Sunday, February 26, 2012

Ust Badrul Amin Hantar SMS Nafi Khalwat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh5OTs8VmvYZyt0NVpkuSZEwqMp8_I3Afu_pv4PSST05v65Yn-38uf2HSrSvi85KTnUk-j9uYMZ2T4WTq7zcYopM5VRR_-kVI08TFT1kEN1lvUCjKMRS1STJenK_ubszjGYVm6QJZIaSKI/s400/amin-2.jpgSeorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Selangor ditangkap kerana dipercayai berdua-duaan bersama seorang wanita, yang dipercayai isteri orang di sebuah hotel di Balok dekat sini, awal pagi tadi.

Pasangan itu diserbu pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kira-kira jam 3 pagi.

Pemimpin berkenaan dikatakan berada di hotel itu untuk satu pertemuan bersama pemimpin PKR yang lain selama tiga hari sehingga hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz mengesahkan mengenai kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana masih menjalankan siasatan mengenai perkara itu.

Usaha Sinar Harian untuk mendapatkan komen daripada pemimpin PKR berhubung kes tangkapan itu bagaimanapun gagal.

Ulasan

Daripada beberapa maklumat yang diperolehi, pemimpin PKR berkenaan ialah Ustaz Badrul Amin Baharom dan perempuan yang dimaksudkan ialah seorang kakitangan Kolej Komuniti yang ada masalah rumahtangga dengan suaminya.

Yang pasti berita khalwat ini akan terus menjadi modal politik UMNO/BN dan media massa arus perdana selama beberapa hari untuk memburukkan PKR.

Ustaz Badrol Amin telah menafikan dengan smsnya berbunyi:

"Kes isteri orang lari dari suami dtg ke hotel di Kuantan tmpt retreat. Suami dtg dgn gangster tuduh ana bawak lari n sorok. Kes setel 'family problem'. Mak pompuan datang. Mmg dorang nak cerai. Isteri dh selalu nak lari. Ana nasihat pulang semula"

2 comments:
Write comments
  1. Memahami konsep sebagai PIMPINAN, tidak kira Pas, Pkr, Dap kita mesti 'Mengawasi' diri kita sendiri supaya jangan terjebak didalam perangkap fitnah.Sebagai saorang PEMIMPIN kita sentiasa menjadi perhatian setiap rakyat tambahan musoh yang sedaya upaya mencari kesalahan kita.

    ReplyDelete
  2. yg uztaz ni pun satu pg masuk bilik bini org pukul 2.30pg tu apahalnya? kalau nak nasihatpun tunggulah pepagi esoknya kat mana2 temp[at terbuka..asal xleh berfikir ke buruk baiknya akan jadi fitnah tu pihak musuh akan sentiasa mencari peluang di atas kelemahan kita..kalau pemimpin lemah berfikir mcmmana nak jadi pemimpin mcm nih? soal berkhalwat ke tidak tu no 2 yg tak sepatutnya dilakukan adalah uztaz berada dlm bilik bini org kul 2.00 pg kita kena berhati2 sbg pemimpin kita kena berhati2 krn ramai musuh nak jatuhkan kita

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.