Wednesday, February 22, 2012

Jalan Halogilat Projek Top-Up?

SETELAH agak lama mendiamkan diri, Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Lajim Haji Okin muncul kembali di Beaufort.

Kali ini beliau melancarkan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Jalan Luar Bandar berimpak tinggi, Jalan Montineor-Halogilat sepanjang 12 kilometer dengan kos RM82 juta, petang Isnin.

Lajim yang membatalkan niatnya untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian, Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri bagi membolehkannya memimpin Sabah People Front (SPF); kini kembali dengan penuh yakin bahawa beliau akan dikekalkan sebagai calon Ahli Parlimen Beaufort pada PRU akan datang.

Tidak dikenalpasti sama ada Lajim dibenarkan merasmikan acara kerajaan kerana sebelum ini beliau dihalang melancarkan BR1M dan pelbagai acara rasmi lain kerana hanya Timbalan Ketua Umno Beaufort Isnin Haji Aliasnih; Ketua Bahagian MCA Beaufort Datuk Vincent Yong; Naib Ketua Bahagian Umno Beaufort Datuk Kimjus Duim dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Beaufort Haji Mohd.Ishak Haji Ibrahim yang hadir di majlis pecah tanah 'Olok-Olok' ini tanpa kelibat Pegawai Kerajaan.

Menurut maklumat dalaman SPRM, Projek Jalan Montineor-Halogilat ini termasuk dalam siasatan mereka kerana dilaporkan sebagai Projek Top-Up sekalipun dikategorikan sebagai Jalan Luar Bandar(JLB) oleh KKLW; tetapi terlalu tinggi iaitu RM6.79 juta bagi satu kilometer sedangkan kos pembinaan jalan baru dan berturap di Sabah antara RM2 hingga RM3 juta (kos naiktaraf hanya RM1 juta).

Projek HQ.191/2011(F) bagi kerja-kerja Naiktaraf Jalan Montenior-Halogilat, Beaufort, telah ditawarkan kepada Syarikat Kumpulan Kemajuan K.K. (Sabah) Sdn. Bhd. pada 15 Disember 2011 dengan kos RM 81,536,660.10 oleh Jabatan Kerjaraya sebagai Penyelia Projek setelah dipersetujui oleh Agensi Pelaksana, KKLW.

Syarikat Kumpulan Kemajuan K.K. (Sabah) Sdn. Bhd. yang dimiliki Abd Kahar Bin Bacho, Faridah Ang Mei Ling dan Sahlih Bin Sirin sebelum ini pernah melaksanakan Projek Pembinaan Kem Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja (7 RAMD), Batalion Infantri Standard, Kem Kubota, Tawau, Sabah pada 26 Januari 2011 dengan kos RM 61,867,858.10 dan Projek Naiktaraf Jalan Apin-Apin-Kg. Bundu-Kg. Tiga (Design & Build) pada 30 Julai 2007 dengan kos RM 18,585,154.87.

Bagaimanapun SPRM enggan mengulas kerana masih menjalankan siasatan terhadap projek berkenaan setelah menerima aduan rasmi daripada kontraktor dan orang awam.

"Lajim tidak jadi keluar BN kerana masalahnya sudah selesai. Ada perubahan pucuk kepimpinan. Tunggulah," ujar salah seorang penyokong kuatnya yang meminta agar namanya jangan disiarkan bagi mengelak kontroversi.

Percubaan Sabahkini.net untuk menghubungi Lajim tidak berjaya dan Setiausaha Akhbarnya hanya memaklumkan bahawa Lajim tidak berada di kawasan, sebaliknya di KKLW menguruskan pelaksanaan projek berkenaan yang dipercayai memberi dana politik untuk beliau.

Oleh : OSIN DIKUN (sabahkini)

31 comments:
Write comments
  1. Jangan ghairah sangat dengan adanya majlis pecah tanah ini. Dulu Tun Mahathir melakukan juga pecah tanah jalanraya Tenom Beaufort yang akan melalui Halogilat ini tapi sampai sekarang habuk pun tak ada. TIPU rakyat saja. Tidak mustahil kalau yang datuk Lajim lakukan pecah tanah ini juga mengalami nasib yang sama.

    ReplyDelete
  2. Pastikan projek Jalan Halogilat ini akan disiapkan dalam masa yang ditetapkan supaya ia boleh dibuka kepada penggunaan orang ramai.

    ReplyDelete
  3. Nampaknya Lajim tidak berniat untuk keluar daripada BN, ia cuma satu khabar angin sahaja. Harap isu pengeluaran parti ini tidak akan dijadikan mainan politik lagi.

    ReplyDelete
  4. Lajim masih bersama BN lagi rupanya

    ReplyDelete
  5. Manalah Lajim mahu keluar dari BN..susah2 beliau lompat keluar daripada PBS dulu..

    ReplyDelete
  6. Pemberian projek perlu dibuat dengan telus.

    ReplyDelete
  7. Jangan biarkan skandal seperti ini menjadi punca rakyat hilang keyakinan terhadap kerajaan.

    ReplyDelete
  8. Banyak kali dengar SPRM sedang siasat. Kadang mengambil masa yang terlalu lama sampai orang pun tertanya-tanya apa status siasatan sekarang.

    ReplyDelete
  9. Once promised, fulfill it - the Haloligat Project.

    ReplyDelete
  10. Janji tetap janji dulu Pak Lah janji akan jadikan pekan Keningau sebagai anak angkat. Mungkin sekarang ini anak tiri sajalah! Sama juga Fuad Akasih janji pembinaan sekolah Menengah Pekan Nabalu DI JALAN rANAU tapi entah mana sudah itu sekolah. Barangkalai BN TIADA DUIT BAH ITU!

    ReplyDelete
  11. bila siasatan dibuat biarlah ada tindakan susulan. tidak kira menteri atau sesiapa yang terlibat, hukuman tetap akan dilaksanakan.

    ReplyDelete
  12. memang jelas khabar Lajim akan keluar UMNO hanyalah khabar angin semata2.

    ReplyDelete
  13. mana2 projek yang dijalankan biarlah dapat dilaksanakan dengan sempurna dan tidak timbul isu2 yang berhubung dengan penyelewengan, rasuah atau sebagainya.

    ReplyDelete
  14. lajim ni kasi terajang saja ke laut.

    ReplyDelete
  15. What is going on? someone should explain to the people and I hope the road will be constructed as soon as possible.

    ReplyDelete
  16. projek jalan ini kena dilaksanakan dgnn baik dan sempurna.

    ReplyDelete
  17. maklumat dalaman SPRM?? tidak sangka boleh pula pegawai2 SPRM dedahkan maklumat siasatan.. anyway, memandangkan perkara itu dalam siasatan pihak SPRM, tidak perlu la ada pihak luar yang juga mahu jadi pegawai penyiasat SPRM..

    ReplyDelete
  18. Lajim tidak jadi keluar BN membuktikan semua spekulasi yang timbul sebelum ini hanya pembohongan semata2.. beliau tidak jadi keluar bukan disebabkan oleh permintaanya sudah dipenuhi..

    ReplyDelete
  19. Harap ada juga hasil pecah tanah tu. Jangan pula buat gimik saja!

    ReplyDelete
  20. Tapi kalau betul projek jalan ini dibuat, baguslah. Pasti semua pun sokong juga demi keselesaan pengguna jalan.

    ReplyDelete
  21. Expects better road access to the villages in the whole Sabah.
    Many children need to work miles to School.

    ReplyDelete
  22. Semoga peruntukan yang diberikan itu akan digunakan sepenuhnya.

    ReplyDelete
  23. Hope this project will go smoothly.

    ReplyDelete
  24. Lajim masih lagi bersama BN.baguslah begitu, tidak perlu lompat parti.

    ReplyDelete
  25. Harap projek ini dapat di jalankan tanpa sebarang masalah.

    ReplyDelete
  26. Bagus juga kalau jalan ini di buat, pasti membantu penduduk di sana.

    ReplyDelete
  27. Sudah jelas dan terbukti, hanya khabar angin sahaja yang mengatakan beliau keluar dari BN.

    ReplyDelete
  28. Projek yang di harapkan oleh penduduk, harap akan berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  29. Lajim sudah beraksi kembali. Nampaknya desas desus yang mengatakan bahawa beliau akan meninggalkan UMNO sudah terjawab.

    ReplyDelete
  30. Seorang pemimpin harus dapat menghadapi masalah yang timbuk dengan cara yang profesional. Ini membuktikan Lajim dapat menghadapi masalah dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan rakyat.

    ReplyDelete
  31. Masih terdapat banyak lagi yang harus di beri perhatian oleh Lajim terutama bahagian di bawah jagaan beliau.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.