Tuesday, April 23, 2013

Larikan RM7 bilion ke akaun sulit dipersoal?

KEADILAN memandang serius maklumat bahawa 1MDB, badan pelaburan milik rakyat yang dikawal sepenuhnya oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak telah memindahkan sejumlah RM7 bilion dana ke akaun sulit di Cayman Island.

Maklumat ini terkandung di dalam Laporan Tahunan 1MDB dan diulas di dalam keluaran terbaru akhbar perniagaan mingguan The Edge, yang turut sama mempersoalkan kewajaran sebuah badan pelaburan milik negara memindahkan RM7 bilion ke dalam akaun rahsia di pusat kewangan pesisir pantai seperti Cayman Island.

Akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai hanya digunakan bagi urusniaga yang dirahsiakan kerana pusat kewangan pesisir pantai mempunyai undang-undang yang melindungi urusniaga sebegini walaupun berunsur jenayah atau rasuah. Sebelum ini pun, laporan antarabangsa telah mempersoalkan tokoh-tokoh yang rapat dengan Barisan Nasional seperti Mirzan Mahathir, Raja Nong Chik dan Michael Chia yang mempunyai akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai kerana ia disyaki bersabit dengan urusniaga yang tidak betul.

1MDB mendapat modal melalui terbitan bon sebanyak RM5 bilion yang dijamin oleh kerajaan. Dari modal ini, ia melabur di dalam beberapa pelaburan di luar negara terutamanya di dalam Petro Saudi International (PSI) yang diragui kewujudan dan aktivitinya.

Dari urusniaga dengan PSI yang penuh kerahsiaan inilah, sejumlah RM7 bilion dilaporkan dipindahkan ke akaun rahsia di Cayman Island, sebuah pusat kewangan pesisir pantai.

Pemindahan wang RM7 bilion oleh 1MDB ini perlu dijawab segera oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak kerana beliau berkuasa penuh ke atas 1MDB. Pemindahan wang ke sebuah akaun rahsia pesisir pantai seperti Cayman Island bertentangan prinsip ketelusan dan tata kelola baik yang sepatutnya diamalkan oleh sebuah badan pelaburan kerajaan seperti 1MDB.

Saya khuatir sekiranya Barisan Nasional kalah dalam PRU13, wang RM7 bilion ini tidak dapat dijejaki dan hilang begitu sahaja, bermakna kerajaan menanggung kerugian besar ke atas hutang RM5 bilion yang diambil sebagai modal 1MDB.

Saya memberi amaran keras kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa beliau akan bertanggungjawab ke atas setiap satu sen kerugian yang ditanggung 1MDB. Pemindahan wang RM7 bilion ke akaun rahsia di Cayman Island adalah satu tindakan yang berunsurkan jenayah yang perlu disiasat segera.

Oleh yang demikian, untuk membolehkan satu siasatan dimulakan serta merta sebaik sahaja Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa dalam 2 minggu akan datang, saya akan membuat laporan kepada Bank Negara Malaysia, Polis diRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada hari Rabu dan Khamis minggu ini supaya wang RM7 bilion ini dibawa balik ke Malaysia secepat mungkin dan mereka yang bertanggungjawab memindahkan wang ke akaun rahsia di Cayman Island dihadapkan ke muka keadilan. -DD

56 comments:
Write comments
  1. PEMIMPIN YANG BERTANGGUNGJAWAB IALAH PEMIMPIN YANG BERTINDAK CEPAT DENGAN MELAPORKAN SEGERA KEPADA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH JIKA PERKARA ITU BENAR BERLAKU. PERSOALANNYA KENAPA MENUNGGU MENANG PRU. KALAU MENANG?.. KALAU KALAH MACAM MANA? YANG SAYA TAHU TABIAT PEMIMPIN DI SEMENANJUNG JARANG BERLENGAH UNTUK MEMBUAT LAPORAN POLIS ATAU LAPORAN KEPADA SPRM JIKA PERKARA ITU BENAR BERLAKU. SATU LAGI BENTUK FITNAH MURAHAN PKR.

    ReplyDelete
  2. MACAM MANA KALAU TERBUKTI,,KAU INGAT BOLEH MAIN-MAIN KAH DALAM KES INI,
    KAU MAU KENA SAMAN KA SAMPAI 200JUTA?

    KAU BERANI KAH MEMBUAT ARTIKAL DI INTERNET CAKAP BOHONG TANPA BUKTI?
    LAIN LAH KALAU BN/UMNO MAHKAMAH,POLIS,TENTERA DAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BOLEH DI ARAH MENGIKUT SALURAN BN YG BERKUASA SECARA TOTAL UNTUK MENUTUP KESALAHAN WALAU PUN TERANG MASIH CUBA MENCARI JALAN MENYIMPANG UNTUK MENGELLAK DARI DI TUDUH..

    KALAU KAU TAHU TABIAT PEMIMPIN DI SEMANANJUNG CEPAT MEMBUAT LAPORAN POLIS SEBAB DUIT HARAMMMM..
    INI,,
    AKU MAU TANYA KAU KENAPA PENGANAS SULU SI KIRAM DIBIARKAN MASUK DAN MENTERI PERTAHAN MALAYSIA MAU CUBA-CUBA RUNDING UNTUK DI HANTAR PULANG SEBELUM TERJADINYA KEMATIAN ANGGOTA POLIS DAN TENTERA?

    SEBAB APA? SEBAB MENTERI LAMBAT BERTINDAK LAH MENJADI KAN RAKYAT TERKORBAN DENGAN SIA-SIA...
    AKU TAU LA KAU NDA SUKA PARTI PAKATAN,
    TAPI AKU AMAT BENCI PARTI BN/UMNO YG MENJAJAH NEGERI SABAH TANPA BALAS KASIHAN RAKYAT SABAH YG MISKIN TIDAK TERBELA..

    AKU TIDAK MEMAHAMI BN/UMNO..
    KAU TIDAK MEMAHAMI PERJUANG PAKATAN RAKYAT...
    JADI SUSAH LAH KITA MAU MENGUBAH NASIB RAKYAT SABAH YG KEBANYAKANNYA MASIH DALAM TAHAP KEMISKINAN BERBANDING RAKYAT SEMANJUNG MALAYSIA YG SENANG LENANG BOLEH MAKAN PIZZA HUTT BILA-BILA,MAKAN KFC SUKA-SUKA,MAKAN MC D DI MANA-MANA..7 E SIANG DAN MALAM..
    JALAN RAYA PEWWWWW....AMAT DI BANGGA DI SEMANJUNG MALAYSIA LRT,MRT,SKYTRAIN,TRAN NATIONAL BUS BILA-BILA,BELI RUMAH MURAH-MURAH,BELI PAKAIAN BEKARUNG-KARUNG..

    DI SABAH APA YG URG SABAH DAPAT?
    MAU MAKAN TANYA DULU KL,MAU MINUM TANYA DULU KL,MAU KASI KELUAR EPF TANYA DULU KL,MAU PINJAM DUIT BANK TANYA DULU KL,..
    INI PEMERITAHAN BN KE ATAS NEGERI SABAH..


    FIKIR LA...
    INI KALI LAA..

    BAYUMURNI....

    ReplyDelete
  3. Kenapa mesti takut terbukti? Bukan kah itu yang PKR mahukan untuk menumbangkan UMNO/BN? Orang yang menulis artikal di atas harus bertanggungjawab kesahihan tulisan mereka. Orang kata berani kerana benar, takut kerana salah. Kalau dah ada BUKTI apa yang perlu ditunggu lagi. Laporkan lah kepada SPRM. Lebih cepat dilapor, disiasat lebih cepat rakyat tahu kebenaran atau pembohongan cerita dalam artikal tersebut. Kalau terbukti UMNO/BN terlibat dan didapati bersalah kan lebih mudah rakyat membuat pemilihan parti mana yang mereka akan pilih masa mengundi nanti.
    Kau ada bukti kah pemimpin semenanjung cepat membuat laporan polis sebab duit harammm?

    Saya tidak perlu mengulas hujjah kamu mengenai pengganas Sulu sebab hujjah kamu terkeluar dari tajuk asal mengenai artikal di atas. Saya syorkan sdr membuat research dari laporan akhbar yang banyak melaporkan peristiwa itu.

    Saya bersimpati kalau kau tidak memahami perjuangan BN/UMNO sebab orang seperti kamu hanya melihat persekitaran dengan sebelah mata sahaja. Tetapi kalau kau mahu tahu juga perjuangan UMNO/BN kenapa kamu tidak join jadi ahli UMNO/BN? Orang kata TAK KENAL MAKA TAK CINTA. Membenci UMNO/BN hanya kerana terikut-ikut dan bukan bersandarkan analisa yang konkrit merupakan tindakan yang tidak matang. Untuk makluman sdr saya bukan Pro BN/UMNO atau anti PAKATAN. Tapi saya melihat dunia politik dari pelbagai persfektif.
    Sdr harus ingat Negeri Sabah ditadbir bukan oleh UMNO/BN sahaja tapi oleh gabungan komponen parti yang lain seperti PBS dan UPKO. Apa yang saya perhatikan dalam hujjah sdr, sdr hanya menyalahkan UMNO/BN tetapi sdr lupa peranan PBS dan UPKO. Kalau sdr marah dan beranggapan UMNO/BN parti dari Semenajung, sdr jangan lupa yang PKR juga sebuah parti dari Semenanjung.
    Satu soalan untuk sdr: Sdr tahu kah asal mula kewujudan parti PKR? Menapa ia ditubuhkan? dan Tujuan ia ditubuhkan?
    Sekali lagi saya bersimpati dengan keluhan sdr. Sdr hubungkaitkan perjuanagan dlm politik dengan memakan PIZZA, KFC dll. Jangan marah kalau saya katakan ini sebagai POLITIK KELAPARAN MAKAN FIZZA, KFC dan lain. Kalau itu lah yang ingin diperjuangkan melalui PAKATAN memang menyedihkan. Sebab PAKATAN bukan parti menyediakan FIZZa, KFC dll.
    Sdr kata mahu makan tanya KL, mau minum tanya KL, mahu keluarkan EPF taanya KL, mau pinjam duit tanya KL. Ini macam cakap orang mabuk hahaha sorry jangan marah. Saya telah mengikuti perkembangan politik tanah air sejak zaman USNO sampai lah sekarang. Belum pernah saya dgr orang nak mkn,minum,keluarkan EFP dan pinjam duit bank mesti tanya KL.Hujjah seperti ini melambangkan karektor dan kemampuan berfikir sdr.lucuuu,luuccuuu. W/pun saya bukan Pro UMNO/BN atau PAKATAN, saya sarankan sdr sokonglah BN. Sekurang-kurangnya dpt juga sdr BRIM dan lain-lain bantuan kerajaan BN yang membolehkan membeli FIZZA, KFC dll.

    ReplyDelete
  4. ler...taib mahmud pun sprm gegar mo siasat..ini lagi bekas PM..pikir2 kan la...(kalo SPRM bole diharap, tentu saja suda kena lapor)...

    ReplyDelete
  5. pengganas kiram dapat masuk sebab perisikan yang lemah..(risikan telah digunakan untuk tujuan politik umno..mo risik pembangkang laa..)

    ReplyDelete
  6. kalau pasal sultan kiram kamu jangan kasih libatkan POLIS.polis banyak yang mati kasihan sikitlah dengan POLIS mereka juga manusia ada anak isteri yang perlu di jaga.terpulang lah mana mana pihak yang mempol;itikkan isu ini.jangan kerna politik POLIS JADI MANGSA awas kamu

    ReplyDelete
  7. kita di sabah pn mahu juga ada pembangunan seperti di semanangjung yg ada LRT, lebuh raya, transit dll...ataupun sabah blm layak ke tahap itu??

    ReplyDelete
  8. iya sebab risikan yang lemah la yang menyebabkan POLIS menjadi mangsa dan terkorban melindungi kita dari PENGGANAS...sekiranya kita mempunyai RISIKAN yang hebat, saya percaya kejadian ini dapat dielakkan dan tiada lagi POLIS yang terkorban seperti insiden di Lahad Datu..walaupun Hishamuddin ada announce yang RCI akan ditubuhkan bagi menyiasat kejadian ini yg akan diumukan oleh bekas PM kita, tp mengapa senyap ja smpai sekarang? kita juga mo tahu apa sebabnya kejadian ini dan penambahbaikan yg bole dibuat agar insiden ini tdk berulang lagi..

    ReplyDelete
  9. Apa yg pastinya otak penduduk SABAH masih d takok lama....lambat unk bertindak. kenapa mesti kita mengundi BN/UMNO yg terang-terang gagal unk memajukan kehidupan rakyat sabah yg negeri nya d penuhi kekayaan yg melimpah tapi rakyat cuma dapat 5 kilo beras bila stiap kali nak mengundi. HARGA PENGUNDI SABAH HANYA 5 KILO BERAS DAN SEBUAH TANGKI YG TAK BERMUTU. KSIHAN SANGAT AKU DENGAN ORANG SABAH TERMASUK DIRI AKU SENDIRI.

    ReplyDelete
  10. 1MDB tu rupenya sykt pelaburn rakyat..baruvaku tau. Sebab dia punyer org no 1 ialah Mr Jho Lo shbat karib PM .

    ReplyDelete
  11. Adui rayat mati-mati mencari sesuap nasi tapi BN songlap duit rayat sembunyi ,tersentak dari lamunan dan bertekat kuburkan bN dan aku pilih perubahan manakan tahu kalau tidak dipecahkan ruyung.

    ReplyDelete
  12. Sabah and Sarawak indeed the Borneo's two Malaysian states.These states have been a bastion of votes for the National Front coalition headed by Najib's party, the United Malays National Organisation (UMNO). In the year of 2008, the GE-12 taken place and both Sabah and Sarawak lost 1 seat each to opposition party. This time surely BN can win both this states.

    ReplyDelete

  13. The two states, among Malaysia's poorest despite vast natural resources, kept the National Front in power in 2008 even as a groundswell of support for the opposition deprived the government of its iron-clad two-thirds parliamentary majority. BN committed to help these states.

    ReplyDelete
  14. “Give us five more years, give brother Najib five more years. If we are not good, then tukar (change). But this time don’t tukar, give us a chance or else it won’t be fair,” Chin said during a luncheon with BN Wanita members here yesterday

    ReplyDelete
  15. Ini lagi poin pembangkang untuk dapat undi rakyat.kenapa tidak dari dulu dedahkan kalau tujuan utama bukan untuk kepentingan parti menjelang PRU??

    ReplyDelete
  16. Biar Najib sendiri yang beri penjelasan berhubung perkara ni.hentikan spekulasi dan tanggapan sendiri.

    ReplyDelete
  17. Bila dekat PRU, mesti muncul 'akaun sulit' ni.

    ReplyDelete
  18. I do not need to comment on your arguments about terrorist Sulu arguments why stray from the original topic of the articles above. I recommend Mrs. create research from newspaper reports that many report the incident.

    ReplyDelete
  19. Should people who write articles on them be held responsible for the authenticity of the writing?

    ReplyDelete
  20. If proven to UMNO / BN involved and found guilty right people to make selection easier which party they would choose the time of elections.

    ReplyDelete
  21. If you already have PROOF of what needs to be looked again. Report is to MACC. Reported faster, faster investigated people know the truth or falsehood of stories in the articles.

    ReplyDelete
  22. Do you have evidence of whether peninsula leaders quickly make a police report?

    ReplyDelete
  23. 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menyatakan dana AS$2.318 bilion seperti yang dinyatakan dalam akaun diauditnya adalah selamat.

    ReplyDelete
  24. 1MDB dalam satu kenyataan Selasa berkata ia adalah hasil dan keuntungan yang dijana daripada usaha sama awalnya, 1MDB-PetroSaudi International.

    "Fakta ini jelas dilaporkan dalam akaun diaudit syarikat yang boleh didapati orang ramai daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan diaudit secara bebas oleh sebuah syarikat global terkemuka," kata syarikat itu.

    ReplyDelete
  25. 1MDB juga menyangkal tuduhan bahawa wang-wang ini dilabur dalam syarikat-syarikat Cayman Islands dan akan lesap, dengan menyatakan ia tidak berasas dan helah pilihan raya.

    ReplyDelete
  26. 1MDB telah memperuntukkan hasil itu bagi pelaburan di masa hadapan. Sementara menunggu pelaburan itu, dana-dana ini bagi tujuan pengurusan tunai ketika ini ditempatkan di bawah pengurus dana antarabangsa berlesen dan dikawal selia yang menguruskan struktur dana standard antarabangsa yang berpangkalan di Cayman Island,".

    ReplyDelete
  27. Ia juga kesal yang "pihak-pihak tertentu dengan agenda politik mempunyai agenda tersembunyi yang berterusan membuat tuduhan tidak berasas".

    "Ini adalah kempen untuk memburuk-burukkan bagi faedah mereka sendiri," kata syarikat itu.

    ReplyDelete
  28. 1MDB dimiliki dan disokong kerajaan tetapi dipacu oleh pemikiran dan amalan sektor swasta.

    Ia berusaha memenuhi aspirasi Kerajaan dengan ketangkasan sektor swasta, dan bon dikumpul merupakan sebahagian daripada modal bagi inisiatif strategiknya, kata 1MDB.

    ReplyDelete
  29. Modal AS$3 bilion yang dikumpulkan baru-baru ini merupakan bahagian penting daripada kerjasama Kerajaan kepada Kerajaan antara Malaysia dan Abu Dhabi bagi perkongsian strategik yang dimeterai pada 12 Mac, 2013 semasa lawatan rasmi oleh Putera Mahkota Abu Dhabi dan Timbalan Komander Tertinggi Angkatan Tentera Emiriah Arab Bersatu, General Sheikh Mohamed Bin Zayed Al Nahyan.

    ReplyDelete
  30. "Kedua-dua negara komited untuk memulakan operasi perkongsian strategik RM18 bilion ini. Malaysia dan Abu Dhabi mengekalkan perkongsian ekonomi yang telah lama terjalin ini," kata syarikat itu.

    ReplyDelete
  31. HAVING witnessed democracy in action in the form of state assembly elections in Sarawak , it is worthwhile looking at what the Sarawak elections had exposed. Political analysts have already made pronouncements about identity politics, that is, the politics of race and community, being pushed to the side by new demands for development. They have pronounced on the virtues of being “with the people” in the manner of Taib Mahmud, the Chief Minister of Sarawak, as opposed to the “parachute politics” of Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  32. Corruption has been mentioned, but in terms that are not very clear, at least to lay people like myself. Has this exercise in democracy proved that there is widespread anger at the corruption that exists in almost all parts of society, in public bodies and authorities as well as in private entities? From what one can comprehend, the answer is the familiar “yes-and-no” that analysts take shelter behind when faced with a phenomenon they cannot really understand.

    ReplyDelete
  33. The verdict cannot be against corruption in, for example, Sarawak, where the reputation of the ruling Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) and the other Sarawak BN component parties combine is not of its being a group of saints, to put it mildly. For the record, the perception about the party that lost badly, the Sarawak United People’s Party (SUPP) which lost 13 of 19 seats it contested and its President Dr. George Chan Hong Nam, Deputy Chief Minister of Sarawak, humiliating defeat in the hands of the DAP, is no better.

    ReplyDelete
  34. In Sarawak, no one will take you seriously if you claim that the Barisan National Sarawak is pure as driven snow; that the losing SUPP was seen as utterly corrupt, which is why it lost; and that the Sarawak BN and Taib Mahmud is responsible for the chopping down of most of Sarawak’s rainforests at the expense of the indigenous communities; and Taib Mahmud was also seen as corrupt and the protector of corrupt allies. The fact is that all of them are seen as corrupt.

    ReplyDelete
  35. Without making any solemn pronouncements on why a party won or lost, or the role played by rebel candidates of all parties in splitting vote banks, one can say with a degree of certainty that a rejection of corruption was not really the main issue in the election. And that is the truly worrying factor in this round of exercise of democracy.

    ReplyDelete
  36. Equally worrying is the sense one gets that the major political parties know this and are not really bothered. They also know, from the look of things, that the public protestation of corruption will never ever amount to anything as far as political power in our system is concerned. The parties strategise their moves and countermoves on the basis of other considerations, which they think to be more effective and relevant. So we can continue to bark corruption, coruption, coruption but nothing is gonna happen and nothing is gonna change, it has not change for the last 50 years.

    ReplyDelete
  37. An article that appeared not so long ago in The Nation cited a study by a group of scholars in the London School of Economics, which said that the comparisons made by various writers and experts between Malaysia and Singapore as emerging economic powers were erroneous; that Malaysia could never hope to be a rival to the economic powerhouse that Singapore already is. One reason given for this is the all-pervasive corruption in Malaysia.

    ReplyDelete
  38. This trend of thinking will in all likelihood catch on, despite brave words from leaders of Barisan National. One can sense it in the way the Malaysian stock market has behaved; in the way the ringgit has got weaker by the day; and in the general gloom among bankers, which they will not admit to publicly but will talk about mainly among themselves. It is not gloom about the immediate future – it is about Malaysia in the long term. It is, finally, about the nature of Malaysian democracy.

    ReplyDelete
  39. There are those who increasingly see signs of fatal flaws in Malaysian democracy because of the way it has developed. Political parties in power, from regional parties to so-called national parties, depend on corruption from the top down to survive, and survival is all that matters. An even more dangerous trend was the failure to improve the education standards.

    ReplyDelete
  40. Malaysia’s failure to provide quality education means that eventually our young men and women will lack the intellectual capabilities, leading to a falling off of quality of work, of skill levels and so on, with its inevitable ill effects on the economy as a whole. But are our politicians who are engaged in the task of survival, interested or concerned?

    ReplyDelete
  41. Eventually, one has to conclude that Malaysian-style democracy and the ills afflicting our economy, our industry, our infrastructure, our health services and our education system will ensure that Malaysia does not become an economic superpower, emerging or otherwise, and that it will have to depend on aid to keep itself going after all the natural resources have depleted. Then, multinational corporations will start to invest in other more lucrative ASEAN countries. Remember, Malaysia’s debts is now a whopping RM0.5 TRILLION.

    ReplyDelete
  42. Now, a lot depends on what young leaders such as Nurul Izzah and others such as Chief Ministers Musa Aman of Sabah and Lim Guan Eng of Penang do. There is little to be gained by looking at any other leader; those who are indeed leaders are either erratic and whimsical, or interested only in lining their pockets. Some like Taib Mahmud although in his twilight may well take Sarawak towards development, but he has to provide proof of that, as Musa Aman has done so admirably.

    ReplyDelete
  43. UMNO dan gelagat kepimpinan mereka yang seolah hilang punca dan panik kerana takut hilang kuasa. Hilang kuasa bermakna segala kemewahan, penyelewengan akan terbongkar. Segala kesalahan rasuah dan salahguna kuasa akan di bawa kemuka pengadilan. Itulah sebabnya pemimpin dan ketua UMNO sedang gila meroyan dan menjerit-jerit dalam dewan saja. kalau ke mahkamah nanti macam manala agaknya ?

    ReplyDelete
  44. Mungkinkah ini satu lagi cara untuk merompak harta rakyat kebanyakkan? Fikirkan.


    Perbankan islam adalah satu sistem yang semakin berjaya. Banyak bank (baca sistem kapitalis, untung semata-mata) yang semakin galak dengan sistem ini. Kenapa? Adakah kerana mereka ingin memenuhi tuntuntan Islam? Saya fikir tidak. Kita di kurniakan akal oleh tuhan untuk berfikir dan mencari yang terbaik. Lihat contoh ini.....katakan saya meminjam dari bank RM 200,000.00 untuk 25 tahun. Jika sistem coventional saya akan bayar balik sejumlah RM 386,700 dan jika sistem islamik pula sejumlah 463,200 (berdasarkan kadar pinjaman semasa). Dengan lain kata, untuk rumah yang sama jenis dan saiz, Yap Ahhhh Loyyyy dan Pak Raja Lela bayar harga yang berlainan. Pak Raja Lela RUGI RM 76,500. Ini satu hal. Ini antara sebab utama kenapa banyak bank menawarkan perbankan islam. Atas nama islam kita diperbodohkan. RM 76,500 adalah satu bentuk kerugian yang dialami oleh seorang peminjam. JIka kita jual rumah ini, katakan harga pasaran 500,000.00 selepas ditolak bayaran bank, Pak Raja Lela dapat RM 36,800. dan Yap Ahhh Loyy pula dapat RM 113,300. Fikirkan. Katakan kita ada 1 juta peminjam untuk perumahan sahaja. Jumlah kerugian yang di tanggung oleh umat islam di malaysia sahaja secara kolektifnya ialah 76,500,000,000.00 iaitu 76.5 billion. Inilah sebabnya sistem perbankan islam sangat berjaya. Kita di rompak dengan kerelaan kita, dengan sistem yang kita cipta sendiri.

    ReplyDelete
  45. Apa sahaja perkataan yang dipakai oleh kepimpinan Tertinggi UMNO dalam kontek politik sekarang dan dahulu, "pembelot, pengkhianat, durhaka, pencangak", dan apa sahaja yang mengambarkan sifat negatif, sebenarnya mengambarkan diri orang, "Melayu UMNO" yang sudah sesat itu.

    Kalau kata-kata negatif dan buruk itu ditujukan kepada Parti Pembangkang, banyak yang tidak tepat dan betul, dan kapada rakyat Malaysia amnya dan yang cerdik akal pula, sudah tentu tidak akan membantu calon winable UMNO untuk menang dalam PRU 13.

    Kepada mereka "Melayu UMNO dan BN" selamat tinggal Putrajaya.

    ReplyDelete
  46. ini kes terbaru dol,selama 50 tahun wang rakyat dirompak rejim ameno/british/apco laknatullah...dan selama ini telah beribu2 kes dilaporkan kepada polis dan bpr(sprm) tp tidak diambil tindakan kerana jabatan2 berhantu ni adalah glc ameno.

    jika ubah selepas pru ni,on the spot kurung menteri2 ni dulu supaya x bleh cabut ke hongkong ataupun australia, kita siasat di mahkamah terbuka.

    itu jam baru tau susuk tubuh pak menteri yg sebenar baik yg bercakap soal agama ataupun sukan....rais amah yatim ikat dulu hehe

    selamat tinggal bangsa ameno tua kutuk.

    ReplyDelete
  47. Jangan risau geng hentam saja. Kalau PAKATAN menang semua pencacai PKR yang menulis dalam blog ini akan dilantik sebagai penasihat ekonomi kepada Anuar Ibrahim, CEO Bank Islam yang baru, Pengarah SPRM dan banyak lagi jawatan.

    ReplyDelete
  48. Awas semua!!!! negara sedang di rompak pak lanun kerajaan.... kenapa mesti simpan kat bank pesisir pantai tu.... simpan sahaja kata malaysia lagi selamat.... apa tujuan? Merompak lah tu.... Wang yang keluar dari malaysia akan merugikan negara.... ingat apa yang dilakukan mahathir ketika kemerosotan ekonomi 2008? Dia membekukan pengeluaran wang keluar negara!!!! bijak juga dia tapi hari ini... era Najib apa dah jadi haaa????? Ayo pakatan siasat jangan tak siasat... jika BN menang duit akan lesap entah kemana!!!! Tukar jangan tak tukar....

    ReplyDelete
  49. Hoi mantera... kau apa spesis nih.... kejap sokong BN kejap sokong pembangkang.... saya harap ko undi pakatan kelak....

    ReplyDelete
  50. MEMANG SENANG MENABUR FITNAH.. DASAR PEMBANGKANG MEMANG ORANG LAIN NAMPAK TAK BETUL SEMUA.. YANG DIRI SENDIRI BUAT TAK NAMPAK. ALLAH MAHA MENGETAHUI.. TUNGGU SAJALAH BALA DARI YANG MAHA ESA..NASIB RAKYAT SELANGOR PUN TAK TERBELA.. JANJI HANYA MANIS DI BIBIR MULUT.. BERKAWAN DENGA YAHUDI, GAY, LESBIAN DAN PLURALISME AGAMA. KALIMAH ALLAH NAK SYARE DENGAN AGAMA KRISTIAN... APA JADAH SEMUANYA INI..

    ReplyDelete
  51. Kenapa mesti tunggu dan menang baru nak lapor..sebab kalau lapor sekarang pun x guna, BN pegang kuasa..macam x tau plak korang ni..maaf cakapla...da banyak kes salah guna yang melibatkan urang besar2 ni dilapor, ndak sangkut juga alasan tidak cukup bukti..jangan bohongla..kalau urang atas sudah bilang tutup jak kes tu..apalagi barua yang mau jaga pangkat ni..ikut jakla...ini kalilah...

    ReplyDelete
  52. KORANG BERCAKAP PASAL AGAMA, HINA PERIBADI PEMBANGKANG..MACAMLA URANG DALAM BN TU SEMUA MALAIKAT ...ITU LAGILA...NDAK TAU MAU PANGGIL APA...HURM

    ReplyDelete
  53. INGAT, MALAM PENGUMUMAN LAST NANTI..MESTI URANG2 BERSALAH NI STANDBY DI AIRPORT MAU TERBANG LARI PIGI LUAR NEGARA, TAKUT DITANGKAP BISUKNYA....TENGOKLA NANTI...

    ReplyDelete
  54. Majoriti orang Melayu dah sedar kerja pemimpin UMNO ialah memperbodohkan orang Melayu je. Dah berpuluh tahun kena bodoh pun tak sedar ke? Yang tinggal dalam UMNO hanya orang Melayu yang sanggup memperbodohkan sesama orang Melayu untuk mendapat kuasa, harta dan pangkat.

    ReplyDelete
  55. Tidak ada sebab lain kenapa duit 1MDB itu dipindahkan keluar. Apa yang jelas, pemindahan tersebut hanya untuk menyembunyikan daripada rakyat. Kita percaya Najib sudah tahu beliau akan kalah. Sebelum terlambat, lebih baik duit itu dipindahkan dahulu.

    ReplyDelete
  56. Ini kegiatan terancang, dan ia sudah pun dibuktikan. Kenapa perlu dipindahkan kepada akaun luar pesisir yang dilindungi undang-undang, sedangkan banyak lagi bank dan syarikat kewangan yang boleh membawa keuntungan.

    “Tidak hairan jika banyak lagi penyelewengan dilakukan Umno BN yang semakin ‘tenat’, dan situasi itu telah dirasai apabila mereka kini dilihat makin terdesak,

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.