Tuesday, February 14, 2012

Wajah hodoh Umno menjelang PRU13 semakin tersingkap

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi_luHu0O4Zd36g1EZNs94ebXfjmOx1A3WEV0WllppACGZo7gWXARQJNv6Cpzx5pmyz74ynbay25DmnyQfXOz9N_IHdEOZpi_RjxbyXcGyU_1wfsF7crNZulLUl-yPZqQUMPF_NlW0eR8k/s1600/no_to_BN.jpgDalam negara kita, tempoh pemerintahan Umno-Barisan Nasional sudah menjangkau hampir 60 tahun. Mereka dikurniakan kuasa oleh penjajah British sejak sebelum merdeka dan menguasai negara selepas 12 kali Pilihan Raya Umum.

Dengan tempoh penguasaan sebegitu lama, Umno-BN merasakan mereka cukup kebal dan supreme. Mereka merasakan dua belas kali kuasa yang diberikan pada setiap PRU, menjadikan mereka parti yang seolaholah tidak boleh digoyah dan digugat.

Umno-BN cuba untuk memberi rasional, bahawa kemenangan mereka selama ini adalah kerana kekuatan merekla. Mandat diterima kononnya, adalah kerana kepercayaan rakyat, hasil kewibawaan pemimpin mereka.

Namun kini segalanya sudah berubah. Pemimpin-pemimpin Umno yang dahulunya dikatakan pemimpin berjiwa rakyat, gagal mewariskan generasi kepimpinan seperti generasi awal Umno.

Umno yang mengasaskan parti mereka pada dasar kebangsaan, memperjuangan hak Melayu dan kepentingan Bumiputera, jelas selepas 50 tahun, gagal meletakkan kedudukan kaum Bumiputera, khususnya dalam bidang ekonomi, pada tahap yang boleh dibanggakan.

Umno-BN hanya berbangga dengan kekayaan segelintir ahli perniagaan Bumiputera, yang mendapat laba kerana mereka adalah anak-beranak dan kroni pemimpin Umno.

Hakikatnya, Umno bukan berjuang untuk kepentingan Melayu dan Bumiputera tetapi segelintir kecil kelompok Umnoputera dan Ali Baba.

Hidup Umno, perjuangan Umno, matlamat Umno hanyalah mengaut kuasa dan duit. Sudah beberapa kali Perhimpunan Agung Umno dibangkitkan soal gejala rasuah dan politik wang. Sudah berapa ramai pemimpin Umno yang dipecat dan digantung akibat mengamalkan budaya buruk ini?

Ini yang diakui sendiri oleh bekas Menteri, bekas Ahli MT Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Katanya, politik wang sudah jadi tabiat yang diterima dalam Umno. Jika ‘irama dan lagu’ tidak boleh dipisahkan, begitulah juga antara Umno dengan politik wang.

Kedua-duanya sudah sebati dengan Umno. Tiada Umno tanpa politik wang. Tiada politik wang tanpa Umno. Jika gejala rasuah dan politik wang hendak dihapuskan, maka akar umbi yang mesti dihapuskan adalah Umno itu sendiri.

Rosaknya Umno sudah tidak boleh dibaiki. Kuasa dan wang yang mereka ada bukan sahaja dengan merasuah rakyat, malah digunakan secara berleluasa untuk membayar wang kepada rakan-rakan seperjuangan untuk mendapat tempat dalam parti termasuk jawatan tertinggi. Ini diakui sendiri oleh Kadir dan ramai lagi pemimpin Umno.

Bila Umno gagal memperjuangkan hak bangsa, akibat kerakusan mereka sendiri, lalu mereka mengkambing-hitamkan bangsa lain dengan mendakwa kaum Cina misalnya, kerana menggugat kedudukan bumiputera.

Mengapa harus dipersalahkan orang Cina atau parti-parti politik Cina di atas kegagalan pemimpin Umno sendiri untuk meletakkan kedudukan sosio-ekonomi Bumiputera di tempat yang adil dan sepatutnya, kata Kadir.

Bangsa lain tidak salah. Mereka ada hak memperjuangkan nasib bangsa mereka. Jika mereka berjaya, itulah kelebihan dan kesungguhan yang mereka ada. Jika bangsa Melayu gagal dan ketinggalan, bukan salah kaum Cina atau India, ianya adalah berpunca kepada kelemahan pemimpin bangsa Melayu sendiri.

Dalam kes ini, kelemahan Melayu dalam negara, adalah hasil kepincangan pemimpin- pemimpin Umno.

Pendedahan Kadir semakin mentahkiqkan (memperkuatkan) riwayat bahawa pemimpin Umno dan sebahagian besar anggotanya mempunyai tabiat buruk, iaitu mengamalkan politik wang dan rasuah. Justeru tabiat buruk ini harus dihentikan.

Tabiat buruk Umno ini tidak boleh diubah oleh Polis, SPRM, Peguam Negara, Institusi Kehakiman dan sebagainya kerana, mereka adalah ejen yang menyuburkan kuasa Umno dalam negara.

Yang boleh mengubah Umno adalah kuasa rakyat. Kini, rakyat mula menyedari, bahawa setiap kali PRU, mandat yang diberikan hanyalah fatamorgana sematamata.

Mandat yang diberikan kepada BN, bukan kerana BN kuat dan dipercayai, tetapi kerana hasil penipuan licik mereka dalam sebuah sistem demokrasi yang amat tempang. Menjelang PRU13 ini, rakyat sudah mempunyai cukup alibi untuk menolak Umno- BN. Rakyat mahu menghentikan kuasa mutlak yang menjadikan BN.

Wajah-wajah hodoh Umno-BN dan seluruh kepimpinannya semakin tersingkap. Muak dengan kedangkalan Umno, maka pada PRU ini, wajah hodoh Umno-BN akan dibungkus dengan kain kafan untuk ditanam di kuburan politik.

-Editorial Harakah

18 comments:
Write comments
  1. JIKA bn BERJAYA MENGHERET DALANG2 YG MENYELEWENG nfc.scopene, pembaziran wang rakya serta mengheret menteri2 yg songlap wang rakyat...maka umno mungkin mdapat kembali kepercayaan rakyat..khususnya majoriti rakyat msia yg bbilang kaum...kalo tidak....sayonara la pd PRU13.

    ReplyDelete
  2. UrMNgOk perlu general averhaul, itupun klu masih bulih repair!!!

    ReplyDelete
  3. Tuan Guru Nik Aziz boleh dijadikan contoh oleh semua pemimpin di Malaysia, gajinya dipotong untuk rakyat....selama 20 tahun jadi menteri besar Kelantan...1 sen duit kerajaan pun tidakada yg hilang semuanya untuk rakyat.

    ReplyDelete
  4. Betul itu annnymous kalau semua begitu kita punya pemimpin haii...makmurlah rakyat negara ini kan. mudah2anlah semua pemimpin kita di negara ini ikut macam Tuan Guru Nik Aziz punya kejujuran...memang Nik Azsiz sangat jujur, 1 sen duit rayat pun dia tidak mau makan.

    ReplyDelete
  5. PILIHANRAYA KE 13 ADALAH PILIHANRAYA PALING SENGIT BUAT MASA INI, DIJANGKAKAN TOPIK PANAS TERTUMPU KAPADA PARTI PAKATAN RAKYAT DENGAN BN DAN RAKYAT AKAN MEMFOKUS KAPADA KEDUA PARTI TERSEBUT.
    DIJANGKA KAN PARTI BEBAS TIDAK MENJADI TARIKAN MALAH BEBAS BOLAH KALAH TERUK.HANYA RAKYAT SAHAJA YG AKAN MENENTUKAN PARTI MANA YG AKAN MENERAJU SEBAGAI KERAJAAN PEMERINTAH.PEMBERIAN WANG BANTUAN KPD RAKYAT OLEH KERAJAAN BN BUKANLAH AMALAN TERBAIK MALAH RAKYAT BOLEH MENYEDARI NIAT BN HANYA UNTUK MENANG PRU 13.
    PENDAPAT SAYA BN SUKAR UTK MENANG 2/3 PRU KALI INI. APA APA PON RAKYAT AKAN MENGUBAH SEGALA GALANYA DAN ALLAH MENENTUKANNYA.

    ReplyDelete
  6. Saya melihat dari sudut penyatuan fikiran dan strategi pakatan rakyat dalam menghadapi PRU13 ; Moga PR harus bersedia dan bergerak seiring tanpa ada kekeliruan dan kecelaruan antara parti dalam menghadapi BN/UMNO. Apa2 strategi dan gerakerja misti berlandaskan untuk tidak merosakkan agenda PRU13 atau proses untuk mencapai natijah buku JINGGA. Contoh terbaik perlu dihindarkan seperti Peristiwa Pelajar KUIN yang jelas boleh dan berpotensi untuk menghancurkan matlamat buku jingga inilah kerana tiada kesefahaman dan penyatuan fikiran dan strategi politik yang jitu. Sama kita hadapi BN/UMNO

    ReplyDelete
  7. Lagi cepat lagi baik kerana duit rakyat pun dah banyak ditabur. Tapi yang jadi masaalah ialah rakyat berkata Najib mewakili parti 1Malaysia dan bukan BN. Rakyat tak berminat BN kerana sungutan harga barang naik tapi 1Malaysia adalah jenama barang murah. Semua kaum pun dah mendapat habuan masing-masing dan ada janji lebih lagi kalau tak bertukar arah.

    ReplyDelete
  8. bila sebuah negara di perintah di bawah sebuah parti terlalu lama, maka pekerja dlm parti itu sudah muak dgn kerja dia, ia akan membuat kerjanya dgn secara ringkas dan tidak melaksanakan dgn baik dan betul . sejurusnya hanya menunggu masa utk menikmati gaji lumayan .dgn adanya kuasa di pegang akan di salah gunakan kononya seperti apa yg dia adalah itu sememangnya dimiliki keluarga sendiri. kuda tua la tu.......yg disebutkan . maka pada kita rakyat harus la bijak memilih kerajaan utk kebaikan masa depan kita.

    ReplyDelete
  9. Dah 55 tahun merdeka rakyat Sabah masih lagi di belenggu kemiskinan dari semua aspek termasuk harta benda dan infrastruktur...yang kaya mewah dan melimpah ruah hanya pemimpin....

    ReplyDelete
  10. " BUBAR" adalah perkataan yang perit untuk PM NAJIB ucapkan masa kini kerana gendang di palu nya begitu berkumandang sebelum ini saolah2 akan bertukar menjadi senyap dan sepi. Dan dari pihak lawan nya pula sememang nya lah menyepi tetapi umpama "API DALAM SEKAM & DIAM2 UBI BERISI " Sebab itu PM Haji Najib dan Gerombolan nya masih samar dan sangsi dengan mencari2 lagi rumusan untuk menarik dan mempengaruhi Rakyat supaya Berdiri teguh di belakang menyokong nya tanpa berbelah bagi, sebelum perkataan " BUBAR " Tapi Keramaian Rakyat Sekarang Termasuk Sabah Serawak Sudah Sedar Susah di Pengaruhi Lagi Dengan Gula2 UMNO/BN Yang Berencahkan Racun Selama Ini. ABU...DIPRU13..

    ReplyDelete
  11. memang ler kena cepat sebab kantung dah kosong... lagi lama tangguh mana nak korek duit.... sebab kemana pergi cempak.... sekantung... sekantung.... itu PM... TPM lagi bawa kantung lain pulak.... lagi lambat... rakyat dah terlupa pulak siapa yang bagi duit tu dulu,,, sebab duit BR1M yang diberikan dulu pun dah abis dibelanjakan.... hehehehe.... pening kepala kalau berpolitik menggunakan wang ni..... segunung pun boleh abis..... menang belum tentu lagi..... ambil jangan tak ambil.... itu duit kita... wang rakyat.... tetapi ingat.... kita ubah pemimpin yang membazir... menyeleweng wang rakyat ini kepada kerajaan berkebajikan pulak.....

    **** Asalkan Bukan UMNOO****

    ReplyDelete
  12. Siapa kata BN akan kalah. Rakyat akan sokong BN 100% kerana NFC, First lady boros, Wang KWSP digunakan untuk memancing rakyat di KL supaya mengundi UMNO! Tahniah BN

    ReplyDelete
  13. Buat la berapa banyak sekatan pun org tetap akan datang utk mendengar pekara yg benar dan berfikir serta menbuat perbandingan antara pemimpin PR dengan BN. Sekarang saya tetap PR , dulu asal BN/UMNO. PRU13 buka mata, celik minda, pangkah Pakatan Rakyat. Negara Selamat Rakyat Senang. bukan macam neji dah jadi pecacai!!

    ReplyDelete
  14. MMG RAMAI SGT YG DULU UMNO/BN...TAPI SETELAH DUK FIKIR-FIKIR... LAMA2 TERBUKA PINTU HATI... MENTERI2 YG DUK ADA DLM KABINET PON SEMUANYA MCM MENTERI PASSOLA, DUK MENCURI HARTA RAKYAT, KALU BAGI ULASAN, BUDAK SEKOLAH PON TAHU, TAK CERDIK... BAIK BERI UNDI KT PR PIMPINAN DS ANWAR YG PERNAH JD TIMBALAN PM...YG BERSIH...

    ReplyDelete
  15. Kalau IA nak bertanding atas teket bebas, siapa nak tolong dia buat kerja2 untuk mernghadapi PRU13 nanti. Dulu bolehlah tumpang semangkok ahli2 Pas buat kerja, susah payah ahli2 Pas tolong dia rupa2nya kena kencing jugak akhirnya. Kalau nak bertanding kat Kelantan aku rasa payahlah sikit, sebab orang2 kelantan dah kenal siapa IA ni. IA ni ibarat sampah yang terapong diatas lautan, tak tentu kearah mana akan dibawa arus gelombang ...........manusia yang tak ada pendirian.

    ReplyDelete
  16. Cadangan yg bagus..... Anwar & Najib boleh berdebat ttg cara yg baik utk mengurus negara........ Hadi & Najib boleh berdebat ttg hal agama...... Rakyat tak penting siapa menang debat....... Dengan debat mereka boleh beri pendekatan yg terbaik utk "benefit" semua........ Lagipun ia boleh menjadikan semua pemimpin lebih bertanggungjawab, kerana mereka tahu mereka kena berdepan dgn rakyat atas semua tindakan mereka.........

    ReplyDelete
  17. yeeeessssss !!!!!
    politik era baruu ...... rakyat nak tahu juga tahap kecerdasan pemimpin dan bakal pemimpin ....... kalau tak berani debat .... he.he.heee.... komfom akal kurang sihat tuuuuu

    ReplyDelete
  18. Ketua Bahagian umngokk semborono, Hishamuddin, yg juga menteri dalam negeri...polis pulak dibawah KDN so faham2 ajelah...kadang2 tu kesian juga tengok budak2 samseng umngok ni, dah macam tak ada harga diri, kalau ada pun, kalau adalah...boleh dibeli. Bg upah sikit, dah terus lupa diri, berlagak macam samseng taik kuching. ramai2 beranilah...cuba sorang2...rasanya dah lama tersungkur kat dalam longkang. Ingat!! tahap kesabaran seseorang itu ada hadnya....sarang tebuan jangan dijolok..jangan lupa, ini bukan sebarang tebuan! Yg tambah memalukan, bila majoritinya itu adalah orang melayu, orang melayu yg mudah lupa tentang jati diri, orang melayu yang mudah lupa tentang agama yang dianutinya....sebab selalunya orang islam tak berperangai macam tu, ini semuanya dah macam perangai israel!!! wahai samseng2 sembrong dan juga samseng taik kucing yg lain tu, cuba tanya diri anda, masih adakah maruah diri anda yg boleh anda banggakan, sehingga anda sanggup mengadai maruah agama dan bangsa anda sendiri....dan ingat, kami perjuang keadilan tak akan melupakan apa yang anda telah lakukan dan ingat....anda akan sentiasa diperhatikan....wassallam. Takbir....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.