Thursday, February 2, 2012

Kenapa Mahathir Takut PRU Awal?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgaJYewcEUpVbyDib0TAIEngzPA-qLxVTYohhTy-mWMPu6CXg32zWkOi23oMWwKd9EtCMrwHJiEp_J9pIWG4J8B9N_UJIZhhhVrvPdhDXG_bzDyoVQnCjoCMsSpmW5JDn8JY5frGYCRljHO/s1600/mahathirku.jpgBarisan Nasional (BN) perlu menangguhkan pilihan raya bagi memberi ruang untuk memenangi sokongan pelbagai pihak termasuk kaum cina, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak boleh mendapatkan kemenangan mudah tanpa memenangi kembali kehilangan majoriti dua pertiga pada 2008 sekiranya pilihan raya diadakan sekarang.

Katanya lagi Najib perlu berusaha keras untuk memenangi semula negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.

"Jika ada masa, guna masa itu untuk terus mendapatkan sokongan," katanya dalam wawancara bersama agensi berita Bloomberg.

Tambah Dr Mahathir lagi, BN tidak boleh kehilangan sokongan daripada mana-mana kelompok dalam negara kerana menurutnya wujud persepsi bahawa orang Cina tidak akan mengundi kerajaan.

Najib yang mengambil alih jawatan Perdana Menteri pertengahan 2009 mempunyai tempoh untuk mengadakan pilihan raya menjelang 2013.

Bagaimanapun najib mencetuskan spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan lebih awal apabila pada Disember lalu mengumumkan bahawa persiapan telahpun diadakan. -Mstar

11 comments:
Write comments
  1. Betul kata Dr.Mahathir, tak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihanraya ke 13,tunggu sehingga tempoh sebenar genap 5 tahun. Akhir-akhir ini pihak pembangkang didapati banyak masalah dikalangan sekutu mereka, contohnya di Sabah pembangkang masih berebut mendapatkan lebih banyak kerusi yang masing-masing untuk ditandingi parti-parti pembangkang.Secara keseluruhannya BN masih menjadi pilihan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Tengku Ragaleigh tubuh AMANAH, pada masa sama penakut kata tak pernah boikot mesyuarat UMNO, disini dapat dilihat bahawa beliau menyalak menerusi AMANAH tapi sudah tidak berkesan, TPM kata beliau hanyalah seorang yang berpengalaman.

    ReplyDelete
  2. Mahathir tidak dapat tidur memikirkan pilihanraya takut BN akan kecundang maka semua penyelewengannya akan terbongkar!

    ReplyDelete
  3. Nasihatkanlah agar bebanyak bertaubat orang tua tu supaya senang bila nak mati daripada masih sibuk berpolitik.

    ReplyDelete
  4. Lagi dia tangguh lagi banyak pekong UMNO BN terkeluar dan membusuk....Rakyat kebanyakkan dah memilih siapa yang patut diundi buat masa ini percayalah kalau ada perubahan pun tak sampai 1% itu pun yang atas pagar....Apa-apa pun ABU ( Asal Bukan UMNO ) patut dihayati oleh semua pengundi termasuk rakyat Sabah.....

    ReplyDelete
  5. makin lambat PRU13 semakin banyak kerakusan Bn terbongkar, so apa tunggu lagi..

    ReplyDelete
  6. tunggu lebih lama supaya mukhriz bulih jd PM? brp botol send me girl kau minum woo???

    ReplyDelete
  7. Kalau PR menang dalam PRU ke-13, DSAI akan dilantik PM selama 5 tahun, 5 tahun berikutnya Tuan Guru Hj. Abd Hadi Awang, 5 tahun yang ke tiga Saudara Azmin pula jadi PM, dan 5 tahun yang kelima giliran PAS lagi jadi PM, dan begitulah seterusnya. Atau mungkin waktu itu, rakyat mahu lagi kembali kepada omno. Begitulah ramalan nasib para pemimpin politik dalam negara demokrasi, betul tak.. BERUUUULLLL...

    ReplyDelete
  8. R-Rahman
    A-Abdul Razak
    H-Hussein Onn
    M-Mapley
    A-Abdullah
    N-Najib

    A-Anwar
    L-LGE
    H-Husam
    A-??????
    J-??????

    RAHMAN ALHAJ

    ReplyDelete
  9. Kita mesti ikut cara mindset org AMERIKA DAN KEBANYAKAN NEGARA DI ASAI!...berani buat pilihan dan faham bahawa PEMIMPIN POLITIK ADALAH ORG GAJI KEPADA RAKYAT SBB RAKYAT YG BAYAR GAJI MEREKA!!..kita sokong PEMIMPIN YG MAMPU MEMBANTU RAKYAT SELAKU PEMEGANG AMANAH RAKYAT SETELAH DI BERI KUASA BUKAN SEBALIK NYA..tak kisah parti mana pun yg penting AMANAH!..bukan mcm PARTI MELAYU UMNO/BN skrg yg mengamalkan RASUAH DAN SEGALA KEMUNKARAN!..RAKYAT DAN NEGARA AKAN HANCUR!....JAGN SESEKALI TAKSUB KPD PEMIMPIN ATAU PARTI!..guna AKAL dan fikiran!...

    ABU...ASALKAN BUKAN UMNO!

    ReplyDelete
  10. umno kalau kalah akan jadi seperti semangat 46 terkubur orang yang sokong umno kebanyakan nya tak iklas nak projek dan peruntukan kerajaan aje percayalah umno akan lenyap sekiranya tewas takbir ...... allahuakbar

    ReplyDelete
  11. U- Untuk, M-Merampas, N-Negeri O-Orang, Sabah dan Perak telah dirampas.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.