Wednesday, February 8, 2012

BN Kitar Semula Janji Lama

NAIB Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Jimmy Jawatah, mengharapkan Adun Melalap Datuk Radin Malleh menunaikan janji berhubung pembinaan Pekan Kecil Melalap kerana kenyataan seumpama itu sudah berulang-ulang sejak tahun 2008 lagi tanpa penghujungnya.

Malahan tegas Jimmy, selepas pilihanraya umum kali ke-12 (PRU12) cadangan itu hilang begitu sahaja, sedangkan perkara tersebut turut diwar-warkan mereka ketika musim berkempen pada PRU12.

Bagaimana pun katanya, beliau berharap ianya menjadi kenyataan kerana rakyat telah pun bosan menunggunya dimana setiap menjelang pilihanraya umum janji seperti itu menjadi permainan dibibir setiap pemimpin seterusnya disifatkannya sebagai 'recycle promises'.

“Syabas kepada Barisan nasional (BN) terutamanya Datuk Radin kerana akhirnya mengkotakan janji janjinya,” kata beliau dalam satu kenyataan di Tenom, pada selasa.

Jimmy yang juga Pengerusi CLC SAPP Melalap berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Radin sepertimana yang dilaporkan media tempatan yang bertajuk 'New Melalap Township On The Cards' keluaran pada selasa.

Dalam pada itu, mengenai dengan peruntukan RM15 juta untuk pembinaan jambatan menyeberang Sungai Pegalan di lokasi Pusat Kebudayaan Murut sebagai laluan pintas dan rangkaian jalanraya menuju ke Taman Pertanian Sabah Lagud Seberang sebelum ke pekan Tenom Jimmy berkata;

“Rakyat di sini akan melihat dan menilai sendiri bagaimana janji kerajaan BN pada kali dari aspek kejujurannya kerana akan diterjemahkan oleh rakyat itu sendiri dalam memutuskan keyakinan mereka; lebih-lebih lagi Radin menjadi wakil rakyat di sini tidak kurang daripada 22 tahun,” tegas Jimmy.

Persoalannya sekarang, segala-galanya di tangan rakyat untuk menuntut kerajaan supaya projek yang dijanjikan itu dilaksanakan sebelum PRU13 atau apakah rakyat masih yakin projek yang dijanjikan itu masih di atas kertas.

Oleh : JACKSON LU (sabahkini)

57 comments:
Write comments
  1. Hopefully the the establishment of this township will be materialised.

    ReplyDelete
  2. bukan janji kitar semula tapi mahu minta simpati,wahai rakyaat Tenom jangan terpangaruh dengan janji YB kita ini.....slogan ini kali lah tetap kan dihati jangan undi BN lagi...pembohong besar bah dia orang ini.

    ReplyDelete
  3. This matter will be noted by the people.

    ReplyDelete
  4. Datuk Radin should make good on his word.

    ReplyDelete
  5. The failure of making this matter will not only tarnish BN, but also Datuk Radin's credibility.

    ReplyDelete
  6. All the best in for this project!

    ReplyDelete
  7. Whatever promises that were made by the government must be fulfilled.

    ReplyDelete
  8. Janji-janji BN kenalah ditunaikan.

    ReplyDelete
  9. This matter has always been taken notice by people, hope there will be a solution to this at last.

    ReplyDelete
  10. kita harus berterima kasih kepada Datuk Radin.

    ReplyDelete
  11. The clock is ticking, GE13 is coming. SO its best for the government to implement whatever projects that were promised to the people.

    ReplyDelete
  12. Nah, kasi tunailah janji yang dah ditabur. Bikin malu ja kalau janji itu sekadar cakap kosong.

    ReplyDelete
  13. Klaau terlupa, rasanya tak logik juga sebab hal ni dah kena highlight:P hehhe

    ReplyDelete
  14. Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti perkembangannya. Harap semuanya OK.

    ReplyDelete
  15. Kalau dah berjanji tu tunaikanlah segera. Kalau tak mampu utk menunaikannya, baik tak payah berjanji.

    ReplyDelete
  16. Masalah dah dipanjangkan dan hal ini harus diselesaikan segera.

    ReplyDelete
  17. pihak yang berjanji perlu melaksanakan janji dan selesaikan permasalahan yang melanda.

    ReplyDelete
  18. Saya percaya rakyat tahu bagaimana untuk menilai antara baik dan buruk

    ReplyDelete
  19. Janjian yang diberikan kepada rakyat perlulah ditunaikan oleh kerajaan, ini untuk mengekalkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan kita.

    ReplyDelete
  20. Semoga perjanjian ini boleh dilaksanakan sebelum PRU-13 diadakan tahun ini.

    ReplyDelete
  21. janji lama yang ditaburkan kenalah di tunaikan.

    ReplyDelete
  22. rakyat inginkan janji2 yang diberi dilaksanakan, jgn hampakan rakyat.

    ReplyDelete
  23. perlukah pekan kecil melalap diwujudkan?

    ReplyDelete
  24. kalau tidak perlu katakan saja tidak perlu..tidak payah janji..BN lebih baik daripada itu..

    ReplyDelete
  25. Pembangkang tidak pernah kitar semula janji lama?

    ReplyDelete
  26. Wakil rakyat jangan leka. Jalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan integriti. Barulah rakyat sokong. Janji manis tidak mujarab sudah.

    ReplyDelete
  27. Pembangunan di bandar dan luar bandar kena seimbang.

    ReplyDelete
  28. semoga BN negeri dapat memantapkan lagi perpaduan di kalangan parti komponen agar perkhidmatan terbaik kepada rakyat dapat disalurkan

    ReplyDelete
  29. dan semoga kerajaan BN Sabah akan kekal mentadbir negara ini dengan baik dan cemerlang di mana rakyat dapat menikmati rahmat kemakmuran secara sama rata..

    ReplyDelete
  30. demikian juga, kerajaan BN harus membantu rakyat secara menyeluruh tanpa mengira suku kaum dan kepercayaan agama..

    ReplyDelete
  31. kerajaan BN harus prihatin dan sentiasa mendengar denyut nadi rakyat jika inginkan sokongan dari rakyat

    ReplyDelete
  32. apa yang penting ialah tanpa janji kerajaan harus terus komited untuk merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk menjaga kepentingan seluruh rakyat negara ini.

    ReplyDelete
  33. itu lah kalau tidak dapat menunaikan janji inda payah lah berapi-api bercakap,saya rasa pekan melalap ini tidak perlulah diujudkan sebab kalau pun pekan ini ujud ia semacam pekan mati sebab tidak ada yang akan berniaga sebab dikawasan ini tidak ada facility yang membolehkan pekan ini bernafas,saya cadangkan supaya diujudkan sebuah sekolah menangah dulu dan barulah diujudkan pekan melalap..baru lah ada umpppp...nah kita tunggu lah PRU13 ada kah rubin balang atau jamawi akan menaburkan janji untuk pembinaan sekolah menengah nanti...itu lah kamu orang murut terlampau leka di tabur dengan janji orang mabuk.

    ReplyDelete
  34. BN bukannya kitar semula janji. Namun apa yang belum terlaksana akan dipastikan akan terlaksana selepas ini. Pelbagai perancangan telah dibuat, namun tidak semestinya perancangan yang dibuat itu dapat dilaksanakan pada masa itu.

    ReplyDelete
  35. Sebenarnya SAPP risau sekarang kerana kurang penyokong yang menyokong parti mereka.

    ReplyDelete
  36. Jadi sebab itulah SAPP cuba untuk bersatu dengan parti pembangkang di Sabah. Untuk memastikan mereka mendapat sokongan dari ahli pembangkang yang lain.

    ReplyDelete
  37. cuba jelaskan apa yang membuatkan pembinaan pekan kecil melalap itu mengambil masa begitu lama.. adakah disebabkan perancangan?? atau sebaliknya..

    ReplyDelete
  38. INI KALI LAH!!! Undi ASALKAN BUKAN UMNO/BN!!!

    ReplyDelete
  39. Harap janji yang diberikan dapat di tunaikan.jangan biarkan rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan.

    ReplyDelete
  40. SAPP cuba cari isu lagi, untuk mendapatkan sokongan rakyat, harap BN ambil perhatian tentang hal ini.

    ReplyDelete
  41. Pembangkang pun suka kitar semula janji, buat janji kosong yang tidak dapat di tunaikan.

    ReplyDelete
  42. Harap Pekan Tenom dapat dimajukan terutama kawasan pekan dan juga sekolah.

    ReplyDelete
  43. Harap janji yang di beri kepada rakyat dapat ditunaikan, dalam masa terdekat ini..agar penduduk tenom dapat menikmati kemajuan seperti tempat lain.

    ReplyDelete
  44. Sapp pun jangan hanya mencari kesalahan orang, cerminlah juga diri sendiri.

    ReplyDelete
  45. rakyat pasti ada pandangan mereka sendiri..mereka akan memilih mana yang mereka rasa terbaik.

    ReplyDelete
  46. kuasa memilih terletak di tangan rakyat..buatlah pilihan yang tepat.

    ReplyDelete
  47. Mana sudah highway Tenom Beaufort yang Mahathir lakukan pecah tanah semasa beliau menjadi perdana menteri dulu? Sudah siapkah? Atau saya saja yang tidak nampak itu highway yang melalui Pangi dan Rayoh! Atau itu hanya kerja UMNO menipu rakyat! Sdra Jamawi tolong kasih tengok saya itu highway ah mungkin kamu nampak kali tapi saya tak nampak!

    ReplyDelete
  48. BN gagal menunaikan janji akan menyebabakan kegagalan yang berterusan.

    ReplyDelete
  49. Sejauh mana BN ikhlas untuk orang Sabahan. Masing-masing ada jawapannya.

    ReplyDelete
  50. Rakyat pandai menilai dimana janji yang boleh ditunaikan dan tidak boleh ditunaikan tetapi semata-mata janji manis sahaja.

    ReplyDelete
  51. Tenom will be another major city. Lets work together to make it real.

    ReplyDelete
  52. Bujet 2012 is another turning point for Sabah.

    ReplyDelete
  53. UMNO KERJANYA MENIPU SAJA BAH MACAM KOMEN NO 47 ITU PERDANA MENTERI LAGI LAKUKAN PECAH TANAH TAPI SAMPAI KIAMAT TAK ADA. ITULAH BUKTINYA KERAJAAN BN INI MENIPU DAM MEMBODOHKAN RAKYAT SAHAJA!

    ReplyDelete
  54. Pembangkang juga kitar semula janji lama yang sama, setiap tahun mereka membangkitkan benda yang sama untuk mendapatkan sokongan rakyat. Apa bezanya?

    ReplyDelete
  55. Rakyat tidak sewajarnya mengundi berdasarkan perjanjian sebegini sahaja, faktor yang lain seperti calon dan parti juga perlulah dipertimbangkan.

    ReplyDelete
  56. Terpulanglah kepada rakyat bagaimana hendak menilai semua ini dan membuat keputusan bila PRU-13 nanti.

    ReplyDelete
  57. Usaha, pembangkang buat jani kalau tak dapat tunai ada sebab iaitu mereka bukan memerintah tapi Mahathir yang lakukan pecah tanah masa itu kenapa sampai sekarang tak siap itu highway, Bukankah menipu rakyat namanya itu. Memang UMNO ini Penipu rakyat tersohor negara!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.