Tuesday, February 28, 2012

MCA Sertai Himpunan Hijau 2.0

Pemuda MCA Indera Mahkota meramalkan Barisan Nasional (BN) akan berputih mata dan hanya boleh ‘bermimpi’ untuk merampas balik kerusi Parlimen Kuantan sekiranya gagal menghentikan projek nadir bumi Lynas sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Ketuanya, David Choi berkata, kerusi berkenaan yang kini disandang Fuziah Salleh dari PKR bukan sahaja terus mendapat sokongan rakyat kerana isu Lynas, malah BN akan tewas kerana tiada sokongan penuh pengundi-pengundi Cina.

“Tidak ada harapan untuk rampas Kuantan kalau kerajaan tidak menghentikan projek ini. Kita tidak boleh cakap apa-apa kerana semua orang tahu, projek ini amat bahaya kepada generasi masa depan.

“Jika ini tidak diberi perhatian, bukan sahaja orang Cina, malah seluruh Melayu, Cina dan Orang Asli akan memprotes. Kita (MCA) seolah-olah memberikan kerusi ini kepada PKR buat kali kedua,” katanya.

Ditanya sama ada beliau dan beberapa pemuda MCA menyertai Himpunan Hijau 2.0 kerana tidak bersetuju dengan dasar partinya, kata Choi, "saya menyokong kehidupan hijau dan mahu kepimpinan mendengar masalah rakyat."

Menurutnya, Pemuda MCA Kuantan turut menyokong himpunan semalam dengan menghantar 50 orang wakil dan berharap kerajaan menghentikan projek berkenaan.-SH

2 comments:
Write comments
  1. isu pencemaran alam sekitar adalah masalah manusia sejagat n x timbul isu mewakili mana2 parti politik...

    ReplyDelete
  2. Kalau projek itu dibatalkan mana mau cari duit p shoping, beli cincin dsbnya!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.