Friday, February 10, 2012

Dakwat Kekal Akan Diwartakan 15 Feb

http://umno-online.com/wp-content/uploads/2011/12/dakwat-kekal-SPR.jpgPenggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13(PRU-13) akan diwartakan pada 15 Februari ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC), Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili.

Beliau berkata, ia merupakan antara cadangan-cadangan yang akan dilaksanakan dalam PRU-13 dan PSC telah menerima laporan balik daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Laporan interim telah diperakui oleh SPR untuk dilaksanakan secepat mungkin.

"Penggunaan dakwat kekal sudah di peringkat terakhir dan menunggu saja ia untuk diwartakan sebelum ia selesai dan siap sedia untuk dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat bersama PSCdan SPR di Parlimen di sini, Khamis.

Penggunaan dakwat kekal merupakan antara tujuh cadangan yang akan dilaksanakan oleh PRU-13 di mana sebelum ini 10 cadangan dalam laporan awal oleh jawatankuasa itu telah dibahas dan diterima oleh Parlimen.

Maximus berkata, selain itu orang kelainan upaya (OKU) juga boleh mendapatkan wakil mereka untuk membantu untuk mengundi.

"Wakil mereka perlu mempunyai pertalian keluarga untuk membantu membuat pengundian," katanya.

Menurut Maximus, antara lain yang diterima oleh SPR adalah tiada bantahan dalam penamaan calon dan tiada "cooling off period" atau tempoh tenang untuk calon yang bertanding.

"Ini memerlukan perubahan pada peraturan. Secara automatik, calon tidak boleh menarik diri. Kita mahu calon yang benar-benar serius.

"(Perkara) ini dijangka selesai pada minggu pertama April.

"Dengan ini, diharapkan ia dapat dilaksanakan pada PRU-13 akan datang," katanya lagi.

7 comments:
Write comments
  1. UMNO dan BN betul-betul nak menang PRU13 ni.. mereka tahu jika kalah tiada lagi peluang bersisa untuk mereka bangkit lagi.. segala kepincangan dan penyalahgunaan kuasa mereka selama ini akan dibongkar, bukan setahun dua tetapi pembongkaran selama setengah abad..mereka akan guna apa cara sekalipun bagi menindakkan kebangkitan rakyat..

    ReplyDelete
  2. Kalau tidak menipu dan manipulasi undi, dah lama dah Umno terlungkup.

    ReplyDelete
  3. SPR sudahlama dkerbausapikan..oleh umno waris penjajah

    ReplyDelete
  4. Pengundi POS sekarang dah boleh mengundi sbg pengundi awam.. kalau perhati betul2 nama kedua-dua ni wujud dalam Daftar Pemilih Induk (didaftar sbg pengundi Pos) dan Daftar Pemilih Tambahan (didaftar sbg pengundi awam).

    ReplyDelete
  5. TUN MAHATHIR PERNAH BERKATA KALAU KITA BERULANG KALI MENIPU, SUATU HARI MESTI ORG AKAN PERCAYA,, BN TELAH MEMPRAKTIK KAN KATA2 INI

    ReplyDelete
  6. isu ini yang kita rakyat malaysia kena ambil perhatiaan..bukan isu liwat.sex..hassan ali dan isu israel......kita kena tengok isu yg boleh menguntung kan rakyat bukan yang menguntung kan pemimpin.....wallauaklam.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.