Wednesday, February 22, 2012

PRU13: Johor mampu lakar kejutan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgt51HfhoMiXB-t2bQ93ZI4IJkKPzG4hvWgKP7b1aSy33R-oGpk509DlDDBQLZZwwzMVRDnx3XADDAfhEtzqv1vxSY1gOwjtmmp9gvVEMPqxqyrd4H5JNIq7aM7DBryfLY0NRkoU2kHar06/s1600/Mohamad+Sabu.jpgMeskipun mendapat jolokan sebagai Johor ‘Darul Umno’, namun Pakatan Rakyat Johor mampu melakar kejutan pada pilihan raya umum ke- 13 untuk merampas negeri tersebut.

Demikian kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu ulasannya kepada Harakah mengenai kebarangkalian PAS dan Pakatan Rakyat mampu menawan Johor pada PRU13 nanti.

Mengulas lanjut, Mohamad Sabu berkata, kemenangan itu boleh dilakar jika para pemimpin Pakatan Rakyat negeri ini memanfaatkan formula yang telah dikenal pasti. Beliau secara tegas menyatakan bahawa adalah suatu perkara yang tidak mustahil boleh berlaku setelah dengan persepsi atau tanggapan politik rakyat negeri ini berjaya diurus dengan cara yang betul.

Katanya lagi, dengan sogokan ‘hanya Umno sahaja yang boleh perintah’ merupakan senjata yang digunakan supaya kerajaan BN boleh kekal selamanya merupakan dakyah yang karut lagi mengarutkan.

Sehubungan itu, mentaliti seperti itu harus dibuang dan diganti dengan melakukan perbandingan lain di negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat, katanya.

Ia juga bagi mengimbangi kebobrokan BN supaya tidak terus menyongsangkan pemikiran rakyat terutamanya orang Melayu di Johor, katanya.

“Begitu diletak dalam pemikiran rakyat, yang boleh perintah Umno. Kalau tak ada, siapa nak perintah? Ada pembangunan kerana Umno, tak ada Umno, tak ada pembangunan.

Kalau tak ada Umno siapa nak jaga Melayu. Ini yang didoktrinkan sekian lama dan kita harus merubahnya,” ujarnya lagi.

“Ini tanggapan yang orang Melayu terpaksa sayang kepada Umno sebab persepsi ini ada dalam fikiran rakyat. Mereka tak tengok parti lain tapi semua Umno. Oleh itu, Umno adalah segalagalanya,” katanya.

“Di abad ini, Umno kalah terutama di Kelantan sudah lebih 20 tahun. Meskipun PAS menerajui Kelantan, pembangunan tetap ada. Orang Melayu ok. Huru-hara tidak berlaku? Ertinya tak ada Umno, Melayu ada. Pembangunan ada,” ujarnya lagi.

Beliau amat mengharapkan kepimpinan Pakatan Rakyat terutamanya PAS di Johor mengubah persepsi masyarakat di negeri itu bagi memusnahkan doktrin kononnya jika Umno tiada, pembangunan akan tiada.

Jika Pakatan Rakyat dapat mengubah persepsi ini, maka beliau yakin PRU13, Johor mampu melakar perubahan yang drastik.

2 comments:
Write comments
  1. Syabas pada PR.. tiada lagi kubu UMNO yg kebal dan kekal.. semuanya menanti rebah dan mereput..

    Cadangan aku pada UMNO.. setelah FELDA bukan lagi sebagai fixed deposit..aku cadangkan UMNO merancang satu lagi penempatan orang Melayu terutamanya pengikut tegar UMNO dalam satu penempatan yg dikawal 24 jam.. aku cadangkan penempatan baru itu dipanggil..... ZOO...

    ReplyDelete
  2. suatu pencapaian yg cemerlang kpda Pakatan Rakyat...
    teruskan usaha utk menawan putrajaya...
    tumbangkan BN PRU 13!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.