Thursday, February 2, 2012

Skim 1 Care - Gaji Dipotong 10% Untuk Bayar Insuran Kesihatan

Kemarahan umum meningkat terhadap cadangan "1 Care" skim penstrukturan semula sistem penjagaan kesihatan, pengkritik mendakwa ia memaksa pekerja dan perniagaan untuk memberikan 10 peratus pendapatan bulanan mereka kepada agensi menguruskan dana kesihatan kerajaan.

Walaupun maklumat terperinci skim masih samar-samar dan pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan menyifatkan masih "terlalu awal" untuk mengkritik, pengamal perubatan dan persatuan pengguna memboikot cadangan itu sejak Disember lalu bermula kempen "Tak Nak 1 Care", berharap Putrajaya mengkaji semula sebelum dikuatkuasa.

Menggelar diri mereka "Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan", kumpulan ini telah menggunakan media alternatif dengan menggunakan laman sosial Facebook, Twitter, blogs dan Youtube untuk menyebarkan maklumat tentang skim seterusbya mendapat sokongan orang ramai.

Kumpulan ini antara lain telah membuka laman komuniti di Facebook yang dinamakan "#TakNak1Care", Twitter menggunakan akaun @taknak1care dan memuatnaik beberapa video klip di Youtube, menggesa rakyat menolak skim itu.

Usaha itu mendapat perhatian dengan cepat di Internet malah menarik perhatian Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, yang terlibat secara peribadi dalam perbincangan dengan kumpulan itu di laman Facebook.

The Malaysian Insider difahamkan skim "1 Care" dimodelkan selepas Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom (NHS), satu sistem pembiayaan penjagaan kesihatan dan telah ditekankan dalam Rancangan Malaysia ke-10 untuk Pelan Strategik Kementerian Kesihatan 2011 - 2015.

Difahamkan skim mempunyai lima fasa dan kini sudah memasuki fasa ketiga dan inisiatif penuh, perbincangan dengan doktor dan farmasi seluruh negara, akan dibentangkan kepada Kabinet pada Mac

Menurut anggota CHC, "1 Care" akan menggantikan sistem dua peringkat (awam dan swasta) penjagaan kesihatan dengan memiliki maklumat sulit hospital awan dan swasta, dengan harapan dapat memastikan ia lebih "saksama" kepada rakyat merentasi sosioekonomi.

Di bawa sistem dua peringkat, rakyat Malaysia boleh memilih rawatan di klinik swasta atau hospital dn pembayaran ditanggung sendiri atau melalui tuntutan insurans atau mendapatkan rawatan di klinik kerajaan atau hospital dan pembayaran di bawah kos minima, di bawah subsidi penjagaan kesihatan.

Melalui "1 Care", CHC berkata ia akan mewajibkan semua individu yang berpendapatan termasuk kakitangan kerajaan dan pesara, perniagaan dan menyumbang 10 peratus pendapatan mereka kepada agensi kerajaan, Skim Insurans Kesihatan Sosial (SHI) .

"Jadi sesiapa yang mampu bayar akan bayar, mana yang dikecualikan membayar seperti orang miskin dan sebagainya akan tetap mendapat faedah perubatan asas percuma yang ditawarkan di bawah skim itu. Pada asasnya mereka yang mampu akan bayar bagi mereka yang tidak boleh," kata anggota CHC.

Tetapi, selain sistem "perkhidmatan-sebelum-bayar" di bawah "1 Care", CHC juga mempersoalkan faedah penjagaan kesihatan yang terhad di bawah skim itu seperti jika seorang pesakit dirujuk kepada doktor pakar (GP); rawatan hanya enam kali sehari; rawatan hanya seorang pesakit setiap kali memberi perkhidmatan dan pembekal penjagaan kesihatan (PHCPs) dinilai di bawah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) diberikan penalti.

"Dalam sistem ini, keuntungan PHCPs dengan mengiklan perkhidmatan SHI. Seperti semua insurans, SHI tidak meluluskan semua tuntutan. PHCPs mungkin dikenakan tindakan kerana memberi terlalu banyak perkhidmatan atau merujuk terlalu ramai pesakit ke hospital atau pakar.

"Doktor mungkin perlu kurangkan khidmat penjagaan kesihatan bagi mengelak penalti...tetapi anda tidak berhenti membayar atau bayar kurang ke SHI," dakwa kumpulan itu dalam video di Youtube.

Menjelaskan perkara ini, anggota CHC memberitahu The Malaysian Insider, "1 Care" memperuntukkan tuntutan maksimum RM360 setiap pesakit untuk GP dari SHI, dengan RM60 setiap kali rawatan.

"Dan dengan kuota-kuota KPI, GP akan cuba melengah-lengahkan dari merujuk terlalu ramai pesakit ke hospital. Sesiapa yang memerlukan rawatan segera, yang perlu ke hospital sendiri dan membayar sendiri," adu anggota itu.

Semasa cuba mengurangkan kebimbangan ke atas "1 Care" baru-baru ini, Dr Noor Hisham menjelaskan ia hanya "peringkat konsep" dan penstrukturan semula sistem penjagaan kesihatan negara amat diperlukan.

"Sekarang sektor awam akan membelanjakan RM16 bilion dan mendapatkan semula dua peratus. Sebaliknya kami tidak mahu membebankan rakyat tetapi melihat pelbagai pilihan dan model.

"Pada ketika ini tiada apa yang telah dipersetujui sehingga semuanya mendapat persetujuan orang ramai dan kami perlu mengkaji kos analisis. Bagaimanapun ada banyak andaian dan spekulasi dan imej buruk seperti kempen TAK NAK.

"Saya hairan dari mana mereka mendapatkan angka-angka itu tanpa disokong data substantif," katanya dalam satu respons.

Namun dakwaan CHC, ia dipercayai undang-undang baru "Akta 1 Care" dijadualkan untuk dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi, kemungkinan pada awal Mac.

CHC akan menemui pemberita untuk memberitahu mengenai perkara itu esok, disusuli Forum Awam Kesihatan Selangor-Kuala Lumpur pada 12 Februari.

The Malaysian Insider difahamkan forum itu akan dirasmikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan pegawai Kementerian Kesihatan. -TMI

5 comments:
Write comments
  1. TAK PERLU 1 CARE.
    TAK PAYAH.
    NO NEED.
    TIADA DALAM AKTA.

    Tak habis-habis dengan program yang mengada-ngada.

    ReplyDelete
  2. Saya berpendapat

    Cukuplah dengan jenama bermula dengan huruf 1 yang kebanyakan akhirnya bila kita dapat kenalpasti ianya tidak menguntungkan kebanyakan rakyat.

    Kini rakyat makin tertekan dengan kehidupan di negara sendiri. Bebanan melampau tanpa kenaikan gaji setimpal untuk rakyat.

    Saya sama sekali tidak setuju dengan cadangan yang menguntungkan hanya sesetengah pihak dan terus bebani rakyat kebanyakan dan juga dibawah

    ReplyDelete
  3. Nak buat bulih,tapi jangan lah diwajibkan..biar je rakyat/pgguna buat pilihan.dgn potongan 10% tu bkan semua mampu.sbb gaji yg ada dah guna untuk potong mcm2..pinjman kereta,rumah,pnjaman peribadi,ptptn,mnyara keluarga,ptgan kwsp n mcm2 lah..

    ReplyDelete
  4. saya tak setuju dengan 1care ini, 10% deduct from salary terlalu tinggi, apa kita nak makan jika gaji pun ciput2 je. bukan kesihatan kita bertambah baik, mungkin nanti masalah kebuluran, tekanan mental yang boleh menjuruskan kita mengalami tekanan tinggi darah, penyakit jantung, masalah sosial lain pula yang timbul memikirkan tiap bulan duit gaji kita di tolak secara paksa. yang untung pihak insuran je, apalah punya badigol punya idea 1care ni, apa pembuat dasar ni pikir gaji rakyat msia ni besar sangat kah, gaji sebenarnya makin susut disebabkan harga semua barang semakin naik. kesian pada yang berpendapatan kecil. langkah kerajaan ni dilihat sungguh menyedihkan!!

    ReplyDelete
  5. 1 lg skim UrMNgOk'sbigdogs utk sifon dana negara secara HALAL!!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.