Wednesday, February 29, 2012

Hampir Ditumbuk , Nurul Izzah Buat Laporan Polis

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Komunikasi Nik Nazmi Nik Nik Ahmad semalam membuat laporan polis berhubung serangan ke atas mereka ketika sesi ceramah di Felda Lepar Hilir 1, Paya Besar, Pahang malam kelmarin.

Menurut Izzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata kepada pemberita, ketika beliau baru memulakan ceramah, seorang pemuda berbaju merah secara tiba-tiba meluru ke arahnya dan cuba menyerang beliau dari arah hadapan.

“Lelaki berkenaan merupakan ahli daripada sekitar 30 individu yang memakai baju dan bendera Umno, dan membuat provokasi ketika sejak kami tiba di lokasi ceramah.

“Mereka menjerit “Keluar Nurul Izzah”, “Keluar Nik Nazmi”, “Hidup Umno”, “Anwar Penyokong Israel”, dan sebagainya sambil menyanyikan lagu Umno,” katanya dan menjeaskan kumpulan itu berulang kali mendesak mereka keluar dari kawasan tersebut.

Tambah beliau, atas nasihat dan saranan pihak polis yang membuat kawalan, mereka meninggalkan premis berkenaan, namun penyokong Umno itu mengepung kenderaan mereka, sebelum Polis Bantuan Felda datang mengiringi mereka keluar daripada lokasi berkenaan.

“Saya berterima kasih kepada pihak polis yang memberikan bantuan kepada kami, walaupun mereka turut menjadi mangsa serangan provokasi pada malam itu,” katanya dan menjelaskan terdapat kurang daripada 10 pegawai polis berpakaian seragam dan Polis Cawangan Khas yang bertindak menjaga keamanan ketika insiden itu.

Ketika kejadian, Nurul Izzah menjelaskan terdapat kira-kira 100penduduk tempatan yang hadir untuk mendengar ceramah mereka.

Sementara itu, Nik Nazmi menjelaskan, tindakan provokasi yang dibuat kumpulan berkenaan telah bermula sejak mereka sampai di kawasan premis gerai makanan itu.

Sehubungan itu, beliau turut menuntut Perkasa dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin membuat penjelasan berhubung insiden berkenaan.

“Saya menuntut Khairy dan Perkasa tampil menyatakan pendirian mereka terhadap tindakan anak muda yang menjadi perkakas Umno ini.

Tambah Nik Nazmi, pihaknya kesal kerana tindakan malam itu tidak menggambarkan kematangan anak muda dan amalan demokrasi yang diamalkan di negara ini.

“Ini negara berperlembagaan, rakyat boleh memilih parti yang mereka percaya, kalau benar Umno serius, saya minta Khairy rujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berbahas secara ilmiah dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berdasarkan maklumat daripada pihak polis yang diterima Nurul Izzah, pemuda yang disyaki cuba menyerang Nurul Izzah dikenali sebagai Asrullah Affendi Abdullah, Ketua Majlis Belia Malaysia cawangan Felda Lepar Hilir.

Kedua-dua pemimpin PKR itu membuat laporan polis di Balai Polis Merchant Square, Tropicana di sini. -TMI

4 comments:
Write comments
  1. apa mau expect klu buat kempen/ceramah di kawasan kubu kuat UMNgOk? org2 govt sdh basah seluar dlm!!!

    ReplyDelete
  2. WAHH...dahsat sejak bila pulak orang UMNO baik hati nak jaga Nurul Izzah pulak ni..dasat ko ..hebat betul alasan putar alam ko....HERAN..kenapa kebelakangan semua alasan UMNO jenis alasan2 budak2 tadika lepas gaduh!!
    Paling hebat..orang UMNO tu nak protect Nurul dari siapa ??Dari Mikrofon ke?Protect dgn sua tangan macam penumbuk??Hahaha..lawak la..puak2 UMNO ni..

    ReplyDelete
  3. Kenape la dia org ni semakin hari semakin 'BANGANG' nmpaknya. hari itu set2 depa yg lempar batu & pukul kereta Ds Anwar, tapi dikatakan kereta itu yg langgar mereka. Hari ini, 2 penipuan sekaligus, satu oleh mat perkasa Penang dgn katanya mereka yg diprovok masa himpunan hijau sehingga berlaku kekecohan (deyy! budak2 boleh la tipu). Dan satu lagi si asrullah alias bangang yg kata dia kononnya nak lindungi nurul azizah (hai nak lindungi ker dgn penumbuk dilepaskan?) Tak tau nak cakap, nak marah pun ada nak ktawe pun ada! Woii! Klau dah bangang tu, jgn la cuba nak bangangkan org lain jugak dgn alasan merapu. Dah tunjuk samseng, nak tunjuk baik la pulak. Samseng taik kucing alias syarif dol kg dusun!...

    ReplyDelete
  4. Beginilah kejadiannya bila parti UMNo dalam keadaan nazak pengikutnya sanggup buat apa saja untuk mencari talian hayat. Umno sekarang dah bertukar menjadi kumpuluan geng samseng!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.