Saturday, April 20, 2013

Pertembungan banyak penjuru di Sabah untungkan BN

Pertembungan beberapa penjuru di seluruh Sabah dalam Pilihan Raya 2013 akan menguntungkan Barisan Nasional (BN) terutamanya di kawasan yang pembangkang lemah, kata penganalisis hari ini.

Mereka, walau bagaimanapun menegaskan, pertembungan beberapa penjuru bagi pilihan raya umum 5 Mei tidak akan menjejaskan peluang pembangkang untuk menang di kerusi Parlimen seperti Keningau atau Beaufort dimana pengundi memilih berdasarkan personaliti berbanding parti politik.

“Pertembungan beberapa penjuru akan mengurangkan peluang pembangkang untuk menang kerusi secara maksimum,” kata penganalisis politik dari Sabah, Dr Arnold Puyok kepada The Malaysian Insider hari ini.

“Di kawasan dimana pembangkang tidak kuat, pertembungan beberapa penjuru mungkin menguntungkan BN, akan tetapi di kawasan dimana faktor personaliti melebihi faktor parti, pertembungan beberapa penjuru tidak menjejaskan peluang pembangkang,” tambah beliau.

Puyok menjangkakan pembangkang boleh menang diantara lima hingga enam kerusi Parlimen di negeri Borneo itu seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Beaufort, Pensiangan dan Ranau berbanding satu kerusi pada Pilihan Raya 2008 dimana DAP menang di Kota Kinabalu.

Penganalisis politik itu mengatakan sentimen pro pembangkang dikalangan masyarakat Cina tinggi di Kota Kinabalu dan Sandakan, manakala calon PKR Richard Sakian Gunting dan Jonathan Yasin popular di Pensiangan dan Ranau.

Pertembungan beberapa penjuru berlaku di Sabah diantara BN, parti pembangkang Pakatan Rakyat (PR), parti pembangkang tempatan SAPP dan STAR dan sejumlah calon bebas pada Hari Penamaan Calon hari ini.

Kerusi Keningau akan menyaksikan pertarungan diantara dua jaguh penyandang kerusi Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dari PBS dan Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang merupakan pengerusi STAR dan adiknya.

Stephen Sandor dari PKR turut masuk gelanggang menjadikannya pertembungan tiga penjuru.

Puyok mengatakan Jeffrey mungkin menang kerusi Keningau kali ini, mengingatkan beliau berkerusi roda sewaktu melawan Pairin kali pertama pada Pilihan Raya 2008, dimana beliau kalah dengan 4,264 undi.

“STAR Jeff, kelihatannya, mempunyai jentera kempen yang lebih tersusun kali ini.. Jeff kelihatan lebih bertenaga sekarang dan mampu menarik penyokongnya dengan gaya kempen unik STAR,” kata Puyok.

STAR dan SAPP berkempen untuk menggembalikan autonomi Sabah manakala PR memberitahu pengundi untuk memilih diantara mereka dan BN, dalam rancangan pakatan pembangkang itu untuk merampas Putrajaya dalam pilihan raya 5 Mei.

Satu lagi pertembungan tiga penjuru akan berlaku di kerusi Parlimen Beaufort diantara penyandang Datuk Seri Lajim Ukin yang meninggalkan Umno untuk menubuhkan PPS yang mesra PKR, Guan Dee Koh Hoi dari STAR dan Datuk Azizah Mohd Dun dari Umno.

Penganalisis politik Profesor Dr Jayum Jawan dari Sarawak mengatakan Lajim mempunyai sokongan kuat.

“Beliau dianggap sebagai pemimpin orang Bisaya. Kerusi itu amat sukar. BN perlu kerja lebih keras untuk menang,” kata Jayum kepada The Malaysian Insider.

Lajim menang di Beaufort pada Pilihan Raya 2008 dengan majoriti besar iaitu 10,914 undi.

Jayum turut mengatakan pertembungan pelbagai penjuru diantara parti pembangkang akan memberikan kelebihan kepada BN, tetapi mengatakan calon bebas tidak akan memberikan impak besar kerana kurang mempunyai sokongan akar umbi.

Penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) itu menjangkakan pembangkang boleh menang enam hingga tujuh kerusi Parlimen di Sabah termasuk kawasan bandar seperti Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau – kurang lebih separuh daripada 25 kerusi Parlimen yang beliau jangkakan beberapa bulan lalu.

“Tetapi saya fikir kerana pertembungan beberapa penjuru, itu akan mengurangkan angka kerusi Parlimen,” kata Jayum.

Kota Kinabalu akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru diantara Jimmy Wong dari DAP, Chin Tek Ming dari PBS dan Liew Hock Leong dari STAR.

Sandakan bagaimanapun akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu diantara penyandang kerusi Datuk VK Liew dari LDP dan Wong Ten Fatt dari DAP.

Pertembungan empat penjuru berlaku di Tawau dimana penyandang kerusi Datuk Dr Chua Soon Bui dari SAPP akan mempertahankan kerusinya melawan Datuk Mary Yap dari PBS, Datuk Kong Hong Ming dari PKR dan calon bebas Ahmad Awang.

Penganalisis politik Dr Faisal S Hazis mengatakan penyandang Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing yang keluar dari UPKO dan menubuhkan APS yang mesra PKR, popular di kerusi Parlimen Tuaran berbanding Datuk Wilfred Tangau dari UPKO, Jasmin Dulin dari STAR dan calon bebas Erveana Ansari Ali dalam pertembungan empat penjuru.

“Secara amnya anda boleh melihat calon berasaskan personaliti bertanding, terdapat dua parti utama bertanding,” kata Faisal dari Universiti Malaysia Sarawak. -TMI

83 comments:
Write comments
  1. Pertembungan banyak penjuru di negeri bawah bayu ini sangat2 merugikan semua parti oposisi sabah (tempatan/nasioanl). Ketidaksatuan mereka akan menyebabkan rakyat marhain jadi keliru & tidak jelas dengan pendirian politik parti2 oposisi yang kononnya ingin membela marhain asal sabah. Percaturan politik oposisi yg sangat tidak bijak yg akhirnya akan menyebabkan marhain yg mahukan perubahan melalui parti oposisi mungkin menukar fikiran utk mengekalkan kerajaan sementara sabah sekarang untuk mendapat mandat baru bagi menerajui marhain sabah utk 5 tahun mendatang. Sudut pandang politik yg memntingkan parti2 masing2 & merasa masing2 adalah yg terbaik bg marhain sabah sudah tentunya akan memakan diri. Oposisi2 di sabah tdk mustahil akan jd abu & arang sahaja.. Tgklah nt.. Hanya gah pada selogan tetapi tiada kesatuan hati yg ikhlas.. Sgt2 mengecewakan..

    ReplyDelete
  2. Saya setuju dengan pendapat anda di atas...parti pembangkang di Sabah, tidak akan dpt menumbangkan Barisan Najis sekiranya tidak bersatu... masing masing masih mementingkan kepentingan sendiri, akhirnya rakyat lagi yg terima padahnya...mungkin mereka perlu ada negotiation skill yg lebih baik, jangan sampai memenangkan BN lagi pada kali ini...

    Walaupun STAR dengan SAPP adalah parti 'tempatan' tapi sya tetap tidak akan undi si Yong Teck Lee dgn adik si Pairin tu....kerana mereka ini pernah diberi mandat, tapi sukses nya tidak seberapa...

    ReplyDelete
  3. Itu petanda bahawa pembangkang berjuang mengikut selera masing-masing tanpa ada kesatuan yang kukuh. Kerana apa? Sebab mereka berebut mahu jadi PM. Anuar (PKR) mahu jadi PM. Hadi Awang (PAS) pn mahu jadi PM.Lim Guang Eng (DAP) pn mahu jadi PM. Sebab itu mereka berebut kerusi. Dalam kepala otak mereka cuma satu ja mahu jadi PM. Untuk jadi PM mereka menjanjikan janji-janji yang akan menjahanamkan ekonomi malaysia. Bila rakyat marah kat diorang, diorang akan kata: Kamu rakyat yang BODOH. Sapa suruh kamu pecaya bulat-bulat dengan janji kami(PEMBANGKANG). Nah masa itu sudah terlambat. Sesal dulu pendapatn, sesal kemudian merana badan. Apa pn masih belum terlambat. Sebelum kita diperbodohkan oleh pemimpin pembangkang, mari bersatu MEMPERBODOHKAN mereka dengan mengundi calon BN.

    ReplyDelete
  4. Kepada Anon April 21,2013 at 11.05

    Rakyat Sabah lebih beruntung sekiranya BN kembali memerintah. Yakinlah bahawa mengundi pembangkang itu hanya sia-sia sahaja kerana BN Sabah hampir pasti menyapu bersih atau sekurang-kurang 99.9% kerusi DUN dan Parlimen.

    ReplyDelete
  5. MARI TUKAR UMNO DENGAN PAKATAN RAKYAT KERANA SABAH NEGERI BANYAK SUMBER DIPEGANG OLEH ORANG KAYA-KAYA PROJEK...TETAPI NEGERI PALING MISKIN DI MALAYSIA SEBAB KEKAYAANNYA TELAH DIBAHAGIKAN DENGAN SESAMA KRONINYA...

    UNDI PAKATAN RAKYAT ANDA AKAN DAPAT

    HARGA MINYAK DITURUNKAN 7 MEI (SELEPAS PILIHANRAYA)
    PTPTN PINJAMAN ANAK-ANAK ANDA AKAN DIHAPUSKAN (TIADA HUTANG LAGI)
    ROYALTI MINYAK DIKEMBALIKAN KEPADA RAKYAT SABAH
    GAJI GURU-GURU KAFA DINAIKKAN KE RM1200
    GAJI PEKERJAAN ANAK-ANAK ANDA DI SWASTA DINAIKKAN SEHINGGA RM1100
    DAN BANYAK LAGI BAKAL DIUMUMKAN OLEH BAKAL PERDANA MENTERI KITA INSYALLAH

    BISMILLAHIRAHMANIRAHIM MAKA DENGAN ITU UNDILAH PAKATAN RAKYAT YANG
    TERDIRI DARIPADA PKR, PAS, DAP, PPPS DAN APS DEMI UNTUK MASA DEPAN
    ANAK-ANAK TUAN DAN GENERASI AKAN DATANG...AAMIIN

    ReplyDelete
  6. CUBA-CUBA LAH KAU BELAJAR JADI KRONI UMNO. PASTI KAU PUN AKAN KAYA.

    ReplyDelete
  7. PEMBANGKANG SABAH BAKAL GIGIT JARI SELEPAS PILIHANRAYA UMUM KE-13.. JANGAN MIMPI BOLEH RAMPAS PUTERAJAYA

    SECARA simbolik nama pakatan pembangkang amat idealistik. Gah namanya tetapi hakikatnya seperti 'gong', kosong di dalamnya, hanya gema sahaja boleh didengar hingga berkilometer jaraknya.

    ReplyDelete
  8. PEMBANGKANG SABAH BAKAL GIGIT JARI SELEPAS PILIHANRAYA UMUM KE-13.. JANGAN MIMPI BOLEH RAMPAS PUTERAJAYA

    Maaf cakap. Impian mereka untuk 'menakluk' Sabah akan tinggal sekadar mimpi ngeri, atau sekadar mengigau dengan mulut dipenuhi air liur yang bukan setakat basi tetapi amat busuk sekali.

    ReplyDelete
  9. PEMBANGKANG SABAH BAKAL GIGIT JARI SELEPAS PILIHANRAYA UMUM KE-13.. JANGAN MIMPI BOLEH RAMPAS PUTERAJAYA

    Maksud pakatan adalah berpakat dan dalam dimensi politik pembangkang, ia merupakan kerjasama untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN). Resepinya amat mudah, jika berlawan jangan sesekali meletakkan semua calon mereka dalam satu kawasan untuk menumbangkan wakil BN.

    ReplyDelete
  10. PEMBANGKANG SABAH BAKAL GIGIT JARI SELEPAS PILIHANRAYA UMUM KE-13.. JANGAN MIMPI BOLEH RAMPAS PUTERAJAYA

    Semua maklum ia bukannya strategi bijak kerana sudah semestinya yang akan mendapat nikmat kemenangan ialah BN. Dalam situasi itu, pengundi yang cenderung berpihak kepada pembangkang akan berada dalam situasi was-was, siapakah yang akan diberikan satu undi itu.

    ReplyDelete
  11. PEMBANGKANG SABAH BAKAL GIGIT JARI SELEPAS PILIHANRAYA UMUM KE-13.. JANGAN MIMPI BOLEH RAMPAS PUTERAJAYA

    Di Sabah, terdapat 25 kawasan Parlimen dan 60 Dewan Undangan Negeri, (DUN) hampir dua pertiga daripadanya ditandingi secara bertindih antara pembangkang seperti Pas, PKR, DAP, Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Reformasi Negeri Sabah (Star) dan beberapa lagi calon yang kecewa kerana nama 'tidak naik' atas tiket Bebas.

    ReplyDelete
  12. PEMBANGKANG SABAH BAKAL GIGIT JARI SELEPAS PILIHANRAYA UMUM KE-13.. JANGAN MIMPI BOLEH RAMPAS PUTERAJAYA

    Pelbagai resolusi dan deklarasi sebelum ini untuk memastikan pertandingan satu lawan satu antara pembangkang dan BN hanya tinggal sekadar catatan atas kertas cadangan, semuanya tidak berjaya. Bukan salah mereka tetapi salah BN!, pasti ada orang-orang BN yang menggagalkan usaha itu!.

    ReplyDelete
  13. PEMBANGKANG SABAH BAKAL GIGIT JARI SELEPAS PILIHANRAYA UMUM KE-13.. JANGAN MIMPI BOLEH RAMPAS PUTERAJAYA

    Adakah ini menunjukkan kesepakatan?. Bayangkan untuk meletakkan calon pun tiada kesepakatan, apa pula ceritanya jika ditakdirkan mendapat mandat. Tidak mustahil Sabah akan jadi kelam kabut, bercampur-baur hinggakan langsung menjadi tidak lazat untuk dimakan.

    ReplyDelete
  14. PEMBANGKANG SABAH BAKAL GIGIT JARI SELEPAS PILIHANRAYA UMUM KE-13.. JANGAN MIMPI BOLEH RAMPAS PUTERAJAYA

    Satu kapal tidak boleh sesekali mempunyai ramai nakhoda, begitu juga dalam peperangan tidak boleh sama sekali mempunyai ramai panglima untuk mengeluarkan arahan.

    ReplyDelete
  15. PEMBANGKANG SABAH BAKAL GIGIT JARI SELEPAS PILIHANRAYA UMUM KE-13.. JANGAN MIMPI BOLEH RAMPAS PUTERAJAYA

    Kepada rakyat, buatlah pilihan bijaksana, nilailah apa yang sedang melanda pembangkang Sabah, adakah mereka ini akan dijadikan pemimpin. Masalah antara mereka pun gagal diatasi, inikan pula masalah rakyat yang semestinya pelbagai ragam.

    ReplyDelete
  16. PEMBANGKANG SABAH BAKAL GIGIT JARI SELEPAS PILIHANRAYA UMUM KE-13.. JANGAN MIMPI BOLEH RAMPAS PUTERAJAYA

    Semalam, proses penamaan calon di 25 pusat seluruh negeri berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini termasuk kawasan bergolak akibat pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu dan Semporna. Semua penyokong parti kerajaan dan pembangkang rata-rata menunjukkan budi pekerti cemerlang.

    ReplyDelete
  17. PEMBANGKANG SABAH BAKAL GIGIT JARI SELEPAS PILIHANRAYA UMUM KE-13.. JANGAN MIMPI BOLEH RAMPAS PUTERAJAYA

    Secara keseluruhan, terdapat 357 calon bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) mewakili BN dan parti-parti lain di DUN dan Parlimen, iaitu 262 calon di DUN dan 95 bagi Parlimen.

    ReplyDelete
  18. PEMBANGKANG SABAH BAKAL GIGIT JARI SELEPAS PILIHANRAYA UMUM KE-13.. JANGAN MIMPI BOLEH RAMPAS PUTERAJAYA

    Bermakna daripada daripada jumlah itu, hanya 85 sahaja bakal bergelar Yang Berhormat, manakala bakinya, 272 calon lagi bakal menggigit jari apabila hanya 60 kerusi DUN dan 25 Parlimen sahaja mempunyai kekosongan.

    ReplyDelete
  19. PEMBANGKANG SABAH BAKAL GIGIT JARI SELEPAS PILIHANRAYA UMUM KE-13.. JANGAN MIMPI BOLEH RAMPAS PUTERAJAYA

    Berbanding dengan PRU sebelum ini, semua kerusi ditandingi, tiada satu pun yang menang tanpa bertanding. Malah lebih 70 peratus kerusi DUN menyaksikan pertembungan empat atau lima penjuru, manakala kerusi Parlimen pula kira-kira 50 peratus daripadanya ditandingi empat penjuru.

    ReplyDelete
  20. PEMBANGKANG SABAH BAKAL GIGIT JARI SELEPAS PILIHANRAYA UMUM KE-13.. JANGAN MIMPI BOLEH RAMPAS PUTERAJAYA

    BN secara tradisinya bertanding di kesemua 60 DUN dan 25 Parlimen, bagi kerusi Parlimen, Star mempertaruhkan 21 calon, PKR (19 calon), Bebas (15 calon), SAPP (8 calon), DAP (4 calon), Pas (2 calon), Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) (1 calon). Bagi DUN pula, Star dan Bebas masing-masing menampilkan 49 calon, PKR (43 calon), SAPP (41 calon), Pas (9 calon), DAP (7 calon), Bersama (3 calon) dan KITA (1 calon).

    ReplyDelete
  21. PEMBANGKANG SABAH BAKAL GIGIT JARI SELEPAS PILIHANRAYA UMUM KE-13.. JANGAN MIMPI BOLEH RAMPAS PUTERAJAYA

    Kawasan Parlimen dan DUN yang paling ramai ditandingi ialah Parlimen Kalabakan serta DUN Sulabayan dengan masing-masing tujuh orang. Terdapat juga enam DUN yang masing-masing ditandingi enam calon iaitu Merotai, Bugaya, Kunak, Kundasang, Lumadan dan Tanjong Kapor. Daripada 25 Parlimen dan 60 DUN, hanya dua sahaja yang ditandingi satu lawan satu, iaitu Parlimen Sandakan dan DUN Tanjung Batu.

    ReplyDelete
  22. di Sabah byk berlaku pertandingan banyak penjuru dan ini akan pecahkan undi pembangkang

    ReplyDelete
  23. pertandingan byk penjuru akan beri byk kelebihan kepada BN dan potensi BN untuk menang amat tinggi

    ReplyDelete
  24. Kini berusia 72 tahun, Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri menyifatkan PRU13 sebagai perjuangan akhirnya untuk mengekalkan kedua-dua kerusi berkenaan, yang merupakan kubu kuat BN, dan untuk penduduk Sabah

    ReplyDelete
  25. Dr Jeffrey, 65, yang juga Pengerusi Parti Reformasi Negeri Sabah (Star), pada Isnin mengesahkan akan sekali lagi bertanding di Keningau setelah kalah kepada abangnya pada pilihan raya umum lepas, dan kerusi DUN Bingkor, yang beliau turut tewas pada masa yang sama.

    ReplyDelete
  26. Pertembungan antara Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Parlimen Labuan dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sama membuktikan pakatan pembangkang tidak sepakat dan tamakkan kuasa.

    ReplyDelete
  27. Proses penamaan calon semalam menyaksikan perebutan dalam kalangan pakatan pembangkang terutama Pas dan PKR apabila masing-masing berentap sesama sendiri di kerusi Parlimen Labuan dan enam kerusi DUN, antaranya di Pulau Pinang, Terengganu dan Johor.

    ReplyDelete
  28. Barisan Nasional (BN) masih bertapak kukuh di Sabah meskipun pembangkang membuat tohmahan tidak berasas kononnya BN semakin lemah di negeri di bawah bayu itu.

    ReplyDelete
  29. Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Dato’ Hamidah Osman berkata, program `Salam Sayang ‘ yang telah diadakan oleh wanita UMNO Sabah baru-baru ini membuktikan seluruh rakyat negeri itu terus memberikan sokongan mantap kepada BN.

    ReplyDelete
  30. "Saya dapati menerusi program Salam Sayang ini, sokongan rakyat Sabah begitu hebat sekali dan saya amat yakin BN akan menempa kejayaan dalam pilihanraya nanti ,’’ katanya kepada pemberita selepas menyampaikan alat tulis kepada 227 pelajar SMK St Bernadette’s Convent Batu Gajah hari ini.

    ReplyDelete
  31. Menurut Hamidah, pembangkang sentiasa mencuri peluang dengan membuat pelbagai tohmahan dengan niat dan matlamat untuk meraih sokongan dan simpati rakyat.

    ReplyDelete
  32. "Saya amat yakin rakyat di Sabah sudah dapat menilai belang sebenar pembangkang dengan menolak mereka dalam pilihanraya nanti,’’ katanya.

    ReplyDelete
  33. Hamidah yang juga Adun Sungai Rapat berkata, Wanita UMNO telah merancang untuk mengadakan lebih 20,000 program salam sayang yang akan diadakan di seluruh negara dalam masa terdekat ini.

    ReplyDelete
  34. Ditanya mengenai Bajet 2013, katanya, ia merupakan bajet terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia kerana mengambil kira semua lapisan masyarakat.

    ReplyDelete
  35. "Semua golongan termasuk warga emas, remaja, orang susah dan pelajar sekolah mendapat manfaatnya,’’ katanya.

    ReplyDelete
  36. Beliau turut menyifatkan bajet Pakatan Pembangkang sebagai bajet hayalan yang tidak mampu dilaksanakan oleh pihak pembangkang.

    ReplyDelete
  37. Pemilihan calon-calon pilihanraya merupakan tiket utama untuk memenangi pilihanraya. Sesetengah pengundi menyatakan mereka lebih suka menyentuh hal keperibadian calon daripada parti yang diwakili.

    Lihat sahaja fenomena politik yang berlaku di Tenom. Terdapat protes terhadap kemungkinan pemilihan Jamawi menggantikan Datuk Raime bin Unggi. Terdapat bahang protes di peringkat ‘Grass Root’, termasuk majoriti jentera ketua-ketua PDM, ketua-ketua cawangan, pemimpin-pemimpin komponen (KDM) tidak setuju dan membantah pemilihan Jamawi sebagai calon BN di Parlimen P.181 Tenom.

    Hal ini berlaku sebelum pengumuman Datuk Haju Musa Aman bahwa penyandang parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi kekal calon Barisan nasional (BN). Kali ini di P181 Tenom, ada lima penjuru yang akan bertanding bagi merebut kerusi tersebut iaitu Jimmy Jawatah (SAPP), Hasmin @ Azroy bin Abdullah (STAR), Datuk Raime bin Unggi (BN), Masdin bin Tumas (PKR), dan Mutang @ Sylvester bin Dawat (KITA).

    Pada tahun 2008, Datuk Raime bin Unggi telah memenangi kerusi ini dengan majoriti undian iaitu sebanyak 6883 undi. Parlimen Tenom adalah satu-satunya harapan tunggal bagi suku ini mengekalkan wakilnya dalam Dewan Rakyat apabila kawasan Pensiangan diwakili oleh Tan Sri Joseph Kurup (PBRS), Parlimen Keningau diwakili oleh Tan Sri Joseph Pairin Kittingan (PBS).

    ReplyDelete
  38. Barisan Nasional (BN) Sabah tetap kukuh di sebalik krisis melibatkan beberapa pemimpin komponen di negeri itu.

    ReplyDelete
  39. Pengerusinya, Datuk Seri Musa Aman berkata, BN tetap meneruskan usaha membantu rakyat Sabah dan pada masa sama segala gerak kerja bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang terus dilaksanakan.

    ReplyDelete
  40. “Tiada perpecahan berlaku di Sabah dan BN serta UMNO tetap utuh di sebalik apa yang berlaku.

    ReplyDelete
  41. “Kami juga bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 pada bila-bila masa," katanya.

    ReplyDelete
  42. Semalam, calon-calon yang bakal bertanding dalam PRU-13 telah pun diputuskan di mana bagi kerusi Parlimen, PAS akan bertanding 73 kerusi, PKR 99 dan DAP 51 manakala bagi kerusi DUN pula, PAS 236, PKR 172 dan DAP 102.

    ReplyDelete
  43. Dua kawasan di Sabah bakal menyaksikan pertandingan 7 penjuru iaitu N52 Sulabayan dan P191 Kalabakan. Bagi Sulabayan, pertandingan adalah antara parti BN - Dato’ Jaujan Sambakong dengan PKR - Hermeny Murgal, Bersama - Hasaman Sagaran, dan empat calon Bebas iaitu Hussein b. Mumakil, Mamat Barhana, Julkalani Abd Rahman dan Ghazalie Pg. Hindi. Kalabakan pula, BN – Ghaphur Salleh, PAS – Usman Madeaming, Star – Malvine Reyes, dan empat Bebas – Yahya Zainal, Siamsir Borhan, Freddie Japat dan Mohd Manuke.

    ReplyDelete
  44. Namun, PAS juga tidak mahu mengalah dan berusaha melonjakkan Hadi Awang sebagai bakal Perdana Menteri yang jauh lebih layak dari Anwar Ibrahim. Perkara ini bukan lagi rahsia di mana penolakan PAS terhadap Anwar kini semakin menjadi-jadi dan berlaku secara terbuka juga.

    ReplyDelete
  45. Di masa yang sama, PAS turut menghadapi cabaran untuk membuktikan bahawa parti itu berupaya menjadi dominan dalam Pakatan Rakyat. Ini kerana Hadi Awang tidak mempunyai karisma dan kelayakan yang sesuai sebagai seorang Perdana Menteri yang mampu membawa Malaysia mengharungi era teknologi.

    ReplyDelete
  46. DAP pula mengambil langkah lebih realistik dengan meletakkan calon hanya di kawasan yang ‘masuk akal’ untuk menang kerana cukup yakin bahawa apapun keputusan undian bagi PAS dan PKR, DAP akan kekal sebagai kuasa dominan pakatan mereka. DAP bagaimanapun tidak begitu teruja untuk menerima Hadi Awang sebagai Perdana Menteri kerana gusar dengan pendirian ekstrem Presiden PAS tersebut dalam soal agama Islam.

    ReplyDelete
  47. Ini kerana siapalah Anwar untuk memberi komen mengenai skandal seks atau ketidaktelusan kerana beliaulah Raja segala skandal didunia. Oleh itu, walaupun kepimpinan Anwar tidak diiktiraf oleh pemimpin dan penyokong PR sendiri tetapi, dari segi skandal, kita tidak dapat nafikan bahawa Anwar seorang pemimpin yang hebat, yang benar-benar mampu memimpin melalui tauladan. Jika tidak, tidak mungkin Mustafa Ali yang bergelar Ulama juga turut mengikut jejak langkahnya.

    ReplyDelete
  48. Pakatan Rakyat itu sendiri bukan sebuah parti. Macam mana nak tubuh sebagai kerajaan?

    ReplyDelete
  49. Belum jadi kerajaan, dah nampak ketidakse'pakatan' mereka ni.

    ReplyDelete
  50. ATTENTION!!! GOOD JOB IS DONE HERE! COME READ IT CLOSER!!

    Manifesto BN Sabah Rangkumi 16 Hala Tuju Pembangunan Sabah



    22 April – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman pada Isnin melancarkan manifesto Barisan Nasional (BN) Sabah bertemakan ‘Kami Telah Tunaikan Lebih Banyak Lagi Akan Dilaksanakan’, yang mengandungi 16 perkara utama, merangkumi hala tuju pembangunan dan kemajuan negeri ini.

    Manifesto itu merupakan pelengkap kepada manifesto nasional yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak “Manifesto ini adalah komitmen dan iltizam kita semua dalam meneruskan perjuangan yang sentiasa dekat di hati rakyat.

    “Ia telah dipersetujui selepas perbincangan oleh semua parti komponen yang mengambil kira semua pihak kerana kita tidak populis dan kita berpijak di bumi yang nyata,” kata Musa yang juga penyelaras BN negeri pada majlis pelancaran di Bangunan Umno di sini.

    Antara kandungan manifesto itu ialah komitmen untuk melaksanakan cadangan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani pendatang haram, memelihara dan memperkenalkan ordinan tanah yang relevan dan mempertahankan keamanan serta keselamatan di bawah Kawasan Keselamatan Timur Sabah (ESSCOM).

    Manifesto itu juga mengandungi janji BN yang akan memastikan peluang saksama dalam perkhidmatan negeri, meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan melebihi 20 peratus daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah.

    BN juga akan mendokong Perjanjian 20 Perkara selain mengurangkan tahap kemiskinan kepada tiga peratus dalam tempoh lima tahun, memelihara alam sekitar, membanteras rasuah, perundingan dengan masyarakat dalam membuat dasar serta sasaran terhadap pembangunan belia dan sukan.

    ReplyDelete
  51. ATTENTION!!! GOOD JOB IS DONE HERE! COME READ IT CLOSER!!
    Manifesto BN Sabah Rangkumi 16 Hala Tuju Pembangunan Sabah


    Golongan wanita juga tidak dilupakan apabila manifesto itu turut melibatkan usaha memperkasa wanita dan memastikan kesaksamaan gender, meningkatkan pembangunan modal insan, penyertaan dalam ekonomi moden, merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar serta keberkesanan badan-badan negeri.

    Musa berkata segala janji dalam kandungan manifesto itu akan ditunaikan sekiranya kerajaan BN mendapat mandat rakyat pada pilihan raya umum ini.

    Malah, beliau percaya rakyat Sabah akan bijak membuat penilaian terhadap pencapaian kerajaan BN sepertimana terkandung dalam manifesto yang akan diedarkan kepada seluruh rakyat Sabah.

    Menurutnya, manifesto itu akan diedar bersama aku janji BN nasional serta buletin BN dalam empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Kadazandusun.Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Musa berkata manifesto yang dilancarkan itu adalah praktikal yang mampu dilaksanakan apabila mentadbir kerajaan negeri dan pusat.

    “Manifesto ini adalah amat realistik dan berpijak di bumi yang nyata boleh dlaksanakan sedangkan manifesto pembangkang semuanya tidak betul dan tidak boleh melaksanakan segala janjinya,” katanya.

    Turut hadir kesemua calon BN pada pilihan raya umum ini termasuk pemimpin parti komponen BN iaitu Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Pairin Kitingan, Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok dan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk VK Liew.


    CONGRTS! YOU MADE IT!

    ReplyDelete
  52. The Barisan Nasional (BN) is on the right track to develop the nation and look after the wellbeing of the people, said Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.

    In this regard, he said, the BN had never deviated from the responsibility and trust placed by the people throughout its administration of the country.


    ReplyDelete
  53. “We are on the right track in looking after the interests of the people as stated in the manifesto for the 13th general election (GE13). It is a promise to the people. The promise will be fulfilled,” he said.



    ReplyDelete
  54. Speaking at a function organised by the Sandakan Rukun Tetangga Consensus Committee, here last night, Musa, who is also the Sabah BN chairman, said he frequently reminded all elected representatives in Sabah to carry out the mandate given by the rakyat.


    ReplyDelete
  55. He said they should talk less and instead work diligently by going down on the ground to listen to the woes of the people and look for the best solution to their problems.

    ReplyDelete
  56. As such, Musa said it was most important for the people to retain the BN government so that it could continue the policies and plans drawn up to develop the nation.


    ReplyDelete
  57. He said the opposition, on the other hand, only made promises aimed to woo the voters but was incapable of fulfilling their promises.

    ReplyDelete
  58. Ghani Patail tidak akan buat apa-apa. Mereka org Sabah bah!Musa Aman,Anifah Aman,Ghani Patail kesemua mungkin Paparians. Wahai sabahans bila lagi? Masih kau kah ingat Pendatang Asing senang-senang dapat Mykad tu?.

    Warga negara instant mendapat pelbagai kemudahan di Sabah jika dibandingkan dg anak tempatan Sabah.Ini semua keja Madeeiiyy mamak tongkang yat Kerala!Madeiiyy sekarang dalam ketakutan.Semua strategi dia dengan cauvinist Melayu bermula dg BTN tidak menjadi.Marilah Perkasa,Kimma di mana rakyat pandang sebelah mata saja!

    Ke mana mereka ini iaitu Daim Zainuddin,Sanusi Junid dan Zainuddin Maidin?Ini belum lagi suara halus Nur Mohd Yaakub dan Sharizat.Mereka ini semua mengaku melayu konon tapi DNA india!

    ReplyDelete
  59. Apabila sampai masa juri(rakyat) akan membuat keputusan, InsyaAllah mereka yang telah diberi mandat untuk memerintah dan mentadbir wang negara selama 55 tahiun ini akan didapati BERSALAH keatas tuduhan2 berikut;:

    Mengamalkan RASUAH;
    Menyalahguna kuasa,
    Menzalami Rakyat,
    Menekan Rakyat dengan perentah yang tidak adil,
    Merompak harta negara,
    Menginiaya rakyat dengan beban hutang,
    Menipu rakyat dengan melaksanakan projek2 mega dan penswastaan dimana kehidupan rakyat tertekan sepanjang 55 tahun memerintah.
    Memberi rasuah kepada rakyat apabila kuasa tergugat.
    Melakukan pendakwaan terpilih.

    ReplyDelete
  60. Dengan salahlaku diatas;Pada PRU ke 13 juri dengan ini mendapati Kerajaan BN didapati BERSALAH dan dilucut hak untuk memerintah negara sehingga rakyat berpuashati yang mereka ini telah dibersihkan dari salahlaku yang telah dilakukan.

    Rasalah pula jadi kaum yang kena perintah.
    Nak lari pun tak berguna lagi kerana sepertimana kita tahu, dunia ini bulat.
    Lihatlah contoh tikus dalam makmal yang diisi dalam sangkar bulat, sentiasa belari tapi ditempat yang sama.../.......sehingga sapai masa dijadikan bahan ujikaji......

    ReplyDelete
  61. Nampaknya Rakyat dah semakin sedar dan insaf ttg kemusnahan modal insan yg telah dilakukan oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya di dalam UMNO( Untung Mereka Nipu Orang).Siapa yg Untung ? Semua kabinet UMNO BN ! siapa yg kena tipu ? Kesemua duit Rakyat pembayar cukai.

    Oleh itu apabila PR memerintah selepas PRU 13, TRIBUNAL RAKYAT mesti bicarakan Mahathir dan pemimpin-pemimpin UBN lain.Duit Rakyat mesti dikembalikan kpd Rakyat!

    Kekayaan pemimpin UBN adalah wang Rakyat dan bukan kekayaan bapa mereka!.Mahathir bukan datang dari keluarga org senang.

    Boleh dikatakan semua pemimpin UBN berasal dari keluarga tidak berada dan pertengahan. Ini termasuk Musa Aman di Sabah dan Sarawak!

    ReplyDelete
  62. Bah apa lagi tukar ke BN la

    ReplyDelete
  63. Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiada semangat setiakawan apabila gagal menunaikan janji bertanding di luar kawasan sepertimana rakan-rakan dalam pakatan pembangkang.

    ReplyDelete
  64. Beliau mendakwa Anwar sanggup menikam rakan-rakannya dari belakang dengan membiarkan mereka bertanding di luar kawasan masing-masing pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sedangkan beliau sendiri tidak berbuat demikian.

    ReplyDelete
  65. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pengundi perlu memilih parti politik yang mampu menubuhkan kerajaan yang kuat, dan yang mampu membawa kejayaan kepada negara.

    ReplyDelete
  66. rakyat harus kembali kepada objektif utama pilihan raya umum yang bertujuan untuk menubuhkan kerajaan yang kuat.

    ReplyDelete
  67. Ia tidak boleh terpesong pada hakikat bahawa kita perlu sebuah kerajaan di peringkat pusat dan negeri yang kuat dan berwibawa untuk menjayakan segala dasar negara, wawasan dan dasar transformasi nasional termasuk Aku Janji kita

    ReplyDelete
  68. apa yang penting adalah untuk parti menggerakkan jentera pilihan raya dan mendapatkan kemenangan pada pilihan raya umum ke-13 ini, dan soal calon tidak lagi sepatutnya berbangkit kerana keputusan sudah dibuat oleh pucuk pimpinan parti.

    ReplyDelete
  69. "Kita sudah bagi panduan maka jentera harus fokus dan bekerja penuh semangat dan tenaga, saya yakin dan percaya berdasarkan kepada suasana serta sentimen yang semakin hari semakin yakin kepada BN

    ReplyDelete
  70. Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan rakyat supaya sentiasa beristiqamah dan berpegang kepada pendirian teguh dalam apa jua keadaan bagi mengelak daripada terpedaya dengan dakyah pembangkang.

    ReplyDelete
  71. Timbalan Perdana Menteri berkata ini penting memandangkan adanya pihak yang cenderung mengeluarkan kenyataan tidak berasas semata-mata untuk menarik perhatian ramai termasuk mengenai soal halal haram dan dosa pahala.

    ReplyDelete
  72. agaknya, ini pasti akan terjadi bila mana pertembungan beberapa penjuru di seluruh Sabah dalam Pilihan Raya 2013 akan menguntungkan Barisan Nasional (BN) terutamanya di kawasan yang pembangkang lemah, kata penganalisis hari ini.

    ReplyDelete
  73. pertembungan beberapa penjuru bagi pilihan raya umum 5 Mei tidak akan menjejaskan peluang pembangkang untuk menang di kerusi Parlimen seperti Keningau atau Beaufort dimana pengundi memilih berdasarkan personaliti berbanding parti politik.

    belum tentu lagi, ini hanyalah andaian...

    ReplyDelete
  74. we shall see whether multi-cornered contests will reduce the opposition’s chances of winning a max number of seats

    ReplyDelete
  75. and if in areas where the opposition is not strong, multi-cornered contests may benefit BN greatly..then that will be stronghold for BN to win big

    ReplyDelete
  76. yes, indeed...in areas where personality factor counts more than party factor, multi-cornered contests don’t affect the opposition’s chances that much

    ReplyDelete
  77. Benar, peperangan penjuru ini memberi laluan untuk BN untuk terus menang.

    ReplyDelete
  78. Ini juga strategi baru BN supaya saingan penjuru ini memanfaatkan BN.

    ReplyDelete
  79. Rakyat harus membuat undian bijak, jangan terkena perangkap janji manis.

    ReplyDelete
  80. BN nampak sahaja bagus, jika dikaji secara mendalam, apakah yang BN membawa kepada perkembangan? Rasuah sahaja yang banyak.

    ReplyDelete
  81. Akhirnya, terbukti pembangkang tidak sanggup kerjasama.

    ReplyDelete
  82. THE BEST COALITION PARTY IN MALAYSIA TODAY,TOMORROW,AND FOREVER AND EVER IS NON OTHER THAN BARISAN NASIONAL (BN). BELIEVE IT OR NOT ITS PROVEN HISTORICALLY. OPPOSITION LEADERS TRY TO EMULATE BUT UNTIL NOW THEY FIGHT EACH OTHER. THIS SHOWS THE LACK OF CREDIBILTY OF THEIR 'CHIEF KHADAM"

    UNITED WE STAND, DIVIDED WE FALL. VOTE BN FOR A BRIGHT AND PROPHEROUS FUTURE FOR ALL OF US AND OUR COMING GENARATION.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.