Ahli jawatankuasa MCA bahagian Seputeh, Collin Tiew mendakwa beliau menjadi mangsa kerana membawa kira-kira 50 orang ke rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran kumpulan pendesak Melayu, PERKASA di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.
Dakwanya, walaupun beliau menyedari majlis itu anjuran PERKASA, namun beliau berpendapat ia hanya lawatan Tahun Baru Cina dan tidak menjangkakan tindakan berkenaan akan mengundang kontroversi.
"Bukan niat saya (untuk menyinggung sesiapa), Jika tindakan saya telah melukakan hati orang ramai, saya mohon maaf kepada masyarakat Cina," katanya.
PERKASA pada majlis rumah terbuka anjurannya Ahad lalu mengundang kontroversi selepas presidennya Datuk Ibrahim Ali memberikan 'ang pow' dalam sampul surat putih, satu amalan yang hanya dikhaskan ketika pengkebumian dalam budaya masyarakat Cina.
Tiew, yang juga ketua cawangan MCA Sri Desa, menimbulkan kemarahan warga maya apabila beliau hadir pada majlis itu.
Mempertahankan tindakannya itu, Tiew berkata beliau hadir atas kapsitinya sebagai pengerusi sebuah persatuan kebajikan dan bukannya ahli MCA.
Disoal mengapa beliau naik ke pentas semasa majlis itu dan memuji PERKASA, Liew mendakwa beliau semata-mata menterjemahkan ucapan Ibrahim untuk hadirin yang berbangsa Cina.
"Saya sedang menghadiri satu lagi rumah terbuka dan tiba ketika Ibrahim menyampaikan ucapan. Pengacara majlis tiba-tiba meminta saya untuk menterjemahkan ucapan Ibrahim.
"Saya tidak sokong apa yang beliau kata, saya hanya terjemahkan." -mk
Gerakan tuntut Ibrahim Ali mohon maaf
Gerakan hari ini menyelar tindakan PERKASA menggunakan 'angpow' sampul merah - yang dianggap menghina masyarakat Cina - dalam sambutan tahun baru kaum itu, walaupun hasrat penganjuran majlis itu dianggap baik.
Naib presidennya Mah Siew Keong berkata, pemberian angpow dalam sampul putih pada tahun baru - sebagai festival kegembiraan - menujunjukkan Presiden PERKASA Ibrahim Ali tidak sensitif.
"Setelah menjadi anggota parlimen dan berada dalam politik sudah beberapa tahun, Ibrahim Ali masih tidak tahu adam resam kaum lain, yang menjelaskan kenapa dia terus melakukan banyak kenyataan tanpa berfikir," katanya.
Dalam majlis Tahun Baru Cina NGO itu di Kelab Sultan Sulaiman yang pertama kali diadakan semalam, PERKASA mengedarkan kira-kira RM10,000 angpow menggunakan sampul putih - tindakan yang menimbulkan rasa tidak puas hati, terutama di laman maya.
Kumpulan pendesak Melayu itu bagaimanapun menjelaskan mereka tiada niat menghina kaum Cina dan pihaknya tidak tahu bahawa warna putih digunakan untuk upacara kematian.
Dalam kenyataannya hari ini, Mah menyifatkan Ibrahim sebagai pemimpin yang cuba menghalang usaha 1Malaysia perdana menteri.
Mah juga menggesa Ibrahim memohon maaf atas tindakannya itu dan mengakui tidak sensitif walaupun tindakannya tidak berniat jahat.
Bagaimanapun, tambahnya, tindakan tidak sensitif dan alpa itu tetap tidak bermakna anggota parlimen Pasir Mas itu tidak melakukan sebarang kesalahan.
Pemuda MCA: Tidak tahu bukan alasan
Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agung Pemuda MCA Datuk Chai Kim Sen juga menyelar tindakan PERKASA yang didakwa tidak sensitif dan patut tiada tolak ansur pada "kumpulan ekstrim" kaum dan agama.
"Sebagai anggota parlimen, dia (Ibrahim) patut bertindak atas kepentingan rakyat dan memahami masyarakat kita yang berbilang bangsa, dan pantang larang pelbagai budaya," katanya lagi.
"Alasan bahawa tidak tahu tidak boleh dijadikan alasan dalam isu ini." -mk
Wednesday, February 1, 2012
Jadi Mangsa atau Pak Sanggup Kepada PERKASA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tak tau hormat agama lain langsung, kalau awak raya awak suka cari gaduh ke? hello bila raya melayu mesti pakai angpau hijau kan.. tak tahu jangan lebih macam sangat tahu la.. tahun baru pun ada umat islam datang rumah kita dan akan sedia makanan halal jemput sebat kita hormat agama lain, itu baru menjadi negara harmoni
ReplyDeletewarna merah dan warna putih ialah bersifat bertentangan bagi masyarakat tionghua. warna merah melambangkan kemeriahan dan "ong" manakala warna putih melambangkan kematian dan "suih".
ReplyDeletesampul putih cuma digunapakai dalam perkara berkaitan kematian dan sangat dipantang pada tahun baru cina.
mcmana perkasa bulih dpt respect drpd msykt cina???
ReplyDelete