Friday, February 24, 2012

Protes Bakar Al-Quran Di Afghanistan, 6 Terbunuh

KABUL - Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan berpuluh-puluh cedera di Afghanistan berikutan protes berhubung insiden membuang dan membakar kitab suci al-Quran di pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) Bagram, utara Kabul.

Beberapa naskhah dilaporkan dibakar, Isnin lalu.

Menurut laporan BBC, seorang terbunuh di Kabul, seorang lagi di bandar raya timur Jalalabad dan sekurang-kurangnya empat orang di wilayah Parwan.

Pegawai-pegawai AS memohon maaf kelmarin atas kejadian secara tidak senjaga meletakkan al-Quran dalam alat membakar di pangkalan udara itu.

Pegawai-pegawai di Bagram dilaporkan mengesyaki banduan Taliban menggunakan al-Quran untuk menghantar mesej antara satu sama lain.

Beberapa naskhah dengan kesan bakar ditemui oleh pekerja-pekerja tempatan.

Protes yang bermula di Bagram tersebar ke seluruh Afghanistan.

Protes yang serupa pernah diadakan tahun lalu ekoran tindakan seorang pastor dari Florida membakar kitab suci orang Islam itu.








5 comments:
Write comments
  1. Tahniah PAS. Mana perkasa, mana beras jati, mana pemuda umno? Ooo...x dpt signal lampu hijau utk hadir, sbb x menguntungkan parti & takut pd big brother...

    ReplyDelete
  2. semangat sebeginilah yang kami mahukan,,
    sikap konsisten dalm isu ini sngat dialu alukan..
    demi mempertahankan kesucian mukjizat Rasulullah S.A.W.

    ReplyDelete
  3. NANTIIII NANTII...

    MANA DIA AH SAN ALI?

    SEPATUTNYA AHSAN ALI KETUA MEMIMPIN PERARAKAN INI..

    DIAKAN MENTERI AGAMA ISLAM.

    DIAKAN PENJAGA UMAT ISLAM SELLURUUHH DUNIA..

    DIAKAN SATU SATUNYA YANG MENEGAKKAN ISLAM DI MALAYSIA NIH..

    ReplyDelete
  4. mana pi dr hasan ali dan perkasa? simpan kentut jer ka?

    ReplyDelete
  5. TERCARI CARI GAK MANA JATI, MANA PERKASA MANA HIMPUN KALAU ADA NAK GAK TENGOK DHA CAKAP TENTU TEGANG URAT TENGKUK DIA 'TEMAN2 DAN RAKAN2 MESTI TAK TINGGAL CAKAP PUNYA..................OOOOOOOO YA MAKLUM LA DIORANG TAK GUNA KITAB ALQURAN NI KUT.....PASAL TU TAK KESAH PUN......

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.