Mengapa Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap Umno tetapi bercadang untuk mengambil tindakan terhadap DAP di saat Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semakin hampir?
Ini kerana Umno boleh diisytiharkan sebagai parti haram kerana hampir 75 peratus daripada belasan ribu cawangan Umno di seluruh Malaysia tidak pernah didaftarkan semula dengan ROS sejak parti itu diharamkan pada Februari 1988.
Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, walaupun rakyat Malaysia telah memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi Jalan Duta bagi mengarahkan ROS untuk mengambil tindakan terhadap Umno tetapi kenapa hanya DAP sahaja yang disiasat.
“Pada hari Selasa lepas, petisyen telah difailkan oleh sebilangan rakyat Malaysia di Mahkamah Tinggi Jalan Duta untuk mengarahkan ROS untuk bertindak ke atas Umno.
“Kerana Umno sebenarnya dialah sebuah pertubuhan haram.
“Mengikut Akta Pertubuhan 1966 bila mana-mana cawangan sesebuah parti tidak berdaftar, dengan sendirinya pertubuhan itu adalah haram dan wajib bagi ROS bagi bertindak,” katanya dalam satu sidang media di bilik gerakan Pas Putrajaya di sini hari ini.
Husam berkata demikian apabila memberi respons terhadap keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 17 Apr yang tidak mengikhtiraf jawatankuasa eksekutif baru DAP.
Keputusan tersebut telah menjejaskan kemampuan DAP untuk mempertandingkan calon di dalam pilihanraya umum ke – 13 (PRU 13).
Sebelum ini, Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin mendedahkan bahawa sebanyak 2,181 cawangan Umno di Kelantan termasuk di Tanah Merah, Jeli, Bachok, Tumpat, Kota Bharu adalah haram.
Menurut Badrul Hisham, melalui proses mahkamah, sebanyak 126 cawangan Umno di Tanah Merah didapati adalah cawangan yang tidak berdaftar dengan ROS.
Akan tetapi Umno Tanah Merah terus bermesyuarat dengan perwakilan daripada cawangan haram Umno (126 cawangan) dan perwakilan daripada mesyuarat haram tersebut telah menghantar perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno pada tahun itu (2008).
Husam berkata, Pas mengalu-alukan jika DAP mahu menggunakan logonya pada PRU-13 dan ini secara tidak langsung melambangkan persefahaman dan perpaduan di dalam Pakatan Rakyat (PR).
“Kita sangat mengalu-alukan, tertakluk kepada pilihan strategi DAP.
“Mereka boleh menggunakan loga Pas ataupun PKR dan ini melambangkan perpaduan di dalam Pakatan,” ujarnya yang merupakan calon Pas bagi kerusi Parlimen Putrajaya. -GB
Friday, April 19, 2013
Kenapa ROS Tidak Bertindak Terhadap Umno?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ROS ada berani bubarkan umnoo. Nanti bos dia kena pulas telinga. Mkn Gaji haram
ReplyDeleteAntara siri-siri kerja-kerja jahat Umno menghadapi PRU ke 13. Umno/Bn begitu tertekan mengahadapi PRU 13. Konflik dalaman Bn ekoran pemilihan calun2 Umno/Bn pasti tak dapat dibendung. Parti2 komponan Bn nampak macam tak minat nak sokong Umno/Bn. Tindakan Ros terhadap Dap ini sudah pasti mengundang kemarahan rakyat dan simpati terhadap Dap oleh pengundi cina akan meningkat 100%....teruskan usaha untuk jatuhkan Umno/Bn yg zalim.
ReplyDeleteTaktik ketingalan zaman itu lah kalau otak dah tua so mungkin berkuburlah BN di PRU 13 bukan kerana PR kuat tapi BN sendiri membuat rakyat bosan dan benci tindakan kebudakan mereka ini heheheheheh selamat berjuang u all.
ReplyDelete55 tahun sudah berlalu 05.05 muncul kembali TOLAK UMNO.TOLAK BN
ReplyDeleteINI KALI TATAP UNDI PAKATAN RAKYAT
Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi DAP, Karpal Singh memberitahu Malaysiakini bahawa parti itu tidak akan memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan ROS itu, tetapi mereka sedang menunggu keputusan sama ada ia akan menarik balik surat itu hari ini.
ReplyDeletetapi nampaknya, ROS tidak berganjak...
ReplyDeleteGuan Eng said that it was up to voters to decide if the ROS’ action was acceptable.
ReplyDeleteMuhyiddin Yassin mengingatkan parti pembangkang agar tidak memutar belitkan fakta..
ReplyDeletetambah beliau, jangan mengaitkan Umno dengan sebarang keputusan yang dibuat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS)
ReplyDeletesuka hati ja kata UMNO parti haram.. huhu..
ReplyDeleteMainan politik semasa PRU.
ReplyDeleteUMNO sering mengenakan parti lain dengan isu kecil.
ReplyDeleteThey can do anything to remain in power.
ReplyDeleteROS harus bertindak adil terhadap semua parti.
ReplyDeleteIni kerana Umno boleh diisytiharkan sebagai parti haram kerana hampir 75 peratus daripada belasan ribu cawangan Umno di seluruh Malaysia tidak pernah didaftarkan semula dengan ROS sejak parti itu diharamkan pada Februari 1988.
ReplyDeleteAdakah harus ROS memberi penjelasan terhadap isu ini?
Sudah tentu ini rancangan Bn lagi.
ReplyDeleteRakyat sendiri menilai sama ada tindakan ROS ini munasabah.
ReplyDeleteJika nak bersaing, biarlah dengan cara yang lebih amanah.
ReplyDeleteTidak salah jika memberi peluang kepada PR. Cuma satu penggal sahaja.
ReplyDeletemelalui proses mahkamah, sebanyak 126 cawangan Umno di Tanah Merah didapati adalah cawangan yang tidak berdaftar dengan ROS.
ReplyDeleteKami menanti bagaimanan ROS mengambil tindakan terhadap isu ini.
Penasihat DAP Lim Kit Siang tidak perlu menjadikan isu tindakan Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang menghalang parti itu menggunakan lambang mereka dalam pilihan raya Umum Ke-13 kali ini sebagai boleh menjejaskan peluangnya untuk memenangi kawasan Parlimen Gelang Patah.
ReplyDeleteDakwaan beliau bahawa keputusan RoS itu akan membuatkan pengundi keliru juga tidak berasas sebaliknya beliau cuba mengangkat isu yang diputuskan oleh RoS itu untuk menagih simpati pengundi kerana sejak Barisan Nasional (BN) meletakkan bekas Menteri Besar Datok Seri Abdul Ghani Othman untuk bertanding di kawasan itu, Kit Siang yang pada mulanya berasa cukup selesa kini berdepan dengan saingan yang dilihat berpotensi untuk menjadi kubur kepada karier politiknya.
ReplyDeleteKit Siang mendakwa dengan keputusan RoS itu, kini peluangnya untuk menang hanya tinggal 40 peratus. Soal pengundi keliru bila DAP menggunakan logo Pas hanya helah Kit Siang. Apa bezanya antara DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana selama ini ketiga-tiga parti itu sepakat untuk membentuk gabungan pembangkang dengan matlamat untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).
ReplyDeleteSama ada DAP bertanding menggunakan logo Pas di Semenanjung dan menggunakan logo PKR di Sabah dan Sarawak, ia tidak mendatangkan apa-apa kesan seperti yang didakwa oleh DAP. Tambahan pula di kebanyakan kerusi yang dipertandingkan membabitkan pertandingan dua penjuru iaitu antara BN dan pembangkang yang sudah tentunya mudah untuk dibezakan oleh pengundi.
ReplyDeleteJadi tidak timbul soal pengundi keliru atau sebagainya. Malah Kit Siang juga tidak perlu menyalahkan mana-mana pihak di atas keputusan RoS itu kerana ia berpunca daripada tindakan mereka sendiri yang mengetepikan peraturan parti dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada bulan Disember lalu.
ReplyDeleteJika DAP ingin menyalahkan pihak-pihak lain, mereka perlu terlebih dahulu melihat masalah yang wujud dalam parti itu selepas isu pemilihan CEC.
ReplyDeleteDAP juga perlu menjawab segala keraguan yang ditimbulkan oleh ahli pada pemilihan itu dan tindakan mereka membawa isu itu kepada RoS adalah bukti bahawa isu itu bermula atau ditimbulkan oleh ahli-ahli DAP sendiri yang tidak berpuas hati dan tidak ada kaitannya dengan pihak-pihak luar.
ReplyDeleteTidak perlu lah Kit Siang untuk menyalahkan pihak lain terutamanya UMNO mahu pun MCA yang dituduh cuba mensabotaj peluang DAP untuk memenangi beberapa kerusi di Johor.
ReplyDeletePakatan pembangkang sebelum ini menyasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya satu pertiga daripada kerusi Parlimen dan Dun di Johor dengan menjadikan beberapa kawasan majoriti pengundi Cina sebagai sasaran.
ReplyDeletePakatan Rakyat sendiri sebenarnya tidak diiktiraf sebab hanya ada 3 parti.sepatutnya ada 7 parti baru boleh bentuk pertubuhan.
ReplyDeleteKita tidak tahu apa sebenarnya berlaku, tunggu dan lihat sahaja nanti.
ReplyDeleteBiasalah, nanti cakap ini rancangan BN lagi.
ReplyDeleteNanti kena haram kali kedua...lagi teruk dia.
ReplyDeleteKita turunkan dia dari Putrajaya baru semuanya selesai.
ReplyDeleteDia suci dari segala kesalahan.
ReplyDeleteSyarat lebih tiga parti baru boleh tubuh gabung ni syarat dari langit ke.....wuwuwuwu...
ReplyDeleteThe government is committed in putting innovation as an important component of economic policy
ReplyDeletehe pointed out that everyone must make a conscious and concerted effort to promote and instill innovative thinking.
ReplyDelete