Sunday, February 5, 2012

Kelab Penyokong UMNO Baru

SALAH seorang bekas orang kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR), kini sedang dalam usaha membantu menubuhkan Kelab Penyokong UMNO di Miri, Sarawak sebagai tanda sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh parti itu (UMNO).

Timbalan Ketua Pemuda Angkatan Muda Keadilan (AMK) Jaya Ramba yang telah meletak jawatan secara rasmi dalam parti pembangkang itu pada 5 Januari lalu dalam satu kenyataannya memberitahu bahawa beliau kini masih belum menyokong mana-mana parti komponen BN di peringkat negeri.

Namun di peringkat pusat, Jaya memberitahu beliau telah dilantik menjadi wakil untuk menubuhkan Kelab Penyokong UMNO di Miri, berikutan sokongan yang semakin meningkat di kalangan masyarakat terutama pengundi terhadap parti itu di utara negeri ini.

“Walaupun berpihak kepada BN selepas keluar daripada Keadilan, namun buat masa ini saya masih belum bersedia untuk menyertai mana-mana parti komponen BN di peringkat negeri.

“Namun saya mengakui ada menerima tawaran daripada parti komponen BN namun belum mempertimbangkannya.

“Bagaimanapun buat masa ini saya telah dilantik menjadi wakil untuk menubuhkan Kelab Penyokong UMNO di sini. Pada masa ini kelab tersebut hanya ada di Kuching dan Miri yang dijangka ditubuhkan dalam masa terdekat,” katanya.

Bercakap kepada Utusan Borneo di sini semalam, beliau memberitahu, sudah mempunyai senarai 3,000 nama untuk menjadi ahli Kelab Penyokong UMNO Miri dan jumlah itu dijangka meningkat apabila kelab berkenaan dilancarkan dalam sedikit masa lagi.

Mengenai peletakan jawatannya dalam PKR, Jaya memberitahu, beliau telah hilang kepercayaan terhadap parti itu dan kepimpinannya.

Malah katanya, beliau amat kesal kerana parti itu dan pemimpinnya ‘sangat’ meragui kehadiran beliau dalam parti yang dipergunakan semata-mata sebagai agenda politik pihak-pihak tertentu memperolehi sokongan semata-mata bagi memenangi parti.

“Saya tidak mahu berjuang atas kepentingan seorang pemimpin yang bersalah. Saya tidak mahu berjuang dalam parti yang banyak mengucar-kacirkan ketenteraman negara dan saya tidak mahu menjadikan masyarakat berbilang kaum berpecah-belah,” tambah beliau.

Jaya memberitahu, beliau juga berhasrat untuk membongkar niat jahat dan mengungkaikan strategi kotor parti itu pada pilihan raya akan datang.

“Dengan ini juga saya sanggup membawa ratusan penyokong PKR menyertai parti pemerintah di Sarawak,” katanya.

-Sabahkini

4 comments:
Write comments
  1. “Dengan ini juga saya sanggup membawa ratusan penyokong PKR menyertai parti pemerintah di Sarawak,” katanya.

    ...ada penyokong kau meeeh? bakas, wogok, gobuk, tasu???

    ReplyDelete
  2. Biasalah suara orang-orang yang kecewa!

    ReplyDelete
  3. dulu rakyat xcerdik... rakyat ingat kerajaan bagi duit kpd rakyat..
    sekarang rakyat dah cerdik..kerajaan ambil duit rakyat... kalo kerajaan bagi pun memang itu HAK RAKYAT, kerajaan dipilih untuk urus harta rakyat.. tp kerajaan sekarang setelah dipilih MEMBOLOT harta rakyat... kroni2 sume kaya raya, rakyat di kampung ade yang makan nasi tidak berlauk. PRU 13 rakyat perlu tukar pemenrintah...XSALAH tukar PM&menteri2, jangan ingat bila tukar kerajaan NEGARA HURU HARA... polis tetap POLIS, tentera tetap TENTERA, cikgu tetap cikGU... xjd masalah... yang ditukar Hanya PM&pak2 menteri sahaja... Ingat... negara yang MAHU KEMAJUAN rakyatnya perlu berani buat PERUBAHAN.

    ReplyDelete
  4. Nak bawa UMNO ke Sarawak? Orng Semenanjung nak talqinkan ,awak nak bawa ke Sarawak pula!Ko faham ke makna bila nak ditalqinkan tak lama lg mayat itu akan busuk kalau tak dikubur?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.