Monday, April 22, 2013

35 peratus undi Melayu, BN Johor Boleh Tumbang

Perkembangan terbaru di Johor, 70 peratus pengundi kaum Cina kepada Pakatan Rakyat.

Ini bermakna Pakatan Rakyat memerlukan 35 peratus pengundi Melayu dan 55 peratus pengundi India untuk mengambilalih pentadbiran kerajaan negeri Johor.

“Sekurang-kurangnya boleh menafikan kemenangan dua pertiga Barisan Nasional (BN),” kata Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP), Hu Pang Chow.

Beliau akan bertanding kerusi parlimen Ayer Hitam menentang Datuk Wee Ka Siong dari MCA.

Beliau berkata, sokongan pengundi kawasan bandar di Johor kepada Pakatan Rakyat amat menyakinkan.

Bagaiamanapun, Pakatan Rakyat menghadapi masalah untuk mendapat pengundi Melayu di kawasan perkampungan tradisonal.

“Ini kawasan susah tetapi tidak mustahil,” katanya lagi.

Pakatan Rakyat memberi tumpuan kepada Johor ekoran beberapa tokoh besar bertanding di negeri itu dalam pilihan raya umum ke 13 ini.

Antaranya, Lim Kit Siang dari DAP yang bertanding di parlimen Gelang Patah, Slahuddin Ayub dari PAS di parlimen Pulai dan bekas Panglima Tentera Darat Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein dari PKR di Johor Baru. -FMT

60 comments:
Write comments
  1. Sy berbgga krn cina dn India sggup dn yakin memberi sokongn dn undi kpd PAS berbanding org Melayu hilang pedoman dn petunjuk kejaln baik yg smkin PAS mndpt smbutn baik dari Melayu islam dn bukan Islam TETAPI apa nsib org Melayu yg mgaku Islam tetapi tdk terima pemimpin Islam?......... Yg mana lbh baik, tentg org Melayu yg sokong UMNO/BN berhubg Chua soi lek hina islam dn tolak hudud di Mlaysia?...berbandg Lim Guan Eng sokong HUDUD dn membela anak GADIS MELAYU tlh diprkosa dn dirogol oleh pemimpin UMNO/BN yg drjana. UMNO/BN TOLAK dn TUKARRR rakyat perlu sokng dn UNDI PAKATAN.

    ReplyDelete
  2. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menawarkan penyelesaian isu tanah kepada rakyat Johor sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat mengekalkan penguasaan mereka di negeri berkenaan.

    ReplyDelete
  3. Khaled yang merupakan calon bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas itu juga berkata segala masalah rakyat Johor juga akan diselesaikannya jika BN kekal selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan dilaksanakan pada 5 Mei depan.

    ReplyDelete
  4. “Boleh balik tidur, isu tanah akan diselesaikan ... tapi jangan tidur sekarang, menangkan kita baru tidur,” katanya yang sebelum ini merupakan Menteri Pengajian Tinggi.

    ReplyDelete
  5. Khaled juga merupakan antara nama pemimpin BN negeri yang dikatakan bakal menjadi Menteri Besar sekiranya BN kekal di Johor, sekaligus menggantikan Datuk Abdul Ghani Othman yang telah menjawat jawatan tersebut selama empat penggal.

    ReplyDelete
  6. “Kepada pengundi Johor Jaya, saya masih Ketua Umno Bahagian, jadi saya akan jaga pengundi di Johor Jaya,” katanya lagi disambut sorakan 2,000 penyokong BN yang hadir dalam majlis pengenalan calon di Dewan Johor Jaya di sini.

    ReplyDelete
  7. BN meletakkan calon baru menggantikan Khaled di kerusi Parlimen Pasir Gudang, iaitu Normala Abd Samad, dan Tan Cher Puk mewakili DUN Johor Jaya, dan beliau berpindah ke kerusi DUN Permas dalam PRU 13.

    ReplyDelete
  8. Mat Sabu-pemimpin PAS menggelar pemimpin PAKATAN dengan gelaran SYEIKH ALJUBURI. Karpal Singh pula suruh pemimpin PAKATAN bertaubat kerana terlibat dengan aktiviti HOMOSEKS. Video terbaru mendedahkan seorang yang mirip pemimpin PAS terlibat berzina. Is this the leader you want?

    ReplyDelete
  9. Dalam majlis itu, Khaled turut mengumumkan penubuhan 36 Pusat Daerah Mengundi bagi Parlimen Pasir Gudang dengan setiap jawatankuasa dibantu 150 bilik gerakan dan 8,600 anggota jentera BN.

    ReplyDelete
  10. “Kita pasti akan menang dalam pilihan raya dan saya berharap bagaimana saya dapat sokongan kuat sebagai ahli Parlimen, begitulah juga sokongan kepada calon Parlimen yang baru,” katanya memberi peringatan kepada penyokong parti pemerintah itu untuk menyokong calon baru yang ditampilkan BN.

    ReplyDelete
  11. Pakatan Rakyat (PR) dalam kempen mereka di Johor dilihat bersungguh-sungguh menawan negeri berkenaan apabila meletakkan kepimpinan utama mereka di Johor dengan meletakkan Penasihat DAP Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub di kerusi Parlimen Pulai.

    ReplyDelete
  12. BN pula meletakkan bekas menteri besar Abdul Ghani untuk menentang Kit Siang di Gelang Patah, manakala penyandang kerusi Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed akan berentap dengan Salahuddin.

    ReplyDelete
  13. Majoriti penduduk di Johor masih kekal menyokong kuat kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah lama memerintah negeri itu, biarpun dikatakan akan berlaku perubahan angin politik pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan diadakan pada 5 Mei depan.

    ReplyDelete
  14. Kebanyakan penduduk di beberapa daerah di Johor yang ditemui menyatakan sokongan padu mereka terhadap kepimpinan BN, namun berharap komponen parti itu tidak terlalu selesa dan leka dengan kedudukan negeri itu sekarang.

    ReplyDelete
  15. kepimpinan BN sudah terbukti menjadikan Johor sebagai negeri yang maju dari segala sudut dan kemudahan infrastruktur berbanding negeri-negeri lain.

    ReplyDelete
  16. "Sudah tentu kami menyokong parti Umno kerana ia sudah membuktikan mampu memberi kemajuan pada negeri ini, namun begitu ia mungkin bagi pengundi seusia saya tetapi tidak bagi pengundi muda yang lebih suka melihat perubahan.

    ReplyDelete
  17. biarpun masyarakat Melayu di sini masih setia kepada Umno namun kepercayaan perlu dibalas dengan kesungguhan parti, mereka tidak boleh sambil lewa kerana menganggap berada di zon selesa

    ReplyDelete
  18. golongan belia mahu melihat pembaharuan yang dibawa oleh BN jika diberi mandat lagi untuk memerintah.

    ReplyDelete
  19. Orang muda kata bye bye bn...

    ReplyDelete
  20. 06.05.2013: kubu akan jd kubur...

    ReplyDelete
  21. Dari Ibnu Umar r.a, Nabi saw bersabda:"Setiap muslim WAJIB patuh dan setia kepada pemerintah.

    ReplyDelete
  22. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan mengingatkan para pengundi agar tidak terpengaruh dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan dan menolak Pakatan Pembangkang di dalam Pilihanraya Umum Ke 13 pada 5 Mei ini.

    ReplyDelete
  23. Menurut beliau, Pakatan Pembangkang tidak lain hanyalah mahu memecah belahkan masyarakat berbilang bangsa di negara ini dengan membawa budaya politik kebencian dikalangan rakyat.

    ReplyDelete
  24. “Mereka ini (pembangkang) cuba memecah belahkan keharmonian yang sudah wujud di kalangan masyarakat berbilang bangsa di negara ini dengan tohmahan dan fitnah yang tidak ada asasnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapa fitnah sapa bn lg kaki fitnah.. najib bapak fitnah

      Delete
  25. “Mereka juga hanya tahu berjanji, tetapi tidak tahu melaksanakan segala janji-janji mereka kepada rakyat. Lihat saja contoh yang berlaku di Pulau Pinang, di Selangor dan di negeri-negeri yang mereka kuasai hari ini, segala janji-janji mereka tidak dilaksanaka. Mereka hanya membohongi rakyat untuk kepentingan agenda politik mereka saja,” tegas beliau.

    ReplyDelete
  26. Tambahnya lagi, sikap kepimpinan Pakatan Pembangkang yang bertelagah sesama sendiri dalam pelbagai isu, termasuk isu pembahagian kerusi serta tidak ada persefahaman di mana setiap parti mempunyai tuju dan matlamat tersendiri sudah cukup untuk membuktikan pembangkang tidak mampu untuk mentadbir negara ini.

    ReplyDelete
  27. Jelasnya lagi, ini amat berbeza dengan pakatan parti politik di dalam BN yang sudah mempunyai rekod persefahaman serta satu matlamat dalam membangunkan negara sejak lebih 55 tahun yang lalu.

    ReplyDelete
  28. ALAHHUAKBAR/YA ALLAH MENANGKAN LAH PARTI YANG MENJUNJUNG PERINTAH MU.MENANGKAN LAH PARA PEJUANG PEJUANG MU DI BUMI MU INI.

    ReplyDelete
  29. Beliau seterusnya melontarkan keyakinan bahawa BN akan terus mengekalkan penguasaannya di peringkat kerajaan negeri dan juga pusat pada PRU ke 13 ini.

    ReplyDelete
  30. “Apa yang saya lihat, sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat dengan dasar-dasar dan program kerajaan yang hari ini yang membuktikan bahawa kerajaan BN benar-benar serisu dan komited dalam usaha untuk membela rakyat dan memakmurkan negara.

    ReplyDelete
  31. “Saya juga yakin bahawa sekiranya semangat jentera BN seperti yang diperlihatkan hari ini, dengan kesungguhan parti-parti komponen BN seperti MIC, MCA, Gerakan, PPP dan lain-lain yang berusaha meyakinkan rakyat agar terus memilih BN untuk menerajui negara, tidak mustahil BN mempunyai peluang cerah untuk memperolehi kemenangan 2/3 kerusi parlimen pada pilihanraya ke 13 ini,” ujarnya.

    ReplyDelete
  32. KENAPA ORANG ISLAM PERLU MENYOKONG BN?

    Sebab BN di bawah kepimpinan DS Najib telah BERUSAHA menolong rakyat Malaysia. Kita yakin Allah akan menolong DS Najib dengan dengan berkata DOA Nabi Muhamad Saw seperti yang disebut dalam sebuah hadis:

    "Dari Aisyah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah saw berdoa di rumah ku. Katanya: WAHAI ALLAH....SIAPA YANG MENJABAT SUATU JABATAN DALAM PEMERINTAHAN UMATKU, LALU DIA BERUSAHA MENOLONG MEREKA, MAKA TOLONG PULA DIA".(Sahih Muslim)

    Amiin Ya Rabbal Aalamiin.

    ReplyDelete
  33. Pembetulan: dengan berkat DOA...

    ReplyDelete
  34. Seorang Presiden UMNO hanya memerlukan undi 51% daripada lima ribu orang ini untuk menjadi Perdana Menteri, iaitu lebih kurang 2,600 orang sahaja...mahadey telah lama mengetaui perkara diatas..sebab itu mahadey kembangkan umno disabah..supaya mahadey kekal beerkuasa..org umno ptut sedar penipuan mahadey...mahadey seorang pengkhianat yg paling jahat...

    ReplyDelete
  35. Serangan kepada Lim Kit Siang (LKS) oleh Dr Mahathir sudah melewati batas etika kepimpinan dan ini merupakan igauan bagi mereka yang mahu demokrasi itu diterima dengan semangatnya sekali. Kemarahan Mahathir kepada LKS begitu ‘personal’ semata-mata kerana LKS bertanding di negeri kelahirannya di Johor. Apakah kesalahan LKS bertanding di Johor? Bukankah LKS boleh bertanding di mana-mana? Jika Mahathir sendiri merasakan mahu bertanding saya boleh pastikan yang LKS dan DAP tidak akan menegahnya dan sentiasa terbuka untuk menerima sesiapa sahaja untuk bertanding di mana-mana. Asalkan sahaja seseorang itu rakyat Malaysia yang sah, tidak berstatus bankrap dan tidak gila dan bercakap seorang diri, ia sudah cukup untuk melayakkan seseorang itu untuk turun sebagai calon menawarkan diri dalam pilihanraya negara.

    ReplyDelete
  36. Dr Mahathir tahu yang kemenangan LKS di Gelang Patah itu bukan satu perkara yang mustahil dan ramai berpendapat LKS akan menang. Tentulah Dr Mahathir sendiri tahu yang LKS akan berjaya menembusi kubu UMNO di Johor itu. Persoalan, apa kesalahan LKS di sini? Kenapa Dr Mahathir begitu tersentuh dengan tindakan LKS yang dibenarkan oleh perlembagaan negara. Dalam isu ini LKS telah melakukan tindakan ke Johor itu adalah selaras dengan peruntukan perlembagaan. Kenapa Dr Mahathir pula yang mesti menentukan di mana LKS bertanding?

    ReplyDelete
  37. Hakikatnya Dr Mahathir terlalu takut dengan kemenangan LKS di Gelang Patah ini. Sebabnya beliau sahaja yang tahu walaupun orang ramai boleh mengagak kenapa Mahathir tidak lelap mata dalam tidurnya. Mahathir sentiasa menggunakan isu perkauman untuk politik beliau. Semasa beliau terpecat dari UMNO asal dahulu, beliau menggunakan isu perkauman untuk menguatkan sokongan di kalangan orang Melayu untuk kembali dalam politik negara.

    ReplyDelete
  38. Apabila berkuasa Mahathir menggunakan isu perpaduan kaum untuk mendapatkan sokongan bulat rakyat berbilang kaum pula. Semasa itu Mahathir belasah orang Melayu kononnya Melayu ini bodoh dan sentiasa bersandar kepada politik untuk kehidupan. Pada beliau, Melayu tidak pandai dan Melayu wajar membuang tongkat supaya belajar berdiri di atas kaki sendiri. Akhirnya beliau sendiri menggunakan pengaruhnya di dalam UMNO untuk mengeluarkan wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaan anaknya yang terbengkalai dengan hutang berbillion ringgit. Saudara dan saudari sendiri serta kita semua ini terpaksa melepaskan bala perniagaan anaknya dengan menggunakan wang ringgit kita yang hampir RM2billion.

    ReplyDelete
  39. Mahathir telah menewaskan semua musuh beliau dalam politik samada dalam UMNO dan luar UMNO. Sekarang beliau berhadapan dengan kehendak alam (nature). Kalau semua orang datang membantu Dr Mahathir pun, beliau sudah tidak dapat dibantu lagi. Semua rakyat akhirnya akan mengenali siapa Dr Mahathir sebenarnya. Mahathir tidak akan beruntung selamanya. Biarkan sahaja beliau bercakap seorang diri.

    ReplyDelete
  40. inilah penyakit zaman sekarang 'jiwa kacau' yang melanda ramai orang termasuklah tun M sendiri. Tidak faham kenapa dia telah memusnahkan kredibiliti sendiri untuk menjatuhkan harga diri. Betullah peribahasa melayu buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Inilah hasilnya. Perjuangan yang ikhlas pada mulanya atau memang sesekali tidak ikhlas dalam hidup tun M telah memakan diri sekarang. Hanya masa akan menentukan perjuangan beliau untuk bangsa melayu ini adalah benar atau palsu.

    ReplyDelete
  41. Tsunami politik yang memberi tamparan hebat kepada Barisan Nasional (BN) pada 2008 tidak akan berlaku, kata Timbalan Pengerusi MCA Selangor, Datuk Teh Kim Poo

    ReplyDelete
  42. Teh yang juga calon BN Parlimen Klang berkata, sokongan pengundi sudah kembali kepada kerajaan memerintah dan tidak menjangkakan tsunami itu akan berulang kembali.

    ReplyDelete
  43. "Terdapat pelbagai isu nasional pada 2008 yang menyebabkan tsunami besar yang menjejaskan kebanyakan daripada kami termasuk saya sendiri," kata Teh yang gagal memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandamaran pada pilihan raya umum 2008.

    ReplyDelete
  44. Walaupun tidak dipilih, beliau berkata BN terus berkhidmat kepada masyarakat menerusi pelbagai pusat perkhidmatannya.

    Di Klang, beliau berkata majoriti pengundi India kembali kepada BN manakala sokongan kaum Melayu kira-kira 70 peratus.

    ReplyDelete
  45. "Adalah tidak benar kita tidak mempunyai sokongan kaum Cina. Pada 2008, sokongan Cina amat rendah. Kami kini memiliki 35 hingga 38 pratus pengundi Cina," katanya dalam satu temu bual bersama The Star.

    ReplyDelete
  46. khususnya orang Melayu ditakut-takutkan oleh UMNO yang Melayu akan hilang di dunia ini dan hanya UMNO sahajalah yang berkebolehan untuk menyelamatkan orang Melayu….seolah-olah tidak ada elemen-elemen lain yang boleh menyelamatkan bangsa yang di pimpinnya seperti kehendak tuhan dan afa’al tuhan. Pemimpin-pemimpin UMNO pergi sejauh menuduh DAP sebagai pencetus 13 Mei dan isu inilah yang di timbulkan setiap kali pilihanraya tiba.

    ReplyDelete
  47. Pemimpin mereka akan berkata yang UMNO sahaja yang boleh memberi mereka makan. UMNO sahajalah yang boleh melanggar undang-undang kerana pengaruh UMNO boleh memberikan ‘immunity’ kepada penjenayah kolar putih. Hanya UMNO yang boleh memberikan pinjaman ratusan juta jika isteri atau suami mereka berada di dalam kabinet.

    ReplyDelete
  48. Hanya UMNO boleh melanggar undang-undang dan perjanjian dan hanya UMNO boleh memasukkan atau mengeluarkan sesiapa dari penjara. Hanya UMNO boleh melakukan penderhakaan terhadap Raja-Raja Melayu seperti yang berlaku pada tahun 1993 dahulu yang di ketuai oleh Dr Mahathir Mohammed. UMNO merupakan satu ‘tool kit’ untuk sesiapa yang memegang parti ini tetapi sekarang ini sudah terlalu banyak trend yang membuktikan rakyat sudah berani menentang ‘hegemony’ UMNO ini. Kenapa rakyat sudah berani? Jawapannya ialah kerana rakyat sudah tahu rupa-rupanya negara ini mereka yang punya, bukannya kepunyaan UMNO seperti yang mereka sebut dari dahulu hingga sekarang. Rakyat sudah insaf yang segala yang UMNO katakan itu kebanyakkannya merupakan tindakkan menyesatkan pemikiran mereka.

    ReplyDelete
  49. UMNO dan gelagat kepimpinan mereka yang seolah hilang punca dan panik kerana takut hilang kuasa. Hilang kuasa bermakna segala kemewahan, penyelewengan akan terbongkar. Segala kesalahan rasuah dan salahguna kuasa akan di bawa kemuka pengadilan. Itulah sebabnya pemimpin dan ketua UMNO sedang gila meroyan dan menjerit-jerit dalam dewan saja. kalau ke mahkamah nanti macam manala agaknya ?

    ReplyDelete
  50. Insya Allah BN akan memerintah juga akhirnya. BN terbaiiikkk.
    God willing BN will rule again..BN the best.
    Manjaddah wajaddah....

    ReplyDelete
  51. Majoriti adalah melayu, jika benar mereka sanggup berubah, tidak mustahil juga Johor jatuh ke tangan DAP.

    ReplyDelete
  52. PR serang Johor kali ini.

    ReplyDelete
  53. Minda orang melayu di kawasan perkampungan harus buka.

    ReplyDelete
  54. Tokoh besar seperti Lim pun sudah serang di Johor. Saingan ini pasti menjadi tumpuan.

    ReplyDelete
  55. BN cakap bila nak pilihanraya ni nak selsesai semua masalah penduduk johor. kenapa dulu tak nak selesai sampai rakyat bosan dengan bn. masalah jalanraya negeri dan persekutuan yang banyak rosak dan tidak dibuat terutama jalan dari benut ke pontian dah berapa lama tak selesai. masalah side table yang teruk dari jalan bp ke kluang pun tak dibuat. merbahayakan pengguna jalan raya. masalah yang paling besar adalah masalah perlaksanaan gaji minimum. majoriti rakyat johor adalah pekerja swasta dan sekarang kebanyakan pekerja lama mengeluh dengan perlaksanaan gaji minimum. dah kerja lebih 10 tahun gaji baru 900 lebih. orang baru, gaji dah sama dengan orang lama. menteri sumber manusia cakap dalam tv, kena buat penyelarasan semua peringkat pekerja untuk meningkatkan pendapatan pekerja kilang. menteri cakap tak serupa bikin, isu politik nak tarik pengundi baru. kajian tak habis dah laksanakan.

    Ada sumber berkata hutang negara dah meningkat 800 billion.....??? kalau purata interset 5% setahun, sehari kita kena bayar interest saje RM110 juta sehari. mana nak cekau duit banyak tu sekadar nak bayar interest je. sedarlah wahai rakyat malaysia, makin lama bn memerintah, makin banyak hutang yang rakyat kena tanggung........

    ReplyDelete
  56. International Monetary Fund managing director Christine Lagarde is confident that Malaysia will be able to realise its targeted four to five per cent gross domestic product growth this year.

    ReplyDelete
  57. Lagarde said she was impressed with the country’s growth record and its transformation into an emerging market economy.

    ReplyDelete
  58. Lagarde is on her three-nation tour of Southeast Asia, which will take her to the Philippines and Cambodia after Malaysia.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.