Seorang wanita pengantin baru 14 hari berkahwin dikatakan lesap dari rumah keluarganya di bandar ini dipercayai dilarikan kekasihnya, seorang pengkid sejak lebih empat bulan lalu.
Gambar: HILANG...Siti Khadijah (kiri) menujukkan dua laporan polis dibuat abang iparnya berhubung kehilangan kakaknya sambil diperhatikan Abd Karim (kanan).
Badariah Abd Karim, 29, yang baru dua minggu bergelar isteri dikatakan gagal dikesan hingga kini selepas dikatakan keluar bertemu rakan di Stesen KL Sentral, Kuala Lumpur pada 6 Oktober tahun lalu.
Suami wanita terbabit, Mohd Izhammuddin Alias, 29, berkata, isteri yang baru dikahwininya selepas berkenalan setahun lalu mula berubah sikap selepas menerima panggilan telefon daripada pengkid berkenaan yang juga anggota pasukan keselamatan bertugas di ibu negara.
“Selepas tiga hari bersanding di rumah keluarga saya pada September lalu, isteri menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang mahu menemuinya di Stesen KL Sentral. Saya tidak membenarkannya dan memberitahunya jika mahu berjumpa, biar saya hantarkan.
“Isteri bersetuju sebelum saya menghantarnya ke KL Sentral untuk menemui rakannya itu. Pada hari kejadian, isteri meminta saya menunggu sebentar dalam kereta manakala dia keluar menemui seseorang di seberang jalan di situ,” katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di Taman Setia, Pasir Panjang, di sini, semalam. -HM
Thursday, February 9, 2012
Lagi Kes Isteri Dilarikan Pengkid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.