Saturday, February 4, 2012

Hentikan Sandiwara, Tangkap Peter Anthony

PARTI Keadilan Rakyat menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghentikan sandiwara berhubung pembasmian gejala rasuah di Sabah yang kononnya menjalankan siasatan terhadap Datuk Peter Anthony berhubung tuntutan palsu RM43 juta di Universiti Malaysia Sabah; tetapi sebelum ini menutup kes Mantan Naib Cancelor UMS, Datuk Mohd Noh Dalimin.

"Jika SPRM benar-benar mahu basmi rasuah, tangkap Datuk Peter Anthony yang membuat tuntutan palsu bagi kontrak RM43 juta kerana semua bukti sudah diserahkan kepada mereka sejak tahun lalu, tetapi hanya mendiamkan sahaja," kata Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah, Citra Masadi yang membidas SPRM Sabah kerana 'gentar' dengan kuasa politik yang dimiliki Datuk Peter Anthony sehingga menyebabkan kes berkenaan disiasat oleh SPRM Putrajaya.

Menurut Citra, kes rasuah Mohd Noh Dalimin telah selesai disiasat dan hanya menunggu arahan Peguam Negara untuk memberkas dan menghadapkan tertuduh ke mahkamah, namun secara tiba-tiba kes berkenaan ditutup begitu sahaja dan UMS hanya tidak menyambung kontrak Noh Dalimin sebagai Naib Canselor.

"Kita juga hairan bagaimana orang yang ada kes dengan SPRM tiba-tiba dilantik menjadi Naib Canselor Universiti Tun Hussein On Malaysia (UTHM) pada 16 Oktober 2008," tegas Citra yang semakin hilang kepercayaan dengan SPRM Sabah.

Kini muncul pula kes Naib Presiden 1 KDM Malaysia dan Bendahari KDM UMNO Task Force, Datuk Peter Anthony, yang mendapat kontrak bernilai RM43 juta di UMS melalui syarikat Asli Jati Engineering Sdn. Bhd., tetapi mengemukakan tuntutan palsu bagi kerja yang tidak dijalankan untuk mendapatkan bayaran secara culas.

Sebelum menjalankan kontrak RM43 juta, Asli Jati Engineering Sdn. Bhd. turut memperolehi tiga kontrak daripada UMS iaitu;

Cadangan Pusat Pembangunan Latihan Luar Bandar Untuk Universiti Malaysia Sabah pada 04 Julai 2003 bernilai RM 1,484,788.00

UMS BEN 11/2002 Penyelenggaraan Dan Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal Di Sekolah Kejuruteraan Dan Teknologi Maklumat, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, Sekolah Sains Sosial, bangunan Canselori (Pentadbiran), Kompleks Sukan Palapes Asrama Pelajar, Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial, Institut Biologi Tropika Dan Pemuliharaan, Pusat Kesihatan, Pusat Perkhidmatan Pelajar, Institut Penyelidikan Marin Borneo, Masjid Dan Perpustakaan Di Universiti Malaysia Sabah pada15 Ogos 2004 bernilai RM 2,802,562.00

UMS BEN 25/2004 Perkhidmatan Penyelenggaraan Mekanikal Dan Elektrikal Sekolah Sains & Teknologi, Pusat Penataran Ilmu & Nahasa Dewan Kuliah Pusat Dan Infrastruktur, Universiti Malaysia Sabah pada 10 November 2004 bernilai RM 9,288,720.00.

Tegas Citra, jika benar mereka menjalankan siasatan terhadap Datuk Peter Anthony, SPRM sewajarnya turut menumpukan siasatan terhadap dua tender tertutup KKLW yang diperolehi oleh Asli Jati Engineering Sdn. Bhd iaitu;

KKLW/BALB/133/2011-Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sistem Retikulasi Negeri Sabah Tahun 2011/2012 Negeri Sabah Zon 9A, Papar, Putatan, Penampang, Sepanggar yang diperolehi pada 09 Ogos 2011 bernilai RM 23,888,888.00

KKLW/BALB/173/2011-Projek Sistem Bekalan Air Tenom, Sabah (Fasa 2), Tenom yang diperolehi pada 26 September 2011 bernilai RM 28,888,888.00

Kedua-dua projek ini kata Citra adalah projek Top-Up yang dirancang oleh KKLW untuk mendapatkan dana politik bagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal.

"Mengikut maklumat yang kita terima kos kedua-dua projek tersebut tidak sampai RM15 juta, tetapi oleh kerana untuk mencari dana politik, harganya dilonjakkan begitu tinggi," kata Citra yang memaklumkan pihaknya mendapat maklumat kedua-dua kontrak berkenaan dilaksanakan oleh sub-kontraktor dengan harga RM13 juta dan RM15 juta setiap satu.

Oleh itu Citra tidak hairan jika kontrak yang diwar-warkan media di UMS adalah kontrak Top-Up yang diberi atas nama KDM Malaysia yang diketuai oleh Datuk John Ambrose dan Peter Anthony sebagai Naib Presiden 1 dan Bendahari KDM Malaysia sebagai salah satu cara memungut dana politik untuk membiayai aktiviti KDM Malaysia setelah KDM Task Force mendapat tentangan UMNO Sabah.

Semakan rekod di Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati Asli Jati Engineering Sdn. Bhd. (446275-P) yang nama asalnya Saga Sempurna Enterprise Sdn. Bhd dimilik oleh;

Dato' Peter Anthony (710224-12-5037) yang beralamat di House No.20 Taman Cantik, 88300 Kota Kinabalu Sabah yang memegang 92.50 % saham atau 1,480,001 bernilai RM1 setiap satu.

Joseph Anthony (730713-12-5087) yang beralamat di 143, Kampung Kelatuan, 89007 Papar, Sabah yang memegang 7.50% saham atau 120,00 unit.

Kedua-dua mereka menjadi Pengarah Asli Jati Engineering Sdn. Bhd, namun Peter menyerlah dengan kehidupan versatile dan bergaya dengan beberapa kereta mewah dan mengusahakan pusat hiburan, malah turut terlibat dengan kegiatan maksiat.

Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN (sabahkini)

13 comments:
Write comments
  1. kes ini dah disiasat oleh SPRM, jika dia bersalah, pasti takkan terlepas.

    ReplyDelete
  2. dgr2 merreka melarikan diri. tindakan melarikan diri telah menunjukkan bahawa mereka mungkin bersalah, lebih baik serah diri dan beri kerjasama.

    ReplyDelete
  3. Berat tuduhan yang dibuat ni. Mahu dapat projek mesti ada connection 'kuat'.

    ReplyDelete
  4. Bukan saja imej UMS malah imej 1 KDMM pun terpalit sama. Betulkah mereka melarikan diri? Makinlah orang ramai sangsi.

    ReplyDelete
  5. harap SPRM dapat menangkap orang tu

    ReplyDelete
  6. harap hukuman adalah setimpal dengan perbuatan

    ReplyDelete
  7. Diharapkan kes kontrak tuntutan palsu bersama UMS ini boleh disiasat selanjutnya supaya boleh mengetahui keadaan sebenar yang berlaku.

    ReplyDelete
  8. Sesiapa yang terlibat dalam kes ini perlulah menerima akibatnya, harap tindakan tegas akan diambil terhadap mereka setelah kes ini dibuktikan.

    ReplyDelete
  9. Why does SPRM hesitate to exercise the law against this individual?

    ReplyDelete
  10. bagus kita tunggu saja siasatan SPRM. susah juga kalau buat andaian sendiri.

    ReplyDelete
  11. Tidak perlulah PKR risau, sememang SPRM telah pun melakukan siasatan keatasnya mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  12. Jadi biar SPRM meneruskan siasatan mereka. Kepada mereka yang ada maklumat harap memberikan kerjasama kepada SPRM supaya kes ini mudah dan senang ditangani.

    ReplyDelete
  13. kenapa perlu mendesak sedangkan kes itu memang dalam siasatan.. buat masa ini tidak perlu la ada mana2 pihak mahu jadi hero.. kalau mahu jadi hero pun biarlah selepas siasatan dijalankan..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.