Sunday, February 5, 2012

Hassan Ali Lebih Suka Merayau & Meracau

Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed (gambar) mungkin paling kecewa dengan keputusan Datuk Dr Hasan Ali tidak mahu merayu menyertai semula PAS.

Naib ketua dewan ulamak PAS mengakui beliau sangat rapat dengan Dr Hasan yang dipecat dari parti awal Januari lalu.

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu dipecat kerana mempunyai pendirian berbeza dengan parti dan juga Pakatan Rakyat.

Dr Hasan yang menubuhkan NGO JATI kerap menyerang PAS dalam siri program di seluruh negara.

“Saya kenal rapat dengan Dr Hasan dan selalu bertemu di masjid Mujahiddin Damansara Utama.

“Malah saya orang pertama yang diarahkan parti bertemu bekas exco agama kerajaan negeri Selangor untuk mendapatkan penjelasan mengapa menyerang PAS.

“Saya dan isteri pergi ke rumah Dr Hasan di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur tetapi beliau tidak membuka pintu untuk kami masuk.

“Jadi kami tidak dapat bertemu Dr Hasan,” kata Dr Mahfodz.

Nasharuddin janji kekal

Berbeza dengan Nasharuddin Mat Isa, ahli parlimen Bachok itu berjanji kekal dengan perjuangan PAS.

Kata, Dr Mahfodz, beliau mendapat kepastian itu dari SMS yang dihantar oleh bekas naib presiden PAS itu.

Masa depan Nasharuddin dalam PAS menjadi tanda tanya selepas kegagalan mempertahankan jawatan dalam pemilihan parti Julai tahun lalu.

Beliau yang sudah dua penggal menjadi timbalan presiden PAS kalah kepada pemimpin veteran Mohamad Sabu.-FMT

2 comments:
Write comments
  1. krisis Hassan Ali bermula semasa paklah jadi PM lagi. masa tu sibuk dengan perpaduan melayu. Akhirnya TGNA kata kalau umno ikhlas kita bubar umno, bubar pas, tubuh satu parti berlandaskan Islam. akhirnya senyap begitu saja dan dia pun di tolak oleh ahli pas sendiri semasa pemilihan. sekarang ini soal akidah umat Islam..soal alat solar...kes murtad, kritik pemimpin PR secara terbuka. bukan tak boleh, tapi jangan guna media musuh untuk menghentam jamaah sendiri..akhirnya slps jumpa TGNA DAN TGHA, dia meminta maaf, hingga TGNA buat kenduri kesyukuran krn kes selesai, tapi hassan kembali seperti dulu, akhirnya pemecatan beliau adalah jalan terakhir yg terpaksa di ambil oleh pas. jika hassan ali betul2 ikhlas mempertahankan akidah umat Islam, beliau sepatutnya memberi tumpuan kepada hal itu...tetapi siri ceramah beliau hanya tertumpu menghentam pemimpin PR...

    ReplyDelete
  2. hasan parasit la ni melalak sana sini dgn ceramah dia dihadiri oleh orang2 umno..umno nak buat ceramah sendiri tak beran jadi tumpang le ceramah hasan parasit ni...biarkan dia melalak satu malysia...letih nanti senyap lah hasan ni...pelik perjuangan dia iaitu ketuanan melayu, ketuanan islam dan kedaulatan raja2 melayu....setahu saya perjuangan yg betul hanya perjuangan islam je....lain2 tu asabiah dan ciptaan manusia je...Nampak jeritan Hasan Ali tidak disahut oleh Pemuda Pas oleh itu saya cadangkan agar Hasan, Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin, dudud diam-diam main congkak bertiga lagi baik.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.