Slogan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah “Simpanan Hari Tua Anda”.
Visi KWSP adalah “menjadi organisasi keselamatan sosial bertaraf dunia yang menyediakan simpanan persaraan yang terbaik bagi rakyat Malaysia”. Misi KWSP ialah “menyediakan Skim Simpanan Persaraan yang terbaik”.
Jadi mengapa KWSP yang menjadi pemegang amanah kepada wang pekerja mahu menyalurkan RM1.5 bilion untuk membiayai skim khas bagi penjualan rumah di Kuala Lumpur?
Mengapa wang pekerja mahu diambil?
Menurut laporan muka depan akhbar The Sun pada 30 Januari lalu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dipetik sebagai berkata dana dari KWSP itu akan digunakan untuk 20,000 penyewa rumah di ibu kota bagi membeli rumah.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, beliau menyokong usaha membantu golongan berpendapatan rendah tetapi program sedemikian sepatutnya dibiayai oleh pihak swasta, khususnya bank, dan bukannya KWSP yang menjaga amanah simpanan wang 13 juta pekerja Malaysia.
Beliau mengingatkan kerajaan Barisan Nasional bahawa KWSP bukan bank yang memberi pinjaman dan bukan juga pertubuhan kebajikan masyarakat.
“Dengan menggunakan wang pekerja Malaysia sebanyak RM1.5 juta untuk dijadikan pinjaman kepada pembeli rumah yang gagal mendapat pinjaman bank, ia akan hanya menjejaskan simpanan hari tua pekerja.
“Malah ia adalah jelas salah guna kuasa oleh kerajaan,” katanya, mempersoalkan mengapa kerajaan BN tidak menggunakan institusi seperti Bank Rakyat dan Malaysia Building Society Bhd (MBSB) melalui penyaluran dana mengikut peruntukan tahunan kerajaan pusat bagi keperluan perumahan sedemikian.
Tugas dan peranan sebenar KWSP
Laman web rasmi KWSP menyatakan bahawa ia “merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai”.
Dengan menjadikan KWSP sebagai badan kebajikan masyarakat, Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, KWSP akan menjadi mangsa salah guna kuasa BN semata-mata kerana kerajaan pusat sekarang terdesak untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau mahu:
* Kerajaan mencari sumber kewangan sendiri untuk program perumahan rakyat dan tidak memperkudakan simpanan amanah KWSP hasil titik peluh jutaan pekerja Malaysia yang pelbagai kaum dan agama sebagai sumber “kebajikan” untuk UMNO-BN; dan
* Lembaga KWSP dan Panel Pelaburan KWSP supaya mengkaji semula skim yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan UMNO-BN itu untuk memastikan kepentingan pekerja diutamakan, bagi menjamin hak pekerja tidak dicabul oleh mana-mana pihak.
KWSP perlu pertahan hak pekerja, bukannya kepentingan UMNO-BN
Golongan yang menjadi ahli kumpulan wang itu terdiri daripada pekerja sektor swasta dan pekerja tidak berpencen sektor awam yang bukan sahaja mengumpul caruman wajib daripada pekerja tetapi juga daripada hampir setengah juta majikan.
KWSP harus ingat bahawa kutipan wang daripada pekerja dan majikan adalah wajib, yakni satu bentuk “paksaan” yang dihalalkan oleh undang-undang. Dengan itu, semua simpanan KWSP adalah hak milik pekerja semata-mata, dan tidak boleh digunakan untuk kepentingan lain yang tidak ada kena-mengena dengan amanah yang dipegangnya bagi pihak pekerja.
Malah KWSP perlu sentiasa beringat dengan janjinya sendiri kepada pekerja bahawa “sebagai pemegang amanah kepada simpanan ahli, (KWSP) hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah, jujur, tulus ikhlas dan berakhlak mulia di sepanjang masa”.
Itu janji setia KWSP kepada pencarumnya – golongan pekerja – yang tidak boleh dipecah amanah semata-mata kerana kemaruk UMNO-BN menagih undi bagi menghadapi PRU ke-13 yang akan datang. – Roketkini.com
Saturday, February 4, 2012
KWSP: UMNO-BN bantu orang miskin rompak hak pekerja ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ini tidak adil. apa peranan panel pelaburan KWSP?
ReplyDeletePUKIMA punya BN guna wang simpanan pekerja. Aku tidak halalkan walau satu sen pun wang simpanan aku dalam KWSP digunakan untuk itu. Saya sendiri telah bersara awal dan mempunyai lebih RM100 ribu dalam KWSP masih tercari-cari modal untuk berniaga kecil-kecilan demi menyara hidup kerana peraturan KWSP yang tidak membenarkan pencarum mengeluarkan wang sebelum 50 tahun atau 55 tahun. Ini senang-senang saja UMNO PENIPU guna wang KWSP. PUKIMA punya UMNO dan BN!
ReplyDeletefelda jg buat loan drpd EPF. gomen sdh jadikan EPF sbg along halal???
ReplyDeletewang KWSP pun nak disonglap apa punya pemeritah?
ReplyDeleteIsu ini cukup panas.
ReplyDeletekekal kan isu ini selamanya.
Ini terbukti rakyat adalah hamba kepada umno.
Ini terbukti rakyat adalah mesin certak duit untuk umno.
OOOI.... malaysia ini rakyat sudah jadi hamba.
Tidak kira apa bangsa , semua pekerja yang makan gaji.
wang simpanan anda sudah disonglap.
Tunggu jadi warga emas anda mungkin jadi warga pengemis di negara asing.
Kalau tak sayangkah masa depan anda , sokonglah umno bn.
Transformasi Najib adalah transformkan rakyat jadi pengemis. kua kua kua.
Ini la mungkin tujuan kenapa pencen pekerja swasta dilanjutkan daripada 55 ke 60 Tahun supaya wang pencarum hanya dapat dikeluarkan selapas 60 tahun....,
ReplyDeleteadoi aku nak ambil sikit duit KWSP aku untuk belanja Anak sekolah u tapi KWSP kata tak boleh tapi kenapa kerajaan senang aje ,aku kecewa
ReplyDeletemereka tak amanah.
Sampai PPR 1.5Bil pun Kerajaan Persekutuan tak mampu nak menampung malah nak gunakan wang simpanan rakyat. Apa kemajuan yang mampu BN lakukan.
ReplyDeletenasib baek aku pilih berpencen bukan KWSP....selamat...pergh lega...BN dh abis duit tabur sana sini pancing undi PR13...so BN terpaksa guna duit KWSP..sape punya duit rakyat tapi BN yg dpt nama....apa ni..tipu jugak....lepa tu bgtau rakyat BN buat kebajikan...sape punya duit rakyat.lu fikirla sendiri....duit rakyat utk rakyat...mana duit BN habis utk merasuah rakyat agar mengundi BN pada PRU13....
ReplyDeletenak ambil scara trus duit KWSP masuk kocek tidak boleh dg scara pro meka kreat satu mekanisma utk keluarkan scara sah mrompak KWSP.Kalau dari dulu wang KWSP tidak dirompak secara sah mungkin skarang pncarum dah dapat dvdin 20% tiap2 tahun.
ReplyDeletesalah guna BR1M adalah duit pmbayar cukai, pmbayar cukai brsusah payah mnyumbang tiap bulan/thun tapi senang2 diagihkan kpd rkyt biasa trmasuk PTI. Niat bagus tapi jgn salahguna dana satu2 pihak (Pmbayar cukai)termasuk dana KWSP hak pncarum. Kalau nak tolong rkyt miskin jgn pijak golongan lain. Sudah tahu pmbeli rumah tak layak/tak mampu pinjam bank knapa nak ambil risiko guna KWSP? mungkin ada alasan utk cover projek trgendala (felda dll?)
ReplyDeleteDuit kerajaan dah habis Rosmah Godimpul belanja shoping itulah sebabnya nak ambil wang KWSP. Jadi kepada semua pekerja marilah ramai-ramai sokong BN Penipu anggaplah wang KWSP itu sebagai sedekah kepada BN PENIPU.
ReplyDeleteKWSP adalah wang simpanan pekerja2/penjawat2 awam utk masa depan mereka. Telah byk kali kerajaan menggunakan dana ini. Sblom ini, kerajaan telah pun menggunakan dana ini sebanyak 7 billion, yg kononnya utk tujuan dana bantuan bagi felda (atas alasan utk mengembangkan perniagaannya). Tapi yg dimaklumi, ianya atas sbb felda dah bangkrap, krn itu terpaksa berhutang dgn kwsp utk tujuan 'backup'. Skrg, kerajaan nak pula guna rm1.5 billion, utk membiayai skim perumahan kos rendah & mampu dimiliki utk rakyat. Tapi yg difahami, ianya utk membeli sokongan rakyat pd kerajaan umno/bn, setelah sokongan merudum kebelakangan ni. Soalnya, dlm kesemua transaksi yg kerajaan buat ini, adakah kerajaan telah meminta persetujuan semua penyimpan dlm KWSP ini. Krn wang ini adalah hak milik mereka semua. Dan jika sekiranya satu org sj yg x menghalalkan transaksi itu berlaku, maka transaksi/penggunaan itu adalah HARAM. Dimana majlis fatwa, knape mereka diam seribu bahasa dlm isu ini? Adakah mereka pun dah jadi majlis fatwa tajaan umno juga? justeru mereka hanya akan keluarkan fatwa yg tak bercanggah dgn apa2 yg umno lakukan, walaupun salah disegi agama? Satu lagi, knape kerajaan umno/bn melakukan duit kwsp itu sperti duit mereka punya, maka mereka boleh klau nak gunakan duit itu bila2 masa mereka suka, & utk apa2 tujuan sj?? Dah la duit kwsp itu haram kegunaannya, klau kegunaannya utk tujuan dpt sokongan rakyat & menipu rakyat dgnya, maka sudah 2 kali HARAM jadinya!!...
ReplyDeleteLaailaahaillallah! Dlm masa 5 thn sj hutang negara meningkat 88.4 peratus (rm456 bilion)?? Biar betul! Ini baru 5 thn, klau diberi 5 thn lagi umno memerintah, apa akan jadi?? Aljawabnya 4 sure BANGKRAP lah malaysia! Kita x ada pilihan lain, kecuali tumbangkan umno/bn dlm PRU13! Sama2 kita selamatkan Malaysia & rakyat malaysia! Pd penyokong2 tegar umno/bn, bukak lah mata tu luas2! Sudah2 la jadi bodoh dgn sgala penipuan umno/bn dlm media perdana! Kena ada anjakan paradigma, & sokong parti yg benar2 boleh selamatkan rakyat & negara. Kita sbnarnya langsung x meningkat dlm ekonomi negara, itu adalah cerita 'khayalan' umno utk membuaikan rakyat spaya terus leka. Apa yg pasti, kita DIAMBANG BANGKRAP samada kita suka ataupun tak!! Tumbangkan umno/bn dlm PRU13!! Kita transformkan negara ini dari menuju kearah kebangkrapan, kearah negara yg berdaya maju & dlm masa yg sama membawa kenikmatan & kemakmuran pd rakyat malaysia tanpa mengira agama & bangsa!...
ReplyDeleteKWSP= KASI WANG SAMA PENYAMUN.
ReplyDeletedulu rakyat xcerdik... rakyat ingat kerajaan bagi duit kpd rakyat..
ReplyDeletesekarang rakyat dah cerdik..kerajaan ambil duit rakyat... kalo kerajaan bagi pun memang itu HAK RAKYAT, kerajaan dipilih untuk urus harta rakyat.. tp kerajaan sekarang setelah dipilih MEMBOLOT harta rakyat... kroni2 sume kaya raya, rakyat di kampung ade yang makan nasi tidak berlauk. PRU 13 rakyat perlu tukar pemenrintah...XSALAH tukar PM&menteri2, jangan ingat bila tukar kerajaan NEGARA HURU HARA... polis tetap POLIS, tentera tetap TENTERA, cikgu tetap cikGU... xjd masalah... yang ditukar Hanya PM&pak2 menteri sahaja... Ingat... negara yang MAHU KEMAJUAN rakyatnya perlu berani buat PERUBAHAN.
PM=kenapa duit perkerja menjadi mangsa,,,simpanan perkerja dalam KWSP ada yg tidak seberapa pun menjadi mangsa,,
ReplyDeleteadakah KWSP ini di tubuhkan sebagai BACKUP kepada kewangan negara sekiranya kerjaan tidak dapat mengurus kewangan rakyat..,,,keuntungan simpanan hasil pelaburan sepatutnya diagihkan kepada ahli KWSP...PM bukan begitukah,,,
Menteri Pembangunan Wilayah dan Pembangunan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin = duit ahli KWSP la,,
Ayuh rakyat Malaysia yang mempunyai simpanan dalam KWSP TUMBANGKAN BARISAN SIAL DALAM PILIHANRAYA AKAN DATANG. Wang simpanan kita pun dissonglap inikan pula wang yang diperolehi dari kekayaan negara. INILAH SIKAP PEMIMPIN SIAL DALAM BARISAN SIAL!
ReplyDeletePlihanraya Umum 13....fikirkanlah sebaik-baiknya siapa yang harus menjadi kerajaan Malaysia. Jangan asyik pentingkan pembangunan dan wang ringgit. Kembalilah ke pangkuan Agama ISLAM. Kehidupan mengikut undang-undang ISLAM...Undilah pemimpin yang mampu membangun dan memelihara Negara cara ISLAM yang benar. Tolakklah pemimpin yang mengamalkan RASUAH..menghalalkan JUDI....menghalalkan RIBA...menghalalkan ARAK di bumi Malaysia yang dikatakan sebagai Negara ISLAM. Sedarlah rakyat Malaysia yang beragama ISLAM, kembalilah kepada ISLAM mengikut hadis dan Al-Quran.
ReplyDelete