Wednesday, February 22, 2012

Suara Sebenar Masyarakat Cina Mula Kedengaran

Selepas isu “Kak Tunda”, akhbar Cina Sin Chew Daily pula menjadi sasaran keberangan warga maya berhubung perbahasan antara presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, Sabtu lalu.

Ini kerana, menurut warga maya, laporan Sin Chew terlalu “berat sebelah" yang memberikan liputan yang menonjol kepada Chua dalam edisi akhbar itu semalam.

Ini memaksa akhbar itu membuat penjelasan yang berulang kali di Facebook - tetapi mereka gagal meredakan kemarahan pembaca.


Pada edisi Ahad, Sin Chew melaporkan hujah umum antara Chua dan Lim di muka depan, tetapi pada halaman berikut, iaitu pada muka surat 2, 3 dan 4, tumpuan hanya diberikan kepada Chua dan ucapan pemimpin BN yang lain.

Ucapan Lim hanya dilaporkan pada muka surat 31, iaitu dua halaman terakhir dalam akhbar itu.

Tindakan itu mengundang kemarahan warga maya yang membidas Sin Chew kerana didakwa berat sebelah pada laman Facebook akhbar itu.

"Sin Chew Daily memberi Chua liputan luas, manakala berita Lim hanya dapat liputan kecil. Protes amalan harian berat sebelah itu," tulis seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Tan.

"Sin Chew Daily menipu pembaca," kata seorang lagi pengguna Facebook yang menggunakan nama Samc Chen. -mk

3 comments:
Write comments
  1. MCA SEKARANG DAH MULA BELAJAR DENGAN PEKASAM SIKIT NAK BUAT LAPURAN POLIS, YANG MENGASUT SURAT KABAR LAMA THE STAR... LEPAS 2 MINTA MAAF..PEGILAH INGAT MCA NI ADA KE LAGI AHLI DIA? LU PUNYA PRESIDEN PUN KALAH..MAA.

    ReplyDelete
  2. Tiada unsur perkauman dalam perkataan yang diucapkan oleh LGE. Amat mudah difahami bahawa apa yang dituturkan membawa maksud LGE membela kepimpinan TGNA di Kelantan.

    ReplyDelete
  3. MCA ini dah tak ada haluan lagi selalu suka cari pasal lebih baik *RAKYAT.
    MALAYSIA* tamatkan riwayat politik mereka dari bumi malaysia.
    看马华 (MCA) Chian Chin FU mok.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.