Wang KWSP ialah wang simpanan hari tua, ia bukan tabung buluh kerajaan BN untuk dibelanja sewenang-wenangnya bagi maslahat politik. Terbaru Senator Datuk Nong Chik mengumumkan kerajaan akan menggunakan wang KWSP sebanyak RM1.5 bilion untuk membantu 20,000 penyewa di Kuala Lumpur membeli rumah.
Kenapa wang KWSP yang digunakan? Kenapa kerajaan tidak menggunakan dana kerajaan sendiri?. Apakah ini petanda kerajaan BN sudah kritikal dari segi kewangan sehingga terpaksa mengguna dana awam.
Bagaimana pula nasib rakyat di luar Kuala Lumpur yang menjadi penyumbang kepada KWSP. Kenapa mereka dianak tirikan? Rakyat Sabah dan Sarawak juga perlukan rumah Adakah ini hanya projek untuk mengambil hati pengundi di Parlimen Lembah Pantai yang bakal ditandingi oleh Senator Datuk Nong Chik Raja Zainal Abidin..
Paling menyedihkan sekali menurut Bekas Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja Komersial Sabah (SCEU) Rebecca Chin tidak dimaklumkan semasa beliau menghadiri mensyuarat Lembaga Pengarah KWSP. Beliau mewakili kesatuan di lembaga KWSP dari tahun 2007 hingga 31 Januari 2012.
Sebelum ini dana KWSP juga digunakan untuk valueCap sebanyak RM5 bilion, Felda RM6 bilion, pinjaman kepada GLC tanpa penjamin RM55.1 bilion.
Dana KWSP untuk simpanan hari tua, bagaimana nasib para pekerja selepas bersara, terutama mereka yang berpendapan rendah. Dividen KWSP hanya berkisar 5 hingga 6 peratus. Sedangkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera boleh memberi sebanyak 15 peratus.
KWSP berada di tangga ke 9 pada tahun 2010 sebanyak AS145.570 bilion berbanding tahun 2009 di tangga ke 18. Ini menunjukkan pungutan KWSP setiap tahun meningkat. Anggaran setiap bulan KWSP memungut sebanyak RM500 juta. Seramai 5.7 juta penyumbang, ahli MTUC 800,323 dengan 390 kesatuan. Malangnya ia tidak diurus dengan baik oleh kerajaan BN.
-DD
Sunday, February 12, 2012
KWSP Bukan Tabung Buluh Kerajaan Bn !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ini bukti yang nyata KERAJAAN UMNO PENIPU TERSOHOR DI DUNIA menyelewengkan duit ahli ahli KWSP. Saham-saham lain boleh bagi dividen melebihi 10% mengapa kWSP masih lagi dengan 4 atau 5%. Ini kerana pemimpin pemimpin penipu UMNO dan BN telah menyalah gunakan wang KWSP. Humbankan UMNO dan BN ke neraka pada PRU13 nanti!
ReplyDeleteramai jg pencarum yg turut x layak membuat loan di bank2 komersil utk membeli rumah. knp EPF x mempertimbangkan golongan ini n sebaliknya 'menganakemaskan' golongan yg belum pasti pencarum?
ReplyDeleteIni mesti idea ci Neji suruh kerajaan guna wang KWSP ini.
ReplyDelete