SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Universiti Malaysia Sabah berhubung dakwaan tuntutan palsu melibatkan kontrak bernilai RM43 juta.
Bagaimanapun, Pengarah SPRM Sabah, Jalil Jaafar, berkata siasatan dikendalikan oleh ibu pejabat SPRM di Putrajaya.
"SPRM Sabah tidak ada kena mengena dengan siasatan yang dijalankan ke atas UMS," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.
Semalam, seorang jurucakap UMS memberitahu sebuah akhbar tempatan bahawa UMS sedang bekerjasama dengan SPRM mengenai dakwaan itu yang dikatakan turut melibatkan seorang Timbalan Ketua Umno bahagian bergelar 'Datuk' berusia 41 tahun.
Sementara itu, ahli jawatankuasa Umno Kota Kinabalu, Mohd Bahrin Abdul Karim berkata tidak ada Timbalan Ketua Umno bahagian bergelar 'Datuk' disiasat oleh SPRM.
Katanya SPRM perlu tampil memberi penjelasan berhubung status orang yang disiasat bagi mengelak sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan nama baik seseorang yang berjawatan Timbalan Ketua Umno bahagian di Sabah.
"Tanpa penjelasan SPRM, masyarakat umum akan beranggapan bahawa ahli politik yang disiasat itu adalah seorang Timbalan Ketua Umno bahagian sedangkan orang yang disiasat itu bukan seperti yang didakwa," katanya dalam kenyataan di sini.
Mohd Bahrin berkata SPRM dan pengurusan UMS perlu memaklumkan jabatan atau seksyen mana dalam universiti itu yang disiasat agar persepsi positif masyarakat terhadap universiti itu secara keseluruhannya tidak terjejas. (BERNAMA)
Saturday, February 4, 2012
SPRM Siasat Tuntutan Palsu Di UMS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kes ini pasti akan mencemarkan nama baik UMS. ia harus disiasat dgn teliti.
ReplyDeletedan jgnlah ada gangguan semasa siasatan dilakukan.
ReplyDeleteRM43 juta tu..bukan jumlah kecil. Harap-harap kes ini cepat diselesaikan supaya dapat tahu dalang di sebaliknya.
ReplyDeleteKes ini telah menjejaskan nama baik UMS.
ReplyDeleteabis la UMS
ReplyDeletemudah2an orang tu dapat segera ditangkap
ReplyDeletebenar2 telah menjejaskan imej UMS
ReplyDeleteDiharapkan SPRM akan cuba menyiasat kes tuntutan palsu ini selanjutnya untuk mendedahkan kebenaran.
ReplyDeleteMereka yang terbabit dalam kes ini perlulah dikenakan tindakan undang-undang yang setimpal.
ReplyDeleteWhy does SPRM hesitate to exercise the law against this Datuk Anthony? The matter has been investigated and yet they still hesitate...
ReplyDeleteberilah penjelasan yang lebih terperinci supaya tiada yang membuatkan rakyat sangsi.
ReplyDeleteharap lepas siasatan dibuat, ada tindakan susulan yang akan dibuat oleh SPRM.
ReplyDeleteTuntutan palsu ini menjadikan pertanyaan ada adakah pihak pengurusan tidak memantau projek yang dilaksakan oleh kontraktor tersebut.
ReplyDeletePenyelewangan dan rasuah ini sememangnya perlu disiasat oleh SPRM. Jangna biarkan perkara ini terlepas begitu saja. Mungkin ada pihak dalam yang bersekutu menjalankan kegiatan tuntutan palsu ini.
ReplyDeletesiasat sampai ke lubang cacing.. lepas siasat, dedahkan hasil siasatan kepada media..
ReplyDeleteUMS yang menjadi kebanggaan kepada rakyat Sabah dan menjadi tempat kepada anak2 kita untuk melanjutkan pelajaran sepatutnya bebas dari gejala rasuah..
ReplyDeletepihak SPRM mesti siasat hingga ke lubang cacing, sudah terlalu banyak corruption di dalam ums, sudah bertahun-tahun itu saja yang didengar dan dicakap-cakap,tapi hanya berlalu begitu saja, nilai 43 juta itu bukan sikit, mesti ada pakatan dari ramai pihak di dalam ums, ums adalah maruah rakyat sabah.
ReplyDelete