Saturday, February 25, 2012

Nik Aziz Tinjau Pergolakan Pas Kedah?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiXWU3rP2pUqCXuNemnSNa0QGSVTC1o8gMSpuBVxO2gp_UAZKaADVwOd8zPqStFPItjzh0PtbU4liPOYuuas-NF4pnjAzdmBD_S4P3ccflufiIkLWNAP1uFE95o6kypFE_gIXHY6PWytzg/s400/tuan_guru_haji_nik_abdul_aziz_bin_nik_mat.jpgPergaduhan dan pertelingkahan sesama sendiri diambang pilihan raya umum hendak diadakan sesuatu yang tidak elok. Sudah tentu pertelingkahan itu akan memberi kesan kepada kestabilan parti, dan pergeseran itu akan dijadikan isu oleh pihak parti lawan.

Perkembangan politik Pas Kedah seperti mana diperkatakan hari ini sesungguhnya menyedihkan. Kalau ia benar berlaku pertelingkahan itu membahayakan Pas. Mereka yang terlibat dalam pergaduhan itu atau mencetuskan masalah bolehlah dianggap mereka yang tidak peka dan lebih mementingkan kepada diri sendiri. Wajarlah mereka sejukkan kepala.

Sejauh mana apa yang dikatakan itu - Pas Kedah bergolak, tidak dapat dipastikan secara cerat. Tetapi jika dilihat kepada bantuan yang digunakan pakai oleh orang-orang di Kedah sehingga terpaksa memanggil Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat menggambarkan suasanya menggawat. Ia tidak cukup untuk ditangani oleh Kedah saja lagi.

Hari ini Nik Aziz dikatakan terbang ke uatara untuk meninjau pergolakan Pas Kedah. Mungkin pemergian itu bukan semata-mata untuk menyelesaikan apa yang dikatakan bergolak itu, tetapi sudah tentu di samping ada tujuan lain ia akan melihat atau pun diberi tahu mengenai apa yang berlaku.

Katanya lewat petang ini Nik Aziz berjumpa dengan Dewan Ulama Pas Kedah untuk mendapat gambaran apa yang berlaku. Pertemuan diadakan di Mantalon. Mungkin Nik Aziz mendapat gambaran dan latar belakangnya. Selepas itu katanya, Nik Aziz diminta pula berjumpa dengan beberapa Exco Kedah yang dilaporkan bermasalah dengan Azizan Razak.

Hendaknya kedatangan Nik Aziz dan berlangsungnya perjumpaan itu akan dapat memberi ilham untuk menyelesaikan masalah di Kedah. Mungkin bantuan Nik Aziz itu diperlukan bukan saja atas kapasitinya sebagai Mursyidul Am Pas tetapi sebagai tokoh spritual yang dimalui dan dihormati oleh parti.

Tidak dapat dipastikan apa selepas mengadakan pertemuan dengan Dewan Ulama dan beberapa Exco itu, MB Kelantan itu berjumpa pula dengan Azizan Razak? Tetapi kalau mengikut prosudernya begitulah. Nik Aziz juga memerlukan gambaran jelas dari Azizan Razak kenapa sampai desas desus ada Exco tidak mahu disambung kontraknya pada 28 Februari ini.

Berita yang tersebar sebelum ini kononnya empat orang Exco tidak akan menyambung perlantikan semula mereka yang tamat pada 28 Februari ini. Exco itu ialah Fakhrurazi Ghazali, Dr Ismail Salleh, Mohamad Taulan Mat Rasul. Sekiranya benar desas desus ini ia memberi pukulan hebat kepada Azizan Razak.

Kenapa mereka dikatakan tidak bersedia untuk 'bersama' kabient Aizan ialah kerana tidak senang dengan cara Azizan mentadbir kerajaan Kedah yang lebih bersikap autokrasi dan tidak sedia menerima pandangan kawan-kawan pimpinan lain. Tindakan Azizan melantik beberapa orang Umno untuk memegang jawatan CEO dalam agensi kerajaan juga menjadi punca. Manakala kemuncak kepada kemarahan itu apabila Azizan menggunakan kuasa eksekutifnya untuk memberi kontrak maintaince kepada kroni Umno bernilai hampir RM1 billion.

Tindakan inilah yang menyebabkan kepimpinan Azizan Razak sebagai MB dipertikaian. Bukan itu saja Azizan juga tidak mahu menerima pandangan dan nasihat daripada pimpinan lain sama sekali dan bertindak mengikut pandanganya.

Ada munasabah juga kalau Exco berkenaan hilang sabar dengan tindakan Azizan itu. Untuk apa mereka memegang jawatan, diberi tugas untuk mentadbir negeri kalau pandangan dan nasihat mereka tidak dihiraukan.

Bagaimana pun dalam melihat pergolakan di Kedah ini, semua pihak harus bertindak dengan penuh hati-hati. Jangan terlampau mengikut nafsu apa lagi 'gumbaan' media musuh Pas. Apa dibimbangkan bukan saja setakat Azizan Razak terlepas jawatan tetapi Pas juga akan kehilangan kerajaan.

Mereka yang beriya ingin menendang Azizan hendaklah bersabar dan carilah ketika dan cerlak yang baik dan bertindaklah dengan mengambil kita keperluan lain. Bukan ketika ini kalau Azizan hendak dibuang. Yang penting semua pihak kena tumpu kepada menghadapi pilihan raya umum ke-13. Selepas Pas menang dan tubuh kerajaan, nah ketika itu nanti kalau hendak bergomol atau memulau Aizan. Lakulah kalau sudah tidak serasi yang perlu dipastikan Pas menang pilihan raya.

Paling tidak diingini sekali ialah gara-gara tindakan tidak fatanah itu menyebabkan Pas akan kalah dalam pilihan raya. Ingatlah media penjilat buntut UBN akan terus mencari lubang dan celah untuk memburuk dan menjatuhkan Pas. Jangan sesekali pecah lubang kepada mereka. Percayalah mereka tidak akan support mana-mana dalam hal ini, mereka boleh bersikap baik tetapi jauh dilubuk hati dendam membara untuk menumbangkan Azizan dan bersama Exconya sekali.

Mudah-mudahan dengan pemergian Nik Aziz siang tadi, ombak yang membawa pergolakan di Kedah berhenti dengan segera

http://msomelayu.blogspot.com/

3 comments:
Write comments
  1. mudah2an negeri kedah bertambah baik dan berkat dibawah kerajaan PAS dan pentadbiran YB ustaz Azizan..

    ReplyDelete
  2. UMNO saja nak create isu. Utusan Meloya, Berita Hairan. TV3/4 dan media milik UMNO macam dah habis isu utk dicanang demi memenangkan pemimpim BN sangat jelas korup, pilih kasih, urustadbir lemah & kian hilang keyakinan rakyat. Kubur UMNO sedang digali utk dikebumikan parti racist itu selepas PRU13.

    ReplyDelete
  3. Saudara-saudara sekalian percayalah,



    Kita menentang PAS, bukan kerana nama dia PAS. Kita menentang Pakatan Rakyat bukan kerana dia lama membangkang kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan pemimpin yang rendah moralnya, pemimpin yang menyokong Seks Bebas dan pemimpin yang menipu demi hendak berkuasa. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.


    Percayalah saudara-saudara sekelian,
    Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan menolak hukum Allah mengenai liwat dan zina.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.