Thursday, February 2, 2012

Rakyat Asing Miliki MyKad

KENINGAU: Beberapa perkampungan baru yang diwujudkan oleh penduduk setinggan terdiri rakyat asing memiliki Mykad di sini amat diragui kesahihannya terutama pewartaan dari kerajaan, kata Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Keningau, Paul Kadau di sini kelmarin.

“Yang menyedihkan perkampungan ini turut mendapat kemudahan daripada kerajaan yang disalurkan oleh pemimpin kerajaan.” Katanya dalam kenyataannya di sini.

Beliau ingin tahu sama ada tanah yang diduduki dan diwujudkan perkampungan baru itu milik penduduk tempatan yang disewakan dan minta pihak yang berkuasa agar dapat menyiasat perkara ini terutama status tanah tersebut.

“Amanah Keningau menerima aduan daripada penduduk Kampung Lingkudau di sini mengenai dengan tanah yang dipercayai dimiliki seorang bekas pemimpin telah diwujudkan sebagai sebuah perkampungan baru di Kampung Lingkudau yang dinamakan ‘Kampong Lingkudau Baru’,” Katanya.

Paul berkata, pemimpin berkenaan telah membenarkan penduduk yang dipercayai rakyat asing menduduki tanah tersebut yang memiliki Mykad meragukan.

“Persoalannya, adakah kampung Lingkudau Baru telah diwartakan oleh kerajaan? Sedangkan tanah tersebut termasuk dalam kampung asal, Lungkudau.” Katanya.

Beliau memberitahu, Amanah Keningau meminta kerajaan terutama Pejabat Daerah dan Jabatan Tanah dan Ukur serta pihak berkuasa yang berkenaan supaya menyiasat isu ini seperti status tanah tersebut kerana kawasan tanah difahamkan adalah kawasan pertanian dan bukan penempatan setinggan.

Menurut beliau, kampung Lingkudau adalah kampung asal dan tulen dan diwartakan oleh kerajaan dan mempunyai Ketua Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dilantik oleh kerajaan.

“Amanah ingin bertanya apakah motif kerajaan serta pemimpin tertentu mewujudkan kampung Lingkudau Baru? Yang menghairankan pada November tahun lalu penduduk Kampung Lingkudau Baru mendapat peruntukkan daripada kerajaan untuk memasang tiang elektrik serta jalan raya sedangkan kampung tersebut masih dipersoalan kesahihannya.” Katanya.

Paul berkata, Amanah menggesa kerajaan supaya apabila mengagihkan peruntukkan wang rakyat hendaklah mengutamakan kampung-kampung yang telah diwartakan dahulu.

Katanya, amanah menganggap bahawa terdapat kampung yang dijadikan ‘fixed deposit’ dan ada kampung yang dianaktirikan terutama sekali Kampung Tuarid Liawan sejak kejadian Tropika Greg pada 1996, penduduk kampung ini belum merasai sentuhan kasih sepertimana yang dikatakan oleh Ketua Menteri.

“Bagi penduduk kampung Lingkudau amat kecewa dalam perkara ini kerana masih ramai penduduknya yang memerlukan bantuan dan perhatian dari kerajaan.” Katanya.

66 comments:
Write comments
  1. PBS buat apa? jilat2 biji UrMNgOk???

    ReplyDelete
  2. perlu RCI ditubuhkan siasatan ke atas ketua kampung dan JKKK juga diambil kira mengapa rakyat asing mudah sangat mendapat maycard

    ReplyDelete
  3. status penduduk kampung tersebut harus disiasat.

    ReplyDelete
  4. sebab itu RCI diperlukan untuk selesaikan isu pemilikan mykad oleh warga asing.

    ReplyDelete
  5. ya.. jadi tubuhkanlah RCI, penduduk Sabah amat mengharapkannya.

    ReplyDelete
  6. Bro senang aje kalau mau, kita buang ini BN/UMNO PRU 13 baru boleh tubuh RCI dan tangkap yang terlibat dengan pemberian ic biru kepada PATI.Tapi selagi UMNO sampai kucing bertanduk kau orang tunggu.

    ReplyDelete
  7. Kalau sudah jadi PATAI, mereka pun boleh mengundi la ni??

    ReplyDelete
  8. Buat aduan rasmi supaya pihak berkuas ambil tindakan untuk menyiasat.

    ReplyDelete
  9. maka kita harus buktikan pada PRU13,umno/bn harus ditumbang agar kita ada lagi mycard dikeluar utk PATI.

    ReplyDelete
  10. Oh gosh, it would be unfair if they have the same rights as the locals.

    ReplyDelete
  11. I hope they are not given the power to vote.

    ReplyDelete
  12. Na bahaya ni boss kalau dibiar saja. Tidak adil utk kampung2 yang sudah lama menantikan bantuan tapi tak juga kinjung tiba.

    ReplyDelete
  13. Perkara ini harus disiasat dan dipastikan sejauh mana kebenarannya bagi memudahkan tindakan seterusnya dibuat.

    ReplyDelete
  14. Buatlah aduan rasmi dan panjangkan hal ini kepada pihak yang berkenaan supaya tindakan lanjut dapat diambil.

    ReplyDelete
  15. Jika benarlah sebagaimana yang didakwa, maka tidak hairan jugalah jika ramai yang mahu RCI ditubuhkan.

    ReplyDelete
  16. Semoga perkara ini mendapat perhatian sewajarnya dan segeralah bertindak sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  17. RCI harus segera diluluskan penubuhan di Sabah

    ReplyDelete
  18. berita2 seperti ini bukan baru didengar tapi tindakan daripada pihak berkuasa seolah-olah tiada tindakan

    ReplyDelete
  19. Bodohnya semua ini.

    ReplyDelete
  20. Dengan RCI, ia juga tidak akan mungkin menyelesaikan seluruh masalah ini..

    ReplyDelete
  21. Hope this matter will get solved soon, the big day is coming. We need the leaders who can lead us out of every shit.

    ReplyDelete
  22. BN kenalah berusaha menyelesaikan isu ini. Ini semakin teruk setiap hari.

    ReplyDelete
  23. Penyiasatan perlulah dilakukan untuk melihat kesahihan perkampungan baru ini.

    ReplyDelete
  24. Penduduk tempatan sepatutnya mendapat keutamaan dalam menerima bantuan kerajaan.

    ReplyDelete
  25. This is a matter of grave threat to national security

    ReplyDelete
  26. It should not be left unquestioned

    ReplyDelete
  27. Sooner or later the right of true Sabahan will be eroded by this PATI

    ReplyDelete
  28. warga asing inilah yang telah menghad dan menyempitkan peluang penduduk tempatan. semuanya mereka nak kebas.

    ReplyDelete
  29. perlu siasat perkara ni. kalau memang benar perkampungan ni haram, bagus robohkan saja.

    ReplyDelete
  30. betul, meminta pihak yang berkuasa agar dapat menyiasat perkara ini terutama status tanah tersebut.

    ReplyDelete
  31. " pemimpin berkenaan telah membenarkan penduduk yang dipercayai rakyat asing menduduki tanah tersebut yang memiliki Mykad meragukan." - pemimpin tersebut harus tampil ke depan dan menjelaskan keadaan sebenar jika perkara ini tidak benar

    ReplyDelete
  32. "Beliau memberitahu, Amanah Keningau meminta kerajaan terutama Pejabat Daerah dan Jabatan Tanah dan Ukur serta pihak berkuasa yang berkenaan supaya menyiasat isu ini seperti status tanah tersebut kerana kawasan tanah difahamkan adalah kawasan pertanian dan bukan penempatan setinggan." - setuju dengan pendapat beliau, harus ada siasatan terperinci

    ReplyDelete
  33. apa yang penting sekali ialah, perlu ada penyiasatan yang penuh dan intensif kepada isu peningkatan penduduk yang secara mendadak di Sabah

    ReplyDelete
  34. the setting up of a Royal Commission of Inquiry to investigate the continuous presence of huge number of illegal immigrants in Sabah is necessary before the situation comes to a stage of ‘no return’.

    ReplyDelete
  35. PBS dn kompenan yg lain (BN) s'lama nie apa yang durang buat....klu hnya nak tunggu PRU-13 baru nak bising2 buat RCI lah kini sudah t'lambat....PTI sudah pun m'miliki IC.klu boleh jadi pengundi lg untuk PRU-13 nnti....PTI dmna2 pn ada skrang...jdi rakyat sabah apa mahu tunggu lagi....mari lah kita bersatu untuk tumbangkan BN terutamanya UMNO pada PRU-13 nnti.

    ReplyDelete
  36. Perkampungan baru ini sememangnya perlu diperjelaskan. Kenapa mereka ini dapat dan layak menduduki kawasan tersebut.

    ReplyDelete
  37. PATI memiliki mykad dan juga memiliki tanah dikawasan perkampungan baru seperti di Kg Lingkudau baru perlu disiasat. Ini menjadi persoalan dari banyak pihak.

    ReplyDelete
  38. Tubuhkan RCI.. agar dapat selesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  39. Harus siasat perkara ini.. Pati memiliki mykad adalah perkara yang sangat menyakitkan hati penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  40. Warga asing hanya menyusahkan sahaja.Senang2 dapat mykad dan buat sesuka hati sahaja.

    ReplyDelete
  41. Buat aduan rasmi kepada pihak yang sepatutnya, agar perkara ini dapt di siasat dengan segera.

    ReplyDelete
  42. Masalah ini telah lama berlaku..Pelbagai cara telah di buat.Mungkin RCI dapat selesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  43. apa sudah jadi? PATAI senang2 buat kampung siap dapat peruntukkan lagi...rakyat tempatan pula yang terpaksa mengemis dan merayu-rayu agar paip air dibekalkan, eletrik dibekalkan dll..

    ReplyDelete
  44. diharap penduduk kampung lingkudau membuat laporan rasmi kepada pihak berkuasa dan juga SPRM..berjumpa dengan AMANAH saja tidak akan dapat menyelesaikan masalah ini sebab AMANAH tiada kuasa..

    ReplyDelete
  45. RCI juga harus segera ditubuhkan...

    ReplyDelete
  46. AMANAH harus juga mengambil peranan untuk mendesak kerajaan persekutuan agar segera menubuhkan RCI untuk menyiasat PATAI/projek IC di sabah..dan juga dalang2 di belakang projek IC ini.

    ReplyDelete
  47. pejabat daerah dan jabatan tanah dan ukur harus menyiasat perkara ini...

    ReplyDelete
  48. yang hairan macamana kampung ini disalurkan peruntukkan untuk membuat tiang elektrik dsbgnya sedangkan ianya tidak diwartakan oleh kerajaan? pasti ada sebab tertentu seperti rasuah dsbgnya..SPRM juga harus masuk campur..diharap Paul Kadau membuat laporan rasmi kepada SPRM dan pihak berkuasa lain..

    ReplyDelete
  49. RCI harus ditubuhkan...PATAI makin naik kepala...

    ReplyDelete
  50. Amanah sendiri perlu menyiasat perkara ini dan mengemukakan bukti bahawa wujud rakyat asing yang memiliki mykad mendiami kampung baru itu..

    ReplyDelete
  51. bagaimana jika kampung baru itu sebenarnya penempatan baru bagi penduduk2 tempatan yang sebelum ini tinggal dirumah2 setinggan atau mungkin penduduk yang kehilangan tempat tinggal akibat bencana alam??

    ReplyDelete
  52. sebaiknya pekara ini disiasat untuk mengetahui keadaan sebenar.

    ReplyDelete
  53. penjelasan harus diberikan berhubung dengan pekara ini.

    ReplyDelete
  54. harap langkah yang sewajarnya akan diambil..

    ReplyDelete
  55. Siapakah yang harus bertanggung jawab?

    ReplyDelete
  56. Paul berkata, pemimpin berkenaan telah membenarkan penduduk yang dipercayai rakyat asing menduduki tanah tersebut yang memiliki Mykad meragukan.

    Apakah yabng terjadi? Golongan ini tidak harus diberi identiti dan menikmati yang sama dengan rakyat tulen. Tindakan harus diambil.

    ReplyDelete
  57. RCI harus diadakan secepat mungkin supaya sindiket kotor ini tidak berterusan.

    ReplyDelete
  58. Pihak imigresen and pendaftaran harus disiasat terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  59. Siapakah harimau disebaliknya? Buatlah siasatan supaya golongan yang terlibat diambil tindakan undang-undang.

    ReplyDelete
  60. Kerajaan neegri harus menjalankan tugas untuk memantau dan pastikan golongan ini tidak dibawa masuk dan menjejas ketenteraman.

    ReplyDelete
  61. Inilah sebab Sabah masih fixed deposits untuk BN.

    ReplyDelete
  62. Ini juga sebab dimana kerajaan persekutuan gagal menubuhkan RCI untuk mengelakkan mereka juga disiasat.

    ReplyDelete
  63. Banyak golongan menunggu mykad sehingga umur tua, tetapi PATI ini diberi dengan begitu senang sekali, adakah ini adil?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.