Wednesday, April 24, 2013

Mengapa rakyat berubah sokong Pakatan?

Secara imbas, peningkatan sokongan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat adalah kerana perubahan generasi yang baru sedang menolak BN.

Tetapi di sudut lain, apa yang menyebabkan perubahan ini ialah teknologi dan berlalunya ancaman komunis ekoran kejatuhan Kesatuan Soviet.

Dari segi teknologi, adanya kaset pada tahun 80-an, laman web pada tahun 90-an, blog pada tahun 2000-an dan laman sosial pada tahun 2010-an menjadikan usaha menguasai minda rakyat oleh BN semakin kurang berhasil.

Sementara berakhirnya ancaman komunis membuatkan sebarang langkah pengawalan maklumat dan penguasaan kegiatan atas nama keselamatan sudah tidak boleh diterima.

Ini bermakna kejayaan Perikatan-BN selama ini adalah kerana penguasaan maklumat dan kegiatan rakyat. Justeru, rakyat tidak memperoleh aliran pemikiran berbeza sehinggakan mereka menerima apa saja yang diberitahu.

Maka dalam hal ini kemenangan Perikatan-BN selama 13 pilihan raya termasuk yang diadakan pada tahun 1955 adalah atas ketidakdilan.

Masakan tidak, dari awal lagi parti-parti yang menentang Umno ditekan dan dinafikan hak yang sama. Pemimpin Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) umpamanya, ditahan secara ramai, dan sudah tentu kekosongan politik diisi cepat oleh Umno.

Selepas merdeka, syarikat Utusan Melayu diambil alih Umno dan serentak itu suara selain daripada Perikatan seperti PAS dan Parti Rakyat tidak mendapat sebarang ruang.

Itu belum dikira bagaimana pemimpin tertinggi PAS dan Parti Rakyat ditahan ISA yang serentak itu melumpuhkan sebarang tawaran politik alternatif.

Tindakan ke atas pihak penentang Umno dibuat atas alasan keselamatan negara, yang ketika itu diancam Parti Komunis Malaya (PKM) dan Indonesia.

Adalah tidak adil pemimpin parti politik yang menyertai demokrasi dianggap sebagai ancaman keselamatan. Adakah penahanan mereka benar-benar mengancam negara atautindakan itu dibuat atas kepentingan politik Umno.

Peristiwa 13 Mei telah menyempitkan ruang politik demokrasi. Lebih-lebih lagi BN ditubuhkan atas asas mengurangkan politik untuk lebih tumpuan pada pembangunan.

Sedangkan politik yang pelbagai mampu mengimbangkan pembangunan supaya tidak berlakupenyelewengan, kesilapan dan rasuah.

Sememangnya Malaysia menentang komunis, tetapi dalam tindakannya ia mengambil beberapa cara; ada yang baik, dan tidak kurang pula buruk.

Pertama, penguasaan ke atas media adalah seperti dilakukan pihak komunis. Ada buku diharamkan. Propaganda parti dengan slogan serta gambar besar pemimpin tidak jauh daripada amalan komunis.

Demokrasi tidak sepatutnya seperti itu. Akhirnya apa yang berlaku ialah kurangnya ruang untuk kritikan dan ia membawa kepada kelemahan dalam pelaksanaan dasar, maka ia jadi mediokrasi - kesederhanaan dalam pencapaian.

Tetapi paling penting, keadaan ini membolehkan BN menang mudah. Oleh itu kegagalan parti lain bukan kerana rakyat menolak mereka semata-mata tetapi mesej tidak dapat disampaikan.

Pada 1999, maka bermulalah revolusi Internet yang membolehkan rakyat menerima mesej alternatif. Buat pertama kali, beberapa kawasan telah ditembusi PAS.

Tetapi kegunaan Internet masih belum meluas dan kemenangan adalah terhad serta sementara.. Maka Abdullah Ahmad Badawi menang besar tetapi majoriti dua pertiga BN dinafikan pada 2008. Ketika itu Internet bertambah meluas.

Cuba bayangkan, kalau media tidak dikawal sejak pilihan raya umum pertama, nescayaUmno tidak boleh bertahan begitu lama. .

Namun dalam PRU13, pihak BN juga telah menggunakan Internet secara besar-besaran. Dengan peruntukan dan jentera besar, mereka percaya mengatasi pihak lawannya. Namun, rakyat sudah dapat menilai dan tidak sabar-sabar lagi mahu berubah!

Oleh ABU FIRDAUS

55 comments:
Write comments
  1. Peluang PAKATAN terbuka luas dalam PRU12 untuk bangkit sebagai pemerintah menggantikan BN lantaran masalah kepimpinan dalam UMNO. Namun PAKATAN masih juga gagal secara total walau pun dapat menawan empat buah negeri.
    Cabaran paling besar yang pernah juga UMNO/BN hadapi ialah semasa Tengku Razaliegh Hamzah menubuhkan Parti Semangat 46. Pun begitu, BN masih juga menang dan memerintah.

    Ternyata sokongan rakyat kepada BN masih kuat.

    ReplyDelete
  2. Tak payahlah buat cerita bodoh.. cerita dongeng. Rakyat dah tahu semua temberang PAKATAN ni. Semuanya dah jadi BARUA DAP.. Konon-konon ada keserasian ... Lastly PAS pun kena tipu, PKR pun terlungkup.. Jangan la mengarut. Jangan MENIPU Sejarah...

    ReplyDelete
  3. wahai saudara ku, kalau kamu sekadar melihat tv3 suku tu...jgn pandai2 nak berhujah unk mefitnah pakatan pembangkang, ini bermakna tahap pemikiran kamu masih d tahap budak tadika yg nak masuk kelas masih d hantar oleh ibubapa tapi mahu mengajar orang lain pula.Buka mata kamu seluas-luasnya dan cari maklumat yg tepat ..tapi bukan dari TV3 suku dan Utusan Malaysia yg tak bertamadun pengisiannya. fikir-fikirkan lah wahai saudaraku di SABAH semua terutama d Tawau. Tak ada salahnya kita beri undi kita pada pembangkang pada PRU13 ini...dan mereka juga warga Malaysia...mustahil mereka nak menghancurkan rumah mereka sendiri.

    ReplyDelete
  4. Ya betul itu kawan, saya sokong penuh cuba kita undi PR kali ini, tidak baik balik ke BN, kerana
    peyapu baru lebih baik dari penyapu yang lama.

    ReplyDelete
  5. ..hijrah telah menjadi lambang kejayaan dalam sejarah Islam..hijrah bermaksud berubah kepada sesuai yang lebih baik..manusia yang normal akan sentiasa berubah kepada yang lebih baik tanpa henti..ubah, ubah dan ubah sehingga mencapai kemuncak kebaikan..air yang bertakung akan rosak..kuasa yang terlalu lama bersarang akan menjadi penyakit yang merbahaya…kita tidak percaya penuh kepada mana-mana parti, tetapi kita percaya bahawa terus berubah dapat menjadikan kita memperolehi yang terbaik..ubah, ubah dan terus ubah sehingga dapat yang terbaik… – FB DrMaza

    ReplyDelete
  6. The prime minister Datuk Seri Najib Tun Razak has reinstated that Sabah remains as the ‘fixed deposit’ for BN (Barisan Nasional).

    ReplyDelete
  7. He was in Sabah where he is in his latest campaign trail where he visited Beaufort, Bongawan, Kimanis and Kuala Penyu where he also spoke to the people in Kota Belud through his mobile phone.

    ReplyDelete
  8. He said that despite claims of otherwise, Sabah remains as the fixed deposit or the vote bank for BN.

    ReplyDelete
  9. He added that the BN government is strong and has the ability to push Sabah for better development and greater heights.

    ReplyDelete
  10. He could see that their ‘fixed deposits’ is still very strong in Sabah.

    ReplyDelete
  11. Aku setuju kita ubah takbir

    ReplyDelete
  12. ketua UMNO bahagian tempatan yang juga calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor berharap anggota masyarakat khususnya para pengundi agar terus memberikan sepenuh sokongan kepada BN bagi meneruskan kesinambungan kemajuan dan kesejahteraan Putrajaya yang menjadi pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan.

    ReplyDelete
  13. Sokongan padu rakyat adalah amat perlu bagi membolehkan kerajaan sekarang meneruskan usaha melaksanakan projek-projek berimpak tinggi yang memberi manfaat besar kepada mereka,

    ReplyDelete
  14. projek-projek berimpak tinggi ini telah dijalankan sejak tiga tahun lepas melalui pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi yang mengutamakan peningkatan pendapatan rakyat.

    ReplyDelete
  15. Biarpun Malaysia secara keseluruhannya telah berjaya mencapai pembangunan lebih tinggi, apa yang lebih penting adalah impak positifnya kepada rakyat,

    ReplyDelete
  16. Tidak ada maknanya sebuah negeri atau negara itu maju tetapi rakyatnya miskin. Kerajaan mempunyai wang yang banyak tetapi rakyat tidak mempunyai apa-apa,” katanya.

    ReplyDelete
  17. Pihak pembangkang selalu membangkitkan isu rasuah untuk mengenakan pihak kerajaan. Untuk pengetahuan, isu rasuah adalah isu yang panas dan kerajaan bergelut mencari penyelesaian bagi memerangi rasuah.

    Lihat saja penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dahulunya dkenali sebagai Badan Pencegah Rasuah, Malaysia dan beroperasi penuh pada 1 Oktober 1967 sebagai suatu jabatan penuh.

    Ini adalah antara langkah kerajaan untuk mengurangkan kadar rasuah. Bukan itu saja malahan pihak penguatkuasa undang-undang juga dimantapkan lagi dengan penambahan jumlah anggota keselamatan bagi menguatkuasa undang-undang negara.

    ReplyDelete
  18. Walaupun kerajaan bersungguh-sungguh dan telus dalam urusan terhadap pentadbiran negara, pembangkang tidak berhenti serangan ke khabar angin murah dan muslihat kotor.

    Pembangkang kata kerajaan adalah parti keluarga, tapi jika diteliti dengan terperinci DAP Pulau Pinang, Lim Kit Siang mempunyai seorang anak perempuan sebagai ahli jawatankuasa DAP Newgeri pulau pinang dan menantu perempuan Lim Kit Siang adalah Wanita Pertama Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  19. Berpaling ke Pakatan??
    Banyak ahli-ahli PKR yang bertindak keluar parti dan menyertai UMNO. Masih mahu berkata bahawa rakyat berubah sokong pakatan? Ingat pada ahli-ahli PKR yang keluar parti?

    ReplyDelete
  20. 246 orang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR)di Tuaran bertindak keluar parti dan menyertai Barisan Nasional (BN). Apakah yang mendorong tnidakan mereka ini?

    Paling mengejutkan adalah mereka menyatakan mereka tidak lagi yakin dengan perjuangan pembangkang yang hanya pandai menabur janji-janji kosong.

    Mereka menyerahkan sendiri borang keahlian UMNO sendiri kepada kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sambil disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman

    ReplyDelete
  21. Ahli-ahli PKR ini atau lebih sesuai dipanggil bekas ahli-ahli PKR mengatakan bahawa mereka berasa begitu menyesal menyokong pembangkang sejak setahun lalu selepas terpengaruh dengan janji palsu mereka kerana golongan ini jelas hanya berjuang untuk diri sendiri.

    lantas, mereka juga memuji dan menyenangi semua bantuan dan tindakan BN yang banyak membantu mereka. Malah mengakui kemajuan dan kemudahan yang ada dikampung mereka adalah atas jasa dan usaha kerajaan BN.

    Kelantangan mereka bersuara untuk keluar dari parti PKr adalah didorong atas dasar kepercayaan kepada BN yang mampu menyediakan dan memberi masa depan yang cerah bagi ana-anak mereka.

    ReplyDelete
  22. Pembubaran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Batu Hampar, Parlimen Bukit Katil juga antara bukti yang menunjukan bukan di Sabah sahaja ahli-ahli PKR yang bosan dengan janji kosong dari pemimpin PKR.

    Seramai 143 anggota parti keluar parti, walaupun tidak masuk ke parti UMNO akan tetapi mereka memberikan janji yang akan terus menyokong kerajaan pada pilihan raya ke-13 ini.

    Tambahan pula mereka sudah tidak merasakan parti PKR adalah sebuah parti yang membela rakyat sebaliknya mereka menyedari bahawa UMNO dan BN memperjuangkan hak rakyat untuk hidup lebih selesa dan terjamin.


    ReplyDelete
  23. Di Permatang Pauh pula, sekurang-kurangnya 100 ahli PKR dan PAS nekad bertindak keluar parti. Nampaknya mereka telah sedar dan berpaling dari parti itu. Ini adalah kerana mereka sudah serik dengan kegagalan ahli parlimen kawasan itu yang tidak dapat membawa perubahan seperti yang di canang-canangkan dalam PRU-12 pada tahun 2008.

    Sama seperti yang berlaku di Melaka, bekas-bekas ahli PKR ini tidak masuk ke parti Bn akan tetapi berikrar untuk menokong Barisan nasional untuk memenangi PRU-13 pada 5 may ini. Harapan mereka adalah agar ada pemimpin yang mampu membawa perubahan kepada Permatang pauh.

    ReplyDelete
  24. SATU LAGI KEPINCANGAN DALAM PKR

    Lebih 200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Lembah Pantai bertindak keluar daripada parti itu semalam untuk menyertai UMNO kerana kecewa dengan perjuangan sia-sia dalam parti pembangkang itu selama ini.

    Jelas disini, sokongan terhadap PKR sudah semakin kurang. Mereka ini sebenarnya sudah tidak mempercayai kepimpinan Ahli Parlimen Lembah pantai, Nurul Izzah Anwar


    Antara janji yang PKR tidak tunaikan adalah janji untuk memberi bantuan untuk suri rumah sebanyak RM50, bantuan untuk orang kurang upaya, anak-anak yatim dan ibu tunggal semuanya hanya tinggal janji, tidak pernah ditunaikan

    Maka dengan itu, mereka juga turut menyeru supaya pengundi-pengundi dikawasan itu memberi mandat kepada barisan kepimpinan Barisan Nasional yang lebih berwibawa dalam mentadbir negara.

    ReplyDelete
  25. INI PULA YANG SETERUSNYA

    Di Bachok, Kelantan, 300 anggota PAS dari kawasan Dewan Undangan Negeri Dun Tawang, mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO. Tindakan mereka itu disebabkan kesedaran mereka terhadap arah tuju PAS. Bagi mereka PAS adalah parti yang sudah tersasar jauh daripada asas perjuangan menegakkan negara Islam

    Banyak lagi cerita yang mendedahkan kepincangan parti PKR ni. Kejutan dari ahli-ahli pembangkang di Pasir Salak benar-benar membuka mata pemimpin pembangkang kerana 60 ahli PAS keluar parti.

    Ketika sibuk mempersiapkan jentera pilihanraya 2013, pakatan pembangkang di Parlimen Pasir Salak terus dilanda badai apabila 60 ahli PAS mengisytiharkan keluar parti dan menyatakan sokongan padu terhadap UMNO.

    Seramai 428 pemimpin serta ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari parlimen yang sama melakukan tindakan sama dengan meninggalkan pakatan pembangkang kerana tidak lagi yakin dengan barisan kepimpinan parti.

    Malahan ahli-ahli yang keluar ini sempat memohon ampun atas kesilapan mereka bersama parti pembangkang selama 10tahun.

    Sudah tidak jelaskah kepada saudari/saudara kepimpinan PKR sudah semakin goyah. Gelombang Biru pasti menang!

    ReplyDelete
  26. Buyuk kenapa tidak kasi tahu Yg keluar BN sama tanding bebas,tidak adil ini BN , Ini kali lah tukar.

    ReplyDelete
  27. Parti pembangkang yang kononnya mendakwa mereka adalah "pakatan" rakyat sebenarnya gagal berpakat, malah bertanding sesama sendiri di beberapa kawasan pilihan raya umum ke-13.

    ReplyDelete
  28. Jika untuk bertanding kerusi pilihan raya pun gagal berpakat,apatah lagi untuk berpakat bagi mengendalikan pemerintahan negara.

    ReplyDelete
  29. Pakatan pembangkang bukanlah satu gabungan yang boleh menjamin masa depan negara dan rakyat. Mereka bukanlah gabungan yang besar, gabungan yang satu, falsafah yang satu.

    ReplyDelete
  30. "BN pun hendak perubahan, perubahan dari dalam. Kerajaan BN tunjukkan bahawa perubahan dan transformasi dilakukan dari dalam, tak semestinya ubah kerajaan tapi masa depan kita yang berubah (menerusi program transformasi kerajaan BN)." -Najib

    ReplyDelete
  31. Rakyat perlu menilai dengan bijak siapa yang layak untuk disokong bagi mentadbir negara ni.

    ReplyDelete
  32. TIDAK GUNA BERHIJRAH KE ARAH KEHIDUPAN YANG BELUM PASTI DIJAMIN

    ReplyDelete
  33. ALLAH HUAKBAR ALLAH HUAKBAR ALLAH LAH YANG MAHA BESAR.DAN BISA MENGUBAH HATI DAN JIWA RAGA MANUSIA.SEMOGA KITA DI SABAH INI DI BERI HIDAYAH NYA UNTUK BERUBAH DAN MENGUBAH FIKIR DAN FIKIRKAN CUKUP CUKUP SUDAH DAN AKU YANG TERSAKITI INI KALI LAH

    ReplyDelete
  34. Ya Allah tetapkan lah iman seluruh muslimin dan muslimat untuk terus taat dan patuh dengan kerajaan BN sebgaimana yang di sabdakan oleh kekasihmu Muhamad saw dalam hadis yang diriwayatkn oleh Ibnu Umar r.a.. Sabda Nabi saw: Setiap muslim WAJIB patuh dan setia terhadap pemerintah...."(Sahih Muslim)

    ReplyDelete
  35. TUMBANG UMNO/BN PADA 05MEI2013!

    ReplyDelete
  36. Anonymous said...
    April 25, 2013 at 1:12 AM...Apa yang ko merepek ni, sekarang ni, siapa yang gila kuasa. cuba jelaskan sikit. Ko reti ke x ni. Ada orang gila takut hilang kuasa, x paham lagi. Ko nak suruh PAS dgn Umno berpakat, jangan buta sejarah cik kak ooii. Bukan ke PAS dah pernah duduk sebakul dengan umno dulu dan telah dapat membantu memperolehi lebih dari 2/3 majoriti, tapi lepas tu umno tendang PAS keluar. Lepas tu kau nak suruh berpakat balik. Kalau ko, orang buat kat ko macam tu, apa yang ko buat. Orang yang berakal tak akan jatuh ke lubang yang sama.
    Bila bab DAP ni aku nak tanya ko, tau tak DAP tu parti berbilang kaum, dalam DAP tu ada Cina, Melayu, India dsb., walau pun peratusnya kecil. Cuba ko bandingkan dengan MCA , 100% Cina cik kak ooii. Bukalah mata, lihatlah sekelilng dan jangan lupa lihat dengan mata hati sekali.

    ReplyDelete
  37. UMNO itu kerajaan, Kerajaan itu UMNO inilah kata2 yang merosakan Melayu. Sebab itu JAWI pun jadi PAk Turut UMNO. Husam berlawan dengan Tg Adnan dari UMNO bukan melawan kerajaan. Kenapa JK surau diambil tindakan oleh JAWI??... Jalan-jalan di kampong ditulis " Satu lagi Projek Kerajaan BN.... mana ada kerajaan BN tapi itulah Melayu yang dibodohkan UMNO >55 tahun, Melayu dah sebati dengan kebodohan.

    ReplyDelete
  38. In sya Allah 5 Mei adalah sejarah Malaysia bertukar kerajaan ke PR,Jom ini kali lah TTUKAR JADIKAN SEJARA BN/UMNO.

    ReplyDelete
  39. PAS ditendang oleh UM/BN sebab pemimpin mengunting dalam lipatan. Telunjuk lurus kelinking berkait lurus. Bagi jawatan menteri jaga Felda tapi pujuk orng Felda masuk PAS. Nah! padan muka kena tendang. Nasib baik tak kena terajang oooooo

    ReplyDelete

  40. Kawan-kawan..kenapa Si Anuar masuk UMNO dulu?
    Kawan-kawan...kenapa si Anuar di pecat masa jdi TPM/Menteri Kewangan?
    Kawan-kawan...kenapa si Anuar kena penjara?
    Kawan-kawan..kenapa si Anuar tak berani berumpah laknat?
    Kawan-kawan..kenapa si Anuar....???

    LU FIKIR LAH SENDIRI.

    ReplyDelete
  41. Zaman madei rakyat masih x trhimpit dgn kos sarahidup, pabila kini kos idup telah melebihi kmmpuan rakyat majority akibt pemerintahan yg menguntungkan kroni srta penyelewengan.. . Senang cakap raja adil dsmbah dn zalim disanggah.. Apa guna pembangunan yg dilaungxkan hakikat rakyat makn trhimpit.. Kita pilih pmbngunn islam yg adil tdak mnzalimi kehdpan masyarakat. Gambr dacing tap berat seblah.. Apa barang.. . Puiiih.. .

    ReplyDelete
  42. Amalkanlah poltik adil dn brsih brulah krjaan dsanjung.. . Kebnaran akan sntiasa diatas. Tolak pmmpin temberang.. . ABU.. .

    ReplyDelete
  43. rkyat makan rasuah 1 ribu, 10 ribu, sprm tngkp. yg 1 juta 10 juta tu lps plak. terhad btul keupayaan sprm ni. tubuh mcm2 bdn pun, klo tak buat keja, x guna jg. ya'all boleh tgk sndiri la malaysia ni ranking ke brapa pasal aliran wang haram ni. tp xyah tgk malaysia la... tgk jak sabah ni, conth terbaik, sabah ialah negeri plng MISKIN d malaysia... padahal kita ni penuh ngn sumber2 yg boleh buat hidup kita, rakyat sabah ni hidup selesa...hahah, x juga mundur rakyat selangor diperintah pkr, malah makin prosperous lagi....

    xyah ckp bykla, korng pandai2la nilai2 sendiri, INI KALILAH TUKAR!!!!!!

    ReplyDelete
  44. The Sabah Youths Council (SYC) has urged the government to be responsive in providing correct, transparent and clear information to tackle provocative issues spread by irresponsible quarters.

    ReplyDelete
  45. SYC president, Kevin Lim said any delay in countering the negative reports would be difficult to convince the community particularly to the young people.

    ReplyDelete

  46. Speaking at the State-level Youths Day 2013 at the multi-purpose hall of Likas sports complex yesterday, Kevin said the youths have performed an important task this year in casting their votes to choose the government and advised them to be wise in evaluating the information they read from the websites and not to be easily influenced by sensitive issues.

    ReplyDelete
  47. “The youth also need to assess the recent election which was carried out in a democratic process like any other independent state rather than merely criticizing what they think is wrong in their eyes,” said Kevin.

    ReplyDelete
  48. Kevin also praised Chief Minister, Datuk Seri Musa Haji Aman who launched the event yesterday for having an understanding of the youths’ needs by coming up with various development programmes for these groups.

    ReplyDelete

  49. As such, he said SYC will continue to support the process of strengthening the spirit of unity as promoted under the 1Malaysia concept which emphasizes the elements of nationalism, acceptance and social justice.

    ReplyDelete

  50. The Rural and Regional Development Ministry will pay attention to the needs of the rural folks.

    ReplyDelete
  51. Its minister Datuk Mohd Shafie Apdal said this is appropriate as they have all the while been supportive of the Barisan Nasional government including at the recently concluded general election.

    ReplyDelete
  52. “I am confident that the promises made to the people will be fulfilled,” he told reporters during a thanksgiving gathering in conjunction with BN’s poll victory.

    ReplyDelete

  53. Shafie also said his ministry would draw up programmes that would bring about job and economic opportunities in the rural areas to prevent the rural folks from ‘migrating’ to urban areas.

    ReplyDelete
  54. These programmes, he said, would also help develop the rural areas. Previously, he said the focus was on providing basic infrastructure but now the ministry was seriously looking into creating jobs as well as economic activities in the rural areas. Meanwhile, Shafie said he would continue to speak for the people and listen to their problems. “I am proud to be a “menteri kampung” for the second time and I assure you I will work hard to ensure your needs and wellbeing are looked into,” he said. Also present was Sulabayan Assemblyman Datuk Jaujan Sembakong.

    ReplyDelete
  55. Furthermore, based on Malaysia’s strategic geographical location and strong connectivity networks with Asean, Najib said it is the ideal nation to facilitate business activities across the region.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.