Kisah calon BN Parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa tidak menyerahkan borang pencalonannya kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya adalah satu drama yang lakunannya tidak hidup.
Watak-watak yang terlibat seperti Che Johan, Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Mustapa Mohamad, pencadang dan penyokong calon serta penyokong-penyokong Umno yang mengiring calon dilihat kaku. Lakunan itu tidak realistik.
Calon sudah ada di dewan pencalonan sehingga pukul sepuluh, waktu pencalonan ditutup dan pengumuman sudah boleh diumumkan. Calon boleh selamba, tidak menyerahkan borang pencalonan. Pencadang dan penyokong pula boleh rehat tenang tidak merasa susah hati dan cemas atas sikap calon tidak menyerahkan borangnya.
Tiada sebarang reaksi cemas, risau, marah dan sebagainya atas kejadian itu. Borang itu tidak semestinya diserahkan oleh calon. Ia boleh diserahkan oleh pencadang dan penyokong. Mengapa mereka tidak mengambil apa-apa tindakan.
Jika drama itu hidup dan realistik, penyokong dan pencadang mesti bertindak menggesa Che Johan menyerahkan borang. Jika Che Johan enggan dan mereka tidak terdaya untuk memaksa Che Johan, mereka boleh keluar dewan memberitahu penyokong Umno yang ramai itu Che Johan tidak menyerahkan borangnya.
Pegawai Pengurus Pilahan Raya mesti rasa terganggu dan ada tanda tanya mengapa calon BN tidak menyerahkan borang. Memang pelik dan suatu yang amat ajaib ada dalam dunia ini calon Umno tidak menyerahkan borang.
Umno biasanya tidak lesu dan kaku tidak memberi apa-apa reaksi apabila calon dan pengiringnya bertindak bodoh seperti itu. Mereka biasanya bertindak garang dan keras terhadap sebarang kejadian yang dikira sabotaj parti.
Jika kejadian itu bukan lakunan, maka kita tidak duga apa reaksi penyokong Umno yang menghantar calon mendapati calon mengkhianati mereka. Orang Kelantan biasanya gedebe akan naik angin akan kejadian seperti itu.
Che Johan tidak boleh senang dan selesa dengan kejadian itu. Tiada jaminan pulang selamat dari dewan itu. Jangan fikir dia tidak akan diganggu oleh orang Umno yang tidak puas hati.
Tetapi tiada kejadian tegang dan Che Johan seolah-olah tidak terganggu langsung. Keadaan seperti tidak boleh berlaku bagi orang calon Umno kiranya dia dikira khianat.
Luar biasa Umno boleh sabar dan boleh bersurai dengan baik.
Sebagai satu drama semua kejadian itu tidak menunjukkan lakunan yang hidup dan seolah-olah kejadian dalam masa pencalonan itu tidak berlaku apa-apa.
Pemimpin Umno negeri dan pusat tidak terasa apa-apa. Mereka lebih sensitif dengan reaksi Datuk Kamilia Ibrahim yang bercanding Bebas dan keluar parti. Tiada riuh langsung dengan kejadian ganjil di Pasir Mas itu.
Mustapa hanya panggil Che Johan minta penjelasan dan serah pada Kuala Lumpur untuk menentukan.
Che Johan adalah seorang dari lima atau enam orang ahli PAS menyertai Umno bersama Ustaz Nakhaie. Yang lain ialah Dr Fuad Zakashi, Timbalan Menteri Pelajaran sekarang dan Saifudin Nasution, Setiausaha Agung PKR. Yang lain saya tidak ingat.
Kisah kayu tiga antara Umno, Ibrahim Ali dan calon Umno itu telah sampai ke pengetahuan saya seminggu sebelum Najib mengumumkan senarai calon BN seluruhnya. Akan ada silap mati, calon Umno tidak jadi bertanding bagi memberi peluang kepada Ibrahim Ali bertanding satu lawan satu dengan PAS.
Telah saya tulis dalam Facebook saya.
Adalah benar ia satu drama, tetapi ia bukan lakunan profesional. Nampak sangat kaku dan lesunya. Dan Umno pula tak nampak macam reaksi Umno sebenar. Penuh dengan olok-olok.
Oleh Subky Latif
Friday, April 26, 2013
Drama Yang Tak Menjadi Di Pasir Mas?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kaku atau tidak objektif tercapai.ada dlm umno calon tak menyerah borang kerana mereka fikirkan tidak layak menjadi pmimpin,sedar dirilah namanya.tapi lihat lain calon yg trgila-gila nak jadi pmimpim,sampai dalam permuafakatan pun ada prtembungan.ingatlah kamu, nanti di tnya bgm kamu memimpin nanti.mati kamu menjawab,baguslah kalau kamu memimpin dgn baik.
ReplyDeleteDrMAZA.com
ReplyDelete..air yang bertakung lama akan rosak dan mula dijangkiti kuman dan nyamuk..manusia ataupun kumpulan yang terlalu lama berkuasa akan mudah terdedah kepada pelbagai penyakit politik dan penyelewengan harta..apabila kita nampak zahirnya kerakusan dan salahguna kuasa serta harta maka bersegeralah menukar dengan gantian yang lebih selamat..
Itu maruah UMNO Kelantan ?? Malu aku wehhh..
ReplyDeletekesian Che Johan Che Pa jadi mangsa lakonan..... dia diarahkan memberi laluan kepada si ibrahim tu lah kan.... ooo fahamlah.... ibrahim dan umno bakal kalah di pasir mas.... pasir mas adalah kubu kuat PAS
ReplyDeleteAIR BN UMPAMA AIR ZAM-ZAM. BERJUTA ORANG ISLAM TELAH MEMINUMNYA TERMASUK ORANG-ORANG ISLAM DALAM PAKATAN.
ReplyDeleteSEMESTI BN. BN DULU,KINI DAN SELAMANYA.
AKU BENCI UMNO DAN PENCACAI UMNO YG OTAK KAT LUTUT!!!!!!!!!
ReplyDeletePelaksanaan 200 produk jenama 1Malaysia oleh kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertujuan memberi manfaat kebajikan secara langsung kepada rakyat.
ReplyDeleteKetua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata kerajaan juga berusaha mengurangkan kos kehidupan rakyat menerusi peruntukan RM37.8 bilion, merangkumi RM22.3 bilion sebagai subsidi, RM873.5 juta (insentif) dan RM14.6 bilion bagi pelbagai bantuan.
ReplyDelete“Menerusi jenama 1Malaysia, rakyat kini mempunyai pilihan dalam mendapatkan barangan keperluan harian dan perkhidmatan dengan kos secara purata 20 hingga 40 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.
ReplyDelete“Menerusi inisiatif ini, kerajaan sudah memperluaskan lagi pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) menjadikan 85 semuanya di seluruh negara,” katanya.
ReplyDeleteAli berkata, antara produk lain ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperluaskan skop kepada individu bujang dengan peruntukan lebih RM2.34 bilion serta memberi manfaat kepada lebih 6 juta rakyat.
ReplyDelete“Sejumlah 168 Klinik 1Malaysia sedang beroperasi dan sudah memberi rawatan kepada lebih enam juta rakyat Malaysia dengan kos hanya RM1 selain peruntukan RM14.6 bilion bagi Baucar Buku 1Malaysia kepada pelajar, yang menuntut di peringkat pengajian tinggi.
Penjualan borang pencalonan Pilihan Raya Umum Ke-13 di Sabah mencatat jumlah tertinggi selepas sebanyak 720 borang untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) terjual.
ReplyDeletePengarah Pilihan Raya negeri, Datuk Md. Idrus Ismail berkata, Sabah sering mencatat jualan tinggi borang pencalonan peringkat DUN namun masih kurang di peringkat Parlimen.
ReplyDeleteMenurutnya, penjualan borang pencalonan peringkat Parlimen melibatkan parti politik sehingga ini adalah sebanyak 361 manakala kalangan individu sebanyak 159 borang Parlimen sudah terjual dan 262 borang untuk DUN.
ReplyDelete"Bagi peringkat parti, calon UMNO menjadi jumlah pembeli borang terbanyak iaitu 70 borang peringkat Parlimen dan 80 borang untuk DUN," katanya.
ReplyDeleteMengulas lanjut, Md. Idrus berkata, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula membuat pembelian borang untuk sebanyak 31 Parlimen dan 31 DUN sementara Pas sebanyak 15 Parlimen dan 20 DUN.
ReplyDeleteTambahnya, DAP membuat pembelian borang sebanyak sembilan Parlimen dan 20 DUN manakala parti STAR melibatkan 20 Parlimen serta 60 DUN.
ReplyDeleteSementara itu, katanya, semua pengiraan kertas undi di Sabah akan dibuat di saluran masing-masing tanpa perlu dibawa dan dikira di pusat pengiraan undi khusus seperti mana dalam pilihan raya umum lalu.
ReplyDeleteKatanya, perkara itu bagi membolehkan keputusan tidak rasmi diketahui lebih awal di pusat pengiraan saluran masing-masing sebelum diumumkan secara rasmi SPR negeri.
ReplyDelete"Ketelusan pengiraan kertas undi di semua saluran masih kekal kerana semua ejen dari calon bertanding ada ketika pengiraan undi dibuat, selain kehadiran anggota polis," katanya.
ReplyDeleteBeliau menambah, orang ramai boleh membuat sebarang pertanyaan dengan menghubungi talian Suruhanjaya Pilihan Raya negeri di 088-485444.
ReplyDeleteapa sekalipun, rakyat menjadi penntu
ReplyDeleteSerahkan kepada rakuat untuk menentukannya.
ReplyDeletePolitik Malaysia ini bermacam-macam.
ReplyDeleteKesah Tanduo pun tiada reaksi cemas dari pimpinan politik BN. Tetapi Tanduo dilarang keras menyebut sebagai lakonan atau sandiwara. Tanduo juga dilarang dipolitikkan.
ReplyDeleteTapi apa sebenarnya berlaku,
anda nilailah sendiri. Siapa gunakan Tanduo sebagai isu politik?????
BUKANKAH ITU PENIPU NAMANYA????????
Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has outlined four strategies to step up surveillance in the country’s waters.
ReplyDeleteHe said enhanced intelligence capability and effective surveillance of the waters are among the strategies which must be emphasised to prevent encroachment of Malaysia’s sovereignty.
ReplyDeleteMalaysia, he added, should also have a more effective strategy of coastal surveillance with 24-hour patrols to ensure more comprehensive surveillance and control.
ReplyDeleteThe strategic and technical measures, he pointed out, were two important elements which could reassure the people in terms of security, especially after the terrorist intrusion here in February
ReplyDelete