Sunday, February 5, 2012

Ikut Nafsu, Dewan Ulama nasihat Hasan Ali

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh mengingatkan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali supaya berfikir sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengkritik parti itu.

Walaupun kenyataan Hasan dikatakan langsung tidak memberi kesan ke atas Pas, namun Nik Zawawi menggesa Hasan supaya tidak sesekali mengikut hawa nafsu.

Nik Zawawi turut meminta bekas pemimpin Pas itu berjuang demi kepentingan agama sebagaimana yang pernah diperjuangkannya ketika berada dalam parti itu.

Hasan dipecat oleh Pas pada 8 Januari lalu.

“Dia bebas berkata apa sahaja kerana dia bukan lagi ahli Pas tetapi kita harap supaya dia berfikir dengan baik. Jangan ikut nafsu tetapi bergeraklah demi kepentingan dan perjuangan Islam,” katanya.

Hasan terus mengkritik beberapa pemimpin Pas dan mendakwa, selain pemimpin DAP dan PKR, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad penghalang utama kerja beliau sewaktu menjadi Exco Agama Kerajaan Negeri, sebelum ini.

Khalid merupakan ahli jawatankuasa kerja pusat Pas dan Yang Dipertua Pas kawasan Shah alam serta Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor.

Menurutnya, beliau memahami bantahan dibuat oleh DAP dan PKR kerana pemimpin tersebut terdiri daripada orang bukan Islam.

Sementara itu, berhubung kenyataan Hasan bahawa beliau akan menubuhkan Jati iaitu sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan, Nik Zawawi berkata, Hasan boleh berbuat apa sahaja kerana sudah tidak lagi terikat dengan Pas.

Pertubuhan itu yang didakwa Hasan sebagai kuasa ketiga dalam politik negara juga dilihat tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada Pas.

Dalam kenyataan Hasan, beliau menegaskan Jati akan menjadi kuasa ketiga dalam arena politik negara, namun belum memutuskan sama ada ia akan menyokong parti memerintah atau sebaliknya.

Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Pas Terengganu tidak bimbang dengan kenyataan itu yang menggambarkan cita-cita besar Hasan dalam Jati.

“Ia tidak membabitkan Pas dan ahli-ahli Pas juga tidak terpesong. Itu hanya pandangan individu. Tidak menjejaskan apa-apa pun dan itu hak dialah,” katanya. -SH

5 comments:
Write comments
  1. kerana pulut santan binasa kerana mulut hasan ali badan binasa.

    ReplyDelete
  2. Apa yang diucapkan oleh Hassan Ali adalah dari dalam suara hati Umno. Hassan adalah pembaca skripnya sahaja. Dalam pada itu, beliau tidak menyedari bahawa beliau juga bukan ulamak. Jadi, Hassan Ali juga adalah parasit PAS. Dalam PAS tidak mengira ulama atau profesional, buruh kasar atau buruh halus. Apa yang dituntut ialah memperjuangkan Islam. Hassan hanya sekadar memperjuangkan pangkat, glamour dan perut. Bye, Hassan.

    ReplyDelete
  3. krisis Hassan Ali bermula semasa paklah jadi PM lagi. masa tu sibuk dengan perpaduan melayu. Akhirnya TGNA kata kalau umno ikhlas kita bubar umno, bubar pas, tubuh satu parti berlandaskan Islam. akhirnya senyap begitu saja dan dia pun di tolak oleh ahli pas sendiri semasa pemilihan. sekarang ini soal akidah umat Islam..soal alat solar...kes murtad, kritik pemimpin PR secara terbuka. bukan tak boleh, tapi jangan guna media musuh untuk menghentam jamaah sendiri..akhirnya slps jumpa TGNA DAN TGHA, dia meminta maaf, hingga TGNA buat kenduri kesyukuran krn kes selesai, tapi hassan kembali seperti dulu, akhirnya pemecatan beliau adalah jalan terakhir yg terpaksa di ambil oleh pas. jika hassan ali betul2 ikhlas mempertahankan akidah umat Islam, beliau sepatutnya memberi tumpuan kepada hal itu...tetapi siri ceramah beliau hanya tertumpu menghentam pemimpin PR...

    ReplyDelete
  4. Kalu nak berjuang kenapa bercakap keaiban orang,Islam melarang memfitnah
    sebab entah betuk ke tidak ,nampaknya salah perjuangan kot.

    ReplyDelete
  5. Biar lah rakyat kebumikkan Parasit ini.
    Lupakan saja parasit ini , cerita lama.
    Usah diungkilkan lagi... parasit ini bahaya.
    smakin cerita parasit. maka seara tidak langsung mempromote parasit.
    Sudah lah... PAS teruskkan perjuangan mu.
    Banyak acara dan tanggung jawap perlu untuk runtuhkan umno.
    Ini kes tutup , jangan korek , semakin korek busuk taik akan berbau.. parasit akan bangga..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.