Friday, February 24, 2012

Hina Quran: Dimana Suara Pemimpin Umno?

Pemuda PAS membidas sikap perdana menteri dan menteri luar yang didakwa diam terhadap Amerika Syarikat dalam insiden pembakaran al-Quran di pangkalan tentera Amerika Syarikat di utara Kabul yang dikesan kelmarin.

Ketua Penerangan Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor berkata, langsung tidak kedengaran suara Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ketua negara umat Islam di negara ini di peringkat antarabangsa berhubung isu itu.

american soldier troops in afghanistan 110209 03"Adakah kerana pemimpin negara ini takut dengan kelibat Big Brother Amerika Syarikat atau sememangnya pemimpin negara ini tidak peka terhadap perkembangan umat Islam di seluruh dunia?" soal Riduan.

Menurut laporan media antarabangsa, tentera Amerika mengesyaki banduan Taliban menggunakan al-Quran untuk menghantar mesej antara satu sama lain. Beberapa naskhah dengan kesan bakar ditemui pekerja tempatan.

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Leon Panetta bagaimanapun dilapor memohon maaf kelmarin dan menegaskan tentera kuasa besar dunia itu menghormati amalan agama rakyat Afghanistan tanpa "sebarang pengecualian."

Manakala Panglima tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan, Jeneral John R Allen dari Amerika pula berkata, siasatan akan diadakan berkenaan insiden itu.

'Isyarat Amerika musuhi umat Islam'

Dalam kenyataannya hari ini, Riduan menyindir, mungkin pemimpin negara ini sibuk berpolitik tidak sedar ada isu menyinggung perasaan umat Islam berlaku di luar sana.

"Mungkin juga pemimpin negara hanya ‘memperjuangkan Islam' di negara ini sehingga tidak peduli pada nasib umat Islam di luar negara," katanya lagi.

riduan mohd norRiduan (kanan) juga mengajak umat Islam pelbagai latar - termasuk anggota Umno dan NGO baru Datuk Hasan Ali Jalur Tiga (JATI) - turun berhimpun di kedutaan Amerika di Kuala Lumpur awal petang esok bagi membantah tindakan menghina Islam itu.

"Sememangnya tindakan tentera Amerika ini memberi isyarat untuk memusuhi umat Islam seluruh dunia. Umat Islam wajib bersatu di atas nama mempertahankan kesucian Islam dari dihina dan dipersenda," katanya.

Riduan berkata, minggu lalu mereka telah mengajak Umno hadir dalam perhimpunan membantah kekejaman Syria terhadap rakyatnya tetapi "Umno dan rakan-rakannya gagal hadir".

"Isu ini membuktikan siapa sebenarnya yang mempertahankan Islam dan umatnya dan siapa pula yang hanya beretorik dalam isu yang melibatkan umat Islam," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, siri bantahan yang bermula di Bagram - tempat pangkalan itu ditempatkan - kini tersebar ke seluruh Afghanistan dan menyebabkan sekurang-kurangnya enam terbunuh dan berpuluh-puluh cedera. -MK

3 comments:
Write comments
  1. apa lagi hassan ali patut turun ni..sama2 demonstrasi depan kedutaan amerika sb hal ni ada kena mengena dgn agama...jgn cakap aje...

    ReplyDelete
  2. Jati tidak berkokok ke?

    ReplyDelete
  3. klu isunya adalah ISRAEL, sdh pasti perkasa, jati n UMNgOk mcm kena bakar pantat!!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.