Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang mempertahankan kerusi Parlimen Tanjong Karang pada pilihan raya umum 5 Mei ini menghadapi pertandingan tiga penjuru apabila ditentang penyanyi dangdut Herman Tino dan seorang calon PAS.
Noh, 55, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor merupakan anggota Parlimen selama empat penggal bagi kerusi Tanjong Karang sejak 1995.
Herman Tino (kiri), penyanyi era 80-an bertanding sebagai calon Bebas sementara calon PAS ialah Timbalan Yang Dipertua PAS Tanjong Karang, yang juga bekas guru, Mohamad Rashdi Deraman, 49.
Herman Tino atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 59, popular dengan lagu seperti 'Yale Yale' dan 'Pelita Dalam Kabus' mendapat pendidikan sehingga tingkatan tiga di Sek Men Keb Dato' Haron di sini.
Beliau akan menggunakan lambang bunga raya pada pilihan raya ini.
Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang, pertandingan tiga penjuru berlaku antara calon BN Sulaiman Abdul Razak yang juga penyandang kerusi itu, calon PKR Mohd Yahya Mat Sahri dan calon Bebas peniaga, Low Tan.
DUN Sungai Burong pula menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Datuk Mohd Shamsuddin Lias (penyandang) dan calon PAS Mohamad Judi Sarjo.
Noh yang ditemui pemberita selepas mengemukakan kertas percalonan di Dewan Datuk Hormat di Tanjong Karang, berkata kawasan Parlimen itu mencipta sejarah apabila pertama kali mempunyai calon Bebas yang bertanding pada pilihan raya umum kali ini.
Pada pilihan raya umum 2008, Noh yang berasal dari Parit 2, Sungai Burung di Tanjong Karang menewaskan Mohamed Hanipa Maidin (PAS) dengan majoriti 3,820 undi.
"Trend calon Bebas pada pilihan raya umum kali ini menunjukkan negara kita mengamalkan demokrasi, siapa pun boleh bertanding. Apapun saya yakin BN akan mengekalkan kerusi Parlimen dan dua DUN ini memandangkan kita telah memberi khidmat yang baik kepada rakyat," katanya.
Sementara itu Herman Tino ketika ditanya mengapa bertanding sebagai calon Bebas, berkata beliau sebagai seorang artis hanya ingin 'mencantikkan keadaan'.
"Saya tidak kisah kalau terlepas pandang, tetapi saya kisah kalau saya tidak dipandang," katanya.
Parlimen Tanjong Karang menjadi satu-satunya kawasan di Selangor yang mengekalkan kesemua calon BN yang bertanding pada pilihan raya umum 2008 lalu pada PRU13.
Parlimen itu mempunyai 42,410 pengundi berdaftar dengan pengundi Melayu seramai 31,096 orang, Cina (7,043), India (4,158) dan kaum lain (113).
- Bernama
Saturday, April 20, 2013
Herman Tino lawan Noh Omar di Tanjung Karang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jga2 ko noh klu Herman Tino dah sarung kain selindang bhantunya..
ReplyDeleteHerman Tino lebih baik dari Noh Omar kalau pasal ternak udang..
ReplyDeleteNoh Omar ni masa dia dalam jawatan bukan tau buat apa2 pun..kalau Herman Tino ganti dia pun dah cukup baik......semoga NOH OMAR kalaaaaaaaah..... kwa kwa kwa
ReplyDeleteHerman Tino ni rasanya boleh menang ke?
ReplyDeleteThe global financial crisis has started in the West, but developing countries are now being hit hard as their stock markets and currencies fall, and foreign funds start to move out.
ReplyDeleteMore signs of recession have been announced. For example, Britain’s economic output shrank 0.5% in the third quarter, and an index of private sector output in the euro zone ( 15 European countries ) fell in October at the sharpest rate in ten years.
ReplyDelete