Sunday, April 21, 2013

Pertandingan di Sabah sedikit mendukacitakan

Kata seorang sahabat itulah demokrasi, semua orang boleh masuk calon dalam mana-mana pilihanraya. Betul tu, kata seorang kawan lagi. Sahabat seorang lagi menegaskan demokrasi begitu demokrasi sembrono, demokrasi kaki lima, demokrasi tak ada disiplin dan tak ada syarat dan rukunnya.

Menilai dan memikirkan situasi pertandingan PRU 13 di Sabah tak ubah seperti PRU 12 dan sebelum itu, semua parti dan pemimpin politik Sabah adalah ahli politik ayam mati, kata orang Sabah.

Maaf cakap, politikus Sabah masih mundur dalam berpolitik sebab masing-masing tak ada wawasan, masing-masing hanya fikir ego diri, melayan nafsu penting diri, fikir kelompok kecil sekeliling pinggang mereka saja.

Kerana itu 60 kerusi DUN dan 25 parlimen mereka kerumuni macam lalat kerumun bangkai gajah yang dibunuh di dalam hutan Sepilok sana. Nafsu mereka besar, tapi tenaga tak kuat manapun.

Sebagai rakyat biasa memang kami rasa kecewa memiliki pemimpin politik yang hanya fikir diri, anak bini, kawan, sahabat sekeliling, untung nasib diri, projek, jawatan KM, menteri, dan benda.

Ertinya mereka bukan ada wawasan untuk menjadi pemimpin besar yang membawa perubahan besar dalam politik negeri Sabah. Andai benar mereka pemimpin yang memikirkan perubahan dalam pimpinan negeri perubahan yang terbaik, sepatutnya pemimpin-pemimpin ini kena duduk bersama saling bertolak ansur, biar kita dapat sedikit hari ini, esok selepas menang menumbangkan umno/BN di Sabah tentu anda sekalian akan dapat lebih besar, iaitu amanah yang maha besar untuk memimpin, mentadbir dan mengurus negeri dengan lebih baik daripada cara umno/BN mentadbir negeri.

Sebenar dan sesungguhnya rakyat Sabah dah muak dan meluat kepada umno/BN Sabah dan Putrajaya. Rakyat Sabah mahukan pemimpin lebih baik yang amanah, yang tidak rasuah, yang tidak meratah harta negeri dan rakyat makan harta mak bapa mereka.

Para pemimpin umno/BN dah agih-agihkan harta negeri dan rakyat, secara khianat umpama perompak dan lanun di malam hari, satu untuk rakyat, 10 lagi untuk aku, 5 lagi untuk anak bini aku, 5 lagi untuk anak menantu aku, 5 lagi untuk krooni aku, 5 lagi untuk PTI yang undi aku, 5 lagi untuk macai aku, 5 lagi untuk ketua bahagian umno/BN, 5 lagi untuk..................

Inilah yang menyebabkan harta dan khazanah negeri hanya berlegar dikalangan penguasa elit, anak beranak dan orang kaya belaan mereka.

Sedang Allah Ta'ala mengingatkan kita semua di dalam Kitab Suci Al Quran Surah Al-Hasyr ayat 7 firman-Nya yang bermaksud:

"Apa saja harta rampasan yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya (Muhammad) daripada harta-harta penduduk kota-kota (dengan tidak berperang), maka adalah ia hak bagi Allah, Rasulullah, kaum kerabat (Rasulullah), anak-anak yatim, orang miskin dan orang musafir (yang terputus bekalannya). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar atau berlegar dikalangan orang kaya daripada kalangan kamu...".

Akibat tak mendengar dan menghayati perintah Tuhan, inilah yang berlaku di dalam negeri dan Negara kita sekarang. Yang kaya terus kaya, yang miskin tetap susah.

Kejahatan dan pengkhianatan penguasa elit politik sudah ditahap tak boleh dibiarkan lagi. Mereka baham, mereka bolot, mereka monopoli semua harta dan khazanah negeri dan macam harta syarikat dan harta mak bapa mereka anak beranak.

Jika rakyat tak sedar lagi, jika rakyat tak mahu bangkit lagi dan jika rakyat masih UNDI lagi umno/BN tunggulah saat kehancuran...

Kita lihat kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Kedah, Pulau Pinang baru lima tahun telah banyak usaha mengembalikan hak-hak rakyat secara lebih baik, kerana di sana kepimpinan yang amanah, adil dan taqwa sedang dan telah berusaha siang malam memperbaiki segala kerja buat umno/BN berpuluh tahun, asal jadi MB atau YB mereka berubah watak jadi tamak dan meratah segala harta dan khazanah negeri.

Kelantan lebih 20 tahun dipimpin oleh Tok Guru Nik Aziz, dia tetap dalam keadaan seperti sebelum jadi MB hidup sederhana, rakyat Kelantan boleh maju juga.

Sabah untuk berubah sedikit sukar

Untuk PRU 13 ini Sabah macam belum Nampak untuk berubah, disebabkan politikus Sabah yang tiada kelas.

Ya kita tak nafikan kita juga pada hakikatnya memiliki para pemimpin yang baik untuk memimpin negeri dengan lebih baik dan cemerlang, jika diberi kemenangan oleh rakyat. Tetapi mereka tidak cukup tenaga untuk menyambut sokongan rakyat yang mahukan perubahan. Kekuatan itu tidak menyeluruh.

Dalam kekuatan yang sederhana, dalam masa sama serangan dan tentangan daripada umno/BN siang malam dihalakan kepada mereka, maka kekuatan itu sukar untuk dikobarkan agar lebih kuat menggegar politik rakus dan tamak di Sabah.

Politik tamak, rakus, sombong dan haloba telah mengakarumbi dalam lubuk hati para pemimpin umno/BN yang juga meresapi hati, akal budi segelintir rakyat, secara kebetulan mereka memegang tampuk kuasa.

Rakyat yang hendak bangkit melawan arus politik tamak, rakus, sombong itu tersekat-sekat. Kekadang kuat, kekadang tidak.

Sebaik Datuk Lajim dan Datuk Wilfred serta rakan seperjuangan turun bersama rakyat membawa ombak perubahan itu, kita melihat ia akan bertambah kuat.

Ombak perubahan itu sebenarnya sudah melambung umno/BN Sabah, malahan rakyat Sabah bersedia untuk menggegarkan Seri Gaya dan Putrajaya.

Namun sedikit mengecewakan bila politikus Sabah yang tiada kelas telah bertindak ikut selera nafsu politik tamak, rakus dengan masing-masing mau tunjuk kuat.

Inilah yang terjadi 20/4/2013 ketika penamaan calon di DUN Sabah dan Parlimen cuma satu DUN saja satu lawan satu iaitu N59 Tanjung Batu antara Pakatan/PAS lawan BN/umno dan . Yang lain-lain semua lebih dari 3 penjuru. Umno/BN tersenyum lebar melihat situasi ini, mereka ada kelebihan sepertimana PRU 12 dulu, sepatut jika satu lawan satu Pakatan boleh dapat banyak kerusi DUN dan juga menambah beberapa kerusi Parlimen.

Hanya kebijaksanaan rakyat memilih

Itu saja harapan kita, rakyat Sabah mesti bijak mengajar pemimpin politikus yang tamak, rakus dan tiada kelas itu.

Rakyat dipersimpangan sebenarnya, hendak memilih umno/BN lagi teruk menang nanti mereka bertambah sombong, rakus dan tamak membaham harta rakyat dan negeri untuk diagih-agihkan sesama anak beranak mereka, krooni-krooni mereka dan macai-macai politik mereka.

Pilihlah yang terbaik dikalangan calon-calon yang bertanding. Baik akhlak, baik amanah, baik watak kepimpinan, baik kehidupan mereka dan boleh memimpin negeri ke arah lebih baik.

Jangan lihat kayanya, banyak duitnya. Takut yang kaya itu adalah seorang penyamun yang menyamun duit dan projek kerajaan di pejabat. Jika pemimpin kaki rasuah, khianat akan rosaklah negeri dan rakyatnya akan menjadi susah. Buktinya mereka jual IC kepada warga asing, mereka kayakan warga asing, mereka beri warga asing yang dapat IC secara jenayah itu berbagai kemudahan. Akhirnya, rakyat menderita...

Lihatlah akhlaknya, ilmunya, amanahnya dan taqwanya. Percayalah jika pemimpin yang amanah, selamatlah duit, harta dan khazanah rakyat. Jika pemimpin yang berakhlak selamatlah akhlak rakyatnya. Jika pemimpin yang taqwa selamatlah negeri, rakyat dan harta. Jika pemimpin yang berilmu akan majulah negeri dan rakyatnya.

Ya Allah kurniakanlah kami pemimpin yang baik, bertaqwa, amanah dan adil untuk memimpin, mentadbir dan menguruskan negeri kami.

Wassalam

UNDILAH CALON-CALON PAKATAN RAKYAT PAS/PKR/DAP DI TEMPAT ANDA!"

-Oleh : IbnuSabah

102 comments:
Write comments
  1. Betul dgn artikel ni. Politikus Sabah nampaknya mmbuatkn BN senyum lebar. Harapan mereka utk kembali brkuasa hampir pasti melihat kpd senario penamaan calon bg PRU ini. Yg pasti dasar2 yg dijanjikn oleh SAPP atau STAR akan kembali masuk dlm kabinet brlaci dan bukan kabinet exco kerajaan negeri.

    ReplyDelete
  2. Yahoooo! Tahniah untuk BN Sabah. Kebodohan PAKATAN menguntungkan BN. Terlanjur dah bodoh, bagi pengajaran pahit kepada calon PAKATAN dengan mengundi calon BN. POadanb muka diorang.

    ReplyDelete
  3. jagan percaya dgn SAPP dan STAR.mereka akan masuk BN lagi kalau menang kerna wang dan pangkat.

    ReplyDelete
  4. Part politik tempatan sabah bodoh dan harus hilang wang pertaruhan.

    ReplyDelete
  5. Kita usaha lebih, maka kita dapat lebih & yang lebih itu kita agihkan kepada keluarag, sanak-saudara dan rakan taulan. Kemudian apabila kenalan kita dapat lebih lagi dari kita, kita mulai rasa iri hati. Persoalannya...adakah kita akan giatkan usaha atau sekadar bertahan dengan usaha yang ada, kemudian mulai memperkatakan tentang usaha kenalan kita yang cenderung kepada negatif?...Jadi, apa bezanya dengan dakwaan artikel ini??? Kita rasa iri hati dengan politikus UMNO/BN yang rakus, tamak dan haloba. Selayaknya mereka dapat kerana mereka lebih & giat usaha...kita asyik dengar & lihat, tapi tidak mahu mencontohi mereka dengan merebut peluang yang ada. Tanya diri kita...adakah hak kita seperti perniagaan, pendidikan, pelaburan, profesion dinafikan? Semua kita layak jika memenuhi syarat. Cuma hendak menempatkan diri atau tidak...'I u can't fight them, join them'.

    ReplyDelete
  6. UMNO BAKAL KECUNDUNG SEBAGAIMANA BERJAYA, PBS DAN USNO... KINI MASA UMNO YANG DIPEGANG OLEH ORANG KAYA-KAYA PROJEK DAN MEREKA YANG KUNUNNYA INDA PANDAI KALAH BAKAL KALAH DAN SEDARLAH KEBONGKAKAN ORANG KAYA-KAYA PROJEK INI ALLAH SWT AKAN TAMATKAN DENGAN KUASA RAKYAT...AYOH RAKYAT SABAH MARI TUMBANGKAN PARTI ORANG KAYA-KAYA PROJEK INI...JANGAN TAKUT UNDI DI TANGAN ANDA JIKA MEREKA MAHU MENIPU SEKALI PUN TIDAK AKAN BERLAKU DENGAN IZIN ALLAH SWT...TAKBIR INI KALI LAH TUKAR...UNDILAH PAKATAN RAKYAT YANG TERDIRI DARI PKR, DAP, PAS, PPPS DAN APS... DOA KAMI TETAP BERSAMA PAKATAN RAKYAT AAMIIN YA ROBBAL AL AAMIIN

    ReplyDelete
  7. MARI TUKAR UMNO DENGAN PAKATAN RAKYAT KERANA SABAH NEGERI BANYAK SUMBER DIPEGANG OLEH ORANG KAYA-KAYA PROJEK...TETAPI NEGERI PALING MISKIN DI MALAYSIA SEBAB KEKAYAANNYA TELAH DIBAHAGIKAN DENGAN SESAMA KRONINYA...

    UNDI PAKATAN RAKYAT ANDA AKAN DAPAT

    HARGA MINYAK DITURUNKAN 7 MEI (SELEPAS PILIHANRAYA)
    PTPTN PINJAMAN ANAK-ANAK ANDA AKAN DIHAPUSKAN (TIADA HUTANG LAGI)
    ROYALTI MINYAK DIKEMBALIKAN KEPADA RAKYAT SABAH
    GAJI GURU-GURU KAFA DINAIKKAN KE RM1200
    GAJI PEKERJAAN ANAK-ANAK ANDA DI SWASTA DINAIKKAN SEHINGGA RM1100
    DAN BANYAK LAGI BAKAL DIUMUMKAN OLEH BAKAL PERDANA MENTERI KITA INSYALLAH

    BISMILLAHIRAHMANIRAHIM MAKA DENGAN ITU UNDILAH PAKATAN RAKYAT YANG
    TERDIRI DARIPADA PKR, PAS, DAP, PPPS DAN APS DEMI UNTUK MASA DEPAN
    ANAK-ANAK TUAN DAN GENERASI AKAN DATANG...AAMIIN

    ReplyDelete
  8. Saya setuju dengan Anon,April 2013 at 6.31PM.
    Orang yang kecewa adalah orang yang tidak mahu berusaha. Di Sabah ini, peluang luas terbuka kepada sesiapa juga yang rajin berusaha. Kalau sekadar dengki melihat orang lain kaya tanpa berusaha, sampai bila-bila pun kita tidak akan kaya. YANG BULAT TIDAK DATANG BERGOLEK, YANG PIPIH TIDAK DATANG MELAYANG. Ramai orang menjadi kaya tanpa perlu bergantung kepada parti politik.

    ReplyDelete
  9. Kita sama lihat keputusannyaiapasti memihak kpd pr

    ReplyDelete
  10. Tak payah tunggu hari menggundi. Dari senarai calon yang bertanding BN kekal memerintah walau pun mungkin kehilangan satu dua kerusi.
    Lain ceritalah kalau PBS dan UPKO tidak berada dalam BN.

    ReplyDelete
  11. Ramainya lalat dn langau dSabah ni yg mau jd pmimpin dan tk mau mngalah bg brsama dlm PR bg mnumbangkn BN. Bye bye pmbangkang jika ini gaya nya. SAPP STAR jwabnya mnang jd abu kalah lngsung le tk bguna.

    ReplyDelete
  12. Kamu urg sabah memang buduh bah..
    kamu urg sabah memang nda ada guna sama sekali bah..

    Telampau banyak makan kanilau...itu la buduh....

    ReplyDelete
  13. Kepada Anonymous, April,2013 at 11.28 PM

    Mungkin kamu orang suruhan Sultan Sulu sebab itu kamu kata orang Sabah buduh. Atau mungkin kamu mabuk dan dah tak tahu nak berhujjah.

    ReplyDelete
  14. menteliti penduduk sabah sebenarnya bisa d ubah dan d berikan penjelasan....bagaimana unk kita memilih parti yg baik, orang d luar bandar slalunya mudah di sogok dgn beras 5 kg, maggi 2 bungkus dan mcm2 lagi..terus nak memilih BN. (adakah harga diri rakyat cuma beras 5 kg dan maggi sahaja) . tapi saya rasa pastinya PRU 13 ni rakyat dah mula berfikir unk berubah. sbagai rakyat kita berusaha dan berdoa smoga kita sbagai rakyat akan mengubah kerajaan yg ada pada hari ini.

    ReplyDelete
  15. dengan ketiadaan kesepakatan parti pembangkang, khususnya di Sabah. maka, "taapun" saja untuk kamu semua. GERENTI kamu kalah...kerana semuanya hanya pentingkan diri sendiri. Tiada ciri-ciri untuk memperjuangkan apa yang sepatutnya...Tapi teringin sangat mau Jadi YB, mahu jadi popular, mau projek dan entah apa-apa lagi yang pasti untuk memperjuangakan hak-hak Sabah, Kosong + Zero. Bye-bye gaman, pulang kampis barait sajalah kamu semua.

    ReplyDelete
  16. Sabah Chief Minister Musa Aman has given his Barisan Nasional coalition the edge in the 13th general election which is two weeks away. Musa told the media outside the Libaran multipurpose hall after the nominations closed today that the ruling coalition is confident of winning the coming election due to the “strong cooperation among component parties”.

    ReplyDelete
  17. “The people’s confidence in Barisan Nasional and Prime Minister Najib Tun Razak is growing because of the BN’s AkuJanji manifesto which is the best and comprehensive,” said Musa who is also the Sabah BN chairman.

    ReplyDelete
  18. “We in BN have worked together among component parties and have been meeting the people to explain to them what we have done and implemented for the good of the people,” Musa told the media with which he has had a difficult relationship with.

    ReplyDelete
  19. “I believe the people will continue to support BN because we have the best manifesto apart from good and capable leaders. “What is important is for us to work together and strengthen unity to ensure success in the 13th general election,” he added.

    ReplyDelete
  20. On the five-cornered contest for the Sungai Sibuga state seat which he is the incumbent, Musa said it showed that democratic process is being practised and the government never prevented anyone from contesting or becoming a candidate in the elections.

    ReplyDelete
  21. PERTANDINGAN BANYAK PENJURU DI SABAH BUKTIKAN SEMUA PARTI PEMBANGKANG TERLALU TAMAK.. BELUMPUN MEMERINTAH, NAMUN BIBIT2 KEGAGALAN SUDAHPUN TERDEDAH

    Didorong oleh situasi politik dan ekonomi yang baik di negeri ini, banyak pemerhati politik meramalkan, BN Sabah pimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman bakal mengulangi kemenangan besar untuk pilihanraya umum ke-13 ini. Walaupun BN dijangka menghadapi tentangan hebat daripada parti pembangkang, namun dengan kesepaduan dan kesefahaman yang amat jitu, pastinya BN Sabah mampu mengulangi kecemerlangan itu.

    ReplyDelete
  22. PERTANDINGAN BANYAK PENJURU DI SABAH BUKTIKAN SEMUA PARTI PEMBANGKANG TERLALU TAMAK.. BELUMPUN MEMERINTAH, NAMUN BIBIT2 KEGAGALAN SUDAHPUN TERDEDAH

    Kejayaan Musa mentadbir negeri dengan baik adalah "kerana beliau adalah ketua menteri untuk semua", iaitu tidak ada kaum yang mendapat perhatian istimewa dan tidak ada kaum yang dipinggirkan sepanjang pentadbiran beliau. Walaupun seseorang pemimpin itu tidak mampu memuaskan hati semua orang, namun pemimpin itu tetap dianggap berjaya apabila mereka berupaya membawa pembangunan untuk dinikmati semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

    ReplyDelete
  23. PERTANDINGAN BANYAK PENJURU DI SABAH BUKTIKAN SEMUA PARTI PEMBANGKANG TERLALU TAMAK.. BELUMPUN MEMERINTAH, NAMUN BIBIT2 KEGAGALAN SUDAHPUN TERDEDAH

    Sesetengah orang berkata pemimpin cenderung memonopoli semuanya dan tidak membahagikan kekayaan negeri secara saksama. Dalam soal ini, jika sesetengah kawasan kurang membangun, semua ini disebabkan oleh wakil rakyat kawasan itu yang telah gagal menjalankan tugas dengan baik. Oleh itu, tidak adil menyalahkan sepenuhnya ketua menteri selaku ketua kerajaan negeri.

    ReplyDelete
  24. PERTANDINGAN BANYAK PENJURU DI SABAH BUKTIKAN SEMUA PARTI PEMBANGKANG TERLALU TAMAK.. BELUMPUN MEMERINTAH, NAMUN BIBIT2 KEGAGALAN SUDAHPUN TERDEDAH

    Sejak Sabah memperolehi kemerdekaan 49 tahun lepas, tiada pemimpin politik di Sabah yang sepopular Musa, terutamanya selepas UMNO/BN berkuasa di negeri ini pada 1994. Malah sebelum itu, populariti ketua-ketua menteri terdahulu termasuk Tan Sri Harris Salleh semasa zaman Parti Berjaya adalah tidak sebaik yang dinikmati Musa ketika ini.

    ReplyDelete
  25. PERTANDINGAN BANYAK PENJURU DI SABAH BUKTIKAN SEMUA PARTI PEMBANGKANG TERLALU TAMAK.. BELUMPUN MEMERINTAH, NAMUN BIBIT2 KEGAGALAN SUDAHPUN TERDEDAH

    Sejak lima tahun lepas, Musa telah berkomunikasi dengan rakyat menerusi 'bahasa pembangunan', dan ini diterima baik rakyat menerusi ungkapan ringkas beliau "di bawah pentadbiran Musa, anda boleh buat wang dan mempunyai kehidupan selesa tanpa banyak gangguan politik atau komunal".

    ReplyDelete
  26. PERTANDINGAN BANYAK PENJURU DI SABAH BUKTIKAN SEMUA PARTI PEMBANGKANG TERLALU TAMAK.. BELUMPUN MEMERINTAH, NAMUN BIBIT2 KEGAGALAN SUDAHPUN TERDEDAH

    Bagi saya, Musa mentadbir negeri dengan bijak dengan membawa pembangunan secara fizikal dan politik. Musa tahu mengenai keperluan rakyat kerana selama sembilan tahun ini, beberapa idea telah dilaksanakan seperti menarik pelaburan langsung asing (FDI) dan mempromosikan Sabah sebagai hab pendidikan (Sandakan).

    ReplyDelete
  27. PERTANDINGAN BANYAK PENJURU DI SABAH BUKTIKAN SEMUA PARTI PEMBANGKANG TERLALU TAMAK.. BELUMPUN MEMERINTAH, NAMUN BIBIT2 KEGAGALAN SUDAHPUN TERDEDAH

    Pada awalnya, Musa telah banyak mengorbankan popularitinya hanya untuk memastikan semuanya dalam keadaan baik termasuk perbelanjaan dan pengurusan kewangan negeri. Namun pengorbanan itu ternyata tidak sia-sia apabila Ketua Audit Negara menyatakan bahawa (kewangan) Sabah berada dalam keadaan baik dan di bawah kepimpinan yang baik. Secara tidak langsung, populariti Musa kembali menyerlah dan meningkat terutamanya ketika pilihanraya bakal berlangsung tidak lama lagi..

    ReplyDelete
  28. PERTANDINGAN BANYAK PENJURU DI SABAH BUKTIKAN SEMUA PARTI PEMBANGKANG TERLALU TAMAK.. BELUMPUN MEMERINTAH, NAMUN BIBIT2 KEGAGALAN SUDAHPUN TERDEDAH

    Selain aspek pengurusan kewangan, Sabah juga semakin menonjol apabila berjaya menarik banyak pelawat (asing dan tempatan) dan pelabur dari seluruh dunia. Lihat sahaja jumlah pelancong yang meningkat setiap tahun dan pelaksanaan pelbagai projek di seluruh negeri. Ini adalah petanda yang jelas bahawa Sabah berada di bawah kepimpinan yang baik dan tiada sebab untuk meminta perubahan.

    ReplyDelete
  29. PERTANDINGAN BANYAK PENJURU DI SABAH BUKTIKAN SEMUA PARTI PEMBANGKANG TERLALU TAMAK.. BELUMPUN MEMERINTAH, NAMUN BIBIT2 KEGAGALAN SUDAHPUN TERDEDAH

    Walaupun sejak awal tahun ini Sabah berhadapan dengan insiden yang menggemparkan negara, namun sektor perniagaan tetap berkembang maju, malah banyak sektor baharu sedang dibangunkan. Kebelakangan ini, banyak pelawat domestik berkata: "Sekarang susah mahu cari makan di Selangor. Sabah lagi bagus!". Kini ia merupakan kenyataan tipikal yang kita dengar daripada ahli perniagaan yang datang dari negeri-negeri lain. Setiap kali kita dengar kononnya pembangkang semakin bertapak di Sabah, itu hanyalah sekadar mimpi untuk menyedapkan halwa telinga pemimpin-pemimpin pembangkang.

    ReplyDelete
  30. PERTANDINGAN BANYAK PENJURU DI SABAH BUKTIKAN SEMUA PARTI PEMBANGKANG TERLALU TAMAK.. BELUMPUN MEMERINTAH, NAMUN BIBIT2 KEGAGALAN SUDAHPUN TERDEDAH

    Menukar seorang pemimpin yang berwibawa adalah sama seperti mengambil risiko besar. Impak baik yang diharapkan jarang-jarang menjadi kenyataan. Kita patut sentiasa bersyukur dengan semua yang dinikmati dan menganggap semua ini adalah rahmat daripada Tuhan.

    ReplyDelete
  31. PERTANDINGAN BANYAK PENJURU DI SABAH BUKTIKAN SEMUA PARTI PEMBANGKANG TERLALU TAMAK.. BELUMPUN MEMERINTAH, NAMUN BIBIT2 KEGAGALAN SUDAHPUN TERDEDAH

    Pengurusan kewangan kerajaan negeri dan dasar pengurusan hutan yang dilaksanakan Musa telah diiktiraf yang terbaik di negara ini. Musa, yang menerajui kerajaan negeri sejak sepuluh tahun lepas, bukan sahaja memastikan negeri akan terus makmur tetapi juga menjamin kestabilan politik, kesejahteraan dan pembangunan infrastruktur di negeri ini.

    ReplyDelete
  32. PERTANDINGAN BANYAK PENJURU DI SABAH BUKTIKAN SEMUA PARTI PEMBANGKANG TERLALU TAMAK.. BELUMPUN MEMERINTAH, NAMUN BIBIT2 KEGAGALAN SUDAHPUN TERDEDAH

    Sabah di bawah pimpinan beliau (Musa) sedang mengalami pembangunan pesat. Adalah adil untuk berkata bahawa Musa benar-benar komited untuk memenuhi harapan bukan sahaja rakyat malah anggota dan penyokong parti komponen BN negeri. Beliau juga merupakan pemimpin yang mengutamakan hasil, yang tidak teragak-agak menggunakan pendekatan segera menyelesaikan masalah. Contoh baik ialah bagaimana beliau mengendalikan Lembaga Industri Getah Sabah yang dilanda masalah.

    ReplyDelete
  33. PERTANDINGAN BANYAK PENJURU DI SABAH BUKTIKAN SEMUA PARTI PEMBANGKANG TERLALU TAMAK.. BELUMPUN MEMERINTAH, NAMUN BIBIT2 KEGAGALAN SUDAHPUN TERDEDAH

    Dengan populasi lebih tiga juta dan lapan parti komponen BN yang perlu diuruskan, saya pasti ketua menteri sedar akan cabaran yang dihadapi untuk memberikan yang terbaik untuk rakyat dan negeri ini. Pendek kata, pentadbiran Musa yang mengutamakan perpaduan tanpa mengira kaum, warna kulit atau fahaman, mendapat sokongan padu rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  34. Sekurang-kurangnya orang luar bandar tahu erti membalas budi berbanding dengan orang yang mengambil pemberian yang diberi tetapi bertindak menikam dari belakang orang memberi itu. Orang yang bermaruah sepatutnya tidak akan menerima pemberian yang diberi sekiranya mereka berhasrat untuk menyokong parti lain. Tidak mustahil ramai penyokong pembangkang yang telah menerima bantuan kerajaan seperti BRIM, Bantuan buku persekolahan dll. Jadi di mana harga diri mereka ini?

    ReplyDelete
  35. I agree that Sabah under the leadership of DS Musa Aman has progressed tremendously. He is the best Chief Minister so far. It is very unfortunate for Sabahan if we lost him.

    ReplyDelete
  36. Kenyataan Anonymous said, April, 22,2013 at 8.24am tidak sepenuhnya benar. Sebenarnya pemberian beras kah atau lain-lain pemberian tidak banyak mempunyai impak kepada mentaliti penduduk luar bandar untuk mengundi BN. Dalam pilihan raya dizaman kebangkitan kerajaan PBS dulu, yang melibatkan BN, BN telah memberikan penduduk pelbagai pemberian seperti zinc,astro dll tetapi pemberian itu langsung tidak mengubah sokongan penduduk luar bandar kepada PBS.

    ReplyDelete
  37. SAYA perhatikan PKR Sabah lemah. Lunglai dan tak bermaya. Ini harus diakui hakikat nyata. -Ismaily Bungsu, Mantan Pengarah Kebudayaan Sabah/Ketua Penerangan PKR Sabah

    ReplyDelete
  38. PKR Sabah tidak bersistematik dan cukup mengecewakan. Rebut2 mahu jadi calon dan ingat rezeki datang dari langit? - -Ismaily Bungsu, Mantan Pengarah Kebudayaan Sabah/Ketua Penerangan PKR Sabah

    ReplyDelete
  39. Cabang di Sabah ini terlalu lemah dan lemah sangat....entah hidup entah mati." -Ismaily Bungsu, Mantan Pengarah Kebudayaan Sabah/Ketua Penerangan PKR Sabah

    ReplyDelete
  40. Terima kasih Tuan Ismaily Bungsu kerana dedahkan kelemahan PKR Sabah. Memang ramai orang tahu Tuan adalah orang kuat PKR di Sabah.

    ReplyDelete
  41. Sumbangan tuan dalam memaklumkan kepada rakyat umum/pembaca dan menyatakan PKR Sabah adalah lemah memang sangat disukai. Kenapa? Sebab...rakyat tidak mahu sebenarnya mendengar pembohongan yang dibawa oleh PKR di Sabah.

    ReplyDelete
  42. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sebanyak 579 kertas penamaan calon bagi 222 kerusi Parlimen dan 1,324 kertas penamaan bagi 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sepanjang tempoh penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 10 pagi semalam.

    ReplyDelete
  43. Pilihan raya kali ini dilihat paling sengit memandangkan terdapat kawasan yang menyaksikan pertandingan tujuh penjuru seperti di Kunak, Sabah.

    ReplyDelete
  44. PAKATAN RAKYAT (PR) melabelkan rakyat Sabah sebagai "hamba" a.k.a "Peon" dalam memastikan perancangan kepimpinan di peringkat pusat PR tercapai bagi merampas Putrajaya dalam PRU-13 akan datang ini. Perkara tersebut dengan lantangnya disuarakan oleh parti SAPP Sabah.

    ReplyDelete
  45. Bagi SAPP, tindakan PR yang menidakkan peranan parti pembangkang tempatan di Sabah adalah satu tindakan "kurang ajar" yang menghina perjuangan rakyat Sabah sendiri. Menurut parti SAPP, kedatangan PKR ke Sabah adalah untuk memecah-belahkan sokongan rakyat tempatan kepada parti pembangkang tempatan Sabah dan mereka tidak akan berdiam diri kerana perlu mempertahankan kedudukan negeri Sabah.

    ReplyDelete
  46. Menurut seorang penyokong parti SAPP yang sempat ditanya oleh saya semasa pengedaran risalah SAPP pada 14 April yang lepas di Kota Kinabalu "....perang dengan BN adalah wajib tetapi perang dengan Pakatan Rakyat mesti dibuat secara besar-besaran kerana takut PKR akan tunggang-terbalikkan negeri Sabah nanti..."

    ReplyDelete
  47. RAKYAT TIDAK PERLU TUKAR KERAJAAN, HANYA NAIKTARAF DAN TAMBAH NILAI PENTADBIRAN. - JUMAT ..
    KITA DAH CUKUP BAGUS SELAMA INI.


    MENGGATAL: Calon Parlimen Sepanggar, Datuk Jumat Idris berkata, rakyat tidak perlu menukar kerajaan, hanya perlu menaiktarafkan serta menambahnilai pentadbiran di kawasan masing-masing.

    Beliau bersama dua lagi calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN, Karambunai, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid dan DUN Inanam, Joseph Paulus Lantip, juga masing-masing telah diberi nombor dalam kertas undi iaitu P171 – No. 4, N12 – No. 5 dan N13 – No. 3.

    Katanya, rakyat tidak perlu menukar sesebuah kerajaan hanya berdasarkan permasalahan yang wujud. Sebaliknya, sesebuah pentadbiran yang dikesan bermasalah itu boleh diubah dengan hanya perlu menaiktarafkan serta menambahnilai kelemahan-kelemahan pentadbiran dikawasan masing-masing.

    “Suka saya nyatakan di sini, kita tidak perlu menukar kerajaan. Apa yang perlu, hanyalah menukar pemimpin-pemimpin yang tidak dinamik,” ujar beliau.

    Jumat telah berkata sedemikian ketika berucap di Program Karnival Mini RTC Darau Laut, Menggatal disana, kelmarin.

    ReplyDelete
  48. RAKYAT TIDAK PERLU TUKAR KERAJAAN, HANYA NAIKTARAF DAN TAMBAH NILAI PENTADBIRAN. - JUMAT ..
    KITA DAH CUKUP BAGUS SELAMA INI. -


    Terdahulu, dalam ucapannya, beliau turut menekankan generasi muda pada masa kini kelihatan ramai yang melaungkan slogan-slogan yang menginginkan perubahan serta ekspresi-ekspresi marah kerana kepimpinan yang tidak berkesan.

    “ Jangan salahkan kerajaan, kerana kerajaan itu tidak bersalah jika kepimpinan seorang pemimpin itu tidak berkesan. Maka, itulah yang dilakukan kerajaan, menukar pemimpin-pemimpin yang tidak dinamik dalam pentadbirannya,” jelasnya.

    Katanya, generasi muda juga tidak harus membiarkan peluang keemasan mereka sebagai pengundi untuk memilih kerajaan yang mereka inginkan.

    “ Transformasi perubahan adalah untuk generasi muda. Maka, para generasi muda haruslah menggunakan sebaik mungkin peluang serta hak yang ada pada mereka. Seandainya, anda merubah kerajaan anda, untuk sesebuah kerajaan mencapai satu kejayaan hakiki, ia memerlukan masa 10 – 20 tahun untuk membuktikannya.

    “ Andainya, itu terjadi, anda, yang kini adalah generasi muda, harus berfikir, jika kini anda berusia 20 atau 30 tahun, maka, untuk anda kejar akan kejayaan hakiki daripada pihak lain, anda sudah berumur 30 dan 40 tahun. Ia merupakan satu jangka masa yang panjang,” katanya.

    ReplyDelete
  49. RAKYAT TIDAK PERLU TUKAR KERAJAAN, HANYA NAIKTARAF DAN TAMBAH NILAI PENTADBIRAN. - JUMAT ..
    KITA DAH CUKUP BAGUS SELAMA INI. -


    Jumat menekankan, Barisan Nasional adalah satu-satunya kerajaan yang telah memerintah melebihi 50 tahun dan pelbagai pembangunan dan transformasi telah dilaksanakan dan kemakmuran negara turut dinikmati segenap lapisan masyarakat.

    “ Saya yakin, generasi muda kini yang merupakan ilmuwan pasti dapat memberikan dan menyumbangkan idea yang lebih canggih dan padu dalam pentadbiran negara andai anda tahu menggunakan hak anda pada PRU13 ini iaitu pada 5 Mei,” katanya.

    Beliau turut menyatakan, tiada parti atau calon parti yang tidak baik, cuma pelaksanaannya itu sahaja yang masih tidak diketahui kecuali kerajaan BN yang memang telah terbukti dengan pemerintahannya.

    “ Saya meminta rakyat di sini supaya menilai sendiri kerja saya selama 4 tahun disini. Anda nilailah dan anda tentukanlah calon yang anda fakir sesuai dan layak untuk memimpin anda semua disini,” katanya yang turut meminta penduduk kampung disana memberi kebenaran kepada parti lain untuk berkempen sekaligus memberi mereka keadilan yang saksama.

    ReplyDelete
  50. Tukar Kerajaan
    Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keperluan mengubah kerajaan seperti dicanang pembangkang tidak timbul sama sekali kerana Barisan Nasional (BN) berjaya membawa banyak perubahan dalam tempoh empat tahun lalu untuk kesejahteraan rakyat.

    ReplyDelete
  51. "Kalau kita tak berjaya bawa perubahan, saya tak berani cakap seperti ini tetapi kita ada bukti seperti Pusat Transformasi Bandar (UTC), Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), pertumbuhan ekonomi kita juga lebih tinggi daripada unjuran Bank Dunia selain Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)1, BR1M 2 telah diberi dan insya-Allah akan menyusul seterusnya" Datuk Seri Najib Tun Razak

    ReplyDelete
  52. Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat menilai bagaimana pembangkang mahu membawa perubahan seperti dicanang sekiranya masih bercelaru dalam soal seperti calon pilihan raya yang menyaksikan dua parti mengumumkan calon di kerusi sama.

    ReplyDelete
  53. Pemimpin yang hendak dipilih juga perlu dinilai berdasarkan pengalaman dan rekod sebelum ini terutama jika pemimpin berkenaan pernah berada dalam kerajaan.

    ReplyDelete
  54. “Tidak ada sebab untuk menukar kerajaan yang sedia ada kepada pihak yang belum tentu dapat menjamin apa-apa.“Tidak pernah satupun cadangan yang dikemukakan oleh CUEPACS kerajaan menolak. Sebagai contoh ialah tuntutan kenaikkan dua peratus wang pencen kepada pesara penjawat awam,” kata Omar

    ReplyDelete
  55. Penjawat awam merupakan sebahagian daripada 13 juta pengundi berdaftar pada pilihan raya kali ini, serta antara penentu sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) untuk menawan Putrajaya

    ReplyDelete
  56. Wahai orang Sabah bangunlah Buka mata lihat ke hadapan ikuti Perkembangan politik semasa malaysia informasi di hujung jari anda,pandang kebelakang renung apa yg berlaku Di sabah "PATI tiada kesudahan / projek IC" kadaran cukai,royaliti minyak 5% berfikirlah demi masa depan orang sabah "ini kali lah tukar".

    ReplyDelete
  57. Percayalah menukar kerajaan itu adalah hak rakyat dan ia bukannya satu tindakan jenayah. Oleh kerana itu bukannya tindakan jenayah dan ia adalah perkara biasa berlaku dalam sesebuah demokrasi itu, maka kita hormati keputusan itu. Tidak perlu mana-mana pihak untuk melakukan perkara yang boleh menjahanamkan ketenteraan negara. Kita yang mengaku sebagai sebuah negara yang hampir kepada status negara maju melakukan jenayah di jalanan itu adalah contoh dari negara mundur dan negara ketiga sahaja. Kita bukannya Uganda semasa pemerintahan Iddi Amin dahulu. Pemimpin kita semuanya berpelajaran tinggi dan diharapkan pelajaran tinggi mereka itu akan membawa kita kepada kepimpinan yang beretika dan bermoral.

    ReplyDelete
  58. Rakyat Malaysia mesti tolak KIRAM (Kumpulan Import Rakyat Asing Masuk Mengundi) a.k.a Kumpulan Syaitan Yang DiKenali dalam PRU13.

    Ubah!!!!!!!Ini kalilah!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  59. Peralihan kuasa yg dlaungkan Najib banyak helahnya.. PR mentafsir 'peralihan kuasa' dari pandangan PR sbg Pembangkang ekoran sokongan padu rakyat yg mengikuti setiap sekuel ceramah,rapat umum dan sebagainya yg dianjurkan Pakatan di seluruh negara. PR menganggap peralihan kuasa yg dimaksudkan adalah PR akan menguasai Putrajaya dan membentuk kerajaan manakala BN akan mengambik alih posisi Pembangkang di dalam Parlimen. Hakikatnya, PR usah terlalu gembira dgn kenyataan Najib ini... Peralihan kuasa secara aman hanyalah retorik Najib utk mengolah persetujuan ramai.

    Sebaliknya,harus kita ingat. Najib bercakap dari pihak 'kerajaan'. Najib memberi 'peringatan' kpd rakyat umumnya dan PR khususnya supaya jika berlaku peralihan kuasa,ia mestilah dilakukan secara aman. Kata2 ini merujuk kpd PERALIHAN KUASA YG BAKAL BERLAKU DI SELANGOR khususnya kerana Najib sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, sudah pasti Najib mahukan kemenangan di pihak BN walaupun dgn cara tipu. Jika tidak,apa gunanya laungan Najib utk 'mempertahankan Putrajaya hingga ke titisan darah terakhir dengan apa cara sekalipun'? Muslihat tetap muslihat..

    Jika penipuan berlaku sekalipun dan BN kembali menguasai Selangor, kata2 Najib ini menjadi titik tolak utk menyekat kebangkitan rakyat seandainya PR tewas di Selangor setelah apa yg berlaku selepas rampasan kuasa di Perak tidak berulang kembali. Inilah HELAH Najib..

    ReplyDelete
  60. Bagi rakyat marhaen, maksud kepimpinan atau pemimpin adalah sama sahaja kerana wujudnya kepimpinan adalah kerana pemimpin.

    Tetapi dalam UMNO, istilah yang lebih sopan dan amat sesuai bagi pemimpin mereka (PM) adalah "Ketua Penyangak", menteri-menteri mereka adalah "Orang Kanan Penyangak", ketua-Ketua Bahagian mereka adalah "Agen-Agen Penyangak" dan para penyokong mereka (UMNO) adalah "Lembu-Lembu Susu Penyangak".

    Istilah yang berbelit-belit bukannya penawar bagi sesuatu isu, sebaliknya serangan balas yang pantas, tepat bersama hujah yang logik adalah penentu kemenangan di dalam perjuangan politik bangsa.

    ReplyDelete
  61. Apa pula yg bikin kau keciwa?

    ReplyDelete
  62. The competition is very stiff now.

    ReplyDelete
  63. There is no need to feel sad

    ReplyDelete
  64. The vote is tipped to be the closest ever, driven by concerns over corruption, the rising cost of living and high crime under the Barisan Nasional coalition, which has ruled Malaysia since independence in 1957.

    ReplyDelete
  65. Najib urged political parties to observe the rule of law and promised a smooth transition of power if the opposition wins.

    ReplyDelete
  66. "If there is change in power, it will and must happen peacefully. This is our commitment

    ReplyDelete
  67. GE13 will serve to define Malaysia’s and Malaysians’ ability to maintain social and racial harmony.

    ReplyDelete
  68. The incumbent prime minister in his first GE as the PM. Had sought to implement a transformation programe for Malaysia. Independent voter survey has shown his individual popularity as the PM. GE13 will show whether his popularity will translate to a vote for his party, the BN.

    ReplyDelete
  69. For the first time the government has sought to measure its success and effectiveness quantitatively

    ReplyDelete
  70. social networking sites have been awash with political posturing by both the BN and PR supporters and politicians

    ReplyDelete
  71. “What is important is for us to work together and strengthen unity to ensure success in the 13th general election,” Musa added.

    ReplyDelete
  72. People who are disappointed are those who do not want to work. In Sabah, the vast opportunities open to those who work hard also.

    ReplyDelete
  73. If just jealous seeing someone else rich without working, until whenever we are not rich. The round does not come easy, that success does come drift. Many people become rich without having to rely on political parties.

    ReplyDelete
  74. Musa told the media outside the Libaran multipurpose hall after the nominations closed today that the ruling coalition is confident of winning the coming election due to the “strong cooperation among component parties”.

    ReplyDelete
  75. The people's confidence in the BN government is growing because of the government's assurance to provide and support the people.

    ReplyDelete
  76. Harapan PR dapat kerusi Parlimen sebanyak 11 di Sabah, 11 di Sarawak dan 98 di Malaya. Biar BN kerajaan Sabah. Akan banyak KATAK melompat, sekarang lagi musim hujan. Renung-renung lah hai pengundi atas pagar.....SAPP & STAR mempunyai agenda tersendiri. Dr. Gapari sokong STAR di sarawak pro BN dan baru-baru ini telah berjumpa dengan Mukris Mahatir, agenda tdk diketahui. PECAH & PERINTAH oleh BN.

    ReplyDelete
  77. BN tidak mendapat sokongan seperti yang dijangkakan.

    ReplyDelete
  78. Assurance yang dibuat bukannya pasti boleh ditunaikan.

    ReplyDelete
  79. Sudah 50 memimpin, apakah yang BN sudah buat di Sabah?

    ReplyDelete
  80. Saingan banyak penjuru ini semakin menjadi tumpuan. Siapakah agaknya yang akan memanfaat?

    ReplyDelete
  81. Its time for a better change.

    ReplyDelete
  82. Kalau kamu tidak suka BN kamu pangkah (X) lambang BN masa mengundi nanti. Tanda pangkah (X) ertinya tidak suka BN.

    ReplyDelete
  83. Kalau FUCKATAN memerintah, banyak lesen di keluarkan untuk membuka rumah-rumah urut yang menyediakan jubur-jubur untuk di liwat sebab Mat Sabu-Pemimpin PAS telah memberikan gelaran kepada Ketua Pembangkang dengan gelaran SYEIKH ALJUBURI.

    ReplyDelete
  84. Things are looking increasingly desperate for Datuk Seri Anwar Ibrahim. Not only has Pakatan Rakyat's recent attempt at an alternative budget fallen flat, but now even the pro-Opposition media has accepted that Barisan Nasional will win GE 13.


    ReplyDelete
  85. The website The Malaysian Insider, which is known for its Pakatan-friendly stance, has reported that BN expects to win more than the 140 federal seats it won in 2008.

    ReplyDelete

  86. In a report by its editor Jahabar Sadiq, The Malaysian Insider said BN officials expect to win a simple majority in the upcoming election, which will see 222 parliamentary constituencies and 505 state seats up for grabs.

    ReplyDelete

  87. Jahabar does not question BN's assessment, only pointing out that the ruling coalition could lose "some of the seats held by four Sabah MPs who left the coalition", referring to the defections of Wilfred Mojilip Bumburing and Datuk Lajim Ukin. This is not likely to trouble BN much in the election results.

    ReplyDelete

  88. Umno leaders contacted by The Malaysian Insider said that BN would make these up elsewhere, "especially in the peninsula where sentiment is swinging back to the government."

    ReplyDelete

  89. BN politicians also point out that they are receiving strong support from the Indian community. Indian voters may have supported Pakatan in the 2008 election, but not any longer. BN enjoys more support among Indian voters now, with Prime Minister Datuk Seri Najib Razak having a huge 69 per cent approval rating among Indian voters, according to Merdeka Center.

    ReplyDelete
  90. Najib has implemented several initiatives for the community, including a micro-credit scheme for low-income Indian families. He has also attracted broad support across our multi-ethnic society for his 1Malaysia programme.

    ReplyDelete
  91. As The Malaysian Insider's report shows, "Najib's popularity has held despite the daily ceramahs around the country by PR politicians criticising the government on many issues."

    ReplyDelete
  92. It's clear then that all the bad-mouthing, scaremongering and populist politicking by Pakatan hasn't affected the public mood. Neither is it likely to make any dent in BN's prospects in GE 13.

    ReplyDelete

  93. This was corroborated by netizen AhmadSobri150 who commented online on The Malaysian Insiderarticle:

    ReplyDelete
  94. "Not forgetting BN will definitely take back Penang, Selangor, Kedah and Kelantan. That will make DAP Lim Guan Eng and PR Tan Sri Khalid Ibrahim a one term CM/MB and Nik Aziz the last PAS MB to run Kelantan.

    ReplyDelete
  95. "Not to be forgotten, Anwar Ibrahim will retire as he promised, that is if his promises can be trusted. He will most probably migrate to the US where he has a lot of friends, you know who? And probably become a professor in Malaysian Affair in Georgetown University. Maybe his friend will set up the Anwar Ibrahim Chair for him. After a few years, he is qualified to be a US Senator - but not the US President though," AhmadSobri150 quipped.

    ReplyDelete

  96. If the positive online mood is any indication, Najib's reform agenda and the stability that BN offers will win the Government the mandate to make Malaysia a developed nation by 2020.

    ReplyDelete
  97. Sejauh mana STAR boleh pergi?

    ReplyDelete
  98. Imej Najib semakin dicabar.

    ReplyDelete
  99. What kind of contribution to Malaysia since 50 years?

    ReplyDelete
  100. give them a lesson to improve their performance.

    ReplyDelete
  101. Manifesto Bn benar memanfaatkan rakyat? Adakah pelaksanaannya menggalakkan? Rasuah?

    ReplyDelete
  102. itulah namanya BN!!!!....BARISAN NASIAL....!!!!!!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.