Sunday, April 28, 2013

2,000 mahasiswa berarak ke ibu pejabat Umno

Lebih 2,000 mahasiswa dan anak muda dari seluruh Malaysia semalam berarak ke bangunan ibu pejabat Umno di PWTC, bagi menyatakan penolakan anak muda terhadap parti itu khususnya untuk Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) kali ini.

Perarakan anjuran Gelombang Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak) tersebut bermula jam 2.30 petang dengan himpunan di Dataran Merdeka sebelum bergerak ke bagunan Umno kira-kira 3.15 petang melalui Jalan Putra.

Sepanjang perarakan, mereka yang rata-rata memakai baju hitam sebagai lambang penolakan turut menyanyikan lagu tolak Umno, bersorak dan melambai kepada rakyat yang menyusuri jalan disamping mengedarkan risalah 'Mengapa Anak Muda Tolak Umno BN'.

Kemuncak perarakan itu, mereka telah menyerahkan kain sepanjang 50 meter mengandungi tandatangan rakyat khususnya anak muda yang menyokong gerakan tolak Umno BN, kepada wakil ibu pejabat parti itu.

Mereka juga turut mengadakan bacaan ikrar janji setia Anak Muda Tolak Umno BN yang dipimpin oleh Ahmad Afif sebagai jurucakap gerakan tersebut.

Sebelum ini, Tolak telah menjelajah ke seluruh Malaysia mengadakan kempen besar–besaran bermula pada 15 Mac hingga 15 April lalu.

Kempen tersebut sebagai memberi penjelasan kepada masyarakat mengapa rakyat Malaysia wajib menolak Umno BN.

Tolak turut mendapat sokongan lebih 30 NGO termasuk Bersih.

67 comments:
Write comments
  1. http://malaysiafinance.blogspot.com/2013/04/article-on-taibs-brother-worth-a2bn.html

    ReplyDelete
  2. hahaha... inilah yg harus rakyat malaysia lakukan kerana umno telah lari jauh dari demokrasi. umno harus dijatuhkan kerana mrk telah salah guna kuasa malah zalim pada rakyat . reformasi....tabbir.....amin.

    ReplyDelete
  3. Mereka (bn/umno) hanya pandai berkata2...tapi dlm pelaksanaan hancur...kerana banyak bukti yang telah terdedah sepanjang pemerintahan mereka selama 56 tahun. Rekod pemerintahan negara cuma ada pada mereka dan bukan pada PR. Jadi, sekiranya ingin membuat penilaian terhadap pemerintahan negara olehPR...mmg xde ape yg mereka dpt katakan melainkan hanya membuat andaian mengikut pertimbangan mereka sahaja.

    ReplyDelete
  4. SEKARANG SAYA DAH BERUMUR 52 TAHUN SEJAK DARI UMUR SAYA 21 TAHUN SAYA HANYA MENGUNDI PARTI umno.TETAPI KALI INI SAYA MERASA TERSANGAT BANGGA DENGAN KEBANGKITAN ANAK ANAK SAYA DARI MAHASISWA SELURUH MALAYSIA YANG INGINKAN PERUBAHAN,JIKA LA ANAK ANAK MALAYSIA SAYA BERANI BERUBAH KENAPA SAYA TAK BERANI BERUBAH,JADI DENGAN PENUH SYHDU SAYA BERJANJI SAYA AKAN TURUT BERUBAH PADA PRU 13 INI.ALLAH HUAKBAR.YA TUHAN KAMI TUNJUKKAN LAH KAMI JALAN MU YANG BETUL DAN LURUS.BUKAKAN LAH HATI RAKYAT MALAYSIA UNTUK BERUBAH

    ReplyDelete
  5. ini kali lah tatap PR

    ReplyDelete
  6. tolak jg tak tolak,Biar lingkup umno/bn

    ReplyDelete
  7. Cerdik pandai semua telah TOLAK umno/bn.....tinggal yang bebal je masih dalam umnongok tu... Tolak umno...Tolak RASUAH, Tolak BN...Tolak Barang Naik!

    ReplyDelete
  8. Datuk Rais Yatim, tolong kira, tak sampai 20 orang tu. hehehe

    ReplyDelete
  9. UMUR 6O TAHUN, 70 PULUH TAHUN, 80 TAHUN BANYAK DAH GAME OVER - YANG TINGGAL 60 TAHUN KEBAWAH ITU PUN HARI2 CELIK MATA DUIT, DUIT, DUIT - HIDUP DALAM SAKIT KESEMPITAN DUIT - APABILA MEREKA TIDAK MEMEKIRKAN MASALLAH HARIAN KITA - APA PERLU KITA MEMIKIRKAN KEBANKRAPAN MEREKA - INI KALI LAH.

    ReplyDelete
  10. Mereka adalah golongan yang paling beruntung jika PTPN yang mereka tanggung selama ini akan dihapuskan oleh Pakatan Rakyat. Apakah golongan mahasiswa mahu menolak tawaran kerajaan PR? Jika menolak, bodohlah jawahnya!

    ReplyDelete
  11. PR semakin terdesak. Mereka telah kehabisan modal untuk dicanangkan. PR tahu sokongan rakyat kepada BN semakin meningkat,meningkat,meningkat,meningkat dan terus meningkat. Pemimpin dan penyokong PR semakin tidak lelap tdur kerana memikirkan PR akan KECUNDANG dan TERSUNGKUR pada 5.5.2013. Sedaya upaya mereka akan menabur fitnah kpd BN. Namun dg kuasa dn pertolongan Tuhan, sokongna kepada BN semakin meningkat. Ramai ahli dan pemimpin PR tlh keluar PR dan menyokong BN.

    Terima kasih dan Tahniah kpd rakyat yang berfikiran waras dn tahu membezakan antara kaca dan permata. May God Bless U all. K
    Kepada mereka yang belum sedar tentang penipuan PR, sedarlah, sedarlh sdra/sdri semua bahawa perjuangan PR itu adalah perjuangan yang sia-sia sahaja. Janganlah biarkn diri anda diperalatkan oleh individu yg bernama Anuar Ibrahim. Ingatlah bahawa beliau pernah dipenjarakan selama 6 tahun atas kesalahan rasuah(menyalah gunakan kuasa)semasa beliau mnjadi TPM/Menteri Kewangan.

    TIBAI=TOLAH INDIVIDU BERNAMA ANUAR IBRAHIM

    Lain kali saja.

    ReplyDelete
  12. Lantak engkaulah labuu(lembu) jangan tolak saya sudah..Yang pasti saya tolak ulama Bodoh dan Anuar bodoh yg membenarkan Nama dipelbagai gunakan.

    MEroyan

    ReplyDelete
  13. hahahahaahah meroyan lagi si labuu nie...

    ReplyDelete
  14. Mari kita berdoa agar banyak pemimipin BN/UMNO masuk penjara atas kesalahan mereka lampau. Kekayaan tidak dapat dibawa mati. Kekayaan mereka melalui haram. Amin

    ReplyDelete
  15. Hidup MELAYU undilah BN/UMNO. Tatap BN. Hidup Melayu.

    ReplyDelete
  16. Antara isu yang berkait rapat dengan mahasiswa di Malaysia adalah isu pemansuhan PTPTN. Pakatan pembangkang menjanjikan pendidikan percuma seperti yang digariskan dalam Buku Jingga. Ini adalah penerangan dan juga penjelasan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

    Kita dapat lihat untuk sektor pendidikan ini kerajaan membelanjakan RM50.1 bilion yang meliputi bersamaan 21.5 peratus daripada jumlah perbelanjaan pembangunan negara yang berjumlah RM232.8 bilion untuk tahun ini. Ia terdiri dari Kementerian Pengajian Tinggi dengan peruntukan RM12.9 bilion selebihnya pada Kementerian Pelajaran.

    Kita dapat lihat daripada peringkat rendah menengah, menengah tinggi dan pengajian tinggi, kita dapati pendidikan bermula dari peringkat rendah, menengah, menengah tinggi tetapi di peringkat pengajian tinggi ia highly subsidised, dengan jumlah peruntukan yang ada itu.

    Kalau kita lihat program perubatan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yuran sebelum subsidi adalah RM166,000 tetapi pelajar bayar yuran hanya RM9,000, yang mana 94.6 peratus diberi subsidi oleh kerajaa. Bagi kejuruteraan pula RM61,200, yurannya RM5,600 dan hampir 90 peratus diberi subsidi oleh kerajaan; farmasi pula dalam lingkungan RM51,000 dan pelajar bayar yuran hanya RM6,800.

    Untuk pengetahuan, yuran yang dikenakan tidak pernah naik sejak 1990-an dalam keadaan semua benda naik namun kerajaan tidak pernah menaikkan yuran universiti.

    ReplyDelete
  17. PTPTN yang ditubuhkan untuk membantu pelajar kini dikatakan membebankan pula kerana terpaksa menanggung hutang yang banyak pada usia muda.

    Bukannya yuran pengajian dan dalam hal ini pelajar tidak dipaksa meminjam, mahupun untuk pembayaran yuran. Sekiranya dipaksa untuk pinjaman yuran sekali pun, yuran yang dikenakan adalah begitu rendah. Misalnya, seorang pelajar politeknik yang mengambil diploma, pada tempoh setahun PTPTN memberi pinjaman kepada pelajar itu sebanyak RM5,000, mereka hanya perlu bayar yuran sebanyak RM4,000 sahaja.

    Sementara itu, RM4,600 lagi adalah wang sara hidup. Jadi dalam hal ini, kalau tidak mahu membuat pinjaman penuh, ambil saja kos yuran dan tidak perlu mengambil pinjaman untuk komponen sara hidup.

    Begitu juga kalau ambil ijazah untuk bidang sains di universiti, PTPTN beri pinjam RM7,000 untuk yuran ditambah dengan komponen wang sara hidup. Namun, yuran yang dikenakan hanya RM2,100 dan bagi ijazah sastera pula, pinjaman yang diberikan adalah RM6,500 setahun dan melibatkan yuran RM1,100.

    ReplyDelete
  18. semua dalam gambar tu mahasiswa??.. tengok muka macam ahli2 veteran PAS..

    ReplyDelete
  19. Keganasan bukan budaya kita. Namun begitu parti pembangkang cuba dengan bersungguh-sungguh membudayakan keganasan. Suspek kes menyerang seorang penyokong parti politik di Dungun semalam, tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun hari ini. Suspek yang merupakan seorang peniaga menyerah diri pada kira-kira 2 petang dan kini ditahan untuk siasatan lanjut.

    ReplyDelete
  20. Suspek yang berumur 35 tahun ini juga pernah didakwa di mahkamah kerana terlibat dalam kes pergaduhan di Dungun baru-baru ini. Mangsa serangan, berusia 57 tahun, kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini dan keadaannya dilaporkan stabil.

    ReplyDelete
  21. seorang penyokong parti politik cedera setelah diserang sekumpulan penyokong parti lawan dalam kejadian di Simpang 3, pekan Dungun. Dalam kejadian kira-kira 11.30 malam itu, sekumpulan pasukan pemantau pilihan raya menurunkan bendera sebuah parti yang dipasang di kawasan berkenaan kerana menghalang lalu lintas sehingga menimbulkan salah faham. Mangsa serangan, berusia 57 tahun, kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini dan keadaannya dilaporkan stabil.

    ReplyDelete
  22. Selama ini Indonesia dan Thailand begitu agresif membudayakan keganasan. Ianya seakan-akan corak yang cuba dicipta dan di”viral”kan oleh pihak tertentu demi kepentingan politik mereka. Namun bagi rakyat yang cukup cintakan keamanan kami rakyat Malaysia menentang segala amalan keganasan. Kami mahukan keamanan. Kami mahukan kesejahteraan. Kami mahukan transformasi yang progresif. Kami mahukan Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  23. PERHIMPUNAN JALANAN JUGA SEBAHAGIAN DARI RANCANGAN PAKATAN UNTUK MENIMBULKAN HURU-HARA

    Mangsa letupan bom tersebut adalah seorang petugas kempen BN dan beliau cedera di kaki. Sehingga kini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab. Semalam, seorang jurukamera RTM dipukul oleh penyokong PAS di Gua Musang. Beliau kemudian telah meninggal dunia dan anak Allahyarham inginkan keadilan bagi perkara ini.

    ReplyDelete
  24. PERHIMPUNAN JALANAN JUGA SEBAHAGIAN DARI RANCANGAN PAKATAN UNTUK MENIMBULKAN HURU-HARA

    Walaupun Anwar Ibrahim menafikan beliau menghasut rakyat untuk “Malaysian Spring”, bibit-bibit keganasan mula dibawa oleh penyokong-penyokong PR kerana terpedaya dengan retorik dan hasutan pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Anwar, Tian Chua & Mat Sabu.

    ReplyDelete
  25. PERHIMPUNAN JALANAN JUGA SEBAHAGIAN DARI RANCANGAN PAKATAN UNTUK MENIMBULKAN HURU-HARA

    Rakyat Malaysia harus menolak ekstremisme yang dibawa oleh PR agar keharmonian negara dapat terus dikekalkan. Perkara ini sudah dijangkakan awal lagi, di mana pembangkang akan menggunakan taktik kotor dan ganas untuk mewujudkan kekecohan pada PRU ini.

    ReplyDelete
  26. PERHIMPUNAN JALANAN JUGA SEBAHAGIAN DARI RANCANGAN PAKATAN UNTUK MENIMBULKAN HURU-HARA

    Penganalisis politik tersohor masa kini iaitu mantan perdana menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad telah menjangkakannya seawal tahun lepas. Pada 25 Mei 2012, beliau ada menulis di blognya mengenai politik ganas dan kotor amalan pembangkang.

    ReplyDelete
  27. PERHIMPUNAN JALANAN JUGA SEBAHAGIAN DARI RANCANGAN PAKATAN UNTUK MENIMBULKAN HURU-HARA

    Menurut Tun, pemimpin parti lawan mungkin akan menggunakan cara demonstrasi ganas dan berpanjangan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 berikutan cara demokrasi tidak memberi kemenangan kepada mereka berdasarkan kepada sejarah dan keputusan pilihan raya terdahulu.

    ReplyDelete
  28. PERHIMPUNAN JALANAN JUGA SEBAHAGIAN DARI RANCANGAN PAKATAN UNTUK MENIMBULKAN HURU-HARA

    Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata semua rakyat Malaysia dan pemerhati asing sehingga kini mengakui proses pilihan raya tidak dapat menjatuhkan Barisan Nasional (BN). “Majoriti rakyat Malaysia tetap memberi kemenangan kepada BN, kenapa tidak, semua terpaksa terima hakikat bahawa kerajaan BN telah membawa banyak kemajuan dan nikmat lain kepada rakyat.

    ReplyDelete
  29. PERHIMPUNAN JALANAN JUGA SEBAHAGIAN DARI RANCANGAN PAKATAN UNTUK MENIMBULKAN HURU-HARA

    BN berjaya membawa keamanan dan kesejahteraan kepada negara. Tiap seorang dari rakyat Malaysia dapat mengecapi kehidupan yang lebih mewah dan lebih bahagia di bawah pemerintahan BN. Dr Mahathir berkata segala percubaan oleh parti-parti lawan untuk mengurangkan sokongan dan persepsi baik terhadap BN dan pemerintah yang didirikan olehnya tidak berjaya.

    ReplyDelete
  30. PERHIMPUNAN JALANAN JUGA SEBAHAGIAN DARI RANCANGAN PAKATAN UNTUK MENIMBULKAN HURU-HARA

    Justeru, katanya, maka Bersih dicipta dan tunjuk perasaan yang besar dan ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan pilihan raya jika parti lawan gagal memenanginya. “Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas yang tidak berhenti-henti supaya keputusan pilihan raya ditolak dan satu kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan. Kemudian, mereka akan berusaha untuk mengadakan pilihan raya sekali lagi yang boleh di manipulasi mereka,” katanya.

    ReplyDelete
  31. PERHIMPUNAN JALANAN JUGA SEBAHAGIAN DARI RANCANGAN PAKATAN UNTUK MENIMBULKAN HURU-HARA

    Dr Mahathir berkata sudah tentu sebelum kerajaan pilihan rakyat digulingkan, negara akan diserang bertubi-tubi dengan demonstrasi ganas dan huru-hara selain segala perancangan dan perusahaan akan diganggu mungkin dengan mogok di sana sini anjuran parti lawan.

    “Kestabilan negara akan tergugat. Polis dituduh melakukan keganasan supaya mereka tidak dapat kawal huru-hara dan demo dengan cara berkesan. Kuasa-kuasa asing akan mengecam kerajaan pilihan rakyat kerana kononnya mengguna kekerasan menghalang kebebasan bersuara dan berdemonstrasi.

    ReplyDelete
  32. PERHIMPUNAN JALANAN JUGA SEBAHAGIAN DARI RANCANGAN PAKATAN UNTUK MENIMBULKAN HURU-HARA

    Malaysia akan dicap sebagai Police State,” katanya. Beliau berkata Malaysia yang bangun dengan pesatnya akan bertukar menjadi negara yang tidak lagi stabil dan maju, dan tidak lagi memberi kebahagiaan dan rahmat kepada rakyatnya.

    “Mereka tidak percaya dengan demokrasi maka akan hilanglah hak rakyat untuk memilih kerajaan. Negara ini akan menjadi miskin dan Wawasan 2020 tidak menjadi kenyataan,” katanya.

    ReplyDelete
  33. PERHIMPUNAN JALANAN JUGA SEBAHAGIAN DARI RANCANGAN PAKATAN UNTUK MENIMBULKAN HURU-HARA

    Dr Mahathir berkata inilah yang akan berlaku kerana parti bukan BN kecewa tidak dapat ke Putrajaya dan jika dengan cara ganas mereka ini membuatkan mereka berjaya merebut kuasa, maka demokrasi akan dihapuskan dan nasib yang buruk akan menimpa negara ini.

    ReplyDelete
  34. PERHIMPUNAN JALANAN JUGA SEBAHAGIAN DARI RANCANGAN PAKATAN UNTUK MENIMBULKAN HURU-HARA

    Jika ini yang ingin dibawa pembangkang, maka untuk mengecap sebuah negara maju dan aman adalah satu perkara yang amat mustahil. Jangan biarkan nafsu ghairah reformasi menguasai diri, sebaliknya biarlah fikiran yang waras menilai situasi yang terbaik untuk masa depan Malaysia.

    ReplyDelete
  35. Apa headhunter, makan nasi lemak saja tidak mahu rasa makanan lain, tukarlah !!

    ReplyDelete
  36. Pakatan Pembangkang gagal membuat penilaian berkaitan kemajuan dan pelbagai perubahan yang dibawa dengan lonjakan besar di persada antarabangsa walaupun baru 55 tahun merdeka sehingga mengkelaskan bahawa rakyat terbiar sebagaimana yang terkandung dalam manifestonya menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

    ReplyDelete
  37. Exco Pergerakan Puteri UMNO, Jamilah Hanim Othman melihat bahawa kenyataan terbabit sengaja ditulis sebagai manipulasi atas segala usaha yang telah dilaksanakan oleh Barisan Nasional (BN) bagi mengelirukan rakyat.

    ReplyDelete
  38. Pakatan pembangkang ini memang akan mencari apa saja salah yang ada dalam BN malah sekiranya tidak ada maka setiap kebaikan yang dilakukan itu juga akan dimanipulasi untuk dikatakan sebagai satu perkara yang salah

    ReplyDelete
  39. Manifesto pakatan pembangkang yang bertemakan ‘Pakatan Harapan Rakyat’ mengakui bahawa Malaysia adalah negara berpotensi besar dengan rakyatnya bersaudara gigih berusaha dan negara dibina atas landasan agama dan akar budaya diikat oleh muafakat Perlembagaan.

    ReplyDelete
  40. Namun cita-cita rakyat direncat oleh elit kekuasaan, rasuah dan ketamakan membarah dan rakyat dibiarkan dengan kepayahan hidup.

    ReplyDelete
  41. Adakah benar kerajaan membiarkan rakyat hidup dalam kepayahan sedangkan realitinya hari ini BN amat prihatin menghulurkan bantuan dan menyelami setiap permasalahan masyarakat.

    ReplyDelete
  42. Kerajaan melaksanakan inisiatif-inisiatif Kedai Buku 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia, Projek Perumahan 1Malaysia atau PR1MA, Bantuan Tayar 1Malaysia, Kebajikan Rakyat 1Malaysia atau KAR1SMA serta Menu Rakyat 1Malaysia dan macam-macam lagi sebagai ikhtiar yang dilakukan demi kepentingan serta kesejahteraan segenap rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  43. Katanya, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab pelbagai bantuan yang diberikan ini disalurkan tanpa melihat kepada idealogi politik atau pegangan pihak tertentu tetapi diberikan sama rata atas nama rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  44. Kerajaan sedar kepayahan rakyat misalnya dalam menghadapi musim persekolahan maka bantuan persekolahan diberikan RM100 setiap pelajar tanpa mengira bilangan anggota keluarga yang bersekolah, malah sekiranya dalam satu keluarga itu ada empat orang maka mereka akan menerima RM400.

    ReplyDelete
  45. Untuk golongan mahasiswa maka baucer buku bernilai RM250 diberikan selain inisiatif kepada golongan belia turut diberikan yang ini menjadi bukti bahawa kerajaan tidak pernah membiarkan rakyat dengan kepayahan hidup dan apa yang ditulis oleh pakatan pembangkang dalam manifestonya adalah untuk memanipulasi pemikiran rakyat.

    ReplyDelete
  46. Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah membentangkan hasil perkembangan prakarsa Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan catatan kadar kemiskinan terus menurun daripada lebih enam puluh peratus pada awal kemerdekaan kepada 1.7 peratus pada tahun 2012.

    ReplyDelete
  47. Selainitu jurang pendapatan di kalangan rakyat Malaysia juga bertambah baik dengan kadar Pekali Gini menurun kepada 0.431 pada tahun 2012 dan kadar inflasi negara juga kekal berada di paras yang rendah iaitu 1.2 peratus pada Disember 2012 iaitu adalah antara yang terendah di rantau ini.

    ReplyDelete
  48. buat apa jg nak berarak.. sokong atau tidak boleh ditunjukkan di kertas undi.

    ReplyDelete
  49. seluar dlm c haji logiut najib sudah ganti???

    ReplyDelete
  50. Barisan Nasional (BN) will focus on winning over young voters who it said may be the determining factor for the upcoming general election, which is expected to be the stiffest in Malaysian history.

    ReplyDelete
  51. BN leaders said today the ruling coalition is undergoing a paradigm shift where, unlike previous years, it will actively woo young voters who have yet to make up their mind on who to support.

    ReplyDelete
  52. “BN is a winnable brand. BN is a party which has been tested and proven its capability to govern,” Najib said to youths attending the fair.

    ReplyDelete
  53. The Umno president stressed the BN government was one that cared for them, and the success of the jobs fair proved youths were “supporting” the country’s oldest coalition.

    ReplyDelete
  54. Prime Minister Datuk Seri Najib Razak spent almost an entire day at the Putra World Trade Centre (PWTC) today, where he gave a speech at the closing of the BN Youth Job Fair and the 1 Malaysia social media foundation.

    ReplyDelete
  55. MAHASISWA ADALAH PEMIMPIN PELAPIS YANG BAKAL MENERAJUI KEPIMPINAN NEGARA. TAPI TINDAK TANDUK MEREKA INI BANYAK DIPENGERUHI OLEH MAHASITUA YANG GILAKAN KUASA. KALAU BEGINI CARA MAHASISWA BERFIKIR, MEREKA LAYAK DIGELAR MAHA-ULAR-SAWA.

    ReplyDelete
  56. They know well about what they want now. That is why they out to strike.

    ReplyDelete
  57. BN tidak lagi sehebat yang disangka.

    ReplyDelete
  58. Perarakan yang tidak mengancam ketenteraman tiada masalah sebenarnya.

    ReplyDelete
  59. The youth are hard to predict which party they want.

    ReplyDelete
  60. BN juga amat risau sebab mahasiswa ini tidak sehaluan dengannya. Mereka tolak dengan sebab-sebab yang munasabah.

    ReplyDelete
  61. Malaysia’s most important export market in the developed world, the United States of America, which buys a wide range of Malaysian products, is showing signs that its economic recovery process is finally stabilising, as economic pundits say.

    ReplyDelete
  62. The most comforting and visible sign of a spark that could stabilise the economic recovery process, is provided by the latest unemployment report which shows that the nation’s jobless rate fell to a three-year low as some 200,000 Americans could successfully find jobs.

    ReplyDelete
  63. Consumer spending is the backbone of the economic drive in the nation; consumer spending can increase or decrease depending on the income earning of the Americans.

    ReplyDelete
  64. In the past three years, unemployment rate in the USA has been stubbornly high, a situation that has baffled and confounded most experts, some of whom, at one point last year, even predicted a double-dip recession.

    ReplyDelete
  65. When there is high unemployment, consumers tend to spend less. This, in turn, has a strong inhibiting effect on economic growth, while importers tend to be wary of ordering merchandise from their overseas suppliers, fearing they will not be able to dispose of the inventory.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.