Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim membuat keputusan mengejutkan dengan bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar.
Beliau akan menentang calon partinya dari BN sendiri Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Idham Lim (PAS) dalam pertembungan tiga penjuru.
Sejurus sahaja disahkan sebagai calon, beliau juga mengumumkan keluar Umno dan melepaskan semua jawatannya dalam parti Melayu itu.
Selain naib ketua wanita Umno, Kamilia juga melepas jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua Wanita Umno Kuala Kangsar.
Manakala Bernama melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai berkata, Kamilia dipecat dari parti itu kerana bertanding sebagai calon Bebas.
Kamilia kelmarin berkata, beliau kecewa dengan “penghinaan” yang ditunjukkan BN dengan tidak meletakkan pemimpin tertinggi dari sayap parti iu sebagai calon.
Malah, tindakan itu menunjukkan bahawa BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya ke atas sumbangan pemimpin tertinggi wanita, beliau dilapor sebagai berkata.
Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun berkata tidak timbul soal beliau tidak diberi tempat kerana beliau sendiri menolak tawaran bertanding DUN Bukit Chandan.
Dalam pilihan raya umum lalu veteran wanita Umno Datuk Seri Rafidah Aziz mengalahkan Dr Khairuddin Abdul Malik dengan majoriti 1,458 undi di Kuala Kangsar. -MK
Saturday, April 20, 2013
Ribut : Kamalia Ibrahim keluar Umno, tanding bebas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Datuk Kamilia telah di tawarkan bertanding kerusi DUN dan dijanjikan jawatan exco sekiranya BN memerintah. Tapi lantaran sifat TAMAK, beliau menolak tawaran itu dan mahu juga bertanding kerusi parlimen sehingga sanggup menjadi calon bebas. Tindakan ini dianggap sebagai tindakan khianat kepada parti dan satu perjuangan yang meletakkan kepentingan sendiri melebihi kepentingan parti, bangsa, agama dan negara.
ReplyDeleteKesian DKI, tenaga, usaha dan sumbangan kpd UMNO selama ini akhirnya bukan sahaja tidak dihargai tapi diaibkan dgn melampau. Inilah UMNO sebenarnya.
ReplyDeleteOrang kuat Wanita pun kecewa dgn cara UMNO...inikan pula pencacai....Tapi aku kecewa gak pasal apa DKI tak kenang budi UMNO? sanggup cah keting UMNO?Mmg Najib tak patut buat bagitu terhadap sleeping partner nya...Musuhnya selama ini Zol Nordin di taja...Org kanan dianaktirikan...Bapak aku kalau utamakan anak tiri dia dari anak sendiri....mmg aku tak jenguk dah...Itu prinsip bro!! Apa pun tahniah kerana DKI berterus terang dan berani melawan...Menang belum tentu ...kalah dalam tangan!!!
ReplyDeleteitu lah UMNO,ditenom saudara kita Jamawi Jaffar sudah ada surat watikah tapi ditarik balik,memang dasar UMNO,dia janji BRIM 1200.00 bila menang dia cakap belum kira kawangan (pendapatan negara),bah rakyaat malaysia jangan terperangkap dengan Janji UMNO ini,kita nampak sudah keburukan nya.
ReplyDeleteDalam kes Datuk Kamili, UMNO tidak bersalah. Datuk Kamilia sebenarnya telah ditawarkan bertanding di kerusi DUN dan dijanjikan jawatan exco bila BN kembaliu memerintah. Tetapi oleh kerana sifaT TAMAK, Datuk Kamilia menolak dan mahu juga bertanding kerusi Parlimen. Ini bukti bahawa pemimpin wanita UMNO hanya berjuang untuk kepentingan dirinya sendiri bukan bedrjuang untuk parti. Jauh sekali berjuang untuk agama,bangsa dan negara.
ReplyDeletekerana tak dicalonkan, terus keluar dan nak bertanding. gila kuasa ke?
ReplyDeleteMalaysia has sent clear signals to those intending to threaten its security that the country will defend its sovereignty at all cost, said Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.
ReplyDeleteThe department had collected RM3.26 million from the civil service sector at federal and state levels, statutory bodies and sponsors.
ReplyDelete