Saturday, April 27, 2013

Siapa Pemimpin Pakatan Dalang Lahad Datu?

Kementerian Pertahanan telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata segala maklumat dan butir-butir mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

“Apa yang boleh saya katakan, dua daripada pemimpin pembangkang itu daripada Semenanjung dan seorang lagi daripada Sabah.

“Maklumat kini sudah terkumpul dan semua butir-butir itu akan diserahkan sepenuhnya di Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Lawatan Kerja Menteri Pertahanan di Kolej Tentera Udara, Kepala Batas di sini hari ini.

Ahmad Zahid bagaimanapun tidak mendedahkan nama pemimpin pembangkang tersebut.

Beliau berkata pihaknya tidak mahu dianggap oleh sesetengah pihak tertentu sebagai permainan politik maka segala tindakan akan dilakukan sejurus selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.

“Sesuatu tindakan perundangan hanya boleh dilakukan apabila keterangan dirakamkan, direkodkan, kami dah ada semua itu.

“Bila akan diserahkan...tunggu selepas pilihan raya dan tindakan juga akan diambil lepas pilihan raya, kita tidak mahu mereka kata kita bermain politik, jadi kita serah kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengelakkan dicopkan sandiwara politik Umno,” katanya. – Bernama

69 comments:
Write comments
  1. Rakyat belum dapt jwpn jelas tntg siapa dalang keats pembunuhn permpuan Monggolia Altantuya...Sudh mati dtmbak, siapa dalg gunakn Bom C 4?.......knpa pula skrg ada isu mncari dalg dalm pncrbohn d L D sedgkn jels ktk perhimpunn UMNO/BN prnah djmput dn ada gmbar bersama2 Datk Najib?...........

    ReplyDelete
  2. BADUT BE END NIE ZAHID HAMIDI TERDESAK NAK CARI SOKONGAN...TIDAK MENGAPA RAKYAT SABAH BUKAN BODOH NAK PERCAYA ITU SEMUA..SANDIWARA UMNO DAN KUNCO-KUNCONYA... YA ALLAH ENGKAU TUNJUKKANLAH KEBENARAN MENGATASI KEBATILAN...AAMIIN YA ROBBAL AL AAMIN

    ReplyDelete
  3. Jika Pakatan Rakyat Memerintah....

    "Apa yang kerajaan Pakatan Rakyat boleh buat, gred 41 ke bawah tak pelu bayar cukai jika Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan.

    "Dalam Islam cukai hanya untuk orang kaya sahaja," katanya ketika berceramah di hadapan puluhan ribu rakyat yang hadir di Presint 3 di sini malam tadi.

    ReplyDelete
  4. menteri pertahanan.ko tak ada keja lain kah selain buat fitnah juga.sepatut nya ko harus bagi tentera kita semangat untuk menghadapi sebarang kemungkinan dengan pengikut sultan sulu yang kita tidak tahu tindak balas mereka,jangan lah ko bermusuh dengan sesama rakyat kita sendiri baik meka dari jenama parti lain.ingat saya amat sayangkan ANGKATAN KESELAMATAN KITA YANG BERJUANG DEMI NEGARA INGAT TUHAN ADALAH SEGALA GALA NYA DALAM DUNIA MILIK NYA INI.TAKUT LAH DENGAN ALLAH

    ReplyDelete
  5. Apa yang rakyat perlu tahu hari ini ialah, baik Sultan Sebenar atau Sultan Palsu, semuanya tak berduit untuk menghantar beratus orang penceroboh memasuki Sabah, membeli M16, pelancar roket dan beli bot laju dan sebagainya.

    ReplyDelete
  6. Bagaimana secara tiba-tiba menjelang pilihanraya dan selepas pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari serta pertemuan Jefrry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu, pihak Kesultanan Sulu Palsu ini mampu membentuk sebuah pasukan tentera sedangkan dulunya mereka beli uniform pun tidak mampu.

    ReplyDelete
  7. Apakah Kerajaan hari ini terlalu menjaga hati pembangkang? Inilah akibatnya yang berlaku. Segala tuntutan pembangkang dilayan tetapi mereka sendiri tidak mengendahkan apa yang berlaku bila mereka yang mula mengeruhkan keadaan.

    ReplyDelete
  8. Bukahkah selepas mansuhkan ISA negara mempunyai dua undang-undang baru akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.?? maksud subversif - menjalankan kegiatan subversif terhadap, menggulingkan, merosakkan

    ReplyDelete
  9. Ketika ini berlaku. kenapa tidak menggunakan undang-undang itu??
    Sudah terang mereka cuba menggulingkan Kerajaan & menjalankan kegiatan subversif. Apakah bukti yang ada ini belum lagi cukup untuk mendakwa mereka yang terlibat?? Adakah apa yang dilakukan oleh Pembangkang semuanya dibenarkan sehingga mendesak Sabah & Sarawak keluar dari Malaysia juga tidak dihiraukan?

    ReplyDelete
  10. Undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri. Aku naik meluat dengan kelemahan pentadbiran dibawah kuasa Menteri-menteri terbabit. Apa gunanya Malaysia tersergam nama diatas antara rangking terbaik dunia tetapi negaranya telah kehilangan beberapa wilayah sendiri.?

    ReplyDelete
  11. Sebelum berlakunya pencerobohan pemberontak dari Filipina, Anwar telah mengadakan satu ceramah yang berbunyi:Tanya Sama Najib, Mengapa Kau Goyang. Nanti Jawab Najib, Sabah Dah HILANG !!! Ceramah ini diadakan di Lahad Datu. Anwar terus-menerus menyanyi Sabah dah Hilang, Sabah Dah Hilang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. He he bangang la kau.... maksudnya lagu ini ialah sabah akan hilang dari umno.... bukannya sabah hilang dari malaysia..... lagu tahap tadika pun tak reti.... anuar dah jelankan ini....

      Delete
  12. Apakah ini tidak boleh dijadikan bukti bahawa Anwar secara tak langsung terlibat dalam kes pemberontakan ini walaupon secara jelas terdapat gambar dia bersama pemimpin Filipina dan juga disiarkan di Manila Post?

    ReplyDelete
  13. Media PR memainkan peranan menghasut agar Sabah & Sarawak dikeluarkan dari Malaysia dan secara tak langsung Anwar juga berceramah mengenai hak autonomi dan Sabah kepunyaan Filipina. Seketika kemudian Pemberontak Filipina masuk Sabah dengan alasan mahukan Sabah.

    ReplyDelete
  14. Bukankah ini sudah Jelas mainan Anwar Ibrahim yang juga merancang semua ini??Apakah kerajaan mahu biarkan ramai lagi anggota keselamatan mati tatkala dalang utamanya bebas kesana kemari? Apakah bukti ini tidak cukup untuk mensabitkan Ketua Pembangkang ini dengan apa yang terjadi?

    ReplyDelete
  15. Cuba fikir tengok, jika ini tidak dimulai dengan hasutan dari pembangkang perkara seumpama ini tidak akan berlaku. Akibat kelemahan pentadbiran kerajaan hari ini menyebabkan pembangkang semakin naik kepala.

    ReplyDelete
  16. Apakah mememberi peluang kepada ketua Pembangkang yang membuat huru hara selama ini lebih mulia berbanding anggota keselamatan yang mati ditembak akibat menjaga keamanan negara?? Berapa ramai lagi yang akan terkorban akibat percaturan politik pembangkang ini?

    ReplyDelete
  17. Sudah-sudahlah kerajaan terlalu berlembut.. Tak guna mempunyai undang-undang tetapi bila melibatkan salah laku di pihak pembangkang, undang-undang ini tidak digunakan.

    ReplyDelete
  18. Pelakon hebat..... bagus juga.... selepas pr menang siapa lagi mo pandang tu.... karut semuanya....

    ReplyDelete
  19. Kerajaan dah bertukar selepas tu.... he he

    ReplyDelete
  20. Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling memeranjatkan. Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit.

    ReplyDelete
  21. Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer)

    ReplyDelete
  22. Satu lagi insiden yang perlu diberi perhatian adalah kehadiran kapal USS Guardian di Laut Sulu. Agak memeranjatkan apabila kapal USS Guardian dikatakan terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata.

    ReplyDelete
  23. Menjadi tanda tanya kenapa kejadian tersebut terjadi pada 17 Januari iaitu 24 hari sebelum pendaratan penceroboh ke atas Sabah pada 11 Februari 20113.

    ReplyDelete
  24. Yang pasti kapal perang tersebut sengaja belayar keluar dari laluan asalnya dan agak pelik kenapa kapal secanggih itu boleh tersasar dan gagal mengenal pasti kawasan terumbu karang di kawasan Tubbataha Reef.

    ReplyDelete
  25. Pihak Tubbataha Reef Marine Ranger telah beberapa kali memberi amaran kepada komander USS Guardian supaya jangan menghampiri kawasan terumbu karang tersebut. Tetapi bagaikan dirancang USS Guardian tetap meneruskan perjalanannya dan enggan berhenti.

    ReplyDelete
  26. Timbalan Pengerusi WWF-Filipina, Jose Ma.Lorenzo Tan berasa hairan dan tidak percaya kenapa USS Guardian dengan sengaja menghampiri kawasan terumbu karang tersebut.Berdasarkan risikan Filipina, kapal perang tersebut telah melakukan satu operasi rahsia dan kehadiran mereka langsung tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina.

    ReplyDelete
  27. “The question is: Who did they inform? The governor of Palawan (Abraham Mitra) did not know. The Tubbataha Protected Area Management Board did not know. The Western Command (of the Armed Forces of the Philippines) did not know,”

    ReplyDelete
  28. USS Guardian mendakwa kapal mereka tersangkut di kawasan terumbu tersebut, ketika itu apabila pengawal marin Filipina cuba menghampiri kapal tersebut mereka diberi amaran dan USS Guardian bersedia untuk menembak pihak marin Filipina.

    “There were eight rangers on speed boats. And they could not even approach. The ship was on general quarters (alarm),”

    ReplyDelete
  29. Menjadi tanda tanya kapal perang tersebut telah dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara tergesa-gesa. Dalam sejarah Amerika inilah kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman bukan di medan perang.

    ReplyDelete
  30. Tidak mahu dedahkan Nama sebab takut kena saman sebab di jadikan sandiawara untuk kempen politik...kalau macam tu apa kekebalan pemimpin pembangkang sedangkan yang lain sudah ditangkap Dan di siasat polis.kalau hamidi Ada biji pelir dedahkan Nama mereka supaya rakyat Akan tolak mereka pru 13 ini.Ada beranikah syaitan-syaitan umnobn pukimak!ni.

    ReplyDelete
  31. Mcm2 la BN ni. Dulu pon sama, ada pemimpin pembangkang terlibat dlm insiden LDatu..senyappp lepas tu timbul pulak pnglibatan pmimpin pembangkang dlm isu tu. Sapa ?? Tak tau..kah kah kahh. Dah ada,sebut je nama dan heret ke mahkamah utk dihukum.

    ReplyDelete
  32. Jika Pakatan Rakyat Memerintah....

    "Apa yang kerajaan Pakatan Rakyat boleh buat, gred 41 ke bawah tak pelu bayar cukai jika Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan.

    "Dalam Islam cukai hanya untuk orang kaya sahaja," katanya ketika berceramah di hadapan puluhan ribu rakyat yang hadir di Presint 3 di sini malam tadi.

    Sementara itu beliau turut memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat juga akan menghapuskan cas 4 peratus pinjaman perumahan dan kenderaan bagi kakitangan awam.

    "Cas 4 peratus pinjaman akan kita hapuskan, Di Kelantan kita dah buat, tak bankrap pun" ujarnya.

    "Kita hapuskan peranan orang tengah," katanya.

    ReplyDelete
  33. Manusia tanpa iman suka menentang hukum-hukum Allah dan
    suka menghina ulama dan orang-orang mukmin.
    Ingatlah bahawa setiap dosa dan kemungkaran yang dibuat oleh manusia di dunia ini akan mendapat balasannya daripada Allah S.W.T.
    Firman Allah S.W.T maksudnya : "Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya .Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan sebesar zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya." (Surah az-Zalzalah ayat 7-8)

    ReplyDelete
  34. Manusia yang suka dedahkan aib orang mukmin ketika di dunia, aibnya akan didedahkan oleh Allah S.W.T. di hari akhirat. Ketika itu orang-orang mukmin akan mentertawakan golongan tersebut yang gembira dan mentertawakan orang mukmin ketika di dunia.

    Allah S.W.T berfirman maksudnya : “Barang siapa yang menghendaki kehidupan sekarang (dunia), maka Kami segerakan baginya didunia itu apa yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya Neraka Jahannam, ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir" (Surah al-Isra’ ayat 18).

    ReplyDelete
  35. main tuduh je la menteri umno yg bangang ni.....tau la dah nak kalah PRU...rakyat dah tolak mereka dah terdesak la tu....apa tujuan PR nak buat semua kerja bodoh ni...sedangkan jelas sokongan rakyat sabah memihak kepada PR sekarang.......

    ReplyDelete
  36. Zahid, please jangan memperbodohkan rakyat! Sultan Kiram yg kau cari tu, ahli umno keturunan Sulu. Ada IC, bekas Penolong Pegawai Daerah Lahat Datu 1974! Ini apa cerita Zahid? Dulu umno beri IC, sekarang gerombolan yg korang bagi IC itulah yg jadi pengganas. Sudah tentu ada antaranya ahli2 UMNO Sabah! Zahid, kau kena bersedia jadi pembangkang. Jangan bimbang, penjara Sg Buloh masih banyak yang kosong! KAMI UNDI PAKATAN RAKYAT!!!!

    ReplyDelete
  37. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan terutamanya orang yang dihormati masyarakat. Pada masa sama, perbuatan itu bertujuan untuk menonjolkan diri penyebar fitnah seolah-olah penyebar fitnah itu sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang difitnah itu.
    Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri penyebar fitnah dari syurga.

    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

    ReplyDelete
  38. 2 dari semenanjung iaitu menteri pertahanan dan menteri KDN ''teropong''....dan 1 dari sabah iaitu KM yg tak aman.....kan..!!!!pandaiiiiinye......

    ReplyDelete
  39. semua, statement zahid betul-betul berniat jahat dan memperbodohkan rakyat. Ya tak ya juga masih ramai yang bodoh. Ada kah perkara besar begini boleh ditangguh sehingga selepas tarikh piihanraya? Tak heranlah kalau yang bangang tu nak percaya terutama headhunter dan seangkatan dng nya...

    ReplyDelete
  40. headhunter...ini adalah perancangan pihak kerajaan untuk meujudkan huruhara bila pakatan menang.Pasti akan berlaku, Anuar ditangkap bila nk istihar PM.rusuhan pun berlaku.Najib akan cakap kerajaan pakatan tak setabil

    ReplyDelete
  41. Kami rakyat Malaysia dah lama jangka , pemimpin UMNO(BN) pasti akan mengeluarkan kenyataan mengaitkan pemimpin PR dgn insiden Lahad Datu. Dekat2 mengundi pasti akan akan keluar berita TV3, "pengganas Sulu yang dibicarakan mengakui pemimpin PR dalang Lahad Datu". Inilah berita kempen yg akan pemimpin UMNo(BN) mainkan....Kita tunggu dan lihat....

    ReplyDelete
  42. asalam, semua pembaca, semenjak DSAI bebas dari penjara dan segala tuduhan di mahkamah. pemerintah malaysia sering kali menuduh pembangkang malaysia sebagai dalang atau punca segala permasalahan di dalam negara kita, sedangkan yang memerintah negara ketika ini adalah mereka, seharusnya ada masalah dikaji dan di cari mana puncanya dan diperbetulkan, Nabi S.A.W pun pernah bersabda janganlah kamu mempersalahkan sesama manusia sebelum ada bukti yang nyata atau sahih.tq

    ReplyDelete
  43. Zahid Hamidi tu asalnye seorg cerdik kerana rela brada di belakang DS Anwar dn sama2 mringkup ISA. Tapiii..mngenangkn harta bertimbun2 kat rumah nun..mana boleh tahan yopp!! Lari le selamatkn diri.

    ReplyDelete
  44. headhunter, kita ini berpendidikan jgnlah mcm org yg tidak ada pendidikan.

    ReplyDelete
  45. jangan-jangan headhunter ni kelurga si kiram..kesian otak dah masuk air.

    ReplyDelete
  46. Setiap tuduhan kenalah berserta dengan fakta...Ini semua adalah bertujuan untuk memancing undi daripada puak2 yang suka sangat bergayut dengan utusan meloya yang bersifat berlawan arus dengan perkara yang benar...

    ReplyDelete
  47. Pemimpin umno bn memang berperangai begitu dia ingat orang akan percaya......standard tabika kemas mungkin akan percaya lah..macam headhunter kiram

    ReplyDelete
  48. 8 nyawa wira negara dah hilang lagi mau kias2 ka.... Dedah je la kalau dah pasti... Bodoh punya calon bagan datok

    ReplyDelete
  49. nak tutop kes Mat Bom ( ahmad malandi ) yg sebeanr dalang asal kes ini terpksa menteri UMNO pusing fakta.

    ReplyDelete
  50. Pengkhianat bangsa tak mau dedah ke Zahid? Kalau nko nak tau...tue mamakutty yang patut nko cari dulu kerana bagi IC pada pendatang asing.

    ReplyDelete
  51. Makin dekat 5/5/2013 Pemimpin BN akan mengeluarkan macam2 tohmahan yg dikatakn bukti2 penglibatan pemimpin pr dalam isu Lahad Datu....INI KALI LAH....VOTE 4 PR....

    ReplyDelete
  52. Itulah UMNO, kalau orang OKU (orang kuat Umno) yang buat semua betul.. tak ada yang salah walau pun sah dan sahih salah tetap betul jugak. Bila orang dah sedar mereka salah mulalah letakan kesalahan itu pada orang lain..Mari kita tukar ..Ini kalilah!!!!

    jom headhunter,mantera ini kalilah tukar!!!!

    ReplyDelete
  53. Zahid Hamidi jangan suka buat andaian. Jika tiada bukti untuk dikemukakan. Kenapa lah menteri BN sekarang nie, kalau bercakap ikut sedap mulut. Apa tujuannya. Janganlah nak huru harakan fikiran dan keselamatan rakyat. Dan janganlah menambah rasa kebencian Rakyat dengan menteri BN lagi. cukup-cukuplah.... Rakyat dah benci nak baca berita yang dikeluarkan oleh kerajaan BN. Semuanya baik dan cantik belaka. seolah-olah kerajaan BN nie mentadbir negara cukup bagus, ermmmmmmm

    ReplyDelete
  54. Kita Yakin Anggota Keselamatan Kita Yang Ikhlas Bertugas Membuat Risikan Dan Telah Berjaya Mendapat Maklumat Yang Benar. Malangnya Maklumat Risikan Daripada Anggota Keselamatan Yang Ikhlas Ini Telah Di Sembunyikan Oleh Tangan Tangan Ghaib............ Saya Sangat Yakin Dan Percaya Dengan Keupayaan Anggota Keselamatan Kita..............Kebenaran Hanya Akan Dapat Kita Ketahui Apabila Kerajaan Tidak Merogol KeProfesionalisma Anggota Keselamatan Kita Sehingga Mereka Tidak Berani Menegakkan Kebenaran Dan Keadilan........ Hanya Dengan Mengubah Kerajaan Sahajalah Akan Dapat Mengembalikan Kehebatan Anggota Keselamatan Kita Ketempat Yang Sewajarnya .........Memang Benar Anggota Keselamatan Kita Memegang Logo Harimau Dipakaian Seragamnya. Tapi Apalah Gunanya Kalau Ia Hanya Menjadi Sebuah Lambang Semata Mata.......Kita Semua Sangat Takut Berhadapan Dengan Harimau Yang Ganas Itu Apatah lagi Jika DiTerkam Oleh Harimau Itu....... Tetapi Harimau Yang Menjadi Simbol Kehebatan Dan Kegagah Anggota keselamatan Kita Hanyalah Harimau Yang Berada Di Dalam ZOO Sahaja.!!!!!!!!!!! 5 Mei Ini Akan kita Tentukan Samaada Kita Mahu Kekalkan Harimau Itu Di Dalam ZOO Sahaja Atau Kita Mahu Harimau Itu Benar Benar Mengerunkan Penjenayah Hari Ini Yang Semakin Berani Membuat Kesalahan Di Hadapan Balai Balai Polis Di Negara Kita.. (Menteri) Pemimpin Yang Tidak Bertanggung Jawab Mesti DiSingikirkan Daripada Jawatan Yang Mulia Ini..........

    ReplyDelete

  55. 35 tentera Sulu ditembak : Tentera Filipina sanggah Zahid Hamidi

    Angkatan Tentera Filipina (AFP) menolak dakwaan Menteri Pertahanan Malaysia bahawa pasukan keselamatan membunuh 35 tentera sulu...

    baru2 ni zahid ckp tentera filipina tembak pengganas lepas itu di nafikan oleh Tentera filipina itu sendiri...nampak betul penipu si Zahid nie..semua statement dia ckp TIDAK BOLEH DIPERCAYAI LANGSUNG dan tuduhan nie saya anggap tidak benar sama sekali..jgn salahkn rakyat kalo kredibialiti zahid sbg menteri pertahanan tidak dipercayai oleh rakyat sekiranya ada Statement didapati tidak benar...bikin malu saja..

    ReplyDelete
  56. kena siasat dgn teliti samada mereka benar2 dalang ataupun tidak

    ReplyDelete
  57. jika benar mereka terlibatm jgn biar terlepas, kenakan tindakan paling tegas terhadap pengkhianat tersebut

    ReplyDelete
  58. SEMUA PEMIMPIN BN dan PEMBANGKANG !!!! JANGAN MAIN 2..INGAT !!!mati nanti,,kita disoal balik dalam kubur..siapa kau waktu itu,,,DATUK,,DATO,,YB...TAN SERI..kenapa lah kamu semua suka kutuk mengutuk dalam waktu begini(pilihanraya)..berpelajaran tinggi konon..Cubalah kamu buat kebaikan..usah lah kamu nak cari kelemahan seseorang,,sampai nak sebarkan kpd semua rakyat..BEGINI KAH SIFAT KEPIMPINAN MALAYSIA..CUBALAH KAMU BERSATU SAHAJA..BERBAIK BAIK SEMULA.. (BARU LAH MALAYSIA BERWAWASAN)..fikirlah

    ReplyDelete
  59. Serahkan kepada rakyat sendiri untuk menentukannya.

    ReplyDelete
  60. Kes ini perlukan siasatan yang terperinci. Kami berhak mengetahui kebenarannya.

    ReplyDelete
  61. Dalang harus dikesan agar tidak mengancam perkembangan.

    ReplyDelete
  62. “Maklumat kini sudah terkumpul dan semua butir-butir itu akan diserahkan sepenuhnya di Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,”

    Kami menantikan perkembangan selanjutnya.

    ReplyDelete
  63. Banyak tuduhan yang belum disahkan.

    ReplyDelete
  64. The establishment of ESSCOM, which will operate temporarily from the marine police base here pending the setting up of its headquarters, was announced by the Prime Minister on March 7 during his visit to look at the Ops Daulat military offensive against the Sulu terrorists in the Felda Sahabat plantation, about 130 km from here.

    ReplyDelete
  65. Najib said 36 of the 48 key posts in ESSCOM have been filled while the rest would be filled soon.

    ReplyDelete
  66. ESSCOM is the enforcement agent for the Eastern Sabah Safety Zone (ESSZONE) which covers 10 districts along a stretch of 1,400 km in the Sabah east coast, and is aimed at safeguarding the sovereignty and security of the state’s east coast following the terrorist intrusion.

    ReplyDelete
  67. ESSZONE covers the districts of Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna and Tawau.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.