Friday, April 19, 2013

Tiru Lagi: Nak Beri Air Percuma Di Selangor

BN Selangor disifatkan terpaksa menelan ego dan keangkuhan sendiri apabila berhasrat meneruskan pemberian air percuma kepada rakyat di negeri ini jika berjaya menawan Selangor dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Calon PAS Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tawaran manifesto BN ini jelas bercanggah dengan pendirian parti itu yang sebelum ini lantang mengkritik pemberian air percuma boleh memufliskan negeri.

Tegasnya, tawaran itu juga menunjukkan bahawa BN sekali lagi cuba menciplak apa jua manifesto Pakatan Rakyat (PR) baik di peringkat Persekutuan mahupun negeri Selangor khususnya.

“Kalau dakwaan mereka bahawa negara akan muflis kerana manifesto PR, maka apakah dengan mereka meniru manifesto kami di peringkat Persekutuan dan Negeri itu akan turut membankrapkan negara dan negeri? “Sedangkan semasa di awal pemerintahan PR dahulu, mereka membuat pelbagai kecaman dan kritikan antaranya termasuklah pemberian air percuma yang hanya merugikan Kerajaan Negeri.

Kalau begitu kecamannya, mengapa BN masih meniru program dan polisi PR Selangor,” katanya ketika dihubungi TV Selangor.

Terdahulu, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dalam satu kenyataan pada 3 Jun 2011 menegaskan untuk tidak mengusulkan kepada Kerajaan Pusat berhubung pemberian 1000 liter air percuma kepada rakyat kerana mendakwa tidak mendatangkan faedah.

Bagaimanapun, BN Selangor menerusi manifesto PRU-13 bercadang meneruskan program pemberian air pecuma kepada rakyat di negeri ini jika berjaya merampas Selangor daripada PR.

Tambahnya, jika Kerajaan BN benar-benar ingin membantu rakyat, maka seharusnya tawaran air percuma itu diperluaskan ke setiap pelusuk negara ini.

Bagaimanapun menurutnya, beliau tidak yakin usaha itu dapat dilakukan berikutan amalan monopoli dan kronisme masih diamalkan pentadbiran Umno-BN.

“Mereka boleh janji untuk memberikan air percuma, tetapi pengurusan air itu akan tetap diberikan kepada syarikat konsesi iaitu kroni mereka sendiri.

“Sepatutnya mereka boleh berikan air percuma kepada rakyat sejak dulu lagi, tetapi mereka tidak mahu kerana ia tidak mendatangkan untung kepada kroni,” tegasnya. -GB

24 comments:
Write comments
  1. BN kan suka meniru semua ditirunya 1 Malaysia pun ditiru dari One Israel!

    ReplyDelete
  2. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar akhirnya mengaku bahawa masalah sebenar air di Selangor kerana keengganan syarikat-syarikat konsesi menerima tawaran kerajaan negeri untuk menstruktur semula perkhidmatan air.

    ReplyDelete
  3. Krisis Air-Noh Omar Cabar Khalid Ibrahim

    Datuk Seri Noh Omar mengulas kenyataan Abdul Khalid yang mempelawa Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui serta para pemimpin BN melawat kawasan empangan di negeri menerusi Selangorku.com. Beliau menyifatkan bahawa kenyataan itu jelas menunjukan Menteri Besar Selangor itu sememangnya tidak memahami masalah utama dalam masalah bekalan air di Selangor. Beliau juga berpendapat mereka cube memutarbelit fakta yang sebenar mangenai perkara ini.Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, mencabar Menteri Besar Selangor supaya meminum air daripada empangan dan sungai di negeri ini.

    ReplyDelete
  4. Datuk Seri Noh Omar juga menjelaskan bahawa bekalan air di Selangor sebenarnya melibatkan air terawat untuk keperluan rakyat dan industri di negeri ini yang turut meliputi kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Jelas disini bahwa sumber air bersih dan terawat adalah tidak mencukupi bukannya sumber air yang mentah yang tidak mencukupi. Menurut beliau juga, di Selangor pada masa sekarang mempunyai tujuh buah empangan dan 34 buah loji rawatan air yang mampu memproses air terawat yang kemudiannya akan diagih-agihkan kepada pengguna di kawasan Lembah Klang. Hanya 4,371 juta liter air terawat sehari yang mampu diproses. Keperluan air yang diproses tidak mencukupi dengan jumlah purata air terawat yangdiperlukan di negeri ini iaitu sebanyak 4,322 juta liter sehari.

    ReplyDelete
  5. Masalah air di Selangor sekiranya berlarutan akan mengakibatkan pembangunan dan pelaburan akan tergendala. Reputasi Selangor akan sedikit sebanyak akan terpalit kerana issu air terawat ini, sebagaimana yang di ketahui umum bahawa air terawat di Selangor adalah untuk pengguna-pengguna di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan juga Putrajaya. Rizab air yang begitu sedikit iaitu kira-kira 2.4 peratus tidak membolehkan pelaburan dan juga perniagaan dijalankan seperti biasa.

    ReplyDelete
  6. Penduduk Selangor di saran oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin untuk memilih dengan jelas untuk mengelak daripada dilanda krisis air dengan mengundi secara bijak pada pilihan raya umum ke-13 ini. Belau juga menyarakan supaya memilih kerajaan yang mampu mentadbir negeri Selangor dengan cekap untuk tempoh lima tahun akan datang.

    ReplyDelete
  7. Mengulas tentang projek "Langat 2" Datuk Seri Peter Chin membidas kerajaan Selangor kerana tindakan mereka yang tidak mengeluarkan perintah pembangunan bagi loji rawatan air Lnagat 2, yang merupakan komponen penting dalam pelaksanaan projek pemindahah air mentah dari Pahang. Kenyataan dari kerajaan Selangor yang menyatakan air mencukupi untuk negeri itu dan juga Kuala Lumpur dan Putrajaya. Lampu hijau dari Kerajaan Perseketuan untuk memeruskan projek ini adalah untuk mengelakkan berlakunya krisis air jangka pendek.

    ReplyDelete
  8. Kenyataan lain oleh bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat menyifatkan usaha kerajaan negeri Selangor untuk mengambilalih beberapa syarikat air pada kos RM9.65 bilion sebenarnya tidak lebih daripada langkah politik untuk meraih lebih ramai undi.

    ReplyDelete
  9. What wrong with the idea, not harmful isn't it? In the end Selangor people will be the one who get the benefits

    ReplyDelete
  10. selangor akan dirampas kembali oleh BN...

    ReplyDelete
  11. jika BN dpt tunaikan janji mereka, pasti PR akan DIAM

    ReplyDelete
  12. April 22, 2013 at 9:42 AM :

    knp kerajaan BN x TUNAIKAN JANJI [air] sebelum PR mengambilalih pentadbiran selangor pd thn 2008? bila sudah jd pembangkang, baru ingat janji??? sy ingat haji logiut najib kc tinggal itu janji dlm kain sarung c roastporkmah...

    ReplyDelete
  13. Percumaan ini seakan membebankan kerajaan sahaja.

    ReplyDelete
  14. Bankrupt jikalau memberi air yang percuma.

    ReplyDelete
  15. Peratusan kemenangan BN & pembangkang di Selangor adalah 50-50.

    ReplyDelete
  16. Isu bekalan air sering dimainkan untuk tujuan politik.

    ReplyDelete
  17. BN sudah tiada cara lain untuk menambat hati rakyat.

    ReplyDelete
  18. Yang pasti BN akan menunaikan janji yang diberi.

    ReplyDelete
  19. Masalah bekalan air di Selangor sudah lama berlarutan.

    ReplyDelete
  20. Pembangkang sudah di beri peluang, namun tidak ada perubahan.

    ReplyDelete
  21. The government is committed in putting innovation as an important component of economic policy, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak yesterday.

    ReplyDelete
  22. It is an environment that empowers the man or woman on the street to push the boundaries of their abilities and achievements and influence socio-economic development of their immediate and extended community

    ReplyDelete
  23. Najib also praised technology and innovation, that enabled him to deliver this message to a 2,000-strong audience from 40 countries of the WIF-KL 2013 forum.

    ReplyDelete
  24. The prime minister noted that the Ministry of Science, Technology & Innovation (MOSTI), through its agency such as the Malaysia Innovation Foundation, has embarked into programme of discovery of innovative products and services at the grassroots level.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.