Thursday, November 10, 2011

5 MP Umno Dijangka Lompat Parti

Penguasaan Datin Seri "Hajjah" Rosmah Mansor terhadap kerajaan pada hari ini bukan lagi satu perkara rahsia.

Kegilaan isteri Najib terhadap kekuasaan, kemewahan dan publisiti menyebabkan kebenciaan orang ramai bertambah.

Bukan sahaja rakyat biasa membenci Rosmah, akan tetapi ahli-ahli UMNO juga.

Blog Selamatkan UMNO baru saja menerima maklumat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai tentang kemungkinan 5 orang ahli parlimen UMNO akan meninggalkan parti Melayu terbesar ini dalam jangkamasa terdekat.

5 orang ahli parlimen ini dikatakan akan meninggalkan UMNO dan menyertai parti pembangkang. Sebab utama tindakan ini bakal dilakukan berkait rapat dengan kebencian mereka terhadap penguasaan Rosmah dalam kerajaan Najib sehinggakan Malaysia kini seperti milik Najib dan keluarganya.

Jika benar maklumat yang kami terima ini, ahli-ahli UMNO sudah tidak lagi boleh berdiam diri. Sesuatu perlu dilakukan untuk menyelamatkan parti UMNO daripada dimusnahkan untuk selama-lamanya.

Oleh: siasahkini

24 comments:
Write comments
  1. Jika ahli-ahli Umno melompat parti, itu kebebasan mereka. Biarlah si Luncai dengan Labu-labunya.

    ReplyDelete
  2. Mereka yang sudah tidak ikhlas dan tiada hati terus berjuang dalam parti, tiada guna juga mengekalkan mereka. Biarlah mereka pergi, tidak payah menjadi penghalang dalam parti.

    ReplyDelete
  3. benarkah hal ini, tapi itu hak mereka untuk lompat parti atau tidak.

    ReplyDelete
  4. tapi, golonngan yang suka lompat parti ini adalah golongan yang tiada pendirian dalam perjuangan.

    ReplyDelete
  5. Saya tertanya2 adakah dakwaan ini benar kerana berapa banyak dakwaan yang dikenakan oleh pelbagai pihak,tetap sahaja beliau berdiri teguh.

    ReplyDelete
  6. Jangan pula kerana sikapnya yang sebegini menyebabkan keruntuhan kerajaan kita.

    ReplyDelete
  7. sebetulnya mereka acah saja bah ini sebab inda dapat project kambing fedlot dari BN...mana mereka berani dan adalah dicadang kan supaya PR tutup pintu awal-awal supaya mereka inda boleh masuk..bikin rosak saja.

    ReplyDelete
  8. kalau ahli2 parti pembangkang yang lompat parti, mesti kena cakap tidak berguna, tidak menyumbang, parasit dan macam2 lagi.. teringin juga saya mahu tengok Najib cakap begitu kepada 5 MP yang mahu lompat parti ni..

    ReplyDelete
  9. kalo btllh seperti yang dikatakan PM kena melakukan sesuatu sebelum barah ini merebak lebih besar lg.....

    ReplyDelete
  10. biarkan saja la dorang lompat.. pemimpin2 pembangkang sering mengutuk pemimpin2 dari BN, tapi akhirnya dorang terima juga kalau pemimpin itu masuk parti mereka..

    ReplyDelete
  11. kita pun tidak tahu sama ada pekara ini benar atau tidak..

    ReplyDelete
  12. mungkin pekara ini hanya khabar angin atau sekadar spekulasi..

    ReplyDelete
  13. Name the 5 leaders if you have the guts.

    ReplyDelete
  14. setakat 5 MP.biarkan saja mereka..kadang2 bila ada pemimpin yang sering lompat parti, ni akan memberi imej dan penilaian buruk rakyat terhadap mereka.

    ReplyDelete
  15. kalau 5 orang MP ni didedahkan mesti ada saja antara mereka yang akan menafikannya. memang sering seperti itu.

    ReplyDelete
  16. Kita lihat saja nanti. Sanggupkah MP tersebut melepaskan kepentingan mereka?

    ReplyDelete
  17. Pertama kali dalam sejarah Malaysia bukan jabatan dapat peruntukan dalam budget tahun lalu. PERMATA yang dinaungi oleh Rosmah dapat peruntukan. Agaknya kalau kita tubuh satu badan macam itu dapat peruntukan tak?

    ReplyDelete
  18. Mungkin ini cuma khabar angin untuk menjatuhkan PM kita.

    ReplyDelete
  19. Biarlah mereka mahu melompat mana pun yang mereka suka. Itu adalah keputusan mereka. Kita tidak boleh memaksa mereka untuk terus tanpa kerelaan hati mereka.

    ReplyDelete
  20. Pemimpin yang ada visi yang baik dan menyunjung keadilan tak wajar berada dalam UMNO APCO...Sebelum tenggelam dengan labu UMNO selamatkan diri dulu untuk meneruskan perjuangan...

    ReplyDelete
  21. propaganda UMNO sj bah ini, apa sj pun UMNO sanggup buat, 4 da sake of 60% malazut votes!!!

    ReplyDelete
  22. Saving UMNO by jumping to another Party? thats plain stupid...

    ReplyDelete
  23. Hurm,isu ini seperti retorik.Teringat Anwar kata ada ahli parlimen BN akan lompat parti tapi kesudahanya?..

    ReplyDelete
  24. lompat-lompat katak la neji ko ada neji

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.