan kes pertama seumpa itu, sebelum ini ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad juga didakwa atas tuduhan yang sama. -mk

18 comments:
Write comments
  1. Bob ditahan di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober lalu kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah kepada kira-kira 70 hadirin.~SUDAH TERANG DAN NYATA BOB LOKMAN TIDAK MENYEDARI ATAU MENGHORMATI UNDANG-UNDANG DIMANA PENCERAMAH HENDAKLAH MEMPEROLEHI TAULIAH OLEH JAIS SEBAGAIMANA YANG DITITAHKAN OLEH SULTAN.

    ReplyDelete
  2. ada bukti bahawa ceramah BL bercanggah/memesongkan akidah? ada kalanya manusia ini sengaja menyempitkan pemikiran/kewarasan n terlalu melayan birokrasi sehingga terlupa kpd isu fundamental bahawa tindakan itu sebenarnya menghalang/menjejaskan syiar islam...

    ReplyDelete
  3. Kalaulah beliau tidak melibatkan diri dalam politik pasti akan tidak berada dalam kesempitan ini. Pengajaran kepada yang lain jangan contohi keputusan yang diambil oleh beliau.

    ReplyDelete
  4. Tapi itulah semua pilihan ditangan kita, memilih untuk kebaikkan atau keburukkan.

    ReplyDelete
  5. biarlah pihak yang berkaitan menguruskan pekara ini dengan sebaiknya..

    ReplyDelete
  6. Harap perkara ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  7. Kita tunggulah dan lihat bagaimana perkara ini akan berjalan nanti.

    ReplyDelete
  8. harap Bob Lokman akan memberi kerjasama dan membantu siasatan.

    ReplyDelete
  9. Clear the mess. Jangan biarkan ia berlarutan.

    ReplyDelete
  10. Bagi sajalah kerjasama.

    ReplyDelete
  11. apa guna penceramah agama yang bertauliah jika yang tidak bertauliah boleh mengambil tempat mereka..

    ReplyDelete
  12. Bob sendiri yakin beliau tidak bersalah.. jadi tidak perlulah takut menghadirkan diri ke mahkamah..

    ReplyDelete
  13. ini soal agama atau politik? nampak macam agama dicampuradukkan dalam politik.

    ReplyDelete
  14. biarlah siasatan dan pengadilan dilakukan dengan adil.

    ReplyDelete
  15. klu kebetulan nabi muhammad SAW masih hidup n berada di selangor, beliau jg akan ditangkap JAIS sbb tiada tauliah. dlm ertikata lain, JAIS 'lebih' islam drpd nabi, malaikat n allah...

    ReplyDelete
  16. Isu Bob lokman semakin hangat sehinggakan diberikan waran tangkap untuk menahan beliau.

    ReplyDelete
  17. Kita tunggu saja nanti siasatan atas kes ini. Apakah kesudahannya nanti.

    ReplyDelete
  18. Pirit memang betul komen kau,nampaknya JAIS nie bukan berdawah kearah islam tapi lebih menyekat Islam itu sendiri.Kalau berdawah menyesatkan atau bertengtangan syariat barulah tangkap tapi kalau masih dalam landasan biarlah, ingatlah kita akan berdepan dimahkamah Allah untuk diperhitung perbuatan kita.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.