DAP telah memaklumkan kepada semua 51 calon Parlimen dan 103 calon DUN negeri dari parti itu supaya menggunakan logo roket terlebih dahulu semasa penamaan calon esok, dan menunjukkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) surat kebenaran yang ditandatangani oleh Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.
"Jika sekiranya kami tidak boleh menggunakan simbol kami, kemudian baru tunjukkan kepada mereka surat kebenaran yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali," kata Lim dalam satu sidang akhbar hari ini.
Arahan itu dibuat selepas DAP memutuskan untuk menggunakan logo PAS dan PKR untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang pada 5 Mei.
Lim berkata dua surat kebenaran telah ditandatangani oleh parti itu dan PAS untuk calon-calonnya.
"Ini adalah peluang terakhir kami untuk menggunakan simbol roket tetapi jika tidak boleh, kita akan guna simbol PAS," kata Ketua Menteri sementara Pulau Pinang itu.
Sebelum itu, Pengerusi DAP Karpal Singh berkata calon DAP akan menggunakan logo PAS di semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak sekiranya mereka tidak dibenarkan menggunakan logo sendiri di hari penamaan esok.
Karpal berkata, keputusan itu diambil kerana sehingga jam 3 petang ini - tarikh akhir yang ditetapkan DAP - mereka tidak mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).
pakatan convention 191209 karpal with nik azizKarpal juga berkata tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.
"Ekoran itu, kami akan teruskan apa yang diputuskan semalam dan bertanding bawah lambang PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak," katanya ketika dihubungi.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi juga mengesahkan DAP akan menggunakan logo parti Islam itu di semenanjung.
Karpal sebelum ini meminta ROS menarik balik surat bertarikh 17 April sebelum jam 3 petang hari ini dan tidak akan memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan ROS itu.
Surat itu dihantar ekoran dakwaan berlaku kesilapan teknikal dalam pemilihan parti tu tahun lepas.
Tindakan itu diambil walaupun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan bahawa DAP masih boleh untuk bertanding walaupun tanpa pengiktirafan ROS.
"Saya telah tandatangan semua watikah untuk calon DAP (bertanding di semenanjung)," kata Mustafa sambil menyifatkan langkah itu sebagai "bersejarah" untuk PAS.
Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng memberitahu sidang akhbar di Sibu bahawa surat kebenaran bertanding di bawah PKR kini dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke negeri itu
Katanya, PAS sudahpun menghantar surat kebenaran mereka
yang tiba pagi ini dan telah diserahkan kepada calon-calonnya di kawasan luar bandar kerana bimbang surat kebenaran dari tidak sampai pada masanya.
Sementara itu, pengarah pilihan raya DAP Sabah, Fred Fung berkata surat kebenaran dari PKR untuk calon-calon DAP kini dalam perjalanan dari Kuala Lumpur.
"Orang kita menunggu di Kota Kinabalu sekarang untuk mengambil surat tersebut dan menyerahkannya kepada calon-calon kami di Sandakan dan Melalap," katanya ketika dihubungi.
Sandakan dan Melalap masing-masing terletak 319km dan 157km dari Kota Kinabalu. -MK
Friday, April 19, 2013
Bulan Atau Roket, Yang Penting BN Tumbang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Belum bertanding sayap roket dah patah. Masalah berpunca dari pemimpin-pemimpin DAP sendiri yang tidak tahu mengurus parti. Kalau sekadar parti pun tak tau nak urus, bagaimana nak urus negara?
ReplyDeleteNak guna simbol bulan???? Bulan pun semakin gerhana. Ramai pemimpinnya terlibat. dengan skandal seks. Nak guna simbol PKR??? Simbol parti PKR tu macam jubur koyak.
yg pastinya bukan pangkah calon parti dacing senget...
ReplyDeleteEra Mahathir UMNO dibatalkan pendaftarannya oleh pendaftar pertubuhan, yang ada sekarang UMNO baru. Banyak pemimpin UMNO cakap 'parti pun tak pandai urus bagaimana nak urus negara?. Cakap ini boleh pakai untuk DAP dan UMNO juga. Cuma Pakatan boleh belajar dari kesilapan UMNO dan DAP ini supaya lebih berhati-hati sekiranya mentadbir negara nanti.
ReplyDeleteMuka pemimpin PAS yang berdiri dua dari dalam gambar di atas mirip pelaku yang berzina dalam video yang telah diedarkan dalam internet. Mungkin kah dia orang yang sama? Tepuk dada tanya nafsu.
ReplyDeleteMUka pemimpin PAS yang berdiri dua dari kiri dalam gambar di atas mirip pelaku yang berzina dalam video seks yang diedarkan dalam internet. Mungkin kah dia orang yang sama? Tepuk dada tanya nafsu.
ReplyDeleteBgitulah perangai dn kerosakn pemimpin dn penyokong UMNO/BN!! Bukan mggmbarkan prgai mereka baik tetapi akhlak trlalu burk dn rendah tiada nilai!!! Sift pemimpin dn penokongnya jk org mgaku islm hnyalah pd nama lgsung sdktpun tdk melmbgkan prgai islam sudhlah suka mncipt video seks tetapi lgsung tdk takut hukum Tuhan suka pembohong dn pemitnah!!! Reka video palsu yg dilakun lepas tu sndiri tuduh org lain hnya krn mirip org lain....org UMNO/BN pakar puterbelit dn menonton wayang P RAMLI yg bnyk memberi gmbaran baik tetapi tdk dimanffatkn kpd kbaikn. Org UMNO lbh sk buat fitnah krj2 buruk dn jijik bertuhankn syaitan!!!! Ada Org2 bukn islam bnyk bercakp lbh bk dpd org mgaku islm sdgkn islam tiada prkra hasd dgki dn fitnah apa kan lg mncipta video palsu dn tuduhn meluluh speti anda brkata tnpa fakta dn tdk mgguna akal. Tolg jwb,knpa Datk Najib TAKUT DEBAT dg DSAI?...Siapa mnjd dalg atas pembunuhn prmpuan Monggolia Altantuya?....sudh mati ditmbak siapa dalg benarkan guna BOM C4 untk mayt diletupkan?...Datk Najib kata Saiful datg jumpa untk urusan biasiswa, apa potgn saiful untk jmpa Datk Najib sedgkn ada pgawai urusan biasiswa?....selpas itu Saiful Bahalul buat knyataan bersumpah laknat katanya DSAI telah meliwat?.....
ReplyDeleteUMNO/BN pd hari ini dn selamanya SUDAH TAK RELEVAN LG!!! Rakyat perlu TUKARRRR!!! Undilah PAKATAN. YB LIM GUAN ENG dipnjara oleh Pemimpin UMNO/BN hnya krn mahu membela gadis MELAYU bawah umor yg telah dirogol oleh BEKAS ketua menteri MELAKA!!!!!
ReplyDeletebukan mudah nak tumbangkan BN
ReplyDeleteCuma 1 lambang je, ini juga sengaja dimainkan.
ReplyDeleteAkhirnya kes ini sudah berakhir. DAP tetap dengan logonya.
ReplyDeleteBN tetap akan menang, cuma berbeza berapa kerusi yang boleh menang berbanding PRu12.
ReplyDeleteMereka boleh berjuangan bawah apa pun lambangnya.
ReplyDeleteArahan itu dibuat selepas DAP memutuskan untuk menggunakan logo PAS dan PKR untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang pada 5 Mei.
ReplyDeleteAs long as they still work and strike for the people, indeed they can gain more support no matter what logo they are using. Recognise the people.
Itu cuma satu lambang sahaja. Yang penting adalah calonnya.
ReplyDeleteDAP masih boleh bertanding.
ReplyDeleteSerahkan kepada rakyat untuk menentukannya.
ReplyDeleteSetiap parti pembangkang mahu muncul sebagai parti yang paling banyak merangkul kerusi parlimen dan DUN bagi calon mereka dan ini menyebabkan pergaduhan hebat di peringkat bawahan.Demonstrasi demi demonstrasi dilakukan kerana ahli-ahli parti tidak menyetujui pilihan pucuk pimpinan atasan berhubung pemilihan calon.
ReplyDeleteIni menyebabkan jentera pilihan raya pembangkang di banyak kawasan terjejas teruk malah ada operasi bilik gerakan telah ditutup terus.Pemimpin-pemimpin pembangkang juga bertempiaran meninggalkan kawasan yang pernah mereka wakili dahulu pada PRU 2008.
ReplyDeleteAtas nama strategi politik sekali pun, tindakan mereka jelas menunjukkan pemimpin pembangkang hanya mementingkan kerjaya dan masa depan karier politik mereka sahaja sementara rakyat hanya dijadikan alat untuk mendapat undi dan kuasa.
ReplyDeleteMasalah dalam dalam DAP tidak selesai lagi.
ReplyDeleteTindakan pemimpin veteran Dap, Lim Kit Siang berserta beberapa tokoh parti itu yang berhijrah ke Johor kononya untuk menawan negeri itu dilihat sebagai perbuatan harakiri yang bakal menguburkan parti.Mungkin Dap sudah berasa terlalu angkuh, besar kepala dan mempunyai keyakinan terlalu tinggi untuk menawan negeri kelahiran UMNO itu tetapi jalannya amat sukar sekali.
ReplyDeleteKit Siang mengkritik MCA kerana kononnya parti itu tidak berani berdepan dengannya tetapi hakikatnya beliau sudah gugup daripada awal untuk bersaing dengan Menteri Besar Johor sebagai calon.Begitu juga dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang masih bergelut dengan masalah serius pertentangan dalaman parti berhubung calon pilihan beliau.
ReplyDeleteStrategi pembangkang yang tidak akan berjaya.
ReplyDeletePKR kini bergolak terutamanya di Sabah dan Sarawak kerana isu calon dan sudah ada indikasi akan berlaku pertandingan tiga atau empat penjuru jasil rasa tidak puas calon-calon pembangkang yang tidak terpilih.
ReplyDeletePas juga tidak terkecuali daripada menghadapi masalah dalaman parti menjelang hari mengundi pada 5 Mei depan.
Musyidul Am, Nik Aziz Nik Mat dilihat sebagai liabiliti besar kepada Pas walaupun beliau disanjung oleh sesetengah ahli parti.Sokongannya terhadap Anwar secara membabi buta dan fanatik sebagai calon Perdana Menteri pakatan pembangkang menyebabkan rasa tidak puas sebilangan besar anggota dan pimpinan Pas.
ReplyDeleteSkandal video seks yang didakwa membabitkan Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali amat memalukan parti yang kononnya memperjuangkan Islam.Dengan perlakuan seorang pimpinan kanannya seperti Mustaapa sudah tentu imej Pas akan terjejas teruk dari segi keyakinan rakyat.
ReplyDeleteDAP terlalu yakin akan menang, itu yang akan menjatuhkan mereka.
ReplyDeleteHakikatnya pembangkang tidak melayak mengelar diri mereka sebagai juara rakyat kerana yang diperjuangkan sebenarnya ialah agenda peribadi pemimpin-pemimpin mereka yang diselaputi pelbagai masalah peribadi dan kepimpinan.
ReplyDeleteAmong the projects underlined are rice planting, fish cage project, seaweed project, swiftlet project, high-value herbs projects, vegetable planting and fruits for the export market.
ReplyDeleteIn accordance with the provisions provided for agricultural development, support programs such as loan schemes with low interest rates were also increased in order to promote and encourage entrepreneur development
ReplyDeleteYahya added the Department of Agriculture would be implementing skills training courses in agricultural technology such as basic agriculture to create awareness and open the minds of those who are interested and aspire to go further in the field of agricultural entrepreneurship.
ReplyDeletethe government was aware that in order to enable farmers to achieve progress and durability to be competitive, they need a high knowledge in order to understand how to become a successful agricultural entrepreneur.
ReplyDelete