Sunday, April 28, 2013

Zain Saidin Kurang Ajar Dalam Masterchef Selebriti Malaysia

Siapa yang tengah tengok tadi siaran Masterchef Selebriti Masterchef 2, apa sebenar yang berlaku di sebalik kontroversi pelakon Zain Saidin yang meninggalkan Masterchef Selebriti. Semuanya telah terjawab tadi, panas, memang panas, inilah drama lagi yang dibuat dalam rancangan Masterchef di astro yang rating tinggi.

Bersesuaian dengan tema Masterchef Selebriti Malaysia musim ke 2 ni, Bila dapur menjadi panas, watak lain menjadi jelas. Zain Saidin seolah memperlihatkan perangai dan tingkah lakunya yang sebenar. Siapa pun yang lihat rancangan dan insiden antara Zain dan juri , pasti akan terkejut dengan sikapnya yang sangat biadap dan kurang ajar …tambahan lagi kepada para para juri yang lebih berumur dan boleh digelar guru dalam rancangan masakan itu telah dipanggil / dibahasakan awak..awak saja oleh Zain.

Kalaupun betul apa yang dicakapkan oleh Zain, dia perlu bercakap dengan lebih sopan , dan menghormati orang lain. Rakan artis seperti Lydiawati juga menyifatkan Zain Saidin sebagai kurang ajar dan kesal kerana sikap Zain.

Zain menegaskan dia hanya pelakon dan bukan kepakaran dia memasak di dapur, mungkin kerana sangat bengang dengan kritikan Chef Jo yang mengatakan pancake yg dibuat Zain ialah yang paling terburuk pernah dirasanya..pancake hangit …huhu!!

Zain meluahkan yang dia tak puas hati dan baginya para juri dan Chef tak adil dan tak layak jadi pengadil pun..wahh!! sampai macam tu sekali. Dia rasa cara dia betul kerana dia lebih percayakan kawan kawan dari pendapat Chef semasa memasak..sebab tu dia buat tak endah apa yang dicakapkan oleh Chef -chef.

Sesi penyingkiran menjadi semakin panas , juri Chef Jo tak sabar jugak dengan kelakuan Zain dan meninggikan suara , Che Jo ada sebut pasal buah epal yang sengaja diambil oleh Zain, bukan untuk dimasak tapi untuk dimakan saja.

Rakan rakan artis yang menanti di pintu pun boleh dengar apa yang dijeritkan oleh orang dalam dapur tu. Mereka pun tercengang cengang.

Zain melangkah keluar dari dapur tanpa bersalam dengan para chef dan juri.

Inilah bakal laki Che Ta ni ye..

Bila keluar semua rakan artis tertanya tanya kenapa Zain macam ada sesuatu saja. Terutama Pak Nil, kerana nama pak Nil ada disebut dalam ketidak puasan hati Zain tadi semasa pertikaman lidah dengan juri.

Che Ta pula nampaknya memihak pada buah hatinya, katanya Zain dalam keadaan marah dan bengang memang akan keluarkan ayat yang tak sepatutnya. Masa pertikaman lidah tu, nampak camera fokus kat Che Ta, dia pun duk geleng kepala..kenapa agaknya takut bertumbuk ke apa? Bila ditanya, dia masih positif lagi komen pasal insiden tu.Boleh buat lawak lagi.

Patutlah Che Ta dapat terima Zain ye..sebab tu depa dua orang serasi bersama..huhu!!

Respect kepada pelawak Sathia yang selalu cool dan boleh menerima kritikan dari juri dengan sabar dan mencuba buat yang terbaik dan semakin baik. Zain patut belajar dengan Sathia lah.

Apa apa pun, Zain kenalah terima kritikan dan cabaran, dalam apa jua bidang , kena marah dan kena kritik memang ada, kalau tidak macam mana nak berjaya. Bak kata Chef Jo dia di dalam dapur, seumpama dia anak murid dan para chef juri dan guru. Perlu hormat guru.

Menjadi diri sendiri dan yakin tu penting tapi tak perlulah sampai jadi kurang ajar atau tak nak dengar pendapat orang lain.

Komen Chef Jo dan cerita di sebalik kejadian yang sangat panas di dapur Masterchef Selebriti

Jelas Chef Jo atau lebih mesra di panggil Papa Jo oleh peserta, memerhatikan sikap Zain yang hanya merasakan dirinya sahaja betul dan sukar untuk menerima teguran orang lain malah khabarnya juga aktor tersebut bertindak memarahi krew produksi apabila dia diminta untuk menyalin resepi yang dimasak. Amboi kereknya!

Sepanjang beliau terbabit dalam rancangan ini, Papa Jo juga nampak setiap kali Zain ke pantri dia akan mengambil sebiji epal walaupun ia tidak digunakan dalam resepi,beliau akan makan sedikit dan tinggalkan epal itu. Kadangkala dia sengaja mengambil sekotak susu di dapur dan minum dan buka sambil digunakan untuk masak.

Tambahnya lagi, Zain juga ada berkelakuan seperti ingin mencabar tahap kesabaran juri-juri dan contohnya apabila Chef Zubir sedang memberikan penerangan beliau akan memotong dan memberi seribu satu alasan.

Pada pandangan Chef Jo, Zain Saidin cuba untuk menunjukkan satu karakter. Sikap yang ditunjukkan Zain dalam rancangan itu dikhuatiri akan memberi impak buruk kepada dirinya sendiri kerana ramai remaja di luar sana memandang tinggi keperibadiannya sebagai seorang guru di dalam rancangan pendidikan Oh My English. Pastinya apa yang dibuat Zain tidak bagus pada pandangan penonton yang menyaksikan rancangan realiti ini.

Bak kata orang sikap manusia itu sukar untuk diubah kerana ia sudah sebati dengan diri,namun itu bukan satu alasan untuk kita tidak menghormati orang lain dan mempunyai sifat untuk bertolak ansur di antara satu sama lain dan sebolehnya cuba untuk bersikap sopan apatah lagi menyedari bahawa diri kita dipandang tinggi oleh golonggan muda di luar sana dan jangan pernah anggap bahawa ia sekadar lakonan di kaca tv, habis lakonan habislah apa yang terjadi di luar sana tidak penting.

Adakah Zain jugak akan kesal apabila melihat kelakuan dia ni di kaca tv nanti..tak kan nak tunggu raya nak minta maaf kat para juri kot?

Buang yang keruh ambil yang jernih..entah entah ada drama lagi yang akan dibuat dalam Masterchef Selebriti Malaysia , saat2 bermaaf maafan pulak kot.

-nurizspace

15 comments:
Write comments
  1. Si Labi kata:
    Pilihlah aku, jadi suami,
    Masak memasak serah pada ku.

    Makan tuhau lgi sedap drp masakan masterchef.

    ReplyDelete
  2. bosow lagi menyelarkan. ha. ha....

    ReplyDelete
  3. smlm aku macam terdengar che ta ckp, "sy harap lydiawati keluar".. sape perasan???

    ReplyDelete
  4. Bodoh jugak rancangan nih... selebriti tak reti masak oi.... tapi yang bangangnya juri melebih2 lauk dari kuah... kalau nak komen, komenlah baik2... artis yang ikut nih, hanya nak enjoi dan suka-suka, bukannya masak betol2 cam kat restoran 10 bintang oooooiiiiii.... semua juri perlu hormati selebriti yang menyertai... cadangan saya... tutup sahajalah rancangan ini.... semua selebriti perlu fikir 200 kali 7, sebelum mengikutinya.... sebab itu pueminat pun tak nak artis pujaannya kena kantoi oleh juri bodoh tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju..juri2 masterchef ni bajet bagus je..igt peserta tu bdk2 ke nk ckp.ikut sedap mulut...bagus ada org mcm zain ni...

      Delete
  5. BAGUS Zain Saidin BERANI.... artis diperbodohkan dalam rancangan nih... penganjur hanya kaut keuntungan je.... selepas menang bukannya jadi masterceff pon...

    ReplyDelete
  6. Artis mcm Zain je yg bodoh lagi membodohkan diri sendiri. Artis lain tak berlagak pun. Nak berlagak tengok tempat la. Betul la Mat Salleh paria...

    ReplyDelete
  7. apa pun zain kena hormat juri,jgn kurang ajar tak ada adap dan biadap,tahu masak ker tak tau masak ker,itu tak jadi masalah leh belajar,sabarla taik,kalu x suka tak payah masuk..kepada sesiapa pun tak kirala siapa pun jumpa org pangkat tua muda miskin kaya adap sopan gunala ckp baik2 ,tumbuk baru tau

    ReplyDelete
  8. ingat selebriti boleh buat sesuka hati? professional lah woi...!
    nak mempertikaikan keputusan juri dan pak nil, walaupun pak nil minta nasi yg dmasak oleh kencana, tapi chef jo pun dah kata, tak ada nasi pun tetap sedap.. zain tu geram sebab keluar tak boleh bedrama dgn che ta lagi. kalau tahu juri tak adil, jangan ikut lah! patut zain tak sah nak masok masterchef, zizang yang patut masok.

    masterchef selebriti malaysia memang the est, sebab kita boleh tengok perangai sbenar selebriti malaysia haha good job good job

    ReplyDelete
  9. Juri pun satu hal gak bagi komen tu macam peserta ni makan gaji dengan diorang plak..aku dari dulu nyampah kat juri masterchef ni esp si tua botak nama tak tau ape sebab tak pernah tengok sampai habis huhu

    ReplyDelete
  10. Juri pun tak payah la over sangat.yg masuk tu pun sukarela utk amal je kan?even juri je ape bahasa jaga la sket.nk.what u give u get back.kena plak org.panas baran mcm zain nasib la.diorg bukan budak kecik nk sound sedap mulut.guru@ mentor ke hape.

    ReplyDelete
  11. adat pertandingan..juri ada hak beri teguran..tengok ok ja juri ni dr musim pertama lagi. Zain tu berlagak je

    ReplyDelete
  12. i rasa both sides ada silap. papa joe nak cpmment jangan lah pedas sangat sb artists ni masak sukarela sambil belajar disamping menderma.zain pulak panas baran tak boleh control maybe tersinggung dgn comment chef joe kata the worst pancake. terus dia pun terkurang ajar dgn xhef2ni.apapun, benda dah terjadi masing2 boleh jadikan iktibar, ok.

    ReplyDelete
  13. Klau masterchef kat luar negara lg truk kne komen. Ni bru sikit da kurang ajar. Ap2 pun, drjat seoarang guru lg mulia. Kita yg cari ilmu kne la brsungguh. Bkn nak enjoy je.

    ReplyDelete
  14. Zain who? Muka macam siamang tanah... nasib ko lah che ta

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.