Wednesday, February 1, 2012

Sham Kamikaze Terus Berdakwah Walaupun Dikutuk

“Saya rela dikutuk rakan dan orang ramai, namun aktiviti berdakwah akan terus dijalankan kerana itu yang saya mahu lakukan sekarang ini,” kata Shamril Mohd Salleh, 36, atau dikenali Sham Kamikaze yang sedia maklum ada pihak memandang serong ke atasnya.

Katanya, walaupun setiap masa ada saja cemuhan dilemparkan, dia menganggap ia sebagai satu cabaran yang menguatkan usahanya itu.

Menurutnya, perubahan dilakukannya mungkin tidak boleh diterima sesetengah pihak, namun ia secara langsung memberi gambaran bahawa mereka peka kepada perubahannya itu.

“Sehingga hari ini, belum ada yang tampil menyatakan rasa tidak gemar atau mencemuh saya secara berdepan, namun perkara itu saya tahu daripada rakan serta medium lain.

Gambar: Sham Kamikaze bersama TG Hadi Awang di dalam satu majlis.

“Saya tidak memandangnya sebagai sesuatu yang serius, namun sedikit sebanyak menguatkan diri saya bagi menghadapi semua ini,” katanya selepas ditemui pada Forum Dakwah Era Siber anjuran Pejabat Mufti Perlis, di sini, semalam.

Menurutnya, selepas lebih setahun berubah, dia kini lebih tenang dan memenuhi masa hariannya dengan jemputan berceramah.

Sham berkata, dia yang sebelum ini tidak begitu rapat dengan artis lain, kini lebih mudah didekati, malah semakin rapat dengan kebanyakan artis lain termasuk mereka yang sudah berubah seperti Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32, atau Wardina.

“Saya hanya berkongsi pengalaman dan menceritakan apa yang saya pelajari dan tidak berasa kekok kerana saya bukan ustaz agama, mereka mereka tidak mengharapkan saya menjawab semua soalan diajukan,” katanya. -hm


No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.