Sunday, April 21, 2013

TV3 dan Muhyidin sebar berita palsu

Tindakan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyidin Yassin mengumumkan kemenangan tanpa bertanding calon BN di DUN Senggarang semalam dikesali.

Ini kerana dakwaan orang nombor dua Barisan Nasional (BN) itu terbukti bohong.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan calon PAS, Dr Ramli Kari akan bertanding di situ melawan calon BN.

Kira-kira jam 1.20 semalam, TV3 mengumumkan kemenangan tanpa bertanding calon BN di Senggarang, Johor.

Sehingga berita ini ditulis, laporan berita itu masih disiarkan dalam laman web TV3.

"Barisan Nasional mencatat permulaan yang baik bagi menghadapi kempen Pilihan Raya Umum ke-13 apabila menang tanpa bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Senggarang, Johor.

"Calon BN bagi kerusi berkenaan Abd Aziz Ismail disahkan menang tanpa bertanding selepas borang pencalonan seorang lagi calon ditolak pegawai pengurus pilihan raya kawasan berkenaan," lapor TV3.

Berita itu memetik kata-kata Muhyidin yang memperlekeh calon PAS kononnya tidak pandai mengisi borang pencalonan.

Terbukti berita itu palsu apabila SPR mengesahkan penyertaan calon PAS Dr Ramli Kari di situ.

"PAS bertanding di DUN Senggarang. Segala berita mengatakan BN menang tanpa bertanding di Senggarang adalah palsu," tulis laman Facebook PAS Kawasan Batu Pahat.

Lihat Video DISINI

28 comments:
Write comments
  1. UMNO BAKAL KECUNDUNG SEBAGAIMANA BERJAYA, PBS DAN USNO... KINI MASA UMNO YANG DIPEGANG OLEH ORANG KAYA-KAYA PROJEK DAN MEREKA YANG KUNUNNYA INDA PANDAI KALAH BAKAL KALAH DAN SEDARLAH KEBONGKAKAN ORANG KAYA-KAYA PROJEK INI ALLAH SWT AKAN TAMATKAN DENGAN KUASA RAKYAT...AYOH RAKYAT SABAH MARI TUMBANGKAN PARTI ORANG KAYA-KAYA PROJEK INI...JANGAN TAKUT UNDI DI TANGAN ANDA JIKA MEREKA MAHU MENIPU SEKALI PUN TIDAK AKAN BERLAKU DENGAN IZIN ALLAH SWT...TAKBIR INI KALI LAH TUKAR...UNDILAH PAKATAN RAKYAT YANG TERDIRI DARI PKR, DAP, PAS, PPPS DAN APS... DOA KAMI TETAP BERSAMA PAKATAN RAKYAT AAMIIN YA ROBBAL AL AAMIIN

    ReplyDelete
  2. ambil contoh yb dari sekong.apajuga bh dengan kelulusan nya yang mana pernah berkerja sebagai pemandu texsi.tiba tiba di lantik jadi wakil rakyat susdah masul pengel ke tiga.apa kelulusan yang ada.hanya kerna menolong datuk musa yang mahu di di pukul oleh si lo se sing dah jadi orang kaya kaya di sabah.kereta berbagai jenama dah lah plak tu mahu berjumpa punya lah susah lawat lawatlah kawasan yang mana di bawah kawalan nya adui parah.apalagi jalan baru bikin dah rosakjadi kepada rakyat di sabah khas nya sekong,jgn pilih wakil kamu yang hanya pandai gumpul duit dan paham aja lah

    ReplyDelete
  3. YA ALLAH YA TUHAN KAMI BERILAH HIDAYAH MU DAN PERTOLONGAN MU PADA KAMI DI SABAH NI KHAS NYA.BUKAKANLAH HATI DAN JIWA KAMI UNTUK MENUKAR KERAJAAN YANG ADA.SUDAH CUKUP LAH KESUSAHAN YANG KAMI HADAPI SELAMA INI.TUMBANGKAN LAH KERAJAAN YANG ADA DAN PARA PEMIMPIN YANG ZALIM TIDAK KIRA DARI bn atau pr SEKIRA NYA MEREKA ZALIM JUGA YA ALLAH YA TUHAN KAMI ENGKAU AMAT BERKUASA AMIN YA ROBIL ALAMIN

    ReplyDelete
  4. SATU LAGI CONTOH TERBAIK IALAH IALAH DATUK JUSLIE AJIROL KENAPA SAMPAI 4 PENGGAL TIDAK DI GANTI DENGAN ORANG LAIN .KENAPA DI SABAH INI SUDAH TIADA KAH PEMIMPIN MUDA UNTUK DI TAMPILKAN ASIK ASIK MUKA TUA ITU JUGA.SUDAHLAH ITU TENGOK KAUM SANAK KELUARGA MEKA SEMUA JENIS KUMPUL HARTA SEBAGAI PENGUNDI REMAJA DI SABAH MAKA INIKALI LAH JGN PERCAYA YANG BIRU ITU INDAH YANG HIJAU ITU DUSTA INI KALI LAH ALLAH HU AKBAR

    ReplyDelete
  5. KEPADA TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA ITU LAH LAIN KALI JGN PERCAYA BERITA DARI TV 3 SUKU KAN DAH KANTOI HE HE HE

    ReplyDelete
  6. Saya lebih suka kalau penglibatan pemimpin politik itu dihadkn tempohnya kepada satu atau dua penggal sahaja untuk memberi peluang kepada pemimpin pelapis meneruskan perjuangan parti masing-masing.

    ReplyDelete
  7. SEMUA RAKYAT MALAYSIA BERDOA SEMOGA BN/UMNO KECUNDANG DAN REBAH DI BUMI INI PADA PRU 13, SAMA-SAMALAH KITA MERAIHKAN KEMENANGAN PR PADA 6/05/2013 NANTI. INSALLAH.

    ReplyDelete
  8. Islamkah Muhyiddin Yasin itu ah menipu orang!

    ReplyDelete
  9. Muhyidin silap terima maklumat.

    ReplyDelete
  10. Wrong information. Media have the powerful power to influence people, hope in the future there is no issue like this from TV3 and UMNO leader.

    ReplyDelete
  11. Aku sokong. Aku tengok TV Kerajaan seperti TV1 & TV2 lagi bermoral walaupun 24 jam siarkan pasal Najib & BN jer.

    TV3 nie, fitnah kaw2. Lepas tu bangga pulak tu hos Buletin Utama perempuan dengan rambut pendek baca skrip pasal Islam.

    Kalau kita tengok hari Ahad, NONA asyik ampu Wanita UMNO jer. Lansung tak rasa malu bila paparkan perempuan yang berjaya TANPA SUAMI.

    Bodoh TV3 nie sebenarnya. Dah mirip TV kafir.

    Aku dari dulu memang PANAS ngan TV3 nie.

    PANAS sebab time azan mereka just paparkan Fadhilat Solat jer. Lansung tak paparkan AZAN. 5 minit nak beri AZAN pun berkira ngan orang Islam.

    Kalau tang iklan tu, 1/2 jam pun tak per mereka IKLANKAN.

    Nampak sangat dah teruk TV3 nie. Yang sedihnya ramai orang Islam kerja kat sini.

    Habis semua kena tanggung dosa beramai2 oleh kerana 2 3 orang yang duduk kerusi Pengurusan tak sensitif pasal Islam.

    KAMI UNDI PAKATAN RAKYAT!!!!

    ReplyDelete
  12. Hahaha..bukan TV3 saja, editor BERNAMA, Utusan dan Media Prima yg jelas bersekongkol memburukkan, menfitnah dan melempar tohmahan patut dilucutkan kerakyatan dan dihantar dgn bot keperairan antarabangsa...

    ReplyDelete
  13. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menolak kemungkinan calon Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz Ismail yang bakal bertanding di N24 Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang akan menang tanpa bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13.

    ReplyDelete
  14. Menurut sumber SPR, sehingga kini calon PAS, Mohd Ramli Md Kari masih sah sebagai calon yang akan bertanding di DUN terbabit sekali menentang Abdul Aziz dalam pertandingan satu lawan satu.

    ReplyDelete
  15. PEMBANGKANG YANG KONONNYA MENDAKWA MEREKA ADALAH "PAKATAN" RAKYAT SEBENARNYA GAGAL BERPAKAT, MALAH BERTANDING SESAMA SENDIRI

    Datuk Seri Najib Tun Razak berkata parti pembangkang yang kononnya mendakwa mereka adalah “pakatan” rakyat sebenarnya gagal berpakat, malah bertanding sesama sendiri di beberapa kawasan pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan pada 5 Mei ini.

    Perdana Menteri berkata jika untuk bertanding kerusi pilihan raya pun gagal berpakat, “apatah lagi untuk berpakat bagi mengendalikan pemerintahan negara.”

    “Pakatan pembangkang bukanlah satu gabungan yang boleh menjamin masa depan negara dan rakyat. Mereka bukanlah gabungan yang besar, gabungan yang satu, falsafah yang satu.

    “Ranap negara kita kalau kita beri kepercayaan kepada pihak pembangkang,” katanya ketika berucap merasmikan projek perumahan ” Sentuhan Kasih Felda” di Felda Chini Timur 2, dekat sini, Ahad.

    ReplyDelete
  16. PEMBANGKANG YANG KONONNYA MENDAKWA MEREKA ADALAH "PAKATAN" RAKYAT SEBENARNYA GAGAL BERPAKAT, MALAH BERTANDING SESAMA SENDIRI

    Najib berkata rakyat perlu bijak menilai pakatan pembangkang kerana mereka tidak melakukan apa-apa pun untuk rakyat.

    Jika rakyat mahukan perubahan, kerajaan Barisan Nasional (BN) sebenarnya telah banyak melakukan perubahan untuk kesejahteraan rakyat, katanya.

    “BN pun hendak perubahan, perubahan dari dalam. Kerajaan BN tunjukkan bahawa perubahan dan transformasi dilakukan dari dalam, tak semestinya ubah kerajaan tapi masa depan kita yang berubah (menerusi program transformasi kerajaan BN),” katanya.

    Penamaan calon pada Sabtu , calon parti PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)telah bertanding di kerusi yang sama di Parlimen Labuan dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Panti (Johor), Sg Acheh (P.Pinang), Kota Damansara (Selangor), Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir (Terengganu).

    Bagi BN, yang mempunyai 13 parti politik yang bergabung dengannya, masalah pembahagian kerusi telah diselesaikan dengan sebaiknya tanpa berlaku pertindihan.

    Hanya segelintir kecil anggota parti politik gabungan parti itu yang telah keluar parti untuk bertanding sebagai calon bebas, antaranya anggota veteran yang enggan memberi laluan kepada muka baru.

    ReplyDelete
  17. PEMBANGKANG YANG KONONNYA MENDAKWA MEREKA ADALAH "PAKATAN" RAKYAT SEBENARNYA GAGAL BERPAKAT, MALAH BERTANDING SESAMA SENDIRI

    Antara yang keluar bertanding sebagai calon bebas ialah bekas anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Seri Shariff Omar yang bertanding di kerusi Parlimen yang sama dan DUN Sungai Dua, bekas exco kerajaan negeri Fadzil Hanafi bertanding kerusi DUN Alor Mengkudu dan bekas naib ketua wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim di Parlimen Kuala Kangsar.

    Anggota parti pakatan pembangkang juga ramai yang turut keluar parti dan menjadi calon bebas, termasuk penyandang kerusi Parlimen dan DUN yang tidak berpuas hati mereka tidak dicalonkan.

    Dua daripada mereka anggota DAP iaitu Jenice Lee Ying Ha penyandang kerusi DUN Teratai dan penyandang kerusi Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him.

    Mengenai Felda, Najib berkata kerajaan BN akan melakukan pendekatan lebih sistematik bagi membawa perubahan besar kepada warga peneroka di negara ini, di mana bagi fasa kedua untuk 50 tahun akan datang, ia akan memfokuskan kepada usaha menjadikan Felda sebagai sebuah organisasai bertaraf antarabangsa.

    “Usaha kita adalah untuk membawa perubahan besar menerusi program transformasi yang menggunakan teknologi baru, penduduk setempat boleh menggunakan teknologi baharu untuk menghasilkan produk tempatan dan tradisional untuk pasaran,” katanya.

    Di bawah projek ‘Sentuhan Kasih Felda’ ini, sebanyak 100 unit rumah akan dibina untuk generasi baru Felda, dan setiap rumah dengan keluasan 304.80 meter persegi itu turut diberi subsidi kerajaan dengan pemilik rumah hanya perlu membayar antara RM75,000 hingga RM85,000 bagi seunit rumah berkenaan.

    Felda turut menyediakan pelbagai kemudahan dan rekreasi serta pusat latihan dan pembelajaran di kawasan perumahan itu.

    ReplyDelete
  18. PENGUNDI YANG BUDIMAN,TERKINI!!!
    ANDA DENGAN SEBIJAK-BIJAKNYA HARUSLH DAN PERLU BANDINGKAN USAHA BN DENGAN PEMBANGKANG. 1 UNDI SANGAT BERPENGARUH DALAM MENENTUKAN KERAJAAN DALAM SESI AKAN DATANG. BURUK BAIKNYA KERAJAAN AKAN MENENTUKAN MASA DEPAN NEGARA DAN ANAK-ANAK DI MASA AKAN DATANG.


    Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan para pengundi terutama di Kedah supaya membandingkan usaha yang dilakukan Barisan Nasional (BN) dengan pakatan pembangkang sepanjang tempoh lima tahun ini.

    Sehubungan itu, beliau meminta para pengundi supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama seperti pada pilihan raya umum (PRU) 2008 kerana tempoh lima tahun yang diberikan sudah mencukupi.

    “Saya ingin meminta semua orang Kedah, termasuk pemuda-pemuda supaya menilai dengan baik segala bakti dan jasa kepada negeri Kedah, kepada Alor Setar dan seluruh negara Malaysia. Timbang dan nilai benda-benda ini dan nikmat yang kita terima,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama calon-calon BN Parlimen Alor Setar di sini malam tadi.

    Katanya selama lima tahun pemerintahan Kedah diperintah pakatan pembangkang, pembangunan yang dilihat oleh rakyat Kedah ketika ini adalah saki baki daripada pemerintahan kerajaan BN dahulu.

    “Apabila dipilih sebuah parti yang tidak cekap di dalam pentadbiran, mereka tidak dapat memajukan negeri Kedah ini. Inilah yang berlaku, tapi kita (BN) tidak segan-segan memberi peluang kepada rakyat memilih dan kini saya percaya rakyat sudah dapat membanding (antara BN dan Pakatan) di sini,” katanya.

    Dr Mahathir berkata tempoh “percubaan” selama lima tahun yang diberikan rakyat Kedah kepada pakatan pembangkang sudah mencukupi untuk menilai tahap kepimpinan pembangkang dalam mentadbir sesebuah negeri.

    “Kita yakin, apabila kita rampas balik Kedah (dari pembangkang), kita akan dapat majukan lagi ini. Sebab itu kita adakan pilihan raya, apabila rakyat mendapati sesebuah kerajaan itu tidak baik, mereka boleh menggugurkan kerajaan itu hanya dengan mengundi dan tanpa pertumpahan darah,” katanya.

    Sebab itu, Dr Mahathir berkata jika diperhatikan, sejak Malaysia merdeka 56 tahun dahulu ia telah dapat dibangunkan dengan begitu pesat sekali sehingga hampir mencapai status negara maju.

    “Jika kita tidak mentadbir negara kita dengan baik, negara kita tidak dapat dibangunkan, dan peluang perniagaan dan perusahaan tidak akan diwujudkan maka banyaklah rakyat yang akan menganggur manakala yang berniaga pula pendapatan mereka amatlah kecil,” katanya.

    Beliau berkata pertumbuhan bandar bermakna rakyat mendapat peluang pekerjaan dan perniagaan.

    Katanya kalau pemerintah atau kerajaan tidak mempunyai kecekapan, seperti di sesetengah negara yang mencapai kemerdekaan tetapi tiada pertumbuhan sama sekali, rakyat mereka akan kekal miskin dan saling bermusuhan sesama mereka.

    “Kita sedang mengadakan PRU yang ke-13 kerana kita tidak pernah mungkir janji. Kita janji setiap lima tahun sekali ataupun kurang, kita akan adakan PRU,” katanya.

    Beliau terdapat parti-parti yang bertanding dalam PRU bukan kerana mahu mentadbir negara atau negeri, tetapi kerana seronok mahu berkuasa.

    “BN dengan ikhlasnya menyerahkan nasibnya kepada rakyat, kerana kita percaya kepada kebijaksanaan rakyat. Rakyat tentu akan memilih yang terbaik bagi mereka,” katanya.


    ReplyDelete
  19. UMNO ni mana ada maruah dan perasan malu...muka dah tebal!! Tak malu maa!!Pemimpin kafir di negara lain pun ada maruah...lebih bermaruah dari pemimpin UMNO!!Tapi UMNO apa peduli...asalkan masyukkkkk!!!

    ReplyDelete
  20. Dah 55 tahun tipu rakyat, cukuplah pemerintahan UMNO

    ReplyDelete
  21. Belum apa-apa dah menipu...!!!Berpakat pulak dengan TV3 untuk menipu... elok lah Muhyiddin sebar berita palsu...!!! blogger umno sebar berita fitnah..!!!

    Sungguh MEMALUKAN Timbalan Perdana Menteri sebar berita Palsu.. "BN Menang tanpa bertanding DUN Senggarang... " Tanpa mendapat pengesahan dari SPR terus buat sidang Media... mana perginya kredibilti sebagai seorang TPM...

    https://www.facebook.com/photo.php?v=446395845438175&set=vb.233509226726839&type=2&theater

    P/s: JOM UBAH PERSEPSI YANG KABUR LAGI NEGATIF...!!! JOM UBAH MINDA YANG DI CERNA...!!! MINDA YANG DI SEMAK DARI ASPIRASI PALSU YANG DI SENGAJAKAN...!!!.SELAMATKAN MALAYSIA... MAKA BERFIKIR LAH KITA.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN...!!!

    ReplyDelete
  22. Penyamun mana bercakap benar?, penyamun wang rakyat lagilah pembohong?

    ReplyDelete
  23. ini lah amalan tv tiga dan seangkatan dengannya kini rela menjadi pencacai dan tv propaganda umno,tak hairanlah ia sering digelar tv tiga suku,kini mereka telah membukti kan nya.

    ReplyDelete
  24. Inilah ajaran Islam ala UMNO sebar berita palsu!

    ReplyDelete
  25. Saham Amanah Sabah (SAS) has announced that for the 6½ months period ending 15th July 2013 it has achieved a gross income of RM58.30 million.

    ReplyDelete
  26. The income is derived from SAS’s Investment in the stock market (86.53%), dividend income (11.98%), and money market (1.49%).

    ReplyDelete
  27. After deducting manager’s expenses, provision for taxation and the 1st income distribution of RM30.79 million, the distributable income amounted to RM27.51 million, said Saham Sabah Berhad chairman

    ReplyDelete
  28. The income distribution of 2.00 sen per unit will involve a net total payment of RM25 million. The calculation of the Interim Income Distribution is based on 1,249,500,000 units held as at 18th July 2013 being the last day of entitlement. This distribution represents a 6.39% income return based on the Net Asset Value (NAV) per unit of RM0.3132 as at 2nd January 2013.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.