Sunday, February 26, 2012

Polis Mahu Pengarah NFCorp Didakwa

Polis telah memohon kepada Peguam Negara supaya pengarah Pusat Fidlot Corporation (NFCorp) didakwa atas kesalahan pecah amanah selepas pemimpin pembangkang mendakwa sebahagian daripada RM250 juta pinjaman mudah kerajaan telah digunakan untuk tujuan lain., demikian lapor The Malaysian Insider.

Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan mengesahkan perkara itu petang tadi kepada beberapa organisasi media.

"Kami mencadangkan Pejabat Peguam Negara supaya semua pengarah NFCorp didakwa atas kesalahan pecah amanah," katanya kepada The Malaysian Insider.

NFCorp, yang dimiliki oleh suami dan tiga anak Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, merupakan syarikat yang bertanggungjawab menguruskan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Sebelum ini, menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan National Feedlot Corporation (NFCorp) telah melanggar syarat perjanjian pinjaman dengan kerajaan persekutuan.

“Dalam kata lain, telah berlaku kes pecah amanah. Duit tersebut, yang seharusnya digunakan untuk tujuan penternakan lembu telah digunakan untuk tujuan lain.

“Dana berkenaan telah diserahkan berdasarkan projek yang diserahkab kepada NFCorp, yang mana mereka harus menternak lembu dan menjualnya dengan kadar yang lebih rendah,” jelas Nazri.

Menteri itu berkata lagi, beliau mengambil berat terhadap perkara itu dan menyatakan isu itu “tidak mati” walaupun apa pun tindakan yang diambil kerajaan, kerana rakyat ingin tahu ke mana wang itu digunakan.

“Pinjaman itu diberikan hanya bagi tujuan itu. Sekiranya dana itu digunakan bagi tujuan lain, kita tidak perlukan peguam untuk mengetahui samada berlaku pecah amanah atau tidak, sangat mudah,” kata menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio undang-undang itu.

“Sekiranya penyiasatan SPRM membuktikan berlakunya pelanggaran akta, mereka akan didakwa.

“Kemudian keluarkan tender dan berikan pembida tertinggi terhadap projek itu,” tambah Ahli Parlimen Padang Rengas itu lagi.

PKR telah membuat beberapa siri pendedahan terhadap penyalahgunaan dana termasuk RM62 juta untuk tanah, hartanah, dan perbelanjaan yang tidak berkaitan dengan projek penternakan lembu berkenaan.

Shahrizat telah mengambil cuti tiga minggu daripada jawatan sebagai menteri bulan lepas dan kini telah kembali bertugas.

-GB / MK

4 comments:
Write comments
  1. polis n pigtail sama2 kena picit telur oleh taiko UMNgOk! wayang kulit sj la...

    ReplyDelete
  2. Bukan ker Timbalan Ketua Polis mengatakan TIADA UNSUR pecah amanah pada sidang akhbar beberapa bulan lalu? Tapi hari ini suda ''U'' Turn ka? kikikikikiiiiiii,,,,,,, TerBaikkkk,....Malaysiaku,.

    ReplyDelete
  3. Kalaupn didakwa d mahkamah, ada lebih baik dakwa sekali menteri2 berkaitan yg terlibat dgn projek ni termasuk Kak Ijat, Abg Muhyiddin dan Bro Najib selaku kuasa autority. Malang sungguh nilai2 murni menteri2 BN-UMNO xpernah ujud dlm diri mereka, apa saja yg didakwa Pembangkang d anggap bohong, meghasut dan membuka cerita dongeng biarpun akhirnya menteri2 BN-UMNO sendiri saling ngaku-mengaku dan tnjuk-menunjuk yg akhirnya menyapu tahi2 kemuka dan tubuh2 mereka sendiri dan bersesuaianlah dgn slogan rahsia para papa2 menteri BN-UMNO; Rakyat makan tahi, Pemimpin makan duit...

    ReplyDelete
  4. adalah sesuatu yg pelik kes yg melibatkan sejumlah wang rakyat RM250juta di mana org yg d syaki bersalah masih bebas...kebanyakan kes ikan bilis yg melibatkan sejumlah wang yg jauh lebih kecil biasanya org d tuduh d tangkap n d reman dulu...baru d dakwa....apa nak jadi dgn Malaysia Tanah Air ku...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.