Wednesday, February 15, 2012

Kompaun RM500 Jika Buang Sampah

PELAKSANAAN langkah-langkah penambahbaikan ke atas perkhidmatan kutipan sampah yang melibatkan domestik, rumah dan premis perniagaan di Bandar Sandakan yang dilaksanakan oleh pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), sepatutnya dipuji dalam menangani permasalahan bau busuk dan kotor di laluan kaki-kaki lima.

Namun di sebaliknya, Sabahkini.net telah menerima aduan daripada Lau berhubung dengan penerimaan notis pembuangan sampah yang menghadkan pembuangan sampah sarap dibenarkan hanya pada atau selepas pukul lima petang setiap hari, mulai 13 Februari 2012.

Menurut notis pemberitahuan yang ditandatangani oleh Hj Hamsan, Timbalan Presiden MPS, telah mengeluarkan arahan kepada pemilik premis serta penghuni rumah supaya hanya membuang sampah dalam masa yang telah ditetapkan sahaja.

Bagi Lau yang menjalankan perniagaan kedai makan, adalah langsung tidak munasabah memandangkan mereka perlu membuang sisa-sisa makanan yang telah dibungkus dalam plastik, dengan kerap sekali.

Notis berkenaan kata Lau hanya menyusahkan pengusaha kedai makan memandangkan MPS hanya membenarkan mereka membuang sampah pada masa yang telah ditetapkan iaitu pada atau selepas pukul lima petang sahaja.

Jika mereka gagal berbuat demikian, mereka akan dikenakan tindakan tegas iaitu kompaun maksima RM500. Melalui laman rasmi MPS, ia telah disenaraikan Jadual Kutipan Sampah di Bandar Sandakan adalah pada pukul 5 petang.

Sabahkini.net melalui penulis telah mengajukan permasalahan tersebut dan mencadangkan supaya masa kutipan sampah sarap di Bandar Sandakan dibuat sebanyak dua kali iaitu pada 10 pagi dan 5 petang.

Di samping itu juga, kawasan Bandar Sandakan perlu diwujudkan beberapa lokasi pembuangan sampah sarap yang tetap (untuk mereka yang tidak sempat membuang sampah pada pukul 10 pagi dan 5 petang apabila kerja-kerja kutipan sampah sedang dijalankan).

Selain itu juga, pihak MPS yang telah mengeluarkan arahan bahawa peralatan elektrik, computer dan sebagainya, dinasihatkan supaya menghantarnya ke pusat pengumpulan barangan elektrik atau 'e-waste' yang telah menetapkan lokasinya di ruang letak kereta di Giant, Batu 6 pada Ahad, minggu kedua setiap bulan.

Untuk ini, Sabahkini.net juga telah mencadangkan kepada pihak MPS supaya lokasi pengumpulan e-waste ini ditetapkan ke lokasi masing-masing di Bandar Sandakan serta di Tanah Merah atau Bandar Nam Tung, memandangkan lokasi berkenaan mempunyai penduduk yang ramai.

Oleh : CHANG SHAK HUNG (sabahkini)

18 comments:
Write comments
  1. Ini Berita Bagus, MPS mesti tegas. peraturan seperti ini sepatutnya suda lama di ketengahkan atau di kuat kuasakan di Bandar Utama di Sabah. Peniaga-peniaga mesti ambil berat soal kebersihan & kesihatan. NDAKAN MAU UNTUNG JA?

    ReplyDelete
  2. This is a good approach in handling this matter. Very centralized

    ReplyDelete
  3. Hopefully other district will follow the lead of MPS

    ReplyDelete
  4. Rakyat sendiri juga perlulah mengurus sampah mereka dengan baik, kerjasama dengan MPS adalah penting untuk kebaikan semua.

    ReplyDelete
  5. Ikatlah beg sampah dengan baik dan buangkan dalam tempat yang disediakan, bukan buang merata-rata tempat. Ini menyenangkan pihak yang datang mengutip sampah dan juga memastikan kebersihan tempat sekeliling.

    ReplyDelete
  6. bagus. pelaksanaan kompaun tu harus tegas dan pasti kaedah tu berkesan untuk menjaga alam sekitar.

    ReplyDelete
  7. Untuk menyedarkan orang ramai akan kepentingan kebersihan, kadangkala kita perlu guna kaedah yang lebih tegas.

    ReplyDelete
  8. KEna saling bekerjasama untuk jaga kebersihan.

    ReplyDelete
  9. perlu ada pengurusan sampah yang baik, jika semua jaga kebersihan, pasti hidup pun sihat dan selesa.

    ReplyDelete
  10. bgauslah..penguatkuasaan perlu dilakukan dengan lebih tegas agar tiada pihak yang pandang remeh perkara ni.

    ReplyDelete
  11. harap2 semua pihak dapat bekerjasama bagi memastikan bandar Sandakan menjadi sebuah bandar yang bersih.

    ReplyDelete
  12. he..he boleh caya ka tu bandar bersih?

    ReplyDelete
  13. Jadual perlulah dipatuhi bagi memastikan tidak ada masalah pemungutan berlaku.

    ReplyDelete
  14. ala, MPS cuma minta selepas pukul lima petang saja, bukannya selepas satu minggu.. kalau tidak sanggup tunggu, bawa sendiri saja itu sampah ke pusat pelupusan sampah..

    ReplyDelete
  15. Satu cadangan yang baik jika melakukan kutipan sampah sebanyak 2 kali sehari.

    ReplyDelete
  16. Selain dari itu sediakan lebih banyak tong Sampah untuk menampung Sampah yang semakin bertambah.

    ReplyDelete
  17. Orang ramai juga harus mengurangkan pembuangan sampah dan amalkan kitar semula kerana ini bukan sahaja memberi kebaikkan kepada orang lain tetapi juga kepada diri sendiri.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.