JIKA bukan kerana campurtangan seorang anggota cawangan khas wanita, 'Demonstrasi Secara Aman' di hadapan kediaman Ketua Pergerakan Wanita UMNO Semporna, Hajjah Manismuka Mohd Dara akan menjadi sejarah pahit yang terpaksa ditelan oleh Naib Presiden UMNO Malaysia, merangkap Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.
Pada malam 17 April 2013, saya menerima panggilan telefon daripada Tuan Haji Sabardin Haji Ombrah (Suami Manismuka) yang meminta Sabahkini.net menghantar wakil ke Semporna kerana mereka akan mengadakan Tunjuk Perasaan secara aman di hadapan Pejabat UMNO Semporna pada 18 April (kelmarin).
Pagi kelmarin, setelah Wartawan Sabahkini.net, Adli Ayob, menunggu dalam tempoh yang agak lama, tidak ramai yang muncul di Pejabat UMNO Semporna, maka beliau telah menghubung Haji Sabardin untuk mendapat pengesahan dan diberitahu lokasi demonstrasi dipindahkan ke rumah Manismuka, berdekatan Pekan Semporna.
Bagaimanapun ketika Adli sedang membuat liputan berita dan rakaman video berhubung demonstrasi berkenaan yang dihadiri seramai 200 orang, beliau telah dipanggil oleh Manismuka dan ditemani seorang wanita (SB) ke sebuah bilik dalam kediaman rasmi Manismuka dan meminta liputan berita berkenaan di batalkan dan rakaman video dipadam.
Berlaku pertengkaran kecil di antara Manismuka dan suaminya dengan disaksikan Adli dan SB berkenaan sehingga memaksa Adli memadam semua gambar dan rakaman video yang dibuat hampir satu jam di laman rumah Manismuka.
Bagaimananapun, suami Manismuka menghubungi saya meminta agar berita demonstrasi berkenaan diteruskan; sekadar memberi pengajaran bahawa UMNO Sabah tersilap meletakkan calon kerana tidak sama dengan apa yang diputuskan sebelum ini iaitu Adun Bugaya, Datuk Ramli Marhaban digugurkan dan digantikan dengan isteri beliau.
Sabahkini.net terpaksa mendapatkan beberapa keping gambar daripada para peserta 'Demonstrasi Secara Aman' berkenaan untuk disiarkan bagi memenuhi permintaan suami Manismuka, rakan lama saya dalam politik; sejajar dengan dasar terbuka yang diamalkan Sabahkini.net selama ini.
Sabahkini.net akan menyiarkan respon Ramli Marhaban yang dibuat dalam bentuk rakaman video dalam masa terdekat berhubung Demonstrasi berkenaan.
Walaupun bantahan di Semporna dan Tenom hanyalah 'ribut dalam cawan', namun terpaksa disiarkan demi memberi peluang kepada semua pihak menyuarakan pandangan masing-masing agar segala persengketaan dapat dileraikan dalam tempoh 24 jam sebelum penamaan calon.
Bantahan yang serupa juga diwar-warkan akan dilakukan di Lahad Datu, namun Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam, Hajjah Saleha Abdul Wahid ketika dihubungi menafikan berita berkenaan kerana berada di Kuala Lumpur mneghadiri acara rasmi yang dilancarkan Perdana Menteri.
"Kita akur kepada keputusan pucuk pimpinan parti dan kita akan bekerja keras bagi memastikan semua Calon BN menang di Silam," ujar Saleha yang mengakui tidak dapat menampan kemarahan pengikutnya setelah tidak terpilih, tetapi sebagai ahli parti, beliau mengutamakan perpaduan dan Perlembagaan Parti.
-Oleh : MUTALIB M.D (sabahkini)
Friday, April 19, 2013
Ribut Melanda BN Semporna?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mungkin kah ini sendiwara UMNO. Tanya pemimpin PKR. Mereka lebih arif.
ReplyDeleteYa, memang betul tu dengan cara mendapat habuan berupa wang rasuah dari shafie afdal...
ReplyDeleteKan si najib sdh kasi tau merajuk dalam tempoh 24jam saja bah nanti bn akan kasi duit hasil dari airmata rakyat bagi dengan ahli-ahli umno yg merajuk bukan begitu ka?
Falsafah urg YAHUDI, ada kuasa buat duit,duit bikin duit,duit pinjam duit, duit mengatasi segala-galanya dan ada duit semua boleh jadi..
itulah falsafah urg-urg yahudi yg di amalkan oleh umno/bn sekarang ini jadi rakyat sudah tidak hairan kalau ada urg bn akan menentang pencalonan yg di beri pada urg lain sebab bn/umno hanya lah untuk kroni sahaja..
Rakyat sabah tolak BN..
UNDI BN ANDA MERANA..
ini kali laaa..
BAYUMURNI...
UNDILAH PAKATAN HARAPAN RAKYAT
ReplyDeletedekat sejuta orang sulu dah pun berada di sabah majoriti adalah penyokong tegar BN.. Pulau Gaya,sepanggar,semporna Lahad datu papar labuan kk tuaran dll daerah/parlimen.. Mereka tak anggap mereka adalah orang @ warga negara Malaysia wp pemegang ic Biru..!!
ReplyDeleteOrang ramai khususnya penyokong parti-parti yang bertanding pada pilihan raya umum ke-13 di Semporna tidak perlu bimbang mengenai tahap keselamatan pada hari penamaan calon
ReplyDeleteKetua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata persiapan mengenai kawalan keselamatan di pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Semporna telah diatur rapi.
ReplyDeleteBeliau berkata polis telah menetapkan jalan serta kawasan khas untuk penyokong yang hadir.
ReplyDeletePenyokong ditempatkan di padang Bandaran dan perlu mengikut tempat yang telah ditentukan buat mereka untuk memastikan keselamatan semua pihak,” katanya
ReplyDeleteMohd Firdaus berkata orang ramai tidak perlu bimbang kerana bilangan anggota polis mencukupi dan akan dibantu oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas di Semporna serta kelengkapan logistik termasuk kereta perisai.
ReplyDeleteIni bukan sandiwaraaa..ini betul2. Waa..ini bukan sandiwaraaa,ini betul2..waaa
ReplyDeletetidak perlu emosi sangat...buat pilihan yang tepat.
ReplyDelete55 tahun sudah berlalu 05.05 muncul kembali TOLAK UMNO.TOLAK BN
ReplyDeleteINI KALI TATAP UNDI PAKATAN RAKYAT
TOLAK UMNO/BN...
ReplyDeleteANDA UNDI BN ANDA SENGSARA...
INI KALI LA....
BAYUMURNI......
Ini kali lahh..
ReplyDeleteSaya cukup yakin 100% BN Sabah akan sapu bersih semua kawasan majoriti penggundi Bumiputera kecuali dibeberapa kawasan majoriti penggundi cina. 99.9% Calon-calon SAPP,STAR, PAS dan Bebas akan kehilanagan wang pertaruhan kecuali diKlias/Beaufort. Tidak seorang pun calon PKR yang bertanding di kawasan majoriti nya bumiputera akan menang. Malah 50-60% calon PKR juga akan kehilangan wang pertaruhan. Tunggu dan lihat sahaj nanti.
ReplyDeleteKenyataan yang mengatakan bahawa anda akan sengsara bila mengundi BN adalah kenyataan orang tidak BUTA fakta sejarah. Selama 55 tahun kerajaan BN (sebelumnya Perikatan) telah membangunkan Malaysia sehinggakan Malaysia wujud sebagai antara negara yang maju di dunia di mana taraf hidup rakyatnya bertambh baik berbanding dengan kehidupan rakyat di negara jiran seperti di Indonesia, Filipina, Thailand dan Mynmer. Soalnya sekarang kenapa perlu mengubah kerajaan yang membela nasib rakyat dengan begitu baik dengan Pembangkangan yang hanya pandai berjanji tapi gagal menunaikan janjinya kepada rakyat. Rakyat Sabah tidak seharusnya tertipu dengan janji-janji palsu pembangkang. Rakyat Sabah juga harus dapat membezakan antara pemimpin yang boleh dipercayai dengan pemimpin pembangkang yang banyak terlibat dengan skandal seks,homoseks, khalwat dll..Tersilap pilih rakyat akan pasti menyesal. Sesal dulu pendapatn, sesal kemudian sudah tidak berguna lagi. LU fikir lah sendiri.
ReplyDeletePembetulan:- Yang dimaksudkan dengan dua ayat di atas ialah..kenyataan orang yang BUTA fakta sejarah.
ReplyDeleteRakyat harus memilih parti yang benar membela nasib rakyta.
ReplyDeleteIts time for UMNO a lesson.
ReplyDeleteJangan pula mengancam ketenteraman. Keselamatan harus diutamakan semasa menjalankan kempen.
ReplyDeleteAdakah PR adalah salah satu pilihan yang terbaik? Parti tempatan?
ReplyDeleteSerahkan kepada rakyat untuk menentukannya. Demon yang mengancam ketenteraman harus dielakkan.
ReplyDeleteKalau benar berkeupayaan, sudah pasti akan emndapat sokongan.
ReplyDeleteRakyat harus sedar dan membuat penilaian yang betul-betul sebelum membuat undian.
ReplyDeleteBN seharus membaiki kelemahan. Apakah sebab utama rakyat menolok BN.
ReplyDeleteDemontrasi harus dilaksanakan dengan hati yang tenang, yang penting message dihantar kepada pihak yang betul.
ReplyDeleteSemoga isu ini ditanggani dengan hati yang tenang.
ReplyDeleteDatuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Barisan Nasional (BN) sedia membenarkan bekas wakil rakyat bebas yang menyokong kerajaan bertanding atas tiket BN pada pilihan raya umum ke-13 jika mereka didapati sesuai dan diterima masyarakat.
ReplyDeletePerdana Menteri berkata ia tetap bergantung kepada tahap penerimaan masyarakat terhadap individu berkenaan di kawasan yang ingin ditandingi serta kekosongan kerusi.
ReplyDelete“Sesetengah mereka yang memihak kepada kita tidak ada kawasan tapi kalau ada kesesuaiannya, kita sanggup pertimbang dan benarkan mereka bertanding menggunakan lambang BN,” katanya.
ReplyDeleteNajib, yang juga Pengerusi BN, berkata bekas wakil rakyat bebas terbabit akan diberi ruang untuk bertanding dan mereka tidak semestinya menyertai mana-mana parti komponen BN. Bagaimanapun, beliau mengakui jumlah kerusi yang bakal ditawarkan adalah agak kecil berikutan tiada pertambahan kerusi berbanding PRU 2008.
ReplyDeleteYakin dengan pemimpin yang di calonkan.
ReplyDelete“Oleh kerana itu, kita kena buat penyesuaian, mungkin ada satu atau dua kerusi berlaku pertukaran,” katanya.
ReplyDeleteMemang masih ada kekurangan, tapi pasti BN akan memperbaiki kelemahan yang ada.
ReplyDeleteBeri sepenuh sokongan kepada calon BN yang bertanding.
ReplyDeletePR bukan parti yang boleh diharapkan.
ReplyDeleteKeselamatan diutamakan di kawasan LD.
ReplyDelete