Friday, April 19, 2013

PKR Tenom Tiada Calon Berwibawa?

SEJAK kebelakangan ini, hampir kesemua parti pembangkang yang telah memperkenalkan calon wibawa mereka, namun sehingga ke hari ini, PKR Tenom masih menggelabah mencari pemimpin yang berwibawa bagi menggalas tugas sebagai calon Parlimen Tenom.

Apa tidaknya, pemimpin yang diharapkan oleh PKR Tenom masih bergelut dengan tugasan harian keluarganya untuk menjaga anak-anak di rumah selaku 'amah' yang mendiami rumah PPRT kerana isteri terlalu sibok dengan kerja hariannya di sebuah jabatan kerajaan.

Bagaimanakah penerimaan rakyat dan pengundi di kawasan Parlimen Tenom jika mereka mendapat tahu senario liku-liku penghidupan seorang yang bakal diangkat sebagai pemimpin tetapi masih bergelut dengan masalah keluarga?

Suatu ketika dahulu seorang Peguam telah bersedia untuk menawarkan diri untuk mengisi tugasan itu, namun kepimpinan PKR Tenom membantah hasrat Peguam berkenaan dengan pelbagai alasan; meskipun Peguam itu adalah anak watan daerah Tenom. (jadi) Mahu cari jenis pemimpin bagaimana lagi?

Bagi APS pula, sebuah NGO di bawah PKR telah menawarkan seorang pemimpin yang berwibawa lulusan Ekonomi dari UPM dan mempunyai latar belakang penghidupan yang lebih baik, memiliki bisnes yang baik dan berpengaruh di kawasan Tenom tetapi ditolak oleh PKR. Apakah sebabnya lagi?

Masa sudah terlalu singkat untuk PKR mencari pemimpin yang lebih sesuai bagi menggalas tugas selaku calon yang berwibawa di Parlimen Tenom, dicadangkan agar niat untuk meletakkan calon disitu terpaksa dilupakan dan adalah lebih baik ucapkan sahaja, "Selamat Tinggal PRU13" untuk PKR Tenom.

Sekian,

PENYOKONG PKR KEMABONG

8 comments:
Write comments
  1. Suruh Halik Zaman jadi calon PKR. Pasti menang.

    ReplyDelete
  2. 55 tahun sudah berlalu 050513 PRU muncul kembali TOLAK UMNO.TOLAK BN

    INI KALI LA TATAP UNDI PAKATAN RAKYAT

    ReplyDelete
  3. PRU 13 adalah paling hebat sekali. Kali ini, BN terasa boleh dikalahkan. Tetapi yang paling saya risau ialah apabila PR menang nanti, akan ada yang belot. Jika ada yang belot kali ini, kita akan kerjakan mereka cukup-cukup. Tedengar desas desus mengatakan ada yang telah dibeli untuk berperanan memecah belahkankan kepaduan Pakatan Rakyat. Lumayan katanya. Maka kita harap semua pihak kena berhati hari dengan pak yet itu!!!!

    ReplyDelete
  4. kalau halik zaman yang jadi calun saya undi kambing lagi baik

    ReplyDelete
  5. Kah kah kah kah. Kalu Kambing jadi calon di Tenom ia mesti pakai serban sebab ada janggut.

    ReplyDelete
  6. UMNO/BN di Sabah tidak akan kalah selagi PBS dan UPKO menjadi komponen BN. Kecuali di kawasan majoriti penggundi cina, kehadiran PKR langsung tidak menggugat BN terutamanya di kawasan majoriti pengundi Bumiputera.

    ReplyDelete
  7. belum cuba belum tahu,jangan disangka air tenang tidak ada buaya,silap hari bulan naga pun ada

    ReplyDelete
  8. Undi kambing lagi bagus dari halik zaman? Bukan kamurang sudah undi kambing kahh dulu? Itu raimi unggi bukan kambingkh? Nah sikrang 5 penjuru di tenom..rasa la kitaa semua ...mau undi PKR pun bkn datuk atau YB yg bertanding...sedih sa tingu..kanal pun tdk siapa calon PKR Tenom sikarang...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.