Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil menegaskan bahawa keluarganya mendapat projek Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC) yang menelan jutaan ringgit, namun beliau percaya isu berkenaan telah digunakan untuk menyerang beliau selaku ketua wanita Umno dan pengerusi Wanita BN.
"Pada diri saya sendiri, saya lihat ini adalah agenda politik. (Ia) satu percubaan daripada pembangkang untuk melemahkan semangat dan tindakan Wanita Umno. Kami tidak semudah itu untuk dirobohkan," katanya.
"(Perkara) ini sudah dijawab dengan panjang lebar oleh menteri pertanian dan industri asas tani.
"Dan daripada apa yang saya dimaklumkan, jawapan daripada beliau itu sangat jelas dan nyata," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan pameran Raja'ah oleh artis seni visual veteran, Dr Sulaiman Esa di Balai Seni Visual Negara di ibu negara petang ini.
Shahrizat berkata keluarganya tidak sepatutnya dilayan sedemikian dengan apa yang dikatakan oleh pembangkang.
Sebaliknya, kata beliau, keluarganya berhak mendapatnya (NFC) kerana mereka telah bekerja kuat.
"...menteri dah jawab, dan saya gembira kerana kementerian akan pantau kejayaan projek itu. Saya dah lama dalam politik," tambahnya.
"Mereka (pembangkang) bukan minat sangat dengan NFC. Itu memang diarahkan kepada saya, selaku ketua Wanita Umno, dan juga pengerusi Wanita BN," katanya lagi.
Dalam pada itu, Sharizat turut mengambil peluang untuk menempelak Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin kerana mengaitkan keluarganya dengan projek berkenaan.
"Agenda politik mereka begitu jelas. Mereka terumbang-ambing, macam ketua Wanita PKR tu. Saya malulah dia seorang wanita Malaysia macam tu," katanya sinis. -mk
Menteri mesti jawab segera penyelewengan NFC
PKR menasihatkan menteri dan wakil rakyat BN segera menjawab dakwaan mengenai penyelewengan dana rakyat melalui National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).
Setiausahanya, Saifuddin Nasution Ismail berkata, selagi mereka mengelak daripada menjawab dakwaan ini, rakyat akan terus mempersoalkan penyelewengan yang terbukti melalui pemindahan dana berjumlah RM83 juta ke syarikat-syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Selain itu, penyelewengan juga terbukti melalui perbelanjaan luar negara dan keraian melampau sehingga mencecah RM828,000 setahun dan pemberian subsidi sebanyak RM3 juta menggunakan wang rakyat kepada restoran Meatworks milik keluarga Shahrizat.
"Ketiga-tiga perkara ini masih belum dijawab menteri dan wakil BN. Semakin lama mereka mengelak, semakin rakyat yakin bahawa BN cuba melindungi penyelewengan dalam NFC," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Mengulas lanjut mengenai NFC, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, tindakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin mempertahankan hanya RM181 juta daripada RM250 juta pinjaman disalurkan kepada NFC adalah satu pembohongan.
"Dalam kes pinjaman RM250 juta yang diambil NFC, PKR telah membuktikan bahawa wang-wang pinjaman sebanyak RM130 juta iaitu bayaran pertama dan RM120 juta iatu bayaran kedua telah masuk ke akaun milik NFC.
"Bukti jelas menunjukkan keseluruhan RM250 juta disalurkan kepada NFC berdasarkan rekod penyata bank, bukannya diletakkan dalam escrow account seperti yang dinyatakan BN," jelasnya.
Tambahnya, akaun-akaun NFC di Maybank dan Public bank bukan atas nama pihak ketiga seperti konsep berbentuk amanah (escrow account) tapi atas nama NFC.
Penjelasan Noh bahawa wang selebihnya masih berada dalam escrow account yang dikawal kementeriannya juga tidak boleh diterima kerana daripada rekod kewangan NFC, pelbagai perbelanjaan melampau dan pindahan wang dibuat sepanjang tahun 2008 dan 2009.
Selain itu, Saifuddin turut mempersoal cara perbelanjaan melampau yang dilakukan NFC sehingga aset bersihnya berjumlah RM239 juta pada 31 Disember 2009 jika Noh mendakwa hanya RM181 juta yang disalurkan.
"Ini adalah kepincangan-kepincangan alasan yang diberikan oleh BN setakat ini yang cuba mengaburi mata rakyat," katanya. -HD
Thursday, November 10, 2011
Projek Lembu : Layak Tapi Projek Gagal?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap pihak yang terlibat dalam isu NFC ini akan membuat penerangan mengenai isu tersebut.
ReplyDeleteBaik perkara ini disiasat terlebih dahulu oleh SPRM.
ReplyDeletejika mereka layak mendapat projek tersebut tak ada salahnya pun, hal ini pun nak jadi besar ke?
ReplyDeleteapapun, hal ini kena diperjelaskan lebih terperinci agar semua phak faham keadaan sebenar.
ReplyDeletekegagalan satu2 projek akan memburukkan imej!
ReplyDeleteBagi mengelak daripada tuduhan liar, cepat2 berikan penjelasan!
ReplyDeletekenapa penjelasan sharizat jalil bahawa pembangkang ingin menghancur kan wanita UMNO,ini bermaksud bahawa geran feedlot ini diberi oleh kerajaan kepada wanita UMNO bukan kepada keluarga sharizat jalil...macam tunggang langgang sudah cakap menteri kalah ini....
ReplyDeletemasing-masing pun ada hujah mereka sendiri berhubung pekara ini.
ReplyDeletesebaiknya penjelasan terpeinci diberikan agar isu ini tidak dimainkan oleh mana-mana pihak.
ReplyDeleteDs Syarizat difitnah kononnya beliau berkata family 'berhak mendapat projek (deserves the project)'. Walhal kenyataan sebenar Dia . Dia kata 'family tak patut diserang (does not deserve to be attacked).
ReplyDeleteprojek itu sebenarnya tidak gagal.. projek ini hanya bermula lewat tahun 2008, kerana kelewatan pembangunan infrastruktur dan rantaian penawaran dimana telah membawa kepada penyemakan semula sasaran pengeluaran sebanyak 8,000 ekor pada tahun 2010, dengan sasaran tahunan bermula dari 2011. Laporan Ketua Audit Negara 2010 tidak menyatakan bahawa NFC gagal mencapai matlamat. Di mukasurat 138, tercatat bahawa “sasaran 8,000 ekor lembu pada tahun 2010 sebenarnya tercapai.”
ReplyDeleteSetiap kejayaan yang dicapai oleh seseorang, tentu ada pihak yang akan cemburu.
ReplyDeleteMacam2 isu ditimbulkan apatah lagi bila keluarga menteri yang dapat projek. Memang orang lain akan sangsi. What to do..
ReplyDeleteini cuma tuduhan liar pembangkang demi untuk menagih perhatian umum. penjelasan sudah diberikan sebenarnya berhubung perkara ini.
ReplyDeletetuduhan yang dibuat sama sekali tidak benar. ada banyak kelemahan dari segi fakta, hujah dan dasar yang dikemukakan oleh pembangkang.
ReplyDeleteKita sendiri hairan kepada Pembangkang tidak menanyakan perkara ini didalam parlimen tapi dibuat diluar parlimen. Inikah sikap profesional pembangkang? Kalau betul anak lelaki kata orang bawa dalam parlimen lepas itu suarakan. Pasti kementerian pertanian menjelaskan apa kemusykilan yang timbul. Inilah sikap pembangkang sekarang..takut kerana benar berani kerasa salah..
ReplyDeleteSemua orang mau tutup bangkai busuk walhal dari jauh orang tercium kenapa SPRM membisu apakah takut kalau UMNO dan kenapa TV1,2,3,4,7,9 sepi wal hal kalau pembangkang sampai satu bulan dimalukan tanpa pembelaan dlm media kerajaan kenapa?ingat dunia dah cangih sekelip aje orang dah tau.
ReplyDeleteproduction cost=RM31,187.00/head...shaJILAT piara sapi emas n dagingnya dijual kpd restoran2 milik shaJILAT jg dgn diskaun [di bawah market price]. pernah dengar mana2 'business' UMNO yg rugi???
ReplyDeletesokong pernyaataan Neji yang kenyataan Shahrizat diputarbelitkan dan penjelasan telah diberikan oleh Menteri Pertanian secara panjang lebar di Parlimen.Kalau ada apa-apa keraguan,Pakatan sewajarnya melaporkan perkara ini kepada SPRM.
ReplyDeleteKenapa SPRM membisu buat tahu tapi kalau Pakatan bingkas dia macam kilat!
ReplyDelete