Wednesday, February 15, 2012

Pertemuan Anwar & Hamas Musnahkan Fitnah UMNO

Pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan tertinggi Hamas adalah bukti beliau menyokong perjuangan rakyat Palestin, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.

Beliau mengulas pertemuan Anwar bersama pemimpin Hamas, Khalid Mash’ad ketika kunjungan Ketua Umum KEADILAN itu ke Qatar baru-baru ini.

Pertemuan itu, kata Muhammad Nur, sekaligus menangkis serangan jahat yang dilakukan pemimpin Umno-Barisan Nasional kononnya Anwar menyokong Israel dan menafikan hak rakyat Palestin.

“Khalid Mashal adalah pengerusi Biro Politik Hamas dan salah seorang tokoh pimpinan Hamas tertinggi dan dihormati. Justeru pertemuan Anwar-Khalid itu dengan sendirinya membuktikan Anwar istiqamah dalam perjuangan dunia Islam,” tegas beliau.

Pengerusi Biro Politik Hamas adalah jawatan paling kanan dalam Hamas selepas pengasas pertubuhan itu sendiri.

Ketika penglibatnnya dalam Hamas, Khalid Mashal, hampir dibunuh ejen Mosad atas arahan perdana menteri Israel, Benjamin Netayahu.

Menurut Dr Muhammad Nur, berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Anwar dilihat lebih dipercayai gerakan Islam kerana sejarah perjuangannya bermula sejak zaman mahasiswa.

“Ini kerana faktor Anwar yang istiqamah dalam perjuangan dan pada masa yang sama realistik dengan politik dunia.

“Hamas juga menyedari realiti politik semasa dan tetap mempertahankan perjuangan rakyat Palestin yang mahukan negara mereka sendiri selaras dengan Resolusi 242 pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1997,” ujarnya.

Anwar kebelakangan ini difitnah Umno, kononnya menyokong penubuhan negara Israel dengan memutarbelitkan kenyataannya yang disiarkan dalam satu wawancara dengan Asian Wall Street Journal.

Ketika di Qatar, selain Khalid, Anwar turut bertemu ulama tersohor dunia, Sheikh Dr Yusuf Al Qaradawi. Beliau juga turut mengadakan perjumpaan dengan menteri kebudayaan Qatar, Dr Hamad Abdul Aziz dan tokoh ilmuan Islam, Jaser Audah. -KD

7 comments:
Write comments
  1. Apa sumbangan Najib kepada dunia Islam? Usah berkokok umpama ayam jantan tapi macam pondan bila di suruh berdebat. Tanya pemimpin Hamas apakah jalan penyelesaian yang di persetujui olehnya untuk membolehkan penubuhan negara Palestin dan baca sejarah bagaimana puak zionis nie menguasai bumi Palestin. Jangan ikut emosi kerana emosi tidak akan menyelesaikan pemasalahan negara Palestin. Pakatan AS bersekutu melindungi negara Israel dan banyak resolusi telah di nyatakan di PBB namun apakah kejayaan resolusi tersebut kerana sehingga kini ianya tidak membantu membentuk penubuhan negara Palestin?

    Peperangan, kematian dan kemusnahan telah lama di alami oleh rakyat Palestin. Orang Palestin tidak semestinya islam. Mereka juga terdiri dari pelbagai agama termasuk mereka yang beragama yahudi ortodok. Sebenarnya kita memperjuangkan negara .

    ReplyDelete
  2. BUKAN AYAM JANTAN NAMANYA JIKA HANYA BERANI BERKOKOK DI SEBALIK PAGAR DAN DI DALAM REBAN. BUKAN AYAM JANTAN JUGA NAMANYA JIKA HANYA BERANI MEMPAMERKAN BALUNG YANG CANTIK DAN TAJI YANG KONONNYA TAJAM..... NAMUN, APABILA DICABAR UNTUK BERSABUNG DI GELANGGANG, AYAM JANTAN DIAM MEMBISU IBARAT MELIHAT HELANG YANG BERSEDIA UNTUK MENERKAM...

    ReplyDelete
  3. Sumbangan Najib kepada dunia Islam ialah berkunjung ke batu Caves masa Thaipusam dengan pakaian penganut agama Budha! Tahniah najib!

    ReplyDelete
  4. MMG RAMAI SGT YG DULU UMNO/BN...TAPI SETELAH DUK FIKIR-FIKIR... LAMA2 TERBUKA PINTU HATI... MENTERI2 YG DUK ADA DLM KABINET PON SEMUANYA MCM MENTERI PASSOLA, DUK MENCURI HARTA RAKYAT, KALU BAGI ULASAN, BUDAK SEKOLAH PON TAHU, TAK CERDIK... BAIK BERI UNDI KT PR PIMPINAN DS ANWAR YG PERNAH JD TIMBALAN PM...YG BERSIH...

    ReplyDelete
  5. Kerajaan UMNO/BN cakap tak serupa bikin. Dalam diam jalin hubungan dagangan dengan israel...kenapa tv3 x siarkan berita penting cmni? kena sogok ngan pm ke? KERAJAAN UMNO/BN NI MMG HIPOKRIT, gaya macam benci Amerika tp Amerikalah antara rakan dagang terbesar Malaysia. kata tak sokong Israel (Yahudi), tapi byk hubungan Malaysia-Israel wujud...UMNO DULU KINI DAN SELAMA 54 TAHUN MENIPU RAKYAT....

    ReplyDelete
  6. pembongkaran ini Jelaslah maksudnya malaysia negra yg berdaulat mempunyai hubungan dgn Israel tanpa sekatan keluar masuk utk ke malaysia.

    ini namanya haprakk ;,, ditibainya cukup2 yg DSAI bkawan dgn yahudi, tapi hakikatnya puak2 songkok tinggi ni barua disebalik israel,, cuma sedih dgn penduduk2 yg tinggal di kampung, mereka tiada media baru untuk mengetahui hal kebenaran sebegini.

    ReplyDelete
  7. Kerajaan Malaysia patut liberal....
    kitq harus siasat berapa banyqk pemimpin Malaysia yang mempuyai bank akaun di Isreal....
    berapa banyak syarikat di Malaysia yang membuqt perdagangan di Isreal....

    Pemimpin UMNO semau bersandiwara di pentqs rakyat Malaysia....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.