Thursday, November 10, 2011

SAPP & UPKO Palu Gendang Serentak

KESUNGGUHAN Presiden United Pasokmomogun Kadazandusun dan Murut Organization (UPKO), Tan Sri Bernard Giluk Dompok mahu berjumpa Perdana Menteri untuk menyelesaikan isu PATI melalui Penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (SSD) amat dialu-alukan Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Pusat, Edward Ethan Dagul; yang menyifatkan langkah tersebut sebagai jalan terbaik bagi menyelesaikan isu PATI.

Tegasnya, misi SAPP memungut kira-kira 100 ribu tandatangan rakyat Sabah sejak beberapa bulan lalu adalah bertujuan untuk mendesak kerajaan Persekutuan, khususnya Menteri Dalam Negeri supaya menubuhkan segera SSD, namun usaha SAPP itu seolah-olah diremehkan oleh pihak berkenaan.

“Bagaimana pun kita agak kecewa kerana usaha SAPP itu tidak mendapat sokongan padu daripada pemimpin BN Sabah, termasuklah UMNO Sabah. Kita juga tertanya- tanya kenapa UMNO Sabah tidak senada dengan kita dalam memperjuangkan SSD, sedangkan kesan buruknya kita bakal hadapi bersama, tetapi sebaliknya UMNO terus membisu dalam hal ini,” katanya.

Dagul berkata demikian semasa beliau menghadiri aktiviti gotong-royong membaiki rumah seorang warga emas, Amen Duayah, 80, di Kg Tukalilan Ulu menerusi program ‘Dengar, Lihat Dan Selesaikan’ anjuran Pergerakan Pemuda SAPP CLC Melalap di bawah teraju Rudy Sulaiman Mairi dan turut dihadiri Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Frankie Chong dan beberapa pemimpin pemuda SAPP Pusat.

Sungguh pun begitu, Dagul turut bersyukur kerana nampaknya sekarang ini sudah ada kecenderungan pemimpin KDM dalam Barisan Nasional (BN) berminat memperjuangkan masalah tersebut, namun beliau kurang pasti sama ada usaha mereka berterusan selepas pilihanraya umum kali ke-13 atau terhenti selepas itu.

Dalam pada itu, ketika menyentuh program SAPP Dagul berkata, mereka akan terus menjelajah ke kawasan kawasan luar bandar untuk memantau masalah rakyat yang memerlukan tindakan dan bantuan segera kerana pemuda SAPP akan terus mengadakan aktiviti gotong-royong sebagai formula mengatasi masalah itu.

“Kita percaya masih banyak masyarakat yang mengalami masalah yang sukar diatasi secara bersendirian seperti masalah kedaifan rumah, jambatan atau perkara lain yang memerlukan kesegeraan untuk dibaiki. (Jadi) kita akan cuba bantu selesaikan masalah tersebut,” tegasnya.

Sementara itu, seorang anak kepada warga emas itu, Paliwong Amen, 48, turut berterima kasih di atas usaha pergerakan itu kerana masalah keluarganya yang mengalami kedaifan rumah sekurang-kurangnya dapat bertahan beberapa bulan lagi sebelum mereka dapat mengumpul wang untuk membina sebuah rumah baru bagi kedua orang tuanya.

Paliwong menambah, sebelum ini pun masalah kedaifan rumah kedua orang tuanya telah pun dilaporkan dalam media supaya dapat perhatian kerajaan tetapi sehingga kini, tiada satu pun agensi kerajaan itu kelihatan melawatnya.

Oleh: MATURIN MOHAMMAD (sabahkini)

66 comments:
Write comments
  1. "Tegasnya, misi SAPP memungut kira-kira 100 ribu tandatangan rakyat Sabah sejak beberapa bulan lalu adalah bertujuan untuk mendesak kerajaan Persekutuan, khususnya Menteri Dalam Negeri supaya menubuhkan segera SSD, namun usaha SAPP itu seolah-olah diremehkan oleh pihak berkenaan."

    Usaha SAPP menyeru pertubuhan SSD ditolak, kenapa? Kerajaan mengabaikan rakyat di Sabah, ini amat mengecewakan rakyat di Sabah.

    ReplyDelete
  2. Kerajaan harus turun padang dan memahami keadaan sebenar rakyat di sini. Lihat dengan mata sendiri, pasti akan faham apa yang berlaku dan tindakan yang harus diambil.

    ReplyDelete
  3. Kenapa UMNO Sabah juga tidak memberi sokongan keatas masalah PATI dan Tanah di Sabah? Seharusnya UMNO Sabah lebih mengambil berat kepada hal ehwal berkenaan dengan rakyat terutama PATI bermaharaja di Sabah dan seakan mengancam ketenteraman rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  4. Banyak akan melompat parti jika BN gagal menubuhkan SSD. Rakyat akan membuktikan kekuatan rakyat terutama PRU menjelang.

    ReplyDelete
  5. Penduduk luar bandar harus diberi perhatian juga, perkembangan dan projek pembangunan harus menumpu perhatian juga kepada penduduk luar bandar untuk mengekalkan keseimbangan ekonomi dan pembangunan.

    ReplyDelete
  6. rakyat Sabah menginginkan agar masalah PATI dapt diselesaikan, SSD adalah satu usaha. harap penubuhannya diluluskan.

    ReplyDelete
  7. selagi masalah PATI tak selesai, selagi itulah masalah2 di Sabah t kdpt diselesaikan. pembangunan juga sukar dijalankan.

    ReplyDelete
  8. Harap pemimpin tempatan kita boleh membantu mendapatkan RCI buat rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  9. Masalah PATI ini memerlukan kerjasama antara semua pihak untuk mencari penyelesaian.

    ReplyDelete
  10. Apa sahaja peluang dan cara yang ada untuk menyelesaikan masalah PATI, semuanya harus dipertimbangkan.

    ReplyDelete
  11. Siapa sahaja yang mempunyai jalan @ cara untuk penyelesaian ini, silalah tampil untuk sama2 menyelesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  12. macam mana umno mahu turut serta untuk mendesak penubuhan ssd ini sebab mereka lah dalang sebenarnya.kalau mahu SSD ditubuhkan ubah kerajaan persekutuan dari BN kepada yang parti yang berhemah...kalau UPKO berani keluar saja dari BN dan .......tetap rakyaat KDM dan bumiputra islam sokong sebab bukan saja KDM yang terjejas teruk hasil kerja UMNO ini tapi bumiputra islam lebih terjejas teruk....

    ReplyDelete
  13. jangan menunding jari kepada satu pihak sahaja...bekerjasama dalam menyelesaikan masalah ini...

    ReplyDelete
  14. 5P telah berakhir, apakah keputusannya? Adakah harus mempertimbangkan cara dan kaedah lain yang lebih berkesan contohnya RCI? Tiada sebab kenapa kerajaan masih gagal melaksanakan tugas untuk menubuhkan RCI.

    ReplyDelete
  15. Co-operation across different department, ministry, party are needed to overcome serious PATI issue.

    ReplyDelete
  16. KDM juga memainkan peranan untuk menyelesaikan masalah di Sabah. Ikhlas ke tidak susah untuk diramal yang penting selesaikan masalah terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  17. Pemimpin Sabah terutama UMNO juga tidak menggalakkan pertubuhan RCI, apakah sebabnya?

    ReplyDelete
  18. Go down and close to the people then only they know what exactly happen in Sabah. With these, they can more targeted to the issues and be able to resolve it.

    ReplyDelete
  19. Memang semua rakyat Sabah menyokong penubuhan SSD untuk menyelesaikan isu PATI yang semakin memeningkn ini.

    ReplyDelete
  20. Harap Datuk Bernard dapat berjumpa PM dan membawa isu ini.

    ReplyDelete
  21. rakyat Sabah dan pemimpin Sabah harus bersatu untuk menyelesaikan masalah PATI.

    ReplyDelete
  22. jangan lupa.. pbs pun sedang palu gendang juga tu..

    ReplyDelete
  23. bukan sekarang ini saja.. sebelum ini pun pemimpin2 KDM giat membangkitkan isu yang sama..

    ReplyDelete
  24. Pemimpin Sabah tidak kira fahaman politik harus bekerjasam dalam menangani masalah PATI ini!

    ReplyDelete
  25. Kalau kerajaan persekutuan masih enggan memberi kelulusan kepada penubuhan RCI, ia hanya akan memburukkan lagi keadaan.

    ReplyDelete
  26. Nyah itu PTI dari Sabah! Dalang sindiket kepada kebanjiran PTI ini harus dicari sampai ke lubang cacing.

    ReplyDelete
  27. tidak kira parti pembangkang mahupun kerajaan perlu sama2 bekerjasama menyelesaikan isu PATI yang semakin kritikal. ini melibatkan kepentingan semua pihak, seluruh rakyat Malaysia juga.

    ReplyDelete
  28. Sepatutnya masalah PATI ini diatasi dari awal2 lagi. Sekarang itu CP, Sinsuran, Segama macam mereka punya saja. Lepas tu berani lagi kacau orang tempatan. Sampai bila rakyat Sabah kena hidup dalam keadaan begini?

    ReplyDelete
  29. Honestly, is it so hard to set up the RCI?

    ReplyDelete
  30. perlukah kita meminta penjelasan daripada pihak yang tidak menunjukkan sokongan ke atas penubuhan RCI ni?

    ReplyDelete
  31. I don't think only SAPP and UPKO hit the gong together, but the Sabahans as well.

    ReplyDelete
  32. PATI sudah beranak pinak di Sabah malah ada yang memegang jawatan yang baik dalam kerajaan. macam mana nak usir kalau mereka ni dilindungi oleh pihak2 tertentu?

    ReplyDelete
  33. susah bah juga mau hapuskan durang ni..kebnykan durang sdh ada ic projek pun trmasuk yang memegang imm13 pas pelarian sebelum ni malahan lebih ramai yg mndpt ic projek dari indonesia dan pakistan.Mereka sendiri akui perkara ini ..klu kita tnya pakistan yg jual kain mcmna durng dpt ic durng akan jwb perintah kasih..hehe

    ReplyDelete
  34. memang susah untuk menghalau mereka balik ke tempat asal..jadi apa yg kita boleh harapkan adalah kerajaan akan lebih tegas dan berhati2 dengan memantau kemasukan PATI ini...

    ReplyDelete
  35. lebih baik bekerjasama, daripada masing2 cuba untuk menyalahkan satu pihak sahaja..masalah tidak akan selesai jika rakyat Sabah sendri bergaduh dan tidak ada kata sepakat..

    ReplyDelete
  36. Diharapkan kerajaan persekutuan akan memberi kelulusan untuk menubuhkan RCI ini di Sabah supaya isu PATI boleh disiasat dengan mendalam.

    ReplyDelete
  37. Kita tunggulah dan lihat bagaimana kerajaan persekutuan akan membuat keputusan mereka nanti. Harap semuanya berjalan lancar kepada mereka yang berusaha mendapatkan RCI ini.

    ReplyDelete
  38. SAPP nak mengambil peluang ini untuk mendapatkan perhatian dan publisiti murahan.

    ReplyDelete
  39. harap SSD akan ditubuhkan sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah pati.

    ReplyDelete
  40. semoga masalah pati ini akan dapat diselesaikan melalui usaha yang berterusan.

    ReplyDelete
  41. HARAP-HARAP JANGAN SUMBANG

    ReplyDelete
  42. Baguslah kalau SAPP turun padang untuk penduduk pendalaman.

    ReplyDelete
  43. BN perlulah melakukan yang terbaik untuk sentiasa mendekati rakyat seperti apa yang dilakukan oleh para pemimpin lain seperti VK Liew, Lajim Ukin dan banyak lagi pemimpin yang selalu bersama rakyat.

    ReplyDelete
  44. Inilah masanya yang ada untuk SAPP mendapatkan sokongan bagaimana pula dengan Kerajaan? Kerajaan pasti dapat melakukan lebih dari apa yang SAPP lakukan. Semoga berjaya.

    ReplyDelete
  45. SAPP mula mendekati rakyat pendalaman. Nampaknya SAPP lebih menumpukan kepada penduduk pendalaman. Harap janganlah mudah terpedaya dengan topeng SAPP hanya kerana itu cuma sementara.

    ReplyDelete
  46. Berusahalah lebih satu keutamaan kepada setiap wakil rakyat untuk mendekati rakyat. PRU13 tidak lama lagi. Jadi jangan biarkan ini yang terakhir untuk wakil rakyat.

    ReplyDelete
  47. apabila menyentuh soal hak dan kepentingan fahaman politik harus diketepikan..

    ReplyDelete
  48. adakah UMNO sabah tidak memberi sokongan atau hanya segelintir ahli UMNO? datuk masidi menyokong RCI untuk ditubuhkan.

    ReplyDelete
  49. rakyat sabah harus bersatu untuk mendesak kerajaan persekutuan menubuhkan RCI bagi menyiasat projek IC di sabah..

    ReplyDelete
  50. jika kerajaan persekutuan menafikan tuntutan ini, kemungkinan rakyat sabah akan melompat parti..harus diingat bahawa sabah bukanlah fixed deposit.

    ReplyDelete
  51. ketua kampung dan pengerusi JKKK selaku mata dan telinga kerajaan di peringkat akar umbi harus bertindak proaktif dalam mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh penduduk kampung..

    ReplyDelete
  52. jgn mimpi la, tiada RCI utk isu PATI di sabah sbb UMNO yg piara dorang. x percaya, tanya itu doktor gila [half keling/melayu celup].

    ReplyDelete
  53. Illegals problem should be curbed.

    ReplyDelete
  54. Jangan hanya lawan dengan kata2 saja.

    ReplyDelete
  55. This matter will be brought to justice.

    ReplyDelete
  56. baguslah tu, bergotong-royong... jangan kerana PRU mau dekat, baru mau tolong..lepas tu,lepas tangan...

    ReplyDelete
  57. MUngkin RCI patut ditubuh, jika dapat membantu siasatan berkenaan ic projek ini..

    ReplyDelete
  58. jangan terpedaya dengan dompok dan yong.berjuang menentang PATI kerna dekat dah piliharaya.selama ini pun tak serius sangat perjuangkan hal ini.datang saja pilihanraya semua mahu jadi hero.

    ReplyDelete
  59. UMNO sesungguhnya tidak berminat untuk menubuhkan RCI..cabang parti BN yg lain keluar dr BN pun UMNO tetap jd parti pemerintah.2/3 adalah wakil UMNO pun..kita tunggu dan lihat sahaja.

    ReplyDelete
  60. yeah, let us look forward to the Najib-Dompok meeting. Hopefully something good for Sabah...

    ReplyDelete
  61. hope this struggle will be continued by the leaders of Sabah regardless of the government or the opposition even after the GE-13 later

    ReplyDelete
  62. mengapa Kerajaan Sabah tidak tubuhkan sahaja RCI ini sekarang, isu PATI ini sudah menjadi semakin tegang, tidak ada sebab mesti tunggu hingga tahun 2012.

    ReplyDelete
  63. janganlah sampai isu PATI/Projek IC ini di luar kawalan, baru kerajaan hendak bertindak

    ReplyDelete
  64. setiap tahun masalah PATI semakin menjadi-jadi...harap kerajaan pusat benar2 memberi perhatian serius terhadap masalah ini yang dihadapi oleh rakyat Sabah

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.